IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: kelab Inter Milan

December 27, 2009

Mourinho Nafi Akan Tinggalkan Inter Milan.

Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho menafikan yang beliau akan meninggalkan kelab itu sebaik tamat musim ini.

Mourinho membimbing Inter memenangi kejuaraan liga pada musim pertamanya di kelab itu dan kelihatan akan berjaya mengekalkan pencapaian itu musim ini tetapi pengurusan kelab itu tidak begitu teruja disebabkan mereka kurang menyerlah dalam saingan Liga Juara Eropah manakala Mourinho sendiri tidak mempunyai hubungan yang baik dengan media Itali.

November 26, 2009

Liga Juara Eropah – Barcelona Lebih Hebat Daripada Inter Milan.

Penyandang juara, Barcelona mara ke puncak kumpulannya dalam saingan Liga Juara Eropah selepas menumpaskan pendahulu sebelumnya, Inter Milan 2-0 di Nou Camp semalam.

Barca mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini andainya mereka tewas dalam perlawanan ini namun skuad bimbingan Pep Guardiola membuktikan sebaliknya untuk menempah tempat ke fasa kalah mati bersama 15 pasukan lain.

October 30, 2009

Serie A – Inter Milan Makin Jarakkan Diri Di Persada Liga.

Inter Milan melebarkan jurang kepada empat mata untuk menguasai takhta liga selepas kemenangan mendebarkan 5-3 ke atas Palermo dalam saingan tunggal Serie A semalam.

Perlawanan itu kelihatan berat sebelah apabila dua gol setiap seorang hasil jaringan Samuel Eto’o dan Mario Balotelli memberikan Inter pendahuluan 4-0 ke atas lawannya tetapi Palermo bangkit kembali dengan tiga gol untuk meletakkan skuad Nerrazzuri di bawah tekanan.

October 27, 2009

Serie A – Tempuhi Saat Mendebarkan, Inter Milan Kembali Kuasai Liga.

Inter Milan kembali ke persada Serie A dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Catania di San Siro kelmarin.

Suley Muntari memberikan skuad bimbingan Jose Mourinho itu gol pendahuluan pada minit ke-13 sebelum Wesley Sneijder menambah gol kedua selepas setengah jam perlawanan berlangsung.

Sepakan penalti oleh Giuseppe Mascara pada minit ke-84 memberikan kesudahan mendebarkan buat skuad Nerrazzuri, yang kini memintas Sampdoria untuk kembali ke kedudukan teratas liga.

September 18, 2009

Liga Juara Eropah – Barcelona Dan Inter Milan Sama Kuat.

Zlatan Ibrahimovic dan Samuel Eto’o gagal membantu kelab masing-masing mengatasi satu sama lain apabila kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan dalam saingan Liga Juara Eropah di San Siro semalam.

Pertembungan kedua-dua pemain itu begitu dinantikan setelah Barca membayar Inter 46 juta euro termasuk Eto’o, yang bernilai 20 juta euro dalam pertukaran untuk mendapatkan Ibrahimovic.

September 14, 2009

Serie A – Eto’o Mula Tunjuk Belang, Bantu Kemenangan Inter Milan.

Samuel Eto’o menjaringkan gol yang mengkagumkan untuk membantu kemenangan 2-0 Inter Milan ke atas Parma dalam perlawanan yang berlangsung di Giuseppe Meazza semalam.

Eto’o meleraikan kedegilan pertahanan Parma apabila dia melencongkan bola dengan rembatan kaki kanan pada minit ke-71 sebelum Diego Milito mengesahkan kemenangan Inter dengan gol kedua pada minit akhir perlawanan untuk memberikan juara Itali itu tujuh mata dari tiga perlawanan yang telah dilaluinya.

August 30, 2009

Serie A – Inter Tunjuk Belang Sebenar, Mudah Belasah AC Milan.

Juara bertahan Serie A, Inter Milan membelasah barisan sepuluh pemain AC Milan 4-0 dalam pertembungan jiran setempat di San Siro semalam.

