Category: Kelab Blackburn Rovers
November 25, 2008


Gol Roman Pavlyuchenko membantu Tottenham Hotspur mengalahkan Blackburn Rovers 1-0 dalam saingan EPL di White Hart Lane semalam sekaligus membawa kelab bimbingan Harry Redknapp itu keluar dari zon penyingkiran.
Martin Olsson ternyata menjadi penyebab kepada kekalahan Blackburn itu. Selain kesilapannya menjadi punca kepada gol kemenangan Spurs, Olsson juga meninggalkan sepuluh pemain Blackburn berjuang tanpanya pada sebahagian besar masa perlawanan.
November 10, 2008


Chelsea memastikan kegembiraan berganda buat pengurusnya, Luiz Felipe Scolari apabila mudah mengatasi cabaran Blackburn dalam saingan EPL malam tadi. Chelsea menang 2-0 dengan kedua-dua jaringan dihasilkan oleh penyerang Perancis, Nicolas Anelka. Kemenangan itu merupakan hadiah harijadi ke-60 yang paling bermakna buat Scolari sekaligus mengembalikan kedudukan Chelsea selaku pendahulu EPL mengatasi Liverpool dengan perbezaan jaringan gol.
September 14, 2008


Perlawanan yang digembar-gemburkan sebagai perlawanan tumpuan malam tadi sebaliknya meleset apabila Chelsea tanpa banyak masalah mengalahkan Manchester City 3-1 di Stadium City of Manchester. Bagaimanapun, City yang mendapat sentuhan Robinho kelihatan bersemangat pada awal perlawanan. Menerusi satu gerakan pada minit ke-12, Ricardo Carvalho terpaksa menjatuhkan Jo menyebabkan City dianugerahi sepakan percuma. Robinho yang mengambil sepakan percuma itu melencongkan bola ke sebelah kiri pintu gol Chelsea dan hanya mampu dilihat sahaja Petr Cech untuk membolehkan City mendahului 1-0.
August 20, 2008

Musim baru Liga Perdana England (EPL) telahpun bermula Sabtu lalu. Kecuali Manchester United yang hanya mencatat keputusan seri ketika menentang Newcastle United, tiga lagi pasukan utama EPL mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. Liverpool menang 1-0 …
July 13, 2008
Musim baru Liga Perdana Inggeris(EPL) kini hampir membuka tirainya semula. Musim lalu, kelab Manchester United mengungguli EPL setelah menerima saingan sengit tiga penjuru dari kelab Chelsea, Arsenal dan Liverpool. Kelab-kelab lain …
|