Category: Kelab Barcelona
December 1, 2008


Dua gol lewat Lionel Messi membantu Barcelona menundukkan Sevilla 3-0 sekaligus melebarkan jurang mata kepada enam selaku pendahulu Liga Primera Sepanyol.
Samuel Eto’o memberikan Barca gol pendahuluan selepas 20 minit perlawanan bermula dan Messi memastikan Barca mengutip tiga mata dengan persembahan individu yang mengkagumkan pada lewat permainan.
November 29, 2008

 
Getafe dan Sevilla kini berpeluang menconteng arang ke muka pendahulu liga, Barcelona dan juara bertahan, Real Madrid dalam pertemuan Liga Primera Sepanyol hari ini.
Kedua-dua kelab mempunyai rekod yang baik dan mereka bakal menguji dua kelab yang baru pulang dengan persembahan baik dalam saingan Liga Juara Eropah pada pertengahan minggu.
November 27, 2008


Barcelona memahat kedudukan tangga teratas Kumpulan C apabila mencatat kemenangan bergaya 5-2 ke atas Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara Eropah di Estadio Jose Alvalade awal pagi tadi.
November 26, 2008


Barcelona berpeluang untuk menduduki tangga teratas Kumpulan C dalam saingan Liga Juara Eropah sekaligus membuktikan yang mereka juga boleh berjaya tanpa kehadiran Lionel Messi sekiranya menang ke atas Sporting Lisbon awal pagi nanti.
November 9, 2008


Penyerang Cameroon, Samuel Eto’o menjaringkan empat gol pada babak pertama untuk membantu Barcelona membelasah Real Valladolid 6-0 dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Nou Camp malam tadi. Eto’o direhatkan ketika Barca bertemu dengan Basel FC dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu disenaraikan semula dalam kesebelasan utama oleh Pep Guardiola lalu menunjukkan aksi memberangsangkan untuk membantu Barca mencapai kemenangan yang kelapan dalam La Liga musim ini.
November 5, 2008


Watak garang Barcelona sewaktu membelasah FC Basel 5-0 di tempat lawan dua minggu lalu bertukar apabila sekadar seri 1-1 dengan lawan yang sama dalam saingan Kumpulan C Liga Juara Eropah di Nou Camp awal pagi tadi. Bagaimanapun keputusan seri itu mengekalkan rekod tanpa kalah Barca dalam saingan Liga Juara Eropah musim ini sekaligus mengesahkan tempat ke fasa kalah mati.

Kemenangan dalam perlawanan awal pagi nanti akan membawa Barcelona, Chelsea dan Inter Milan ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah. Ketiga-tiga kelab itu kini mendahului kumpulan masing-masing di mana Barca berada di tangga pertama Kumpulan C dengan rekod bersih tiga kemenangan berturut-turut.
November 3, 2008


Barcelona membuktikan bahawa mereka bukan pasukan sembarangan apabila membelasah Malaga 4-1 dalam saingan Liga Primera Sepanyol di La Rosaleda kelmarin. Xavi sekali lagi memahatkan nama sebagai wira Barca dengan menghasilkan dua gol sekaligus menamatkan rentetan kemenangan Malaga sebanyak empat perlawanan sebelum itu. Kemenangan itu bagaimanapun dicemari oleh kata-kata berbaur perkauman yang ditujukan oleh penonton kepada penyerang Barca, Samuel Eto’o.
October 26, 2008


Barcelona terus menunjukkan aksi garang apabila membelasah skuad kerdil, Almeria 5-0 dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Nou Camp malam tadi. Penyerang Cameroon, Samuel Eto’o menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu untuk membantu kemenangan besar Barca itu. Barca meneruskan rentetan kemenangan besarnya selepas turut membelasah FC Basel 5-0 di Switzerland dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu. Kesemua lima gol itu dijaringkan pada babak pertama sebelum Barca mengendurkan asakan pada babak kedua.
October 25, 2008


Yaya Toure menafikan segala spekulasi yang dia akan berpindah ke Arsenal sebaliknya pemain itu berkata yang dia amat gembira berada di Barcelona buat masa ini dan akan kekal bermain di kelab Catalan itu. Pemain antarabangsa Ivory Coast itu sebelum ini dikaitkan dengan Arsenal akhir musim lalu dan dikhabarkan cuba dipikat oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Jika usaha itu berjaya, Yaya bakal digandingkan dengan abangnya, Kolo Toure dalam skuad The Gunners. Kolo juga dikatakan cuba mempengaruhi adiknya itu supaya bertukar angin ke saingan EPL.
October 23, 2008


Barcelona mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan C Liga Juara Eropah selepas membelasah FC Basel 5-0 di Switzerland awal pagi tadi. Kemenangan itu menyaksikan Barca mengungguli Kumpulan C dengan kutipan sembilan mata maksimum sekaligus meletakkan sebelah kakinya ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah nanti.
October 21, 2008


Barcelona kini ketinggalan hanya tiga mata dari pendahulu La Liga, Valencia selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Athletic Bilbao di gelanggang lawan semalam. Samuel Eto’o muncul wira Barca dengan gol tunggal perlawanan pada babak kedua.
October 5, 2008


