IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Hull City

January 24, 2010

EPL – Rooney Mengganas Dengan Empat Gol.

Wayne Rooney menjaringkan empat gol sensasi ketika membelasah Hull City 4-0 di Old Trafford semalam sekaligus mengangkat kedudukan Manchester United selaku pendahulu EPL yang baru mengatasai Arsenal dan Chelsea dengan kelebihan dua mata.

Setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-8, Rooney bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga lapan minit terakhir untuk meledakkan gol kedua dalam perlawanan itu.

December 28, 2009

EPL – Rooney Pandu Kemenangan Manchester United Ke Atas Hull.

Wayne Rooney akhirnya menyerlah untuk membantu kemenangan sukar 3-1 Manchester United ke atas Hull City di Stadium Kingston awal pagi tadi.

Rooney memberikan United gol pertama sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi kemudian kesilapannya menghantar bola ke belakang membolehkan Hull mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan.

August 16, 2009

EPL – Hull Buat Chelsea Cemas, Drogba Jadi Penyelamat.

Dua jaringan Didier Drogba memberikan pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti permulaan yang baik apabila membantu ‘The Blues’ menang tipis 2-1 ke atas Hull City di Stamford Brigde semalam.

Penyerang Ivory Coast itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk memadam harapan Hull yang mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari perlawanan itu.

April 26, 2009

EPL – Manchester United Kekal Pendahulu, Liverpool Dan Chelsea Turut Catat Kemenangan.

Manchester United mempersembahkan kebangkitan dramatik pada babak kedua untuk membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 dalam saingan EPL di Old Trafford awal pagi tadi dan kini semakin fokus untuk memburu kejuaraan liganya yang ke-18.

Dua gol babak pertama menerusi Darren Bent (minit ke-29) dan Luka Modric tiga minit kemudian menggusarkan kem United dan mencetuskan kebimbangan memandangkan pesaing terdekatnya, Liverpool telah menumpaskan Hull City 3-1 di tempat lawan sebelum itu sehingga membolehkan ‘The Reds’ menduduki takhta seketika.

March 19, 2009

Piala FA – Arsenal Tempah Pertemuan Dengan Chelsea.

William Gallas menempatkan Arsenal ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk mengalahkan Hull City 2-1 dalam saingan suku akhir di Stadium Emirates semalam.

Gallas, yang dilucutkan tugas selaku ketua pasukan pada awal musim, pasti tidak lagi memakai lilitan ketua pasukan ketika Arsenal bertemu Chelsea di separuh akhir nanti, tetapi tandukannya sudah cukup membolehkan ‘The Gunners’ melangkah ke Wembley, kali pertama dalam tempoh sedekad.

March 2, 2009

EPL – Manchester City, Newcastle Dan Hull Dirundung Malang.

Pemain West Ham, Jack Collison merampas kegembiraan sementara milik Manchester City yang baru layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan Piala UEFA, dengan meledakkan gol tunggal, sekaligus membantu kelabnya menang 1-0 ke atas City di Upton Park malam tadi.

City menyingkirkan FC Copenhagen dalam saingan Piala UEFA hari Khamis lalu tetapi prestasinya dalam liga domestik terus dirundung malang apabila terpaksa akur dengan jaringan kemenangan Collison pada minit ke-71.

February 8, 2009

EPL – Chelsea Hanya Mampu Seri, Aston Villa Rampas Tempat Ketiga.

Chelsea kehilangan dua lagi mata berharga di Stamford Bridge selepas diikat 0-0 oleh Harimau Britain, Hull City dalam perlawanan EPL awal pagi tadi.

Hull menjadikan kedudukan Chelsea semakin sukar untuk bersaing memburu kejuaraan liga walaupun pasukan tuan rumah mempunyai peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan itu, menerusi John Terry dan pemain yang baru dipinjam dari Inter Milan, Ricardo Quaresma, kedua-duanya dinafikan oleh penjaga gol lawan, Matt Duke.

January 18, 2009

Meriam Arsenal Bedil Harimau Britain, Kini Masih Memburu Gelaran Juara Liga.

Arsenal yang sudah diketepikan sebagai salah satu pencabar kejuaraan EPL musim ini masih enggan menyerah kalah apabila menundukkan Hull City 3-1 awal pagi tadi.

Walaupun dicabar hebat oleh Hull pada awalnya namun Arsenal meningkatkan asakan dan meledak dengan dua gol pada lewat permainan untuk mengutip tiga lagi mata berharga, sekaligus mengekalkan kedudukannya di tangga kelima.

November 2, 2008

Hull Cemaskan Manchester United.

Manchester Unted menerima tentangan sengit dari Hull City sebelum menewaskan kelab itu 4-3 dalam saingan EPL di Old Trafford malam tadi. Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol bagi membolehkan United selesa mendahului 4-1 pada satu ketika. Kebangkitan Hull pada babak kedua hampir menjerat United namun barisan pertahanan United berjaya mengekalkan keputusan yang berpihak kepada mereka.

October 30, 2008

Hull Gagal Pintas Chelsea.

Hull City yang dilihat mampu memintas kedudukan Chelsea jika menang gagal berbuat demikian apabila terpaksa tunduk 0-3 kepada The Blues dalam saingan EPL di tempat sendiri awal pagi tadi. Kekalahan itu sekaligus menamatkan rentetan empat kemenangan yang dicapai oleh Hull sebelum ini. Sebaliknya Chelsea kini meninggalkan Hull tiga mata di belakang dan kini kembali mengejar kedudukan teratas liga selepas tewas 0-1 kepada Liverpool Ahad lalu.

October 20, 2008

Stoke Beri Satu Lagi Kekalahan Buat Spurs.

Pengurus Totenham Hotspur, Juande Ramos terus mengalami mimpi ngeri apabila pasukan bimbingannya kalah lagi dalam saingan EPL malam tadi. Spurs tewas 1-2 kepada Stoke City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Brittania. Ini adalah kekalahan keenam dari lapan perlawanan yang dilalui Spurs setakat ini. Kekalahan ini menyaksikan kedudukan Spurs bertambah parah dan kini terperosok ke dasar liga dengan memungut hanya dua mata. Malam yang malang itu diserikan lagi dengan layangan dua kad merah kepada pemain Spurs menyebabkan Ramos pulang dengan muka merah padam. Ini adalah pencapaian terburuk Spurs dalam sejarah kelab itu sejak tahun 1912 di mana pada tahun tersebut Spurs hanya memungut tiga mata dari lapan perlawanan.

September 28, 2008

Arsenal Tersungkur Ditangan Hull.

Daniel Cousin memastikan kemenangan berpihak kepada Hull City sekaligus memadam rekod tanpa kalah Arsenal di gelanggang sendiri serta mencacatkan ulangtahun ke-12 Arsene Wenger bersama Arsenal. Pendatang baru EPL itu menang 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates semalam. Anak-anak buah Phil Brown itu menjadi kelab kedua selepas West Ham yang mengalahkan Arsenal sejak The Gunners menggunakan gelanggang baru itu. Arsenal tidak kalah di gelanggang keramatnya itu sejak 17 bulan lalu dan kekalahan kepada Hull ini juga menafikan hajat Arsenal untuk kembali mengepalai liga.