Category: kelab Chelsea
December 1, 2008


Robbie van Persie kembali meletakkan Arsenal ke landasan pemburuan juara EPL dengan menjaringkan dua gol untuk membenam cabaran Chelsea 2-1 di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Van Persie meledak dua kali dalam masa tiga minit selepas pasukan tuan rumah mendahului pada babak pertama hasil jaringan sendiri Johan Djourou.
November 30, 2008


Liuz Felipe Sclari memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya bahawa Chelsea bakal beraksi dengan lebih baik lagi pada penggal kedua saingan EPL.
Chelsea kini berada di tangga teratas EPL mengatasi Liverpool dengan perbezaan kelebihan gol dan mereka bakal berhadapan dengan Arsenal dalam pertemuan di Stamford Bridge hari ini.
November 27, 2008


Chelsea terpaksa menangguhkan hasratnya untuk mengesahkan kedudukan ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah apabila sekadar seri 1-1 dengan Bordeaux di tempat lawan awal pagi tadi.
November 22, 2008


Didier Drogba dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh FA England selepas penyerang Chelsea itu mengakui bahawa dia ada bertindak balas akan perbuatan penyokong lawan melontar wang syiling kepadanya ketika Chelsea menentang Burnley dalam saingan pusingan keempat Piala Carling. Drogba melontar objek yang dipercayai wang syling ke arah tempat duduk penyokong lawan ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol buat Chelsea.
November 16, 2008


Didier Drogba diberi amaran keras oleh FA England ekoran insiden melontar duit syiling kepada penyokong lawan ketika Chelsea tumpas kepada Burnley dalam saingan Piala Carling tempoh hari.
November 15, 2008


Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard bangkit mempertahankan rakan sepasukannya, Didier Drogba yang bakal disoal siasat oleh Persatuan Bola Sepak England ekoran insiden melontar duit oleh Drogba kepada penyokong Burnley ketika saingan Piala Carling tempoh hari. Drogba telahpun memohon maaf atas keterlanjurannya itu yang telah menimbulkan kekalutan namun dia dikatakan tetap akan menerima hukuman di atas perbuatannya itu.
November 14, 2008


Penyerang Chelsea, Didier Drogba sepatutnya digantung tiga perlawanan atas kesalahan melontar duit syiling ke arah penyokong Burnley semasa kelab itu bertemu dengan Burnley dalam saingan pusingan keempat Piala Carling kelmarin. Pengerusi Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA), Gordon Taylor mencadangkan hukuman itu dikenakan ke atas Drogba walaupun pemain itu sudah memohon maaf.
November 13, 2008


Penjaga gol Burnley, Brian Jensen muncul wira pasukannya apabila Burnley menyingkirkan Chelsea dari saingan Piala Carling dengan kemenangan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1. Jensen menafikan dua sepakan penalti dari kapten Chelsea, Wayne Bridge dan John Obi Mikel untuk membawa pasukannya melangkah ke suku akhir Piala Carling.
November 12, 2008


Kapten Chelsea, John Terry memuji persembahan baik Nicolas Anelka ketika menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers Ahad lalu yang menyaksikan Chelsea kembali ke takhta EPL mengatasi Liverpool dengan perbezaan jaringan gol. Anelka menjaringkan kedua-dua gol Chelsea itu sekaligus menyaksikan dia kini muncul sebagai penjaring terbanyak EPL setakat ini dengan sejumlah sepuluh gol.
November 10, 2008


Chelsea memastikan kegembiraan berganda buat pengurusnya, Luiz Felipe Scolari apabila mudah mengatasi cabaran Blackburn dalam saingan EPL malam tadi. Chelsea menang 2-0 dengan kedua-dua jaringan dihasilkan oleh penyerang Perancis, Nicolas Anelka. Kemenangan itu merupakan hadiah harijadi ke-60 yang paling bermakna buat Scolari sekaligus mengembalikan kedudukan Chelsea selaku pendahulu EPL mengatasi Liverpool dengan perbezaan jaringan gol.
November 9, 2008


