IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Middlesbrough

July 4, 2009

Turnbull Jadi Pemain Terbaru Sertai Chelsea.

Chelsea telah mengikat penjaga gol Middlesbrough, Ross Turnbull dengan perpindahan percuma sebagai pelapis kepada penjaga gol antarabangsa Republik Czech, Petr Cech.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang telah membuat 29 penampilan bersama skuad senior Boro dalam EPL, menandatangani perjanjian selama empat tahun untuk bermain di Stamford Brigde.

Sebelum ini, Boro telah membuat pengumuman pada akhir musim 2008/09 yang Turnbull mungkin akan meninggalkan kelab itu apabila kontraknya tamat pada 30 Jun.

March 9, 2009

Piala FA – Everton Tempatkan Diri Dalam Kelompok Empat Terbaik.

Kebangkitan pada babak kedua dan semangat juang yang dipamerkan membawa Everton ke laluan yang betul untuk beraksi di Wembley buat kali pertama sejak 1995.

Louis Saha membuktikan kehadirannya amat penting buat Everton apabila jaringannya membantu kelabnya menewaskan Middlesbrough 2-1 dalam saingan suku akhir Piala FA di Goodison Park semalam, sekaligus meletakkan Everton sebagai pasukan dalam kelompok empat terbaik yang akan bertarung di peringkat separuh akhir nanti.

March 1, 2009

EPL – Liverpool Makin Keciciran Dalam Perebutan Gelaran Juara Liga.

Liverpool tergelincir ke tangga ketiga liga selepas gol sendiri Xavi Alonso dan jaringan Tuncay pada babak kedua menyebabkan ‘The Reds’ kecundang 0-2 kepada Middlesbrough di Stadium Riverside semalam.

Di sebalik penguasaan baik dalam perlawanan itu, Liverpool buntu untuk menembusi kubu pasukan tuan rumah, dan kekalahan ini hampir memadam sebarang impian Liverpool untuk mengejar kedudukan Manchester United selaku pendahulu liga.

February 8, 2009

Bellamy Buktikan Kehadirannya Penting Buat Manchester City.

Craig Bellamy yang baru dibeli dari West Ham membuktikan yang dia boleh diharapkan apabila jaringan tunggalnya membantu kemenangan 1-0 Manchester City ke atas Middlesbrough dalam saingan EPL di Stadium City of Manchester malam tadi.

Seorang lagi pemain yang baru dibeli dari Newcastle United, Shay Given turut menampilkan aksi cemerlang di posisi penjaga gol apabila membuat sekurang-kurangnya empat aksi menyelamat untuk menghampakan pasukan lawan yang kini gagal mencatat kemenangan dalam 13 perlawanan terakhirnya.

October 19, 2008

Middlesbrough Mangsa Amukan Chelsea.

Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan kelab bimbingannya mudah membelasah Middlesbrough 5-0 dalam saingan EPL di Riverside malam tadi. Walaupun tempang tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan namun skuad The Blues langsung tidak menunjukkan sebarang kejanggalan dalam aksi mereka untuk memberikan kekalahan terbesar kepada kelab bimbingan Gareth Southgate itu. Dengan kemenangan itu, Chelsea kekal sebagai pendahulu EPL.

September 24, 2008

Piala Carling – Kelab Pilihan Sukses.

Keyakinan Arsene Wenger terhadap pemain-pemain mudanya berbaloi apabila skuad muda Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Dengan menamakan kesebelasan utama yang mempunyai purata umur 19 tahun skuad ini langsung tidak menunjukkan rasa kekok ketika di padang. Pemain paling tua yang diturunkan oleh Wenger adalah penjaga golnya, Lukasz Fabianski yang berusia 23 tahun.

September 21, 2008

Gol Chopra Benam Middlesbrough.

Pemain gantian, Michael Chopra memberikan Sunderland tiga mata apabila menyumbangkan dua gol untuk membenam Middlesbrough dalam perlawanan EPL sebentar tadi. Chopra terlepas tiga aksi awal musim kerana hukuman penggantungan selepas dibuang padang pada perlawanan persahabatan pra musim. Pengurus Sunderland, Roy Keane meletakkan Chopra di bangku simpanan sebelum memasukkan pemain itu pada akhir babak pertama.

August 24, 2008

Liverpool Catat Kemenangan Kedua.