Category: kelab Manchester United
December 1, 2008


Gol Wayne Rooney yang ke-100 sudah cukup buat Manchester United menewaskan jirannya, Manchester City 1-0 dalam pertemuan ‘derby’ saingan EPL yang turut menyaksikan United bermain dengan sepuluh pemain selepas Cristiano Ronaldo dibuang padang.
November 26, 2008


Manchester United mengesahkan tempatnya ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Villareal di Estadio El-Madrigal awal pagi tadi. Bagaimanapun, tumpuan perlawanan itu lebih terarah kepada Cristiano Ronaldo yang mempamer aksi menarik selain menjadi penyebab pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada lewat permainan.
November 25, 2008


Manchester United tetap akan membawa Cristiano Ronaldo ke Sepanyol untuk berhadapan dengan Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini walaupun pemain itu mengalami kecederaan kaki.
Bagaimanapun, juara Eropah itu pasti tidak dapat menggunakan khidmat Dimitar Berbatov yang terpaksa direhatkan kerana turut mengalami kecederaan dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio El Madrigal itu.
November 22, 2008


Dimitar Berbatov bakal terlepas aksi EPL ketika Manchester United menentang Aston Villa hari ini dan ketika United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu hadapan. Berbatov mengalami kecederaan hamstring ketika mewakili Bulgaria menentang Serbia dalam aksi persahabatan Rabu lalu.
November 18, 2008


Pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves terpaksa berehat panjang sehingga penghujung musim ini selepas menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan serius kaki kanannya. Pihak pengurusan United telah menghantar Hargreaves ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan pakar perubatan, Richard Steadman bagi memastikan pemain itu mendapat rawatan terbaik demi menyelamatkan kariernya.
November 12, 2008


Sepakan penalti Carlos Tevez pada lewat permainan membantu Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Queens Park Rangers (QPR) dalam saingan pusingan keempat Piala Carling England di Old Trafford awal pagi tadi.
November 9, 2008


Arsene Wenger mendapat respon yang diingininya dari pasukannya apabila Arsenal menumbangkan Manchester United 2-1 dalam saingan EPL di Stadium Emirates malam tadi. Dua gol pemain muda Perancis, Samir Nasri membuka ruang untuk The Gunners mengekalkan rekod bersih tanpa kalah kepada United sejak Arsenal menggunakan stadium barunya itu.
November 8, 2008


Cristiano Ronaldo berharap Manchester United akan memahat kemenangan pertama di Stadium Emirates ketika menentang Arsenal dalam saingan EPL hari ini. Pemain Portugal itu menjangka United menghadapi ujian getir berhadapan dengan Arsenal walaupun The Gunners sedang mengalami masalah kecederaan pemainnya.
November 6, 2008


Manchester United gagal mengulangi kejayaannya membenam Celtic 3-0 ketika bertemu di Old Trafford apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan yang sama dalam saingan Kumpulan E Liga Juara Eropah di Celtic Park awal pagi tadi. United hampir berputih mata dan terpaksa menunggu sehingga lewat permainan sebelum penyerang veterannya, Ryan Giggs menggegar jaring lawan. Keputusan seri ini bagaimanapun sudah cukup untuk membawa United layak ke fasa kalah mati dalam kelompok 16 pasukan.
November 2, 2008


Manchester Unted menerima tentangan sengit dari Hull City sebelum menewaskan kelab itu 4-3 dalam saingan EPL di Old Trafford malam tadi. Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol bagi membolehkan United selesa mendahului 4-1 pada satu ketika. Kebangkitan Hull pada babak kedua hampir menjerat United namun barisan pertahanan United berjaya mengekalkan keputusan yang berpihak kepada mereka.
October 30, 2008


Manchester yang diikat 1-1 oleh Everton dalam saingan EPL Sabtu lalu kembali mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan West Ham 2-0 di Old Trafford awal pagi tadi. Cristiano Ronaldo muncul wira United apabila dua golnya pada babak pertama memberikan tiga mata berharga kepada United. Dua gol itu juga membuktikan keupayaan Ronaldo yang berhasrat menjaringkan 25 gol musim ini sebagai menyahut cabaran pengurus United, Alex Ferguson. Kini Ronaldo telah menjaringkan sebanyak lima gol dalam saingan EPL.
October 26, 2008


Manchester United kian jauh dari gapaian kejuaraan EPL apabila sekadar terikat 1-1 dengan Everton dalam perlawanan yang berlangsung di Goodison Park malam tadi. Keputusan seri walaupun masih belum menutup peluang United merebut kejuaraan EPL namun ia menyukarkan juara bertahan itu untuk mempertahankan kejuaraannya.
October 25, 2008


Dimitar Berbatov menepati statusnya sebagai penyerang berbisa apabila kian menemui prestasi terbaiknya seperti ketika mewakili Totenham Hotspur. Berbatov memberikan persembahan cemerlang ketika menentang Celtic dalam saingan Liga Juara Eropah Selasa lalu dengan menjaringkan dua dari tiga gol United dalam perlawanan itu.
Pengurus United, Alex Ferguson mengkagumi prestasi terkini Berbatov dan beliau memberitahu bahawa nilai pembelian Berbatov sebanyak 30.75 juta pound amat berbaloi. Beliau kini percaya nilai Berbatov semakin meningkat hasil persembahan dalam Liga Juara Eropah tempoh hari.
October 22, 2008