Barcelona menemui sentuhan gol lima kali dalam masa 28 minit sebelum membelasah Atletico Madrid 6-1 dalam perlawanan Liga Primera Sepanyol yang berlangsung di Nou Camp semalam. Lapan minit pertama sudahpun memberi igauan buruk buat Atletico apabila Barca meledak tiga kali dalam tempoh itu. Kemenangan ini kembali menjadikan Barca sebagai pasukan yang digeruni dan menjadi antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan La Liga musim ini.
October 4, 2008


Ketua pasukan Barcelona, Carles Puyol mempertahankan dirinya dan rakan sepasukannya atas tuduhan yang dilemparkan pihak pengurusan Espanyol. Espanyol menuduh pemain-pemain Barcelona sebagai punca keadaan tegang yang melibatkan penyokong-penyokong Sepanyol. Pengurus besar Espanyol, Pedro Tomas mendedahkan bahawa pemain-pemain Barcelona membuat provokasi terhadap penyokong-penyokongnya dalam perlawanan kedua-dua pasukan tempoh hari.
October 2, 2008


Dua gol lewat Lionel Messi memastikan Barcelona mengekalkan kemenangan 100% dalam saingan Liga Juara Eropah. Barcelona mengalahkan Shakhtar Donetsk 2-1 dalam perlawanan dramatik Kumpulan C awal pagi tadi. Messi yang hanya masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-60 bagi menggantikan Thierry Henry, sekali lagi meninggalkan impak maksima dalam perlawanan ini sebagaimana yang dilakukannya ketika Barcelona menewaskan Espanyol 2-1 dalam saingan La Liga Ahad lalu. Dalam perlawanan menentang Espanyol itu, Messi menjaringkan gol kemenangan Barcelona pada minit ke-90.
September 28, 2008

 
Jaringan penalti pada saat akhir oleh Lionel Messi memberikan kemenangan bermakna dalam pertembungan kelab sejiran, Barcelona dan Espanyol di Stadium Olimpico semalam. Barcelona menang 2-1 ke atas jirannya itu dalam satu perlawanan yang sengit. Kemenangan Barcelona itu meletakkan mereka dalam kelompok tiga teratas La Liga.
September 25, 2008


Jaringan lewat Eidur Gudjohnson memberikan kemenangan 3-2 Barcelona ke atas Real Betis dalam perlawanan La Liga di tempat sendiri semalam. Jaringan kemenangan itu menyusul setelah kelebihan dua gol yang diperolehi Barca dalam perlawanan itu dipadam oleh Betis. Ini merupakan kemenangan kedua Barca musim ini selepas membelasah Sporting Gijon 6-1 Ahad lalu.
September 22, 2008


Barcelona akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Primera Sepanyol apabila membelasah Sporting Gijon 6-1 di tempat lawan. Sebelum ini tekanan kian memuncak ke atas pengurus Barca, Pep Guardiola selepas skuadnya hanya menjaringkan satu gol dan memungut satu mata dari dua perlawanan.
September 17, 2008


Liverpool menghadapi tentangan sengit sebelum menewaskan Marseille 2-1 dalam perlawanan Kumpulan D Liga Juara Eropah di Stade Vélodrome awal pagi tadi. Steven Gerrard yang baru pulih dari kecederaan, meledak dengan dua gol untuk membantu kemenangan Liverpool ini. Pengurus Liverpool, Rafael Benitez merehatkan Robbie Keane dan Alberto Riera di bangku simpanan bagi membolehkan Gerrard dan Fernando Torres diturunkan dalam kesebelasan utama. Andreas Dossena pula mengambil alih tempat Fabio Arbeloa yang cedera manakala tempat Xavi Alonso diganti oleh Lucas.
September 15, 2008


Barcelona terus gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Racing Santander di Nou Camp semalam. Skuad bimbingan Pep Guardiola itu kini hanya mampu mengutip satu mata dari dua perlawanan. Dalam perlawanan terdahulu, Barcelona tewas 0-1 kepada Numancia. Ini permulaan musim terburuk buat Barcelona sejak musim 1973/74 di mana ketika itu Barca hanya mampu mengutip satu mata dari enam perlawanan sebelum akhirnya merangkul kejuaraan liga musim itu. Dalam perlawanan menentang Santander, Barca menguasai perlawanan namun kegagalan menemui sentuhan gol memaksa Barca akur dengan satu mata sahaja.
September 2, 2008
August 27, 2008
…
July 31, 2008
 
31 JULAI – Pemain Barcelona, Lionel Messi tetap berkeras mahu mewakili negaranya ke Sukan Olimpik di Beijing. Ini berikutan keputusan pengurusan kelabnya yang menghalang Messi ke Beijing memandangkan Barcelona turut memerlukan khidmatnya …
July 21, 2008
July 11, 2008

11 JULAI – Kelab Real Madrid dari Sepanyol mengesahkan bahawa mereka telah berjaya mengikat pemain antarabangsa Belarus iaitu Alexander Hleb untuk musim yang akan datang. Perpindahan Hleb dari Arsenal ke Real Madrid dikatakan melibatkan nilai …
|