Kapten Chelsea, John Terry yakin kekalahan pasukannya kepada Roma dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu tidak akan menjejaskan semangat pemain-pemain The Blues. Chelsea tumbang 1-3 kepada Roma dan ia merupakan keputusan terburuk sejak kelab itu dibimbing oleh Luiz Felipe Scolari.
November 6, 2008


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya ketika tewas 1-3 kepada Roma dalam saingan Liga Juara Eropah semalam. Kelemahan pertahanan dan keputusan “gila” pengadil dengan arahan keluar padang kepada pemain tengah berpengaruhnya, Deco menjadi antara punca kekalahan yang tidak dijangka itu. Bagaimanapun, Scolari percaya bahawa peluang Chelsea untuk mara ke peringkat kalah mati akan terjamin dengan satu lagi kemenangan dalam Kumpulan A.
November 5, 2008


Pendahulu EPL, Chelsea menerima kejutan terbesar apabila tumbang 1-3 kepada AS Roma dalam saingan Kumpulan A Liga Juara Eropah di Rome awal pagi tadi. Dua kesilapan John Mikel Obi membawa padah apabila menelurkan peluang buat Roma menjaringkan gol. Chelsea bertambah malang apabila pemain tengahnya Deco diarahkan keluar padang pada lewat permainan. Mirko Vucinic muncul wira Roma dengan menghasilkan dua gol dalam perlawanan itu.

Kemenangan dalam perlawanan awal pagi nanti akan membawa Barcelona, Chelsea dan Inter Milan ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah. Ketiga-tiga kelab itu kini mendahului kumpulan masing-masing di mana Barca berada di tangga pertama Kumpulan C dengan rekod bersih tiga kemenangan berturut-turut.
November 2, 2008


Chelsea meneruskan tekanan ke atas Liverpool apabila membelasah Sunderland 5-0 dalam saingan EPL di Stamford Bridge malam tadi. Hatrik oleh Nicolas Anelka mewarnai perlawanan yang berat sebelah itu manakala Frank Lampard merakamkan golnya yang ke-100 dalam karier bola sepaknya.
October 30, 2008


Hull City yang dilihat mampu memintas kedudukan Chelsea jika menang gagal berbuat demikian apabila terpaksa tunduk 0-3 kepada The Blues dalam saingan EPL di tempat sendiri awal pagi tadi. Kekalahan itu sekaligus menamatkan rentetan empat kemenangan yang dicapai oleh Hull sebelum ini. Sebaliknya Chelsea kini meninggalkan Hull tiga mata di belakang dan kini kembali mengejar kedudukan teratas liga selepas tewas 0-1 kepada Liverpool Ahad lalu.
October 27, 2008


Chelsea terpaksa menelan kepahitan apabila menyaksikan rekod bersihnya di halaman sendiri lebur selepas tumpas 0-1 kepada Liverpool dalam pertembungan dua pasukan teratas EPL malam tadi. Kali terakhir Chelsea kalah di tempat sendiri adalah ketika mereka tewas 1-2 kepada Arsenal pada Februari 2004. Ini juga adalah kekalahan pertama The Blues di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari. Liverpool pula kini memintas kedudukan Chelsea selaku pendahulu takhta dan kini berkelebihan tiga mata mengatasi Chelsea.
October 23, 2008


Pendahulu EPL, Chelsea terpaksa bertungkus-lumus untuk mengatasi AS Roma sebelum menang tipis 1-0 dalam saingan Kumpulan A Liga Juara Eropah di Stamford Bridge awal pagi tadi. John Terry menjadi penyelamat Chelsea apabila gol jaringannya merobek kekentalan pertahanan Roma yang berharap dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari perlawanan ini. Kemenangan itu meletakkan Chelsea di tangga teratas Kumpulan A.


