IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab Everton

February 21, 2010

EPL – Manchester United Pula Jadi Mangsa Everton.

Selepas memalukan Chelsea dalam perlawanan terakhir mereka dalam saingan EPL, Everton sekali lagi melakukan keputusan memeranjatkan apabila membenam sebuah lagi kelab yang sedang bersaing hebat untuk merangkul kejuaraan EPL, Manchester United dengan keputusan 3-1 di Goodison Park malam tadi.

Sebagaimana yang mereka lakukan kepada skuad bimbingan Carlo Ancelotti sepuluh hari yang lalu, Everton yang dibimbing David Moyes bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mencatatkan satu lagi keputusan mengejut, di mana kekalahan itu menjejaskan peluang United untuk mengejar kedudukan Chelsea.

February 6, 2010

EPL – Liverpool Jaguh Pertembungan Setempat.

Gol ke-50 Dirk Kuyt bersama Liverpool memberikan pasukannya kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton dalam pertembungan Merseyside yang ke-213 di Anfield malam tadi sambil menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain.

Liverpool terpaksa bermain sepuluh pemain pada 55 minit terakhir apabila pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos dibuang padang angkara terjahan kerasnya ke atas Marouane Fellaini manakala Steven Pienaar dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan.

December 12, 2009

Everton Mahu Pikat Donovan Secara Pinjaman.

Ketua eksekutif Everton, Robert Elstone mengesahkan yang kelab itu telah berbincang untuk mendapatkan khidmat penyerang Amerika Syarikat, Landon Donovan secara pinjaman pada bulan Januari nanti.

Kelab EPL itu amat berharap dapat memikat Donovan dari LA Galaxy dalam satu situasi yang kelab itu gelar sebagai ‘kontrak jangka pendek’, sama seperti yang dilakukan oleh AC Milan yang mendapatkan khidmat David Beckham.

November 30, 2009

EPL – Liverpool Buktikan Mereka Jaguh Merseyside.

Liverpool menampilkan persembahan lebih kemas dan berhak menang pertembungan setempat menentang rakan Merseyside, Everton dengan keputusan 2-0 di Goodison Park malam tadi sekaligus menempatkan diri ke tangga kelima liga.

Bagaimanapun, kemenangan mereka ditempah dengan begitu sukar berikutan cabaran hebat yang diberikan oleh Everton, dengan Pepe Reina menjadi penyelamat apabila menafikan beberapa percubaan hampir gol lawan.

August 27, 2009

Everton Pikat Bilyaletdinov Dari Lokomotiv Moscow.

Pemain sayap Rusia, Diniyar Bilyaletdinov telah bersetuju mengikat kontrak bersama Everton dengan nilai yang dipercayai mencecah sekitar 10 juta pound, dalam usaha David Moyes membeli pemain baru.

Pemain tengah itu telah melepasi ujian perubatan pada hari Isnin lalu manakala pemain tengah Valencia, Ever Banega juga akan tiba di Goodison Park minggu ini sebagai pemain pinjaman sepanjang musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Everton yang akan mengekalkannya di Merseyside sehingga 2014.

August 26, 2009

Everton Mengalah, Lescott Akhirnya Sertai Manchester City.

Joleon Lescott akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Everton ke Manchester City. Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Eastland situ.

Lescott melengkapkan ujian perubatannya dan bersetuju dengan terma-terma perjanjian pada hari Isnin lalu selepas City membuat tawaran baru, dipercayai sekitar 22 juta pound.

Tawaran itu diterima oleh Everton pada hari Ahad tetapi berlaku sedikit masalah yang menyebabkan ia tertangguh sehinggalah masalah itu diselesaikan.

August 23, 2009

Hughes Masih Berminat Untuk Dapatkan Khidmat Lescott.

Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan beliau masih belum menamatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain Pertahanan Everton, Joleon Lescott walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sudah menggugurkan nama Lescott dari senarai pemain yang ingin dimilikinya.

Lescott menjadi buruan City sejak beberapa minggu lalu, dengan Everton telahpun menolak tawaran 15 juta pound dan 18 juta pound dari pesaingnya itu.

Pemain pertahanan tengah itu turut menyuarakan hasratnya untuk berpindah namun ia juga ditolak oleh pengurusan kelabnya, tetapi sejak itu dia sering diketepikan David Moyes dari kesebelasan utama Everton.

August 16, 2009

EPL – Everton Dibelasah, Barisan Muda Arsenal Mula Tunjuk Belang.

Arsenal mempersembahkan permulaan musim yang memberangsangkan apabila membelasah Everton 6-1 di Goodison Park semalam dan pada masa yang sama, Arsene Wenger percaya bintang mudanya boleh memenangi gelaran liga musim ini.

