Category: Kelab Newcastle United
December 22, 2009


Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.
May 20, 2009


Michael Owen belum memikirkan untuk bersara dari bola sepak sebaik musim ini berakhir berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusannya.
Laporan mendakwa yang penyerang Newcastle dan England itu akan menceburi bidang kejurulatihan kuda lumba sepenuh masa dan sebagai pemiliknya selepas dia bersara kelak.
Bagaimanapun, di sebalik laporan itu, Owen yang bergelut dengan masalah kecederaan beberapa tahun kebelakangan ini, berazam mahu kembali ke tahap yang menyaksikan dia merangkul anugerah Pemain Terbaik Eropah pada 2001.
March 5, 2009


Dimitar Berbatov membantu Manchester United menjarakkan diri dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas liga apabila menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United di St James Park awal pagi tadi.
Penyerang Bulgaria itu merembat masuk pada minit ke-56, tetapi United sebelum itu terpaksa bangkit dari ketinggalan untuk kembali menguatkan cengkaman di takhta liga, dengan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
March 2, 2009


Pemain West Ham, Jack Collison merampas kegembiraan sementara milik Manchester City yang baru layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan Piala UEFA, dengan meledakkan gol tunggal, sekaligus membantu kelabnya menang 1-0 ke atas City di Upton Park malam tadi.
City menyingkirkan FC Copenhagen dalam saingan Piala UEFA hari Khamis lalu tetapi prestasinya dalam liga domestik terus dirundung malang apabila terpaksa akur dengan jaringan kemenangan Collison pada minit ke-71.
February 4, 2009


Newcastle United mengesahkan yang pemain tengahnya, Nicky Butt telah menandatangani kontrak baru, mengikat pemain itu bersama kelab itu sehingga akhir musim.
Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Newcastle dari Manchester United empat setengah tahun yang lalu, mengikut jejak Steve Harper dan Shola Ameobi yang menyatakan komitmen kepada kelab itu dengan menandatangani kontrak baru.
February 2, 2009


Shay Given akan menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester City, satu petanda yang menunjukkan penjaga gol Newcastle United itu hampir pasti akan berpindah ke City selepas kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat.
Pengurus Magpies, Joe Kinear mengesahkan yang kelab itu telah memberi kebenaran kepada City untuk mengadakan rundingan dengan Given setelah seminggu spekulasi mengenai perkara itu tersebar luas.
December 29, 2008


Steven Gerrard meledak dengan dua gol untuk membantu kemenangan besar Liverpool 5-1 ke atas Newcastle United di St James Park malam tadi, sekaligus menguatkan cengkaman di tangga teratas EPL.
Pemain tengah England itu memulakan hari cemerlang Liverpool dengan jaringan menarik pada minit ke-31 dan kemudian selepas Sami Hypia, David Edgar merapatkan kedudukan buat Newcastle dan Ryan Babel menggandakan kedudukan, Gerrard melengkapkan gol keduanya pada minit ke-66.
November 5, 2008


Newcastle United berganjak dari zon penyingkiran apabila mencatat kemenangan penting menewaskan Aston Villa 2-0 dalam saingan EPL di St James Park semalam. Obafemi Martins muncul wira Newcastle apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Newcastle itu. Kemenangan itu membolehkan Newcastle kini menduduki tangga ke-14 EPL manakala Aston Villa kekal berada di kedudukan tangga kelima EPL.
October 29, 2008


Newcastle United mencatat kemenangan pertama dari lapan perlawanan EPL apabila menumpaskan West Bromwich Albion 2-1 di St James Park malam tadi. Joey Barton yang baru dibebaskan dari penjara membalas jasa Newcastle kepadanya dengan menyumbat satu gol dalam perlawanan itu. Pemain berusia 26 tahun itu turun dalam perlawanan pertamanya selepas dibebaskan dan kepercayaan Newcastle kepadanya berbaloi dengan kemenangan ini.
October 21, 2008


Manchester City gagal mengambil kesempatan mengatasi sepuluh pemain Newcastle United apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dalam saingan tunggal EPL di St James Park malam tadi. Malah City hampir kecundang sebelum gol pada minit-minit akhir menyelamatkan mereka dari kekalahan memalukan ke atas lawan yang kekurangan seorang pemain hampir sepanjang perlawanan.
October 19, 2008


Manchester United tanpa banyak masalah berjaya memungut tiga mata lagi selepas mudah mengalahkan West Bromwich Albion 4-0 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi. Wayne Rooney menjadi inspirasi United, meneruskan sentuhan pemusnahnya dengan menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini. Gol ini adalah rentetan kecemerlangannya menjaringkan gol buat England dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 sebelum ini. Kemenangan ini melonjakkan kedudukan United ke tangga keempat liga berbanding tangga kelapan sebelum ini.
September 21, 2008

 
Liverpool melepaskan peluang memanjat tangga pendahulu apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab di tangga bawahan, Stoke City di Anfield malam tadi. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard mengusahakan segalanya namun gagal menembusi pintu gol Stoke sekaligus gagal dalam pencarian golnya yang ke-100 bersama Liverpool.
September 2, 2008
August 20, 2008


Musim baru Liga Perdana England (EPL) telahpun bermula Sabtu lalu. Kecuali Manchester United yang hanya mencatat keputusan seri ketika menentang Newcastle United, tiga lagi pasukan utama EPL mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. Liverpool menang 1-0 ke atas Sunderland, Arsenal pula menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion manakala Chelsea menang selesa 4-0 ke atas Portsmouth.
Ketika EPL musim 08/09 telah membuka tirainya, urusan jual beli pemain masih berterusan sehingga ia ditutup hujung bulan ini. Bagaimanapun, kebanyakan kelab EPL telah memuktamadkan pembelian dan penjualan pemain mereka manakala ada sesetengah kelab lagi masih meneruskan rundingan sehingga tarikh akhir urusan jual beli pemain ditutup.
August 18, 2008
|