Juara England, Manchester United tidak menghadapi masalah besar untuk menundukkan kelab Scotland, Celtic 3-0 dalam saingan Kumpulan E Liga Juara Eropah di Old Trafford awal pagi tadi. Dua gol jaringan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov pada setiap babak sudah cukup untuk membantu kemenangan selesa United ini. Perlawanan yang pada awalnya dijangka sengit antara dua kelab British itu ternyata meleset apabila United lebih banyak mendominasi perlawanan ini.
October 18, 2008


Real Madrid yang gagal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo kini mengalihkan tumpuan untuk memikat rakan sekelabnya, Carlos Tevez. Real dikatakan cuba mengambil kesempatan di sebalik kegagalan pemain itu menandatangani kontrak baru sebagai pemain bersama United. Penyerang itu masih dalam kontrak pinjaman dan sedang berusaha mendapatkan kontrak tetap namun perbincangan masih menemui jalan buntu.
October 6, 2008


Penyerang Manchester United, Wayne Rooney yakin pasukannya akan bangkit dari permulaan buruk musim ini. Kenyataannya merujuk kepada kemenangan 2-0 yang dicapai oleh United sewaktu mengalahkan Blackburn Rovers dalam saingan EPL kelmarin. Dalam perlawanan itu, United menang menerusi dua gol jaringan Wes Brown dan Rooney.
October 1, 2008


Robbie van Persie dan Emmanuel Adebayor masing-masing menjaringkan dua gol setiap seorang untuk membantu Arsenal membelasah FC Porto 4-0 dalam saingan Kumpulan G Liga Juara Eropah di Stadium Emirates awal pagi tadi. Kekalahan kepada Hull City dalam saingan EPL Sabtu lalu tidak sedikitpun menjejaskan rentak Arsenal dalam perlawanan ini malah The Gunners seolah-olah melepaskan geram ke atas lawannya dari Portugal itu.
September 28, 2008


Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama liganya musim ini dan mencipta gerak gol yang kedua untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan penting 2-0 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford malam tadi. Setelah hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan sebelum ini, kemenangan ke atas Bolton ini masih mengekalkan United sebagai pencabar kejuaraan EPL musim ini.
September 24, 2008


Keyakinan Arsene Wenger terhadap pemain-pemain mudanya berbaloi apabila skuad muda Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Dengan menamakan kesebelasan utama yang mempunyai purata umur 19 tahun skuad ini langsung tidak menunjukkan rasa kekok ketika di padang. Pemain paling tua yang diturunkan oleh Wenger adalah penjaga golnya, Lukasz Fabianski yang berusia 23 tahun.
September 22, 2008


Chelsea gagal dalam usahanya untuk merampas semula kedudukan selaku pendahulu EPL dari Arsenal apabila sekadar seri 1-1 dengan Manchester United di Stamford Bridge sebentar tadi. Keputusan ini menyaksikan Chelsea sekadar berganjak ke tangga kedua sama mata dengan Liverpool tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol.
September 21, 2008


Cristiano Ronaldo amat mengharapkan agar pengurus Manchester United, Alex Ferguson akan mempertimbangkan namanya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama yang akan menentang Chelsea dalam perlawanan EPL malam ini. Ronaldo yang baru pulih dari kecederaan kaki yang dialaminya sebelum ini diturunkan sewaktu United menentang Villareal dalam saingan Liga Juara Eropah Khamis lalu.
September 18, 2008


Setelah mengharungi awal musim Liga Sepanyol yang mendukacitakan, Real Madrid akhirnya mencatat kemenangan dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi tadi. Real Madrid mencatat kemenangan selesa menewaskan kelab Belarus, FC BATE Borisov 2-0 dalam perlawanan Kumpulan H di Santiago Barnabeu. Gol pada setiap babak sudah cukup memberikan Real tiga mata berharga. Malang bagi BATE apabila terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas pemainnya, Anri Khagush dilayangkan kad kuning kedua sekaligus diarah meninggalkan padang setengah jam sebelum tamat permainan.
September 14, 2008


Liverpool yang turun tanpa Steven Gerrard dan Fernando Torres berjaya mengenepikan cabaran sengit Manchester United dalam perlawanan tumpuan EPL sebentar tadi. Liverpool menang 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield itu. Perlawanan yang bermula sengit itu menyaksikan United sudahpun di depan hasil jaringan Carloz Tevez seawal minit ke-3. Gol itu berpunca dari gerakan pemain baru United, Dimitar Berbatov di sebelah kiri pintu gol Liverpool yang kemudian membuat hantaran ke tengah sebelum Tevez merembat kencang tanpa dapat diselamatkan oleh penjaga gol Liverpool, Pepe Reina.
September 13, 2008

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berang dengan kenyataan Mark Hughes bahawa Manchester City kini adalah pasukan yang terhangat di pasaran. Hughes juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan antara Manchester City dengan Chelsea lebih hebat daripada perlawanan Manchester United menentang Liverpool malam ini. Hughes melabelkan perlawanan kelabnya dengan Chelsea itu sebagai pertembungan dua kuasa terkaya EPL.
September 2, 2008
Next Page »
|