Perlawanan itu menyaksikan betapa Arsenal mudah memperkotak-katikkan barisan pertahanan Everton yang kelihatan rapuh.

Kali terakhir Everton tewas 1-6 di tempat sendiri adalah pada tahun 1958 dan Arsenal mengulangi sejarah itu dengan begitu baik.

August 6, 2009

Everton Buat Persediaan Pikat Sanderos Dari Arsenal.

Everton mengesahkan yang mereka sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Arsenal, Philippe Sanderos.

Bagaimanapun, kelab itu mengakui yang sehingga kini nilai yuran perpindahan pemain berusia 24 tahun itu masih belum mencapai kata sepakat.

August 5, 2009

Lescott Desak Everton Lepaskannya Ke Manchester City.

Pemain pertahanan Everton, Joleon Lescott akan menulis kepada pihak pengurusan kelab itu agar melepaskannya untuk berpindah ke pesaing terbaru EPL, Manchester City.

Pemain pertahanan tengah England itu kini menjadi pemain terbaru yang menjadi buruan Mark Hughes, yang menyaksikan dua bidaan awal bernilai 15 juta pound dan 18 juta pound ditolak oleh pihak Everton.

Pengurus Everton, David Moyes seboleh-bolehnya tidak mahu menjual salah seorang pemain terbaiknya itu pada ketika kelab itu mahu memburu kedudukan terbaik dalam liga pada saingan musim depan namun Lescott berkeras mahu bermain di Eastlands.

June 14, 2009

Howard Tandatangani Kontrak Lima Tahun Dengan Everton.

Penjaga gol, Tim Howard telah bersetuju menyambung kontraknya selama lima tahun bersama Everton selepas membantu kelab itu menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan layak ke saingan Liga Eropah musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu bermain dalam semua 38 perlawanan liga mewakili Everton. Dia juga membuat lebih sepuluh penampilan dalam saingan Piala FA, Piala Liga dan Piala UEFA.

June 9, 2009

Video Final Piala FA - Chelsea 2 vs Everton 1.

Chelsea muncul juara Piala FA apabila mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley hari Sabtu lalu.

Everton terlebih dahulu mengejutkan ‘The Blues’ apabila Louis Saha melepaskan rembatan kaki kiri yang menggegar jaring pada ketika perlawanan baru berlangsung 25 saat, yang juga merupakan gol terpantas dalam sejarah kejohanan itu.

May 31, 2009

Final Piala FA – Chelsea Rangkul Kejuaraan Sebagai Hadiah Perpisahan Buat Hiddink.

Guus Hiddink menerima hadiah yang begitu bernilai di sebalik pengundurannya sebagai pengurus Chelsea dengan membimbing kelab itu memenangi kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley semalam.

Perlawanan akhir itu juga mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kejohanan itu apabila Louis Saha sudahpun menggegar jaring ketika permainan baru bermula 25 saat.

March 10, 2009

Piala FA (England) – Manchester United Diundi Bertemu Everton Di Separuh Akhir.

Manchester United telah diundi bertemu dengan Everton dalam saingan separuh akhir Piala FA bulan depan.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Chelsea diundi bertemu dengan pemenang perlawanan suku akhir antara Arsenal dan Hull City.

Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Wembley, satu perlawanan pada 18 April manakala satu lagi perlawanan pada hari berikutnya.

March 9, 2009

Piala FA – Everton Tempatkan Diri Dalam Kelompok Empat Terbaik.

Kebangkitan pada babak kedua dan semangat juang yang dipamerkan membawa Everton ke laluan yang betul untuk beraksi di Wembley buat kali pertama sejak 1995.

Louis Saha membuktikan kehadirannya amat penting buat Everton apabila jaringannya membantu kelabnya menewaskan Middlesbrough 2-1 dalam saingan suku akhir Piala FA di Goodison Park semalam, sekaligus meletakkan Everton sebagai pasukan dalam kelompok empat terbaik yang akan bertarung di peringkat separuh akhir nanti.

March 1, 2009

EPL – Chelsea Kian Bertenaga Di Bawah Bimbingan Hiddink, Arsenal Kini Pakar Seri.

Chelsea mengambil peluang di atas kemurungan prestasi Liverpool dalam saingan domestik dengan memintas kedudukan The Reds di tangga kedua apabila mengenepikan cabaran sengit Wigan Athletic sebelum menang 2-1 di Stamford Bridge semalam.

Chelsea dan Liverpool kini memungut 55 mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol, dan ia juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut kelab itu sejak Guus Hiddink mengambil alih tugas pengurus dari Luiz Felipe Scolari.

February 16, 2009

Piala FA - Hajat Tak Kesampaian, Aston Villa Gagal Teruskan Kemaraan.

Everton sekali lagi melakukan kejutan untuk meneruskan langkahan ke Wembley apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Aston Villa di Goodison Park dalam saingan pusingan kelima Piala FA semalam.