Inter menerima kejutan pada perlawanan pembukaan apabila diikat 1-1 oleh Bari minggu lalu namun skuad bimbingan Jose Mourinho mempamerkan aksi lebih kemas, dibantu oleh arahan keluar padang terhadap Gennaro Gattuso oleh pengadil perlawanan.

August 29, 2009

Huntelaar Tidak Sabar Beraksi Dalam Pertembungan Dua Milan.

Klaas Jan Huntelaar akan berhadapan dengan bahang Serie A minggu ini apabila dia berpeluang membuat penampilan pertama bersama AC Milan yang akan membuat perhitungan dengan seteru setempat, Inter Milan.

Penyerang Belanda itu menyertai Rossoneri musim panas ini dari Real Madrid dan terlepas peluang bermain dalam perlawanan pembukaan Serie A kerana menjalani hukuman penggantungan.

Berlawanan dengan seteru setempatnya itu, AC Milan memulakan kempen liga musim ini dengan bergaya apabila menewaskan Siena 2-1 menerusi dua jaringan kemenangan Alexandre Pato.

August 28, 2009

Kecewa Layanan Real Madrid, Sneijder Gembira Sertai Inter Milan.

Pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder kini akan fokus kepada kelab barunya, Inter Milan setelah bersetuju berpindah ke kelab Itali itu dari Real Madrid, sambil melahirkan rasa kecewanya terhadap layanan kelab lamanya itu kepada dirinya.

Kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan untuk memeterai perjanjian penjualan pemain itu yang dikatakan mencecah nilai 18 juta euro.

July 18, 2009

Inter Milan Sahkan Barcelona Berminat Dapatkan Ibrahimovic.

Inter Milan mengesahkan yang mereka ada berbincang dengan juara Sepanyol, Barcelona tentang kemungkinan perpindahan Zlatan Ibrahimovic ke kelab itu.

Presiden Inter, Massimo Moratti telah berunding dengan rakan sejawatnya dari Barca, Joan Laporta tentang nilai dan pertukaran pemain yang mungkin turut menyaksikan Samuel Eto’o akan bermain di Itali.

June 25, 2009

Ibrahimovic Dan Maicon Mungkin Akan Tinggalkan Inter Milan.

Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic akan diletakkan dalam pasaran pemain andainya ada tawaran yang bersesuaian dan peluangnya berpindah mencecah 50%, begitulah menurut kata Presiden Inter Milan, Massimo Moratti.

Pemain terbaik Inter Milan itu begitu kuat dikatakan akan meninggalkan San Siro dan lebih banyak dikaitkan dengan Real Madrid berbanding dengan kelab lain.

June 19, 2009

Inter Milan Berminat Untuk Dapatkan Khidmat Deco dan Carvalho.

Inter Milan mengesahkan yang mereka berminat untuk mendapatkan pemain tengah, Deco dan pemain pertahanan, Ricardo Carvalho dari Chelsea.

Pasangan pemain Portugal itu dikaitkan akan berpindah dari Stamford Bridge pada musim panas ini dan dilaporkan berkemungkinan akan bergabung semula dengan boss Inter, Jose Mourinho, yang melatih kedua-dua pemain ketika mereka bermain dengan Porto.

May 27, 2009

Mourinho Tandatangani Kontrak Baru Bersama Inter Milan.

Jose Mourinho telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan yang mengekalkannya sehingga Jun 2012.

Bekas pengurus Chelsea itu, yang membimbing Inter gelaran juara Serie A pada tahun pertamanya bersama kelab itu, pada peringkat awal lagi mengatakan yang kemungkinan beliau meninggalkan Inter hanyalah 0.01%.

Mourinho mengambil alih tugas selaku pembimbing Inter pada akhir musim lalu berikutan pengunduran Roberto Mancini dan membantu kelab itu memenangi gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.

May 19, 2009

Serie A – Inter Milan Rangkul Kejuaraan Liga Itali Dengan Bergaya.

