HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: kelab Real Madrid

November 30, 2008

Real Madrid Tumpas Mengejut Kepada Getafe.

Juara liga musim lalu, Real Madrid tumpas 1-3 kepada Getafe dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Coliseum Alfonso Perez semalam. Perlawanan itu juga menyaksikan senarai pemain mereka yang mengalami kecederaan semakin bertambah.

November 29, 2008

Barcelona Dan Real Madrid Bakal Disaingi.

Getafe dan Sevilla kini berpeluang menconteng arang ke muka pendahulu liga, Barcelona dan juara bertahan, Real Madrid dalam pertemuan Liga Primera Sepanyol hari ini.

Kedua-dua kelab mempunyai rekod yang baik dan mereka bakal menguji dua kelab yang baru pulang dengan persembahan baik dalam saingan Liga Juara Eropah pada pertengahan minggu.

November 23, 2008

Real Madrid Kembali Ke Landasan Kemenangan.

Real Madrid memberikan Bernd Schuster sedikit kelegaan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Recreativo Huelva dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Barnebeu semalam. Bagaimanapun, kemenangan itu masih belum meredakan ketidakpuashatian penyokongnya yang kecewa dengan persembahan hambar pasukan itu.

November 20, 2008

Arshavin Enggan Komen Spekulasi Ke Real Madrid.

Andrei Arshavin enggan mengulas tentang spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan Real Madrid kerana tidak mahu tumpuannya terganggu tidak kira sama ada Zenit St Petersburgh mahu melepaskannya atau tidak. Laporan dari media Sepanyol mengatakan yang Real Madrid sedang berusaha mendapatkan Arshavin ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti.

November 19, 2008

Real Madrid Terpaksa Lupakan Khidmat Nistelrooy.

Real Madrid mengesahkan bahawa penyerangnya, Ruud van Nistelrooy akan diketepikan pada baki perlawanan musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali yang serius. Nistelrooy telah diterbangkan ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan doktor pakar, Dr Richard Steadman bagi merawat kecederaannya itu.

November 9, 2008

Real Madrid Menang Tipis Ke Atas Malaga.

Gonzalo Higuain meledak dengan empat gol untuk membolehkan sepuluh pemain Real Madrid menewaskan Malaga 4-3 dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Bernabeu malam tadi. Higuain ternyata adalah bintang pada malam `gila’ Liga Sepanyol yang menyaksikan Real bangkit selepas tiga kali ketinggalan dan mendapati mereka terpaksa berjuang dengan sepuluh pemain selepas Sergio Ramos dihantar keluar padang oleh pengadil pada akhir babak pertama.

November 8, 2008

Real Madrid Mahu Bangkit Dari Kekecewaan.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita La Liga, kelab Real Madrid - 08 Nov 2008

Kekalahan 0-2 Real Madrid kepada Juventus dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu meneruskan persembahan buruk pasukan itu musim ini. Juara bertahan La Liga itu hanya menang dua dari tujuh perlawanan terakhirnya dan hanya mampu menyaksikan pesaing utamanya, Barcelona mengungguli takhta La Liga buat masa ini di samping telah layak ke fasa kalah mati Liga Juara Eropah.

November 6, 2008

Real Madrid Tumpas Lagi Kepada Juventus.

Juventus mengulangi kejayaannya menewaskan Real Madrid di tempat sendiri dua minggu lalu apabila sekali lagi menewaskan lawan yang sama dengan keputusan 2-0 dalam saingan Kumpulan H Liga Juara Eropah di Bernabeu awal pagi tadi. Dua gol pada setiap babak oleh Alessandro Del Piero sudah cukup untuk membenam cabaran Real yang terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu. Kemenangan ini bermakna Juventus kini memimpin Kumpulan H sambil meninggalkan Real di tangga kedua empat mata di belakang.

November 4, 2008

Almeria Berjaya Kekang Real Madrid.

Real Madrid mensia-siakan peluang untuk menyaingi Barcelona di tangga teratas La Liga apabila sekadar seri 1-1 dengan Almeria di tempat lawan semalam. Tanpa kelibat Ruud van Nistelrooy yang mengalami kecederaan, Raul diturunkan selaku penyerang tunggal dalam perlawanan itu.

October 27, 2008

Real Madrid Atasi Cabaran Sengit Atletic Bilbao.

Real Madrid berjaya mencatat kemenangan 3-2 walaupun dicabar hebat oleh Atletico Bilbao dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Santiago Barnebeu malam tadi. Dua gol Gonzalo Higuain membantu kemenangan Real ini sekaligus meletakkan Real di tangga ketiga La Liga pada masa ini. Bilbao agak kecewa kerana selepas bangkit dari ketinggalan dua gol, mereka akhirnya tunduk kepada Real akibat kesilapan sendiri.

October 22, 2008

Real Madrid Tersungkur Di Kaki Juventus.

Juventus kini mendahului Kumpulan H apabila mengenepikan cabaran sengit juara Sepanyol, Real Madrid 2-1 dalam perlawanan Liga Juara Eropah di Turin awal pagi tadi. Perlawanan itu turut dibayangi peristiwa sedih kemalangan yang meragut dua nyawa penyokong bola sepak di samping mencederakan 20 yang lain ketika mereka dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan ini dari Switzerland.

October 19, 2008

Real Madrid Kian Hampiri Takhta La Liga.