Kali terakhir Everton memenangi kejuaraan kejohanan utama adalah pada 1995 dan kemenangan ini terhasil menerusi jaringan Jack Rodwell, Mikel Arteta dan Tim Cahill.

February 5, 2009

Everton Singkir Liverpool Dari Saingan Piala FA.

Pemain muda, Dan Gosling muncul watak penting dalam pertembungan Merseyside merebut Piala FA apabila membantu Everton menumbangkan Liverpool 1-0 sekaligus menyingkir The Reds dari saingan Piala FA.

Pemain berusia 19 tahun yang berasal dari Plymouth itu, dengan hanya penampilan kelima bersama kelabnya, menggegar jaring pada minit ke-118 untuk membenam cabaran sepuluh pemain Liverpool.

February 1, 2009

Manchester United Terus Lebarkan Kedudukan Selaku Pendahulu EPL.

Manchester United melebarkan jurang kepada lima mata selaku pendahulu EPL selepas gol penalti Cristiano Ronaldo pada babak pertama memberikan United kemenangan 1-0 ke atas Everton di Old Trafford awal pagi tadi.

Pemain sayap Portugal itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-44 selepas Michael Carrick dikasari oleh Mikel Arteta.

Dengan pesaing terdekat, Chelsea dan Liverpool akan bertemu sesama sendiri di Anfield hari ini, United menghantar mesej yang jelas kepada pesaingnya itu yang mereka kian mencengkam kedudukan teratas EPL sekuat boleh.

January 20, 2009

Everton Sekat Liverpool Dari Rampas Takhta Liga.

Everton menjadi batu penghalang buat Liverpool dari merampas takhta liga dari Manchester United apabila mengikat ‘The Reds’ 1-1 dalam saingan EPL di Anfield awal pagi tadi.

Apabila Steven Gerrard, mengetuai skuad Liverpool buat kali ke-250, menjaringkan golnya yang ke-14 pada pertengahan babak kedua, ia kelihatan akan membantu pasukannya memintas kedudukan United selaku pendahulu EPL.

December 28, 2008

Everton Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Odemwingie.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita EPL, Kelab Everton - 28 Dec 2008

Everton akan melancarkan bidaan untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Nigeria, Peter Odemwingie bulan Januari nanti. Pemain berusia 27 tahun itu, yang boleh bermain sebagai penyerang atau pemain sayap, dilaporkan sudah bersedia untuk bermain di EPL.

Kini, Everton sudah memulakan langkah awal dan telah berbincang secara terbuka dengan kelab Lokomotiv Moscow, selepas mereka menghadapi masalah kecederaan pemain yang menimpa Louis Saha, Yakubu dan James Vaughan.

December 23, 2008

Chelsea Gagal Rampas Takhta EPL Apabila Diikat Everton.

Chelsea gagal merampas takhta EPL dari Liverpool apabila diikat oleh Everton 0-0 di Goodison Park awal pagi tadi. Lebih malang lagi, mereka terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas ketua pasukannya, John Terry dibuang padang.

October 26, 2008

Manchester United Gagal Atasi Everton.

Manchester United kian jauh dari gapaian kejuaraan EPL apabila sekadar terikat 1-1 dengan Everton dalam perlawanan yang berlangsung di Goodison Park malam tadi. Keputusan seri walaupun masih belum menutup peluang United merebut kejuaraan EPL namun ia menyukarkan juara bertahan itu untuk mempertahankan kejuaraannya.

September 28, 2008

Pertembungan Merseyside Milik Liverpool.

Liverpool menebus kehampaan selepas seri dengan Stoke minggu lalu apabila menewaskan jiran tetangganya, Everton 2-0 dalam pertembungan Merseyside di Goodison Park sebentar tadi. Fernando Torres membuktikan kehebatannya apabila meledak dengan dua gol sekaligus memastikan Liverpool memungut tiga mata berharga.

Pertembungan antara dua jiran tetangga ini yang biasanya hangat dengan aksi-aksi menarik musim-musim lalu bagaimanapun bermula agak perlahan. Kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati walaupun Liverpool lebih banyak menguasai perlawanan. Tidak banyak percubaan berbahaya yang dilakukan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

September 19, 2008

Piala UEFA - Lima Kelab England Sukses.

Lassana Diarra dan Jermain Defoe menjaringkan gol buat Portsmouth untuk mengalahkan pasukan pelawat, Guimaraes dari Portugal 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA pagi tadi. Diarra meledak enam minit sebelum tamat babak pertama. Menerusi satu gerakan di sebelah kiri, Diarra bermain hantaran satu dua dengan Defoe sebelum membuat sepakan separa voli yang menerjah masuk ke gol lawan.

Next Page »