Inter Milan menyambut kejayaannya merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut dengan bergaya apabila menundukkan Sienna 3-0 di San Siro kelmarin.

Inter memperolehi gelaran selaku juara liganya yang ke-17 terima kasih kepada AC Milan yang tunduk dalam perlawanan terdahulu kepada Udinese manakala perlawanan itu berlangsung tanpa tekanan ekoran Sienna turut mengesahkan kedudukan mereka kekal dalam Serie A untuk musim depan.

April 24, 2009

Mourinho Cetus Kontroversi Lagi, Kritik Pengurusan Bola Sepak Itali.

Jose Mourinho sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengkritik pengurusan bola sepak Itali, di samping mendakwa yang arena bola sepak di England ibarat ‘syurga’ bagi pengurus yang mempunyai rancangan jangka panjang.

Jurulatih Inter Milan itu, yang kini dalam usaha merangkul kejuaraan liga Italinya yang pertama, telah menyaksikan sepuluh pengurus Serie A dilantik dan disingkir dalam jangka masa singkat oleh kelab-kelab mereka. Beliau merasakan bola sepak England lebih banyak memberikan peluang buat pengurus mencapai sesuatu kejayaan.

March 12, 2009

Liga Juara Eropah – Inter Milan Akur Kehebatan Manchester United.

Jose Mourinho telah cuba melakukan segalanya di Old Trafford namun Manchester United akhirnya tetap muncul sebagai pemenang selepas menewaskan Inter Milan 2-0 dalam saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan United mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan pertama di Itali.

Lima tahun lalu, Sir Alex Ferguson akur apabila Porto, ketika itu dibimbing Mourinho, menunjukkan mereka jalan keluar dengan dua kemenangan pada saingan yang sama, dan keputusan itu secara mendadak telah menaikkan nama Mourinho, ditambah pula Porto berjaya merangkul kejuaraan pada musim itu.

March 8, 2009

Serie A – Inter Milan Musnahkan Rekod Tanpa Kalah Genoa Di Gelanggang Sendiri, Juventus Kekal Pesaing Utama Kejuaraan Liga.

Inter Milan mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Serie A dengan kelebihan tujuh mata selepas menjadi pasukan pertama mengalahkan Genoa di Stadio Luigi Ferrraris musim ini.

Zlatan Ibrahimovic meletakkan pasukan bimbingan Jose Mourinho di depan selepas dua minit perlawanan berlangsung manakala Mario Balotelli mengesahkan tiga mata milik Inter dengan jaringan kedua pada minit ke-30.

Inter terpaksa membayar harga yang mahal di atas kemenangan itu apabila mereka bakal kehilangan dua pemain utama untuk berhadapan Manchester United dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah hari Rabu nanti.

February 25, 2009

Liga Juara Eropah – Ferguson Kecewa Dengan Kebuntuan Jentera Serangan United.

Sir Alex Ferguson yakin Manchester United akan bangkit menundukkan Inter Milan dalam perlawanan kedua saingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara Eropah.

United terdesak untuk mencatat kemenangan setelah seri tanpa jaringan dengan Inter, disebalik penguasaan pada sebahagian besar perlawanan ketika bertemu pendahulu Seria A Itali itu di San Siro awal pagi tadi.

February 24, 2009

Beckham – Manchester United Perlu Awasi Penyerang Inter Milan.

David Beckham memberi amaran kepada Manchester United agar mengawasi dua penyerang berbahaya Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic dan Adriano apabila kedua-dua kelab itu bertembung dalam saingan Liga Juara Eropah awal pagi nanti.

Beckham adalah antara anggota skuad utama AC Milan yang tewas 1-2 kepada Inter dalam saingan Serie A lapan hari lepas, merasakan United merupakan pilihan utama untuk melepasi peringkat suku akhir itu jika mereka dapat merantai pergerakan kedua-dua penyerang Inter itu.

February 23, 2009

Inter Milan Masih Kekal Sebagai Pendahulu Serie A, Juventus Turut Catat Kemenangan.

