Category: Kelab Manchester City
February 22, 2010


Perlawanan antara Liverpool dan Manchester City yang pada awalnya dijangka berlangsung sengit akhirnya berkesudahan dengan seri tanpa jaringan dalam saingan merebut tangga keempat EPL di Eastlands semalam.
Bimbang akan ditimpa kekalahan, saingan antara dua pesaing terdekat itu gagal menampilkan sebarang percubaan berbahaya pada babak pertama dan hanya sedikit hangat pada 15 minit terakhir.
January 28, 2010


Wayne Rooney mengetuai kemaraan Manchester United ke perlawanan akhir Piala Carling apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Old Trafford semalam.
Selepas jaringan Carlos Tevez kembali mengikat agregat kepada 3-3 untuk membayangkan yang perlawanan itu bakal berlanjutan ke masa tambahan, Rooney tampil dengan watak pemusnah apabila menanduk masuk hantaran Ryan Giggs untuk membolehkan United mara ke final dengan agregat 4-3. United sebelum ini tewas 1-2 dalam perlawanan pertama di Eastlands.
January 27, 2010


Kelab Brazil, Santos mengesahkan yang pihak mereka telah menghantar wakil ke England untuk berbincang dengan Manchester City tentang keinginan kelab itu mendapatkan khidmat Robinho secara pinjaman.
Pengurus City, Roberto Mancini beberapa kali menegaskan tetap memerlukan khidmat penyerang Brazil itu tetapi Santos beranggapan pinjaman pemain itu selama enam bulan sudah memadai buat kelab itu.
January 11, 2010


Patrick Viera percaya dia adalah pemain yang lebih baik berbanding ketika dia meninggalkan Liga Perdana England empat setengah tahun yang lalu.
Bekas ketua pasukan Arsenal itu mendapati begitu sukar buatnya meyakinkan Jose Mourinho di Itali, maka keputusannya untuk kembali bermain di England mengundang persoalan memandangkan tahap permainannya yang lebih tinggi tetapi Viera yakin pengalamannya bermain di Serie A menjadikannya lebih baik.
December 29, 2009


Dua gol menerusi Carlos Tevez dan satu lagi menerusi sepakan percuma menarik Javier Garrido membantu Manchester City mencatat kemenangan pertama di tempat lawan dalam tempoh empat bulan, juga kemenangan kedua dalam tempoh tiga hari di bawah bimbingan pengurus baru, Roberto Mancini.
Tevez meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketujuh dan kelapan dalam tujuh penampilan terakhirnya dan kini mengumpul 11 jaringan sepanjang musim ini.
December 27, 2009


Roberto Mancini memulakan kerjayanya di Manchester City dengan bergaya apabila anak-anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 di Stadium City of Manchester dalam saingan EPL semalam.
Martin Petrov dan Carlos Tevez menyumbangkan dua gol pada babak pertama sekaligus memberikan Mancini kemenangan pertama kepada Mancini sejak beliau mengambil alih tugas daripada Mark Hughes minggu lalu.
December 24, 2009


Roberto Mancini mengajak Robinho membuat sejarah di Manchester City dan menggunakan peluang pada sidang akhbar pertamanya sebagai pengurus baru kelab itu dengan mengumumkan yang beliau akan menggunakan khidmat penyerang Brazil itu.
Bekas pengendali Inter Milan, Lazio dan Fiorentina itu dengan yakinnya mengumumkan yang sasaran utamanya adalah meletakkan kelab itu dalam kelompok empat kelab terbaik liga dan untuk mencapainya, Mancini memerlukan khidmat terbaik daripada Robinho, yang gagal menjaringkan sebarang gol dari tujuh penampilannya dalam liga setakat ini.
December 23, 2009


Manchester City secara rasmi mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus baru kelab itu, dengan mensasarkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik EPL musim ini.
Warga Itali itu, yang pernah bermain dengan Leicester City sepuluh tahun lalu, memberitahu yang beliau telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dan menegaskan beliau sudah bersedia untuk menerima cabaran yang bakal mendatang.
December 22, 2009


Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.
December 11, 2009


Manchester City kini berhadapan dengan masalah serius selsema burung yang dikhuatiri akan menjangkit ke seluruh pemain pasukan itu.
Penyerang Craig Bellamy sudahpun menjalani diagnosis kerana disyaki dihinggapi selsema burung. Kini, Vladimir Weiss, yang dibawa masuk selaku pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketika menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling minggu lalu, telah dihantar pulang selepas disahkan menghidapi H1N1.
November 28, 2009


Robinho kini bersedia untuk membuat kemunculan kembali bersama Manchester City ketika menentang Hull City hari ini dan ia merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialaminya pada bulan Ogos lalu.
Dia menyertai pasukan negaranya pada awal bulan ini dan jurulatih skuad utama City, Eddie Niedzwiecki percaya ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan Robinho.
November 8, 2009


Gol jaringan Kevin McDonald tiga minit sebelum perlawanan berakhir memberikan Burnley keputusan seri yang dramatik 3-3 ketika menentang Manchester City dalam saingan EPL di Stadium City of Manchester malam tadi.
Burnley mendahului 2-0 pada satu ketika sebelum City membalas dengan tiga jaringan. City kelihatan akan mencatat kemenangan sehinggalah McDonald menghancurkan harapan penyokong tuan rumah dengan gol penyamaan itu.
Sebelum itu, ‘The Clarets’ membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Graham Alexander pada minit ke-19 sebelum Steven Fletcher menggandakan kedudukan pada minit ke-32.
October 24, 2009


Frank Lampard percaya yang Manchester City akan mengekalkan saingannya dan menjadi kelab pertama yang memecah masuk ke kelompok ‘Top Four’ sejak Everton melakukannya pada 2005, sama seperti yang berlaku kepada Chelsea selepas Roman Abramovich menyalurkan dana kewangan kepada kelab itu.
Kekalahan empat perlawanan Liverpool berturut-turut musim ini menguatkan ramalan kebanyakan peminat bola sepak yang kedudukan teratas EPL musim ini lebih terbuka dari sebelumnya, ditambah cita-cita besar yang dimiliki oleh pengurus City, Mark Hughes.
October 7, 2009


Richard Dunne menjaringkan gol menerusi tandukan cantik menentang bekas kelabnya tetapi Craig Bellamy menafikannya dari meraikan kemenangan dengan gol penyamaan pada babak kedua ketika Manchester City dan Aston Villa terikat 1-1 dalam saingan tunggal EPL semalam.
Dunne memberikan Villa gol pendahuluan pada minit ke-15, gol pertamanya sejak berpindah dari Eastlands dengan nilai 6 juta pound.
September 29, 2009


Permulaan baik Manchester City musim ini berterusan hasil sentuhan pemusnah Carlos Tevez ke atas bekas kelabnya, West Ham United untuk membolehkan City menang 3-1 di Stadium City of Manchester semalam.
Kemenangan kelima City musim ini hampir menyamai pencapaian terbaik mereka dengan enam kemenangan berturut-turut pada awal musim 1961 dan persembahan baik mereka ini ternyata memikat para penyokong mereka.
Dua gol dari Tevez dan gol sepakan percuma Martin Petrov pada babak pertama melengkapkan persembahan bergaya City dalam perlawanan itu.
September 25, 2009


Penyerang Manchester City, Craig Bellamy terlepas dari hukuman pihak polis atas kesalahan menumbuk seorang penyokong Manchester United yang berlari memasuki padang di Old Trafford ketika pertemuan antara dua kelab jiran tetangga itu hari Sabtu lalu.
Pihak polis menggugurkan dakwaan ke atas penyerang City itu selepas tiada aduan dibuat selepas perlawanan itu.
September 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes lantang mempertahankan perbuatan Craig Bellamy dalam pertembungan menentang seteru setempat, Manchester United hari Sabtu lalu dengan mendakwa penyerang City itu menjadi mangsa dalam insiden kontroversi dengan penonton di Old Trafford.
Pihak FA dan pihak polis Manchester telah mengadakan siasatan ke atas insiden itu di mana Bellamy dikatakan menumbuk muka penyokong Manchester United yang memasuki padang sebaik Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United pada masa kecederaan.
September 19, 2009


Penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya ekoran pertembungannya dengan pemain Arsenal, Robbie van Persie dalam perlawanan EPL hujung minggu lalu.
Pemain antarabangsa Togo itu dikatakan sengaja menendang muka Van Persie menyebabkan pemain Belanda itu melabelkan perbuatannya sebagai ‘tidak berakal’.
Adebayor telahpun meminta maaf secara terbuka kepada Van Persie atas perbuatannya itu namun pihak FA bertegas mahu mengambil tindakan terhadap pemain itu.
September 16, 2009


Emmanuel Adebayor berpendapat yang dia tidak sepatutnya dihukum di sebalik pengumuman pihak FA untuk melakukan siasatan tentang kontroversi yang melandanya sewaktu kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Arsenal pada hari Sabtu lalu.
Penyerang Togo itu menyertai City dari Arsenal dengan nilai 25 juta pound pada musim panas lalu, berlari ke arah penyokong bekas kelabnya itu sambil meraikan jaringannya di hadapan mereka menyebabkan timbul kemarahan di kalangan para penyokong tersebut.
September 15, 2009


FA England akan melihat secara teliti dua insiden yang melibatkan penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal tewas 1-3 di Eastlands hari Sabtu lalu.
Bekas pemain Arsenal itu berlari keliling padang sebelum meluncur sambil mengangkat tangan di depan para penyokong lawan selepas menjaringkan gol ketiga City.
Sebelum itu, Robbie van Persie mengalami kecederaan muka ketika bertembung dengan Adebayor dan penyerang Togo itu dikatakan sengaja menghulurkan kaki ke arah muka bekas rakan sepasukannya itu.
September 13, 2009


Emmanuel Adebayor akhirnya tersenyum lebar apabila membantu Manchester City menewaskan bekas kelabnya, Arsenal 4-2 dalam perlawanan EPL yang berlangsung sengit di Stadium City of Manchester malam tadi.
Dua minggu selepas menguasai perlawanan di Old Trafford, kemudian menamatkan perlawanan di pihak yang kalah kepada Manchester United, pasukan bimbingan Arsene Wenger turun dengan harapan dapat muncul sebagai pemenang dalam perlawanan itu.
Adebayor kelihatan mempunyai agenda lain, mungkin pihak FA perlu melihat semula insiden yang melibatkan pertembungannya dengan Robbie van Persie yang menyebabkan penyerang Arsenal itu mengalami kecederaan di muka.
August 31, 2009


Emmanuel Adebayor menjaringkan gol ketiganya dalam saingan EPL musim ini untuk membantu Manchester City menewaskan Portsmouth 1-0 di Fratton Park malam tadi.
Gol jaringan Adebayor itu terhasil pada minit ke-30 apabila penyerang antarabangsa Togo itu mudah menanduk masuk bola sepakan sudut Gareth Barry.
August 26, 2009


Joleon Lescott akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Everton ke Manchester City. Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Eastland situ.
Lescott melengkapkan ujian perubatannya dan bersetuju dengan terma-terma perjanjian pada hari Isnin lalu selepas City membuat tawaran baru, dipercayai sekitar 22 juta pound.
Tawaran itu diterima oleh Everton pada hari Ahad tetapi berlaku sedikit masalah yang menyebabkan ia tertangguh sehinggalah masalah itu diselesaikan.
August 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan beliau masih belum menamatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain Pertahanan Everton, Joleon Lescott walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sudah menggugurkan nama Lescott dari senarai pemain yang ingin dimilikinya.
Lescott menjadi buruan City sejak beberapa minggu lalu, dengan Everton telahpun menolak tawaran 15 juta pound dan 18 juta pound dari pesaingnya itu.
Pemain pertahanan tengah itu turut menyuarakan hasratnya untuk berpindah namun ia juga ditolak oleh pengurusan kelabnya, tetapi sejak itu dia sering diketepikan David Moyes dari kesebelasan utama Everton.
August 16, 2009


Manchester City menggerakkan semangat mereka untuk menjadi pencabar utama EPL musim ini apabila menewaskan Blackburn Rovers 2-0 di Ewood Park semalam sekaligus menjawab persoalan yang ditimbulkan pengkritik tentang kemampuan mereka musim ini.
Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor merembat masuk gol pertama City seawal minit ke-3 setelah menerima hantaran Shaun Wright-Phillips.
Next Page »
|