Category: Kelab Fulham
March 15, 2010


Wayne Rooney menjadikan jumlah jaringan terkumpulnya kini mencecah angka 32 apabila menjaringkan dua gol ketika Manchester United menewaskan Fulham 3-0 di Old Trafford semalam sekaligus merampas semula takhta liga dari Chelsea.
Walaupun mereka melepaskan beberapa lagi peluang menambah jaringan, United tetap gagah dengan mengesahkan kedudukan selaku pendahulu liga pada ketika baki perlawanan cuma tinggal kepada lapan sebelum tamat musim ini.
December 29, 2009


Chelsea bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum membenam cabaran sengit Fulham 2-1 di Stamford Bridge malam tadi sekaligus menjarakkan diri dari pasukan di tangga kedua dengan kelebihan lima mata.
Zoltan Gera memberikan skuad bimbingan Roy Hodgson harapan awal apabila dia menjaringkan gol hanya selepas tiga minit perlawanan dimulakan dan Fulham kelihatan selesa dalam tempoh perlawanan berlangsung selama sejam.
December 20, 2009


Pemburuan Manchester United untuk merangkul gelaran juara liga musim ini tergencat seketika apabila tumbang 0-3 di Craven Cottage kepada Fulham, terima kasih kepada inspirasi Bobby Zamora.
Danny Murphy membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari jarak 30 ela pada minit ke-22 apabila memanipulasi kesilapan Paul Scholes dan Zamora meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini dengan gol kedua sebaik bermula babak kedua.
November 1, 2009


Rafael Benitez mendapati sentuhannya semakin pudar dan kelibat sembilan pemain Liverpool gagal menangani kekalahan memalukan 1-3 kepada Fulham dalam saingan EPL di Craven Cottage malam tadi sekaligus menghadiahkan ‘The Reds’ kekalahan kelima musim ini.
Pemain pertahanan Liverpool, Philipp Degen dan Jamie Carragher diarahkan keluar padang akibat kesalahan memalukan pada babak kedua.
Gol-gol jaringan Bobby Zamora, Erik Nevland dan Clint Dempsey memberikan skuad Roy Hodgson kemenangan yang berhak dimiliki manakala Fernando Torres menjaringkan gol saguhati buat Liverpool.
August 31, 2009


Gabriel Agbonlahor membantu Aston Villa bangkit dari penyingkiran saingan peringkat Eropah apabila dengan mudah menewaskan Fulham 2-0, sekaligus mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri dalam saingan EPL musim ini.
Penyerang England itu memainkan peranan penting sewaktu jaringan pertama pasukannya dihasilkan apabila asakannya membuatkan John Pantsil tertanduk ke gawang sendiri pada minit ke-3.
April 6, 2009

Liverpool merampas semula kedudukan takhta EPL yang dikuasainya pada awal musim apabila menang tipis 1-0 ke atas Fulham di Craven Cottage semalam.
Fulham yang berjaya mengejutkan Manchester United dalam perlawanan liga dua minggu lalu kelihatan hampir berjaya merampas satu mata sehinggalah muncul Youssi Benayoun yang meledakkan jaringan kemenangan Liverpool pada minit ke-91.
April 5, 2009


Liverpool mengekalkan cabarannya untuk memburu kejuaraan liga menerusi penyudahan dramatik Youssi Benayoun pada minit akhir perlawanan untuk menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage awal pagi tadi.
Kemenangan itu meletakkan ‘The Reds’ ke tangga teratas liga, dua mata mengatasi Manchester United tetapi United mempunyai dua perlawanan dalam tangan, dengan satu daripadanya adalah pertembungan dengan Aston Villa hari ini.
March 22, 2009


Fulham membuatkan persaingan memburu kejuaraan EPL kembali terbuka apabila mencatat kemenangan sensasi 2-0 ke atas barisan sembilan pemain Manchester United di Craven Cottage awal pagi tadi.
Danny Murphy meletakkan Fulham di depan pada minit ke-17 apabila dia menyempurnakan sepakan penalti yang diperolehi pasukannya selepas Paul Scholes menampan bola dengan tangannya ketika bola hampir menggegar jaring gol pasukannya. Akibat insiden itu, Scholes telah dilayangkan kad merah.
March 8, 2009


Impian Manchester United untuk merangkul lima kejuaraan musim ini diteruskan di Craven Cottage apabila menundukkan Fulham 4-0 dalam saingan suku akhir Piala FA semalam.
Carlos Tevez dua kali menggegar jaring pada babak pertama dan jaringannya itu menguatkan tanggapan betapa anak-anak buah Sir Alex Ferguson begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian kelab itu menggapai lima kejuaraan musim ini.
March 1, 2009


Chelsea mengambil peluang di atas kemurungan prestasi Liverpool dalam saingan domestik dengan memintas kedudukan The Reds di tangga kedua apabila mengenepikan cabaran sengit Wigan Athletic sebelum menang 2-1 di Stamford Bridge semalam.
Chelsea dan Liverpool kini memungut 55 mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol, dan ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut kelab itu sejak Guus Hiddink mengambil alih tugas pengurus dari Luiz Felipe Scolari.
February 19, 2009


Manchester United melebarkan jurang kepada lima mata selaku pendahulu liga setelah mudah menundukkan Fulham 3-0 dalam saingan tunggal EPL di Old Trafford awal pagi tadi.
Paul Scholes membuka tirai jaringan pada minit ke-12, sekaligus memberikannya gol yang ke-97 dalam EPL, gol Dimitar Berbatov yang ke-12 musim ini pada minit ke-30 meletakkan United dua gol di depan sebelum Wayne Rooney (minit ke-63) melengkapkan kemenangan itu dalam penampilan pertamanya sejak direhatkan dalam tujuh perlawanan sebelum ini.
Edwin van der Sar pula terus mencatat rekod apabila belum ditembusi selama 1, 302 minit dalam 14 perlawanan.
December 29, 2008


Dua gol jaringan Lampard kelihatan cukup untuk memberikan Chelsea kemenangan yang diperlukan ke atas Fulham, sehinggalah jaringan Clint Dempsey pada lewat permainan mengikat keputusan 2-2 dan menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan pungutan satu mata sahaja.
Fulham membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-10 di Craven Cottage, pada ketika ada enam-tujuh pemain Chelsea berada di kawasan gol mereka, namun sepakan percuma Simon Davies melepasi kesemua pemain tersebut sebelum Dempsey menolak masuk dari jarak dekat.
December 7, 2008


Jimmy Bullard menjaringkan gol liga pertamanya musim ini untuk membantu Fulham mengikat Manchester City 1-1 dalam saingan EPL di Craven Cottage malam tadi sekaligus memanjangkan rekod tanpa kalah mereka kepada lima perlawanan.
August 24, 2008
|