Real Madrid membuktikan mereka masih jaguh dalam pertembungan dua Madrid yang menyaksikan Real menang 2-1 ke atas Atletico Madrid dalam perlawanan sengit Liga Primera Sepanyol di Vicente Calderon semalam. Gonzalo Hugain muncul wira Real Madrid dengan menjaringkan gol kemenangan buat kelabnya itu. Kemenangan ini meletakkan Real kini di tangga kedua La Liga manakala Atletico berada di tangga ketujuh liga. Dua gol saat akhir dari kedua-dua pasukan mewarnai perlawanan ini yang akhirnya menyaksikan keputusan perlawanan berpihak kepada Real. Keputusan ini juga mengekalkan rekod bersih Real yang tidak pernah kalah kepada jirannya itu sejak musim 1988/99. Perlawanan ini juga diwarnai dengan layangan dua kad merah kepada pemain kedua-dua pasukan.

October 18, 2008

Tevez Kini Diintai Real Madrid.

Real Madrid yang gagal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo kini mengalihkan tumpuan untuk memikat rakan sekelabnya, Carlos Tevez. Real dikatakan cuba mengambil kesempatan di sebalik kegagalan pemain itu menandatangani kontrak baru sebagai pemain bersama United. Penyerang itu masih dalam kontrak pinjaman dan sedang berusaha mendapatkan kontrak tetap namun perbincangan masih menemui jalan buntu.

October 1, 2008

Dua Kelab Sepanyol Lepasi Halangan.

Real Madrid dua kali menggegar jaring lawan pada babak pertama untuk mengatasi cabaran sengit Zenit St Petersburgh 2-1 dalam saingan Kumpulan H Liga Juara Eropah awal pagi tadi. Ini adalah kemenangan kedua Real selepas mengalahkan BATE Borisov 2-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini.

September 28, 2008

Gol Saat Akhir Nistelrooy Benam Real Betis.

Gol masa kecederaan Ruud van Nistelrooy memberikan kemenangan dramatik 2-1 Real Madrid ke atas Real Betis dalam saingan La Liga semalam. Perlawanan yang cukup mendebarkan itu juga menyaksikan dua pemain dibuang padang manakala satu sepakan penalti diberi oleh pengadil. Kemenangan ini membolehkan Real Madrid memanjat ke tangga kedua La Liga di belakang Villareal.

September 25, 2008

Giliran Real Madrid Belasah Sporting Gijon.

Rafael van der Vaart merakam jaringan hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Sporting Gijon 7-1 dalam perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam. Ini adalah kekalahan besar kedua Gijon dalam masa seminggu selepas tewas 1-6 kepada Barcelona Ahad lalu. Van der Vaart meledak dua kali pada babak pertama sebelum menyempurnakan hatriknya pada minit ke-46.

September 24, 2008

Nistelrooy Laung Amaran Kebangkitan Real Madrid.

Penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy yakin Real Madrid kini di landasan yang betul untuk merangkul kejuaraan Liga Primera Sepanyol berdasarkan persembahan yang ditunjukkan kelab itu ketika menewaskan Racing Santander Ahad lalu. Dalam perlawanan itu, Nistelrooy turut menjaringkan satu gol buat Real yang menyaksikan Real menang 2-0.

September 22, 2008

Barcelona Menang Bergaya Ke Atas Sporting Gijon.

Barcelona akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Primera Sepanyol apabila membelasah Sporting Gijon 6-1 di tempat lawan. Sebelum ini tekanan kian memuncak ke atas pengurus Barca, Pep Guardiola selepas skuadnya hanya menjaringkan satu gol dan memungut satu mata dari dua perlawanan.

September 18, 2008

Keputusan Liga Juara Eropah.

Setelah mengharungi awal musim Liga Sepanyol yang mendukacitakan, Real Madrid akhirnya mencatat kemenangan dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi tadi. Real Madrid mencatat kemenangan selesa menewaskan kelab Belarus, FC BATE Borisov 2-0 dalam perlawanan Kumpulan H di Santiago Barnabeu. Gol pada setiap babak sudah cukup memberikan Real tiga mata berharga. Malang bagi BATE apabila terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas pemainnya, Anri Khagush dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah meninggalkan padang setengah jam sebelum tamat permainan.

September 15, 2008

Barcelona Terus Dirundung Malang.

Barcelona terus gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Racing Santander di Nou Camp semalam. Skuad bimbingan Pep Guardiola itu kini hanya mampu mengutip satu mata dari dua perlawanan. Dalam perlawanan terdahulu, Barcelona tewas 0-1 kepada Numancia. Ini permulaan musim terburuk buat Barcelona sejak musim 1973/74 di mana ketika itu Barca hanya mampu mengutip satu mata dari enam perlawanan sebelum akhirnya merangkul kejuaraan liga musim itu. Dalam perlawanan menentang Santander, Barca menguasai perlawanan namun kegagalan menemui sentuhan gol memaksa Barca akur dengan satu mata sahaja.

September 3, 2008

Manchester City Berjaya Pikat Robinho.

Kelab EPL, Manchester City berjaya memikat Robinho untuk bermain dengan kelab itu di saat-saat akhir sebelum pintu pembelian pemain ditutup semalam. Pemain berbakat dari Brazil itu sebelum ini heboh diperkatakan kerana keinginannya bermain dengan Chelsea di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari. Kelabnya, Real Madrid menolak permintaan itu kerana Chelsea sekadar menawarkan 30 juta pound untuk mendapatkan pemain itu.

September 2, 2008

Kejutan Dalam La Liga Sepanyol.

August 25, 2008

Piala Super Sepanyol Milik Real Madrid.

August 3, 2008

Real Madrid Benam Hamburg.

August 2, 2008

Hamburg Lepaskan Van der Vaat ke Real Madrid.

Next Page »