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari berjanji bahawa penyokong kelab itu bakal dipertontonkan dengan aksi menarik ketika melayan kunjungan kelab AS Roma ke Stamford Bridge hari ini. Kedua-dua kelab itu akan bertemu dalam saingan Kumpulan A Liga Juara Eropah awal pagi ini. Scolari juga menyedari hanya kemenangan sahaja yang akan mencerahkan peluang mereka mara ke peringkat kalah mati nanti. Chelsea kini hanya berkelebihan satu mata sahaja ke atas lawan mereka itu yang agak suram dalam saingan domestik Serie A.
October 19, 2008


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan kelab bimbingannya mudah membelasah Middlesbrough 5-0 dalam saingan EPL di Riverside malam tadi. Walaupun tempang tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan namun skuad The Blues langsung tidak menunjukkan sebarang kejanggalan dalam aksi mereka untuk memberikan kekalahan terbesar kepada kelab bimbingan Gareth Southgate itu. Dengan kemenangan itu, Chelsea kekal sebagai pendahulu EPL.
October 18, 2008


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari gusar memikirkan krisis kecederaan pemain yang menimpa skuad itu memandangkan The Blues akan bertemu dengan Middlesbrough dalam saingan EPL hari ini. Chelsea dijangka turun tanpa pemain utama seperti Petr Cech, Ashley Cole, Michael Ballack, Joe Cole, Didier Drogba, Michael Essien dan Ricardo Carvalho di samping Jose Bosingwa dan Alex yang masih belum cergas. Bagaimanapun ada sedikit kegembiraan di hati Scolari apabila kaptennya, John Terry disahkan cergas dan dijangka akan diturunkan dalam perlawanan itu nanti.
October 7, 2008


Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mensasarkan kemenangan semua perlawanan di tempat sendiri sebagai salah satu kunci untuk kelab itu menjulang kejuaraan EPL musim ini. Ini bermakna Chelsea tidak boleh mencicirkan sebarang mata bagi memastikan kelab itu kekal sebagai pendahulu EPL. Ini berikutan kedudukan takhta EPL Chelsea kini sentiasa dibayangi oleh pencabarnya, Liverpool yang menduduki tangga kedua liga dengan pencapaian mata yang sama.
October 4, 2008


Chelsea kini menghadapi masalah yang semakin memeningkan kepala pengurusnya apabila bintang Ivory Coast, Didier Drogba menyertai senarai pemain Chelsea yang terpaksa berehat kerana kecederaan. Drogba mengalami kecederaan bahagian ligamen selepas bertembung dengan pemain lawan ketika kelabnya bertemu CFR Cluj dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu. Drogba kemudian diusung keluar padang dengan kakinya berbalut. Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 0-0.
September 28, 2008


Skuad Chelsea mengenepikan cabaran Stoke City apabila menewaskan skuad tuan rumah dengan keputusan 2-0 di Stadium Britannia semalam. Keputusan ini menyaksikan Chelsea merampas semula kedudukan teratas EPL dengan memintas Liverpool dan Arsenal. Sebelum ini Arsenal mengepalai EPL setelah Liverpool dan Chelsea hanya mencatat keputusan seri dalam perlawanan minggu lalu.
September 25, 2008


Penjaga gol England, David James mengalami mimpi ngeri apabila golnya dibolosi sepuluh kali dalam dua perlawanan. Kali ini pasukannya, Portsmouth dibelasah pula oleh Chelsea 0-4 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Sebelum ini, Portsmouth mengalami kekalahan memalukan 0-6 di tangan Manchester City dalam saingan liga Sabtu lalu. Frank Lampard dua kali menggegar gawang manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Florent Malouda dan Solomon Kalou. Kekalahan ini juga bermakna Portsmouth tidak pernah mengalahkan Chelsea sejak mereka menang 1-0 pada Disember 1960 dalam saingan Piala Liga di Fratton Park.
Next Page »
|