IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Olympique Marseille

December 10, 2009

Liga Juara Eropah – Marseille Jadi Mangsa, Real Madrid Catat Kemenangan Bergaya.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kelima dan keenamnya dalam saingan kumpulan Liga Juara Eropah untuk Real Madrid pada ketika inspirasinya membantu gergasi Sepanyol itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Zurich untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan C.

Keputusan itu melayakkan Madrid ke kelompok 16 pasukan terbaik dan persembahan baik Ronaldo membolehkan mereka ke saingan kalah mati dengan bergaya.

October 1, 2009

Liga Juara Eropah – Real Madrid Catat Kemenangan Bergaya Ke Atas Marseille.

Cristiano Ronaldo menambah dua gol lagi dalam koleksi golnya bersama Real Madrid pada ketika gergasi Sepanyol itu meneruskan kecemerlangan pada awal musim dengan mudah menundukkan barisan sepuluh pemain Marseille 3-0 dalam saingan Kumpulan C Liga Juara Eropah di Bernabeu semalam.

Madrid bergelut untuk memecah kebuntuan pada babak pertama namun tiga gol dalam tempoh enam minit pada babak kedua menerusi dua pemain yang dibeli dengan harga tinggi, Ronaldo dan Kaka memastikan skuad bimbingan Manuel Pellegrini mencatat kemenangan ketujuh dalam saingan kompetitif musim ini.

September 22, 2009

Video Pilihan – Olympique Marseille 1 vs AC Milan 2 (Liga Juara Eropah).

Filippo Inzaghi meledakkan dua gol untuk memberikan AC Milan kemenangan tipis 2-1 ke atas Olympique Marseille dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C saingan Liga Juara Eropah di Stade Velodrome hari Selasa lalu.

Penyerang veteran AC Milan itu meletakkan kelab itu di depan dengan gol pertama pada minit ke-27 namun berjaya disamakan oleh Marseille hasil jaringan Gabriel Heinze pada minit ke-49.

February 28, 2009

Drogba Berkemungkinan Akan Kembali Ke Marseille.

Didier Drogba mungkin dalam landasan untuk kembali ke Olympique Marseille apabila Presiden kelab Perancis itu, Pape Diouf mengakui yang beliau akan melakukan apa sahaja untuk membawa penyerang berusia 30 tahun itu kembali ke Stade Velodrome.

Chelsea membayar nilai 24 juta pound pada musim panas 2004 untuk mendapatkan khidmat Drogba dari Marseille, ketika dia berada dalam musim yang menggembirakan, menjaringkan 19 gol dalam saingan Ligue 1 dan lima gol dalam saingan Liga Juara Eropah sehingga membolehkan dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Perancis.

November 27, 2008

Gol Gerrard Pastikan Kemenangan Liverpool.

Gol Steven Gerrard yang ke-30 dalam saingan Eropah memberikan Liverpool tempat dalam kelompok 16 pasukan yang layak ke fasa kalah mati Liga Juara Eropah. Gol Gerrard itu membantu kemenangan tipis 1-0 Liverpool ke atas Marseille di Anfield awal pagi tadi.

Ketua pasukan Liverpool itu kembali dari kecederaan otot untuk meneruskan aksi cemerlangnya ke atas kelab Perancis itu dalam saingan Kumpulan D.

September 23, 2008

Marseille Gagal Hambat Lyon.

Olympique Marseille ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Ligue 1, Olympique Lyon apabila sekadar seri 0-0 dengan Monaco kelmarin. Marseille yang tewas 1-2 kepada Liverpool dalam saingan Liga Juara Eropah minggu lalu kini di tangga kedua di bawah Lyon yang menang 1-0 ke atas Le Havre Sabtu lalu. Ketangkasan penjaga gol Monaco, Stephane Ruffier berjaya menggagalkan beberapa percubaan berbahaya pemain-pemain Marseille.

September 18, 2008

Benitez Puji Aksi Gerrard.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez tanpa berselindung memuji ketua pasukannya Steven Gerrard atas sumbangan dua golnya yang membantu kemenangan kelab itu ke atas Marseille semalam. Dalam perlawanan itu, Liverpool ketinggalan satu gol sebelum dua gol jaringan Gerrard memadam kelebihan Marseille itu sekaligus memberikan Liverpool tiga mata. Benitez mengakui gol pertama jaringan Gerrard cukup mengkagumkannya. Bagaimanapun, beliau tetap memuji persembahan keseluruhan pemain dalam pasukan Merseyside itu.

September 17, 2008

Liga Juara Eropah - Pasukan Pilihan Catat Kemenangan.

Liverpool menghadapi tentangan sengit sebelum menewaskan Marseille 2-1 dalam perlawanan Kumpulan D Liga Juara Eropah di Stade Vélodrome awal pagi tadi. Steven Gerrard yang baru pulih dari kecederaan, meledak dengan dua gol untuk membantu kemenangan Liverpool ini. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez merehatkan Robbie Keane dan Alberto Riera di bangku simpanan bagi membolehkan Gerrard dan Fernando Torres diturunkan dalam kesebelasan utama. Andreas Dossena pula mengambil alih tempat Fabio Arbeloa yang cedera manakala tempat Xavi Alonso diganti oleh Lucas.

September 14, 2008

Lyon Rampas Takhta Liga Perancis.

Karem Benzema sekali lagi muncul watak penting Lyon apabila jaringan penaltinya saat-saat akhir sebelum wisel penamat ditiup memberikan kemenangan dramatik 3-2 Lyon mengatasi Nice dalam perlawanan Ligue 1 malam tadi. Bagaimanapun, Lyon meniti saat mendebarkan apabila ketinggalan 0-2 dalam masa 20 minit pertama. Habib Bamogo menjaringkan gol pendahuluan buat Nice seawal minit ke-3 sebelum rakannya Loic Remy menggandakan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-20.