IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Portsmouth

March 16, 2010

EPL – Aquillani Menyinar, Liverpool Bersinar.

Pemain tengah, Alberto Aquillani akhirnya menemui semula sentuhan cemerlangnya untuk memenuhi tuntutan harga 17 juta pound apabila menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool ketika mereka menewaskan Portsmouth 4-1 di Anfield semalam.

Dibeli musim panas lalu, selepas pemergian Xavi Alonso ke Real Madrid, bergelut dengan prestasi sepanjang berada di England tetapi dia kini berjaya menambat hati semua orang pada kemunculan kelimanya dalam liga setakat ini.

February 7, 2010

EPL – Tiga Gol Sendiri Bantu Manchester United Belasah Portsmouth.

Wayne Rooney menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebelum perlawanan dan kemudian membantu Manchester United kembali ke persada liga selepas membelasah Portsmouth 5-0 di Old Trafford semalam.

Penyerang England itu merobek gawang skuad Pompey dengan tandukan kencang pada minit ke-40 untuk golnya yang ke-23 musim ini, yang merupakan rekod jaringan terbaik dalam kariernya.

December 22, 2009

Video Pilihan – Portsmouth 2 vs Liverpool 0 (EPL 2009/10).

August 31, 2009

EPL – Manchester City Kekal Rekod Kemenangan, Adebayor Kian Cemerlang.

Emmanuel Adebayor menjaringkan gol ketiganya dalam saingan EPL musim ini untuk membantu Manchester City menewaskan Portsmouth 1-0 di Fratton Park malam tadi.

Gol jaringan Adebayor itu terhasil pada minit ke-30 apabila penyerang antarabangsa Togo itu mudah menanduk masuk bola sepakan sudut Gareth Barry.

June 24, 2009

Persefahaman Dicapai, Johnson Tunggu Masa Sertai Liverpool.

Pemain pertahanan kanan England, Glen Johnson hampir pasti menyertai Liverpool setelah ‘The Reds’ mengesahkan mendapat persetujuan Portsmouth dan pemain itu.

Liverpool telah dikaitkan dengan Johnson sejak beberapa minggu lalu manakala Pengerusi Eksekutif Pompey, Peter Storrie mendakwa yang bekas kelab Johnson, Chelsea sanggup membayar 18 juta pound untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

June 20, 2009

Chelsea Bersaing Dengan Liverpool Untuk Dapatkan Johnson.

Pengerusi Eksekutif Portsmouth, Peter Storrie mengesahkan yang Chelsea telah mengemukakan tawaran bernilai 17.5 juta pound untuk bersaing dengan Liverpool bagi mendapatkan pemain pertahanan England, Glen Johnson.

Pompey menerima tawaran dari Liverpool awal minggu ini dan pemain berusia 24 tahun itu kelihatan akan berkelana ke Anfield.

June 18, 2009

Liverpool Makin Hampir Ikat Glen Johnson.

Liverpool semakin hampir untuk mengikat Glen Johnson selepas tawarannya sebanyak 18 juta pound diterima oleh Portsmouth.

Pemain pertahanan kanan England itu berada dalam prestasi terbaik musim ini dan Pompey pasti beroleh keuntungan selepas membelinya sekitar harga 4 juta pound pada Ogos 2007.

Johnson berada dalam senarai teratas pemain yang dikehendaki Rafael Benitez musim ini dan selepas Chelsea menarik diri dari perlumbaan untuk mendapatkan bekas pemainnya itu, Liverpool kelihatan hampir pasti menjadi pilihan pemain berusia 24 tahun itu.

April 23, 2009

EPL – Manchester United Mula Jarakkan Diri Dari Liverpool.

Manchester United yang mendapat inspirasi dari keputusan seri 4-4 Liverpool dan Arsenal mudah menundukkan Portsmouth 2-0 di Old Trafford awal pagi tadi sekaligus menjarakkan diri kepada tiga mata dari Liverpool yang berada di tangga kedua, di samping masih memegang kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Jaringan Wayne Rooney pada minit ke-9 manakala Michael Carrick mengesahkan kemenangan United dengan meledakkan jaringan lapan minit sebelum tamat perlawanan bagi meredakan semula kemarahan pengurusnya, Sir Alex Ferguson gara-gara kekecewaan dalam saingan separuh akhir Piala FA kepada Everton hari Ahad lalu.

March 4, 2009

EPL – Chelsea Menang Lagi, Hiddink Mahu Kejar Manchester United.

Didier Drogba menghidupkan peluang tipis Chelsea untuk memburu kejuaraan liga dengan gol kemenangan pada lewat permainan untuk mengalahkan Portsmouth 1-0 di Fratton Park yang dibasahi hujan semalam.

Penyerang antarabangsa Ivory Coast itu menyudahkan hantaran leret Jose Bosingwa pada minit ke-79 untuk memberikan pengurus baru Chelsea, Guus Hiddink empat kemenangan berturut-turut sejak memegang jawatan itu.

February 15, 2009

Manchester City Masih Sengsara, Gagal Saingi Portsmouth.

Dua gol jaringan pemain pertahanan, Glen Johnson dan Hermann Hreidarsson membantu pasukan tanpa pengurus, Portsmouth menewaskan Manchester City 2-0, perlawanan pertama kelab itu sejak pemecatan Tony Adams, dalam saingan tunggal EPL di Fratton Park semalam.

Johnson menjaringkan gol solo yang cantik pada minit ke-70 manakala Hreidarsson menambah gol kedua Pompey lima minit kemudian.

February 8, 2009

Liverpool Kembali Kuasai Takhta EPL Selepas Benam Portsmouth.

Liverpool berjaya bangkit dari ketinggalan dua kali untuk kembali ke persada EPL selepas membenam cabaran Portsmouth 3-2 di Fratton Park awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool memintas kedudukan Manchester United selaku pendahulu liga dengan kelebihan satu mata tetapi United mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan. United akan merampas semula kedudukan takhta liga seandainya mereka berjaya menewaskan West Ham dalam perlawanan yang berlangsung hari ini.

Fernando Torres muncul wira Liverpool dengan menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan pada ketika Portsmouth hampir meragut peluang The Reds dengan mengikat kedudukan 2-2 sehingga ke hujung perlawanan.

January 30, 2009

Portsmouth Hentikan Sebarang Usaha Untuk Memikat Saviola.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Isu Semasa, Kelab Portsmouth - 30 Jan 2009

Kelab yang sedang bergelut dengan prestasi dalam saingan EPL, Portsmouth sudah menghentikan usahanya untuk memikat penyerang Real Madrid, Javier Saviola pada ketika mereka mencari pemain yang boleh memberikan impak meningkatkan prestasi mereka.

Kelab itu semakin menghampiri zon penyingkiran dan memerlukan suntikan semangat untuk meningkatkan semula kedudukannya.

Penyerang antarabangsa Argentina, Saviola menjadi salah seorang pemain yang dikehendaki oleh pengurus Pompey, Tony Adams sewaktu pintu perpindahan pemain dibuka awal Januari lalu tetapi dia tidak bermain dalam sebarang perlawanan La Liga semenjak November lalu menyebabkan tahap kecergasannya dipertikaikan.

January 23, 2009

Liverpool Lepaskan Pennant Sertai Portsmouth Secara Pinjaman.

Pemain sayap Liverpool, Jermaine Pennant bersetuju untuk menyertai Portsmouth secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang dilaporkan menjadi sasaran Real Madrid dan AC Milan, akan bermain di bawah bekas rakan sekelabnya di Arsenal, Tony Adams di Fratton Park.

November 28, 2008

AC Milan Hampir Tunduk Kepada Portsmouth.

Dua gol pada enam minit terakhir jaringan Ronaldinho dan Filippo Inzaghi membantu AC Milan mengikat Portsmouth dengan keputusan 2-2 dalam saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.

Pompey kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Piala UEFA ketika menentang juara Eropah tujuh kali itu dengan persembahan menakjubkan sumbangan Younes Kaboul menerusi tandukan pada minit ke-62 dan jaringan Nwankwo Kanu dari jarak dekat sebelas minit kemudian.

October 30, 2008

Liverpool Kekal Di Takhta EPL.

Liverpool mengekalkan kedudukan di tangga teratas EPL apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Portsmouth di Anfield pagi tadi. Kemenangan ini mengekalkan kelebihan tiga mata Liverpool ke atas pencabar terdekatnya, Chelsea yang turut mencatat kemenangan pagi tadi.

September 29, 2008

Totenham Hotspur Semakin Tenat.

Dua jaringan menerusi Jermain Defoe dan Peter Crouch sudah memadai buat Portsmouth untuk menewaskan pasukan tercorot, Totenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan EPL yang berlangsung di Fratton Park malam tadi. Kekalahan itu juga semakin menyesakkan nafas pengurusnya, Juande Ramos dengan Spurs terus menjadi penghuni tetap tangga terbawah liga. Spurs hanya mampu mengutip dua mata dari enam perlawanan menyebabkan kedudukan Ramos juga semakin bergoyang.

September 25, 2008

Portsmouth Jadi Belasahan Chelsea Pula.

Penjaga gol England, David James mengalami mimpi ngeri apabila golnya dibolosi sepuluh kali dalam dua perlawanan. Kali ini pasukannya, Portsmouth dibelasah pula oleh Chelsea 0-4 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Sebelum ini, Portsmouth mengalami kekalahan memalukan 0-6 di tangan Manchester City dalam saingan liga Sabtu lalu. Frank Lampard dua kali menggegar gawang manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Florent Malouda dan Solomon Kalou. Kekalahan ini juga bermakna Portsmouth tidak pernah mengalahkan Chelsea sejak mereka menang 1-0 pada Disember 1960 dalam saingan Piala Liga di Fratton Park.

September 22, 2008

Manchester City Mula Tunjuk Belang.

Manchester City yang masih dipandang rendah kebanyakan pihak walaupun mempunyai Robinho, mula menambat perhatian peminat bola apabila mereka membelasah Portsmouth 6-0 dalam perlawanan EPL Stadium City of Manchester semalam. Dengan Khaldoon Al Mubarak menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, inspirasi Robinho nyata menyemarak semangat pemain-pemain City. Penjaga gol Portsmouth, David James menjadi pemain yang paling sibuk di tengah padang yang menyaksikan dia terpaksa mengutip bola sebanyak enam kali dalam jaring golnya.

September 19, 2008

Piala UEFA - Lima Kelab England Sukses.

Lassana Diarra dan Jermain Defoe menjaringkan gol buat Portsmouth untuk mengalahkan pasukan pelawat, Guimaraes dari Portugal 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA pagi tadi. Diarra meledak enam minit sebelum tamat babak pertama. Menerusi satu gerakan di sebelah kiri, Diarra bermain hantaran satu dua dengan Defoe sebelum membuat sepakan separa voli yang menerjah masuk ke gol lawan.

August 26, 2008

Kemenangan Pertama Buat Manchester United.

Darren Fletcher sekali lagi menjadi penyelamat Manchester United (ManU) apabila jaringannya memberikan tiga mata berharga kepada ManU dalam perlawanan menentang Portsmouth di Fratton Park malam tadi. Perlawanan menentang Portsmouth adalah satu-satunya perlawanan yang berlangsung malam tadi di mana ManU menang 1-0. Dalam perlawanan menentang Newcastle United minggu lalu, Fletcher menjaringkan gol penyamaan buat ManU setelah ketinggalan 0-1.

August 20, 2008

Senarai Lengkap Jual Beli Pemain di EPL.

Musim baru Liga Perdana England (EPL) telahpun bermula Sabtu lalu. Kecuali Manchester United yang hanya mencatat keputusan seri ketika menentang Newcastle United, tiga lagi pasukan utama EPL mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. Liverpool menang 1-0 ke atas Sunderland, Arsenal pula menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion manakala Chelsea menang selesa 4-0 ke atas Portsmouth.

Ketika EPL musim 08/09 telah membuka tirainya, urusan jual beli pemain masih berterusan sehingga ia ditutup hujung bulan ini. Bagaimanapun, kebanyakan kelab EPL telah memuktamadkan pembelian dan penjualan pemain mereka manakala ada sesetengah kelab lagi masih meneruskan rundingan sehingga tarikh akhir urusan jual beli pemain ditutup.

August 18, 2008

Chelsea Catat Kemenangan Bergaya.

August 11, 2008

Manchester United Takluki Perisai Komuniti.