Category: Kelab Sevilla
March 8, 2010


Real Madrid merampas takhta liga apabila mencatat kemenangan dramatik saat akhir 3-2 ke atas Sevilla di Bernabeu semalam.
Rafael van der Vaart menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk membolehkan Real menamatkan perlawanan yang mencemaskan buat mereka setelah ketinggalan 0-2 pada satu ketika.
January 18, 2010


Barcelona membelasah Sevilla 4-0 dibantu oleh dua gol Lionel Messi untuk membolehkan mereka menjarakkan diri dari pesaing di tempat kedua, Real Madrid yang tewas kepada Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam.
Barca meningkatkan jurang kepada lima mata ketika baru separuh musim berlangsung selepas Real Madrid tumpas mengejut 0-1 kepada Bilbao menerusi jaringan minit ke-3 oleh Fernando Llorente.
October 6, 2009


Rekod kemenangan 100% Real Madrid dalam saingan Liga Primera Sepanyol lebur di Ramon Sanchez Pizjuan apabila tewas 1-2 kepada Sevilla yang kini menang lima dari enam perlawanan pertama mereka.
Kehilangan beberapa pemain bintang, Real bermain tanpa arah pada babak pertama dan mereka ketinggalan pada minit ke-33 hasil tandukan Gonzales Jesus Navas.
January 30, 2009



Barcelona dan Sevilla menempah tempat ke peringkat separuh akhir Piala Raja Sepanyol apabila menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat suku akhir semalam. Barca menewaskan Espanyol 3-2 manakala Sevilla melangkah dengan kelebihan jaringan di tempat lawan ke atas penyandang juara, Valencia.
Sevilla, juara 2007, akan bertemu Athletic Bilbao untuk merebut satu tempat ke perlawanan akhir yang akan diadakan di Valencia pada bulan Mei, manakala Barca akan bertemu dengan Real Mallorca pada satu lagi separuh akhir.
December 1, 2008


Dua gol lewat Lionel Messi membantu Barcelona menundukkan Sevilla 3-0 sekaligus melebarkan jurang mata kepada enam selaku pendahulu Liga Primera Sepanyol.
Samuel Eto’o memberikan Barca gol pendahuluan selepas 20 minit perlawanan bermula dan Messi memastikan Barca mengutip tiga mata dengan persembahan individu yang mengkagumkan pada lewat permainan.
September 20, 2008


Dua gol sudah memadai buat juara musim 2005/06 dan 2006/07, Sevilla untuk menundukkan FC Salzburg dalam saingan Piala UEFA pusingan pertama semalam. Sevilla tidak mempertahankan kejuaraannya pada musim lalu kerana mereka bersaing dalam kejuaraan Liga Juara Eropah. Diego Capel memberikan gol pendahuluan buat Sevilla seawall minit ke-6 selepas dia menyudahkan hantaran rakannya, Jesus Navas dari sebelah kanan. Salzburg kembali dalam saingan apabila menyamakan kedudukan menerusi Alexander Zickler lima minit kemudian. Selepas itu, Capel dan Luis Fabiano mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol. Dua minit sebelum tamat permainan, Fabiano menjaringkan gol kedua Sevilla untuk mengukuhkan kedudukan sekaligus memberikan jaringan yang lebih selesa untuk dibawa sebagai bekalan ke tempat lawan nanti.
September 15, 2008


Barcelona terus gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Racing Santander di Nou Camp semalam. Skuad bimbingan Pep Guardiola itu kini hanya mampu mengutip satu mata dari dua perlawanan. Dalam perlawanan terdahulu, Barcelona tewas 0-1 kepada Numancia. Ini permulaan musim terburuk buat Barcelona sejak musim 1973/74 di mana ketika itu Barca hanya mampu mengutip satu mata dari enam perlawanan sebelum akhirnya merangkul kejuaraan liga musim itu. Dalam perlawanan menentang Santander, Barca menguasai perlawanan namun kegagalan menemui sentuhan gol memaksa Barca akur dengan satu mata sahaja.
|