Jaring Dua Gol Namun Ronaldo Kecewa Dilayangkan Kad Merah.
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendakwa kad merah yang diterimanya ketika Real Madrid mengatasi Malaga 2-0 dalam saingan La Liga adalah tidak adil buatnya di sebalik insiden patah tulang hidung yang dialami Patrick Mtiliga akibat hayunan tangannya.
Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Madrid sebelum insiden hitam itu berlaku pada minit ke-70, telah meminta maaf dari Mtiliga selepas perlawanan tetapi tindakannya membantah keputusan pengadil itu mengundang kemarahan kem Malaga.













