Pemain gantian, Mario Balotelli menjaringkan gol kemenangan hanya selepas beberapa minit dimasukkan untuk membolehkan pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Bologna 2-1 semalam.

Barisan bimbingan Jose Mourinho itu mendahului lawannya menerusi jaringan Esteban Cambiasso sebelum Miguel Britos menjaringkan gol penyamaan buat Bologna, dan kini mempunyai kelebihan sembilan mata terhadap pencabar terdekatnya, Juventus yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Palermo.

February 17, 2009

Serie A – Pertembungan Dua Milan Berpihak Kepada Inter.

Gol kontroversi Adriano membantu pendahulu liga, Inter Milan menewaskan jiran tetangganya, AC Milan 2-1 di San Siro semalam, keputusan yang memadamkan impian Rossoneri untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Juara bertahan, Inter kini berkelebihan sebelas mata mengatasi Milan yang menduduki tangga ketiga dengan berbaki 14 perlawanan dan mengatasi Juventus dengan sembilan mata selepas skuad bimbingan Claudio Ranieri itu seri 1-1 dengan Sampdoria.

February 9, 2009

Inter Milan Kembali Perkukuh Kedudukan Di Persada Serie A.

Pendahulu Serie A, Inter Milan kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Serie A Itali apabila mudah menundukkan kelab bawahan, Lecce 3-0 semalam.

Zlatan Ibrahimovic membuka tirai jaringan buat kelab bimbingan Jose Mourinho itu pada babak pertama manakala dua gol lagi jaringan Luis Figo dan Dejan Stankovic memastikan kemenangan selesa ke atas lawannya itu di Stadio Via del Mare.

February 6, 2009

Quaresma Sertai Chelsea Secara Pinjaman.

Chelsea mengesahkan yang mereka telah berjaya mendapatkan pemain sayap Portugal, Ricardo Quaresma dari Inter Milan secara pinjaman.

The Blues telah mengumumkan perkara itu dalam laman web rasmi mereka dan membuat kenyataan yang pihak Liga Perdana telah meluluskannya.

Inter Milan sebelum ini telah menyingkirkan nama Quaresma dari pasukan yang akan bersaing dalam Liga Juara Eropah, menyebabkan namanya dikaitkan dengan laporan yang dia telah ditawarkan ke Tottenham Hotspur dan juga membabitkan pertukaran dengan Jermaine Jenas.

January 27, 2009

Mourinho Akui Minat Dapatkan Drogba Dan Jenas Untuk Inter Milan.

Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengakui yang beliau berminat untuk mendapatkan Didier Drogba atau Jermaine Jenas sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

Pasukan bimbingan Mourinho itu kini menduduki takhta Serie A dan walaupun beliau gembira dengan pemain-pemain yang ada dalam pasukannya, beliau tetap mahu menambah kekuatan sedia ada dengan kemasukan Drogba dan Jenas.

Drogba kini sedang berhadapan krisis dengan pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari sepanjang minggu, menguatkan spekulasi yang dia akan meninggalkan Stamford Bridge.

January 25, 2009

Prestasi Sedikit Merosot Namun Inter Milan Tetap Percayakan Mourinho.

Inter Milan mungkin memulakan tahun baru dengan agak perlahan tetapi Presiden kelab itu, Massimo Moratti tetap gembira dengan pencapaian juara tiga tahun berturut-turut itu di bawah bimbingan Jose Maorinho yang kini masih menerajui takhta Serie A.

Keputusan seri 1-1 dengan Cagliari dan kekalahan 1-3 kepada Atalanta minggu lalu menipiskan jurang dengan Juventus ditangga kedua kepada hanya tiga mata sahaja ketika perjalanan liga sudah melepasi separuh musim.

Bagaimanapun, dengan pencapaian tanpa kalah Nerazzurri di San Siro dan hanya tumpas dalam dua dari 19 perlawanannya, Moratti menganggap Mourinho telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Next Page »