Category: Kelab Atletico Madrid
November 9, 2009


Barisan sepuluh pemain Real Madrid meneruskan rentetan kemenangan ke atas seteru setempat, Atletico Madrid di Vicente Calderon, bagaimanapun mereka terpaksa mengharungi detik sukar sebelum menang 3-2 walaupun mendahului dengan tiga gol pada satu ketika.
Real tidak pernah tewas dalam saingan liga di stadium tersebut sejak musim 1998/99 dan mereka kelihatan akan merakamkan satu lagi kemenangan mudah menerusi gol-gol jaringan Kaka, Marcelo dan Gonzalo Higuain yang menunjukkan penguasaan penuh dalam lebih tiga perempat perlawanan.
November 4, 2009


Didier Drogba menjaringkan gol sekembalinya ke