IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Stoke City

January 17, 2010

EPL – Liverpool Seri Lagi, Kedudukan Benitez Semakin Goyah.

Skuad Rafael Benitez dinafikan kemenangan menerusi gol saat akhir Stoke dalam saingan EPL di Stadium Britannia semalam sekaligus meningkatkan tekanan mengenai masa depannya di Liverpool.

Liverpool menunjukkan keazaman untuk menang apabila berada di depan pada awal babak kedua menerusi pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos yang menolak masuk gol pertamanya sejak menyertai Liverpool.

December 27, 2009

EPL – Manchester City Beri Kemenangan Pertama Kepada Mancini.

Roberto Mancini memulakan kerjayanya di Manchester City dengan bergaya apabila anak-anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 di Stadium City of Manchester dalam saingan EPL semalam.

Martin Petrov dan Carlos Tevez menyumbangkan dua gol pada babak pertama sekaligus memberikan Mancini kemenangan pertama kepada Mancini sejak beliau mengambil alih tugas daripada Mark Hughes minggu lalu.

September 13, 2009

EPL – Stoke Hampir Buat Kejutan, Chelsea Sekali Lagi Catat Kemenangan Saat Akhir.

Carlo Ancelotti menyaksikan skuad bimbingannya mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam lima perlawanan apabila gol saat akhir Florent Malouda memberikan mereka kemenangan tipis 2-1 ke atas Stoke City di Stadium Britannia malam tadi.

Pengurus berbangsa Itali itu pasti tidak dapat menghilangkan rasa gementarnya apabila menyaksikan para pemain Stoke memberi cabaran dari segenap sudut dan kelihatan hampir memungut satu mata dari perlawanan itu.

January 18, 2009

Berjuang Hingga Akhir Permainan, Chelsea Berjaya Benam Stoke.

Chelsea bangkit dari pintu kekalahan sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas Stoke City di Stamford Bridge, hasil gol saat akhir jaringan Frank Lampard, sekaligus mengurangkan tekanan yang kian hebat melanda pengurusnya, Luiz Felipe Scolari.

Chelsea kehilangan pemain tengah England, Joe Cole akibat kecederaan buku lali dan kecederaan belakang John Terry yang dialami ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan mencacatkan barisan permulaan Chelsea dalam perlawanan itu.

Harapan penyokong juga semakin menurun apabila Scolari masih kekal dengan keputusannya merehatkan penyerang Ivory Coast, Didier Drogba dalam perlawanan itu.

December 27, 2008

Gol Jaringan Tevez Ceriakan Manchester United.

Carlos Tevez memastikan Manchester United kembali mencatat kemenangan dalam liga domestik dan meletakkan tekanan kepada pendahulu liga dengan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City di Stadium Brittania sebentar tadi.

Penyerang Argentina itu memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk menamatkan cabaran hebat Stoke yang terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Andy Wilkinson dibuang padang.

November 2, 2008

Stoke Kejutkan Arsenal.

Stoke City membuat kejutan apabila menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan EPL di Stadium Brittania malam tadi. Pakar lontaran jauh Rory Delap meneruskan kecemerlangannya dengan terbabit dalam kedua-dua gol Stoke yang memberikan Stoke tiga mata berharga.

October 28, 2008

Hatrik Robinho Benam Stoke City.

Manchester City kembali ke landasan kemenangan selepas menang selesa 3-0 ke atas Stoke City dalam saingan EPL yang berlangsung di Stadium City of Manchester semalam. Robinho menyerlah dalam perlawanan ini dengan menjaringkan tiga gol dalam perlawanan ini sekaligus hatrik pertamanya semenjak kedatangannya ke EPL. Kemenangan itu juga meredakan kritikan terhadap City selepas hanya mampu seri 2-2 ketika menentang Newcastle United minggu lalu.

October 20, 2008

Stoke Beri Satu Lagi Kekalahan Buat Spurs.

Pengurus Totenham Hotspur, Juande Ramos terus mengalami mimpi ngeri apabila pasukan bimbingannya kalah lagi dalam saingan EPL malam tadi. Spurs tewas 1-2 kepada Stoke City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Brittania. Ini adalah kekalahan keenam dari lapan perlawanan yang dilalui Spurs setakat ini. Kekalahan ini menyaksikan kedudukan Spurs bertambah parah dan kini terperosok ke dasar liga dengan memungut hanya dua mata. Malam yang malang itu diserikan lagi dengan layangan dua kad merah kepada pemain Spurs menyebabkan Ramos pulang dengan muka merah padam. Ini adalah pencapaian terburuk Spurs dalam sejarah kelab itu sejak tahun 1912 di mana pada tahun tersebut Spurs hanya memungut tiga mata dari lapan perlawanan.

September 28, 2008

Chelsea Rampas Semula Gelaran Pendahulu EPL.

Skuad Chelsea mengenepikan cabaran Stoke City apabila menewaskan skuad tuan rumah dengan keputusan 2-0 di Stadium Britannia semalam. Keputusan ini menyaksikan Chelsea merampas semula kedudukan teratas EPL dengan memintas Liverpool dan Arsenal. Sebelum ini Arsenal mengepalai EPL setelah Liverpool dan Chelsea hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan minggu lalu.

September 21, 2008

Lagi Keputusan EPL.

Liverpool melepaskan peluang memanjat tangga pendahulu apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab di tangga bawahan, Stoke City di Anfield malam tadi. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard mengusahakan segalanya namun gagal menembusi pintu gol Stoke sekaligus gagal dalam pencarian golnya yang ke-100 bersama Liverpool.

September 15, 2008

Everton Musnahkan Harapan Stoke.

Tim Cahill yang berehat sekian lama kerana kecederaan muncul wira Everton apabila jaringannya memberikan kemenangan 3-2 ke atas Stoke City malam tadi. Bermain di tempat lawan, Everton agak tertekan dengan penguasaan Stoke pada babak pertama. Bagaimanapun, menerusi satu serangan pada minit ke-40, Yakubu berjaya menembusi gawang gol Stoke bagi membolehkan Everton mendahului 1-0 pada babak pertama. Gol itu terhasil dari gerakan Mikel Arteta dan Cahill sebelum Yakubu merembat dari jarak 18 ela menerjah ke jaring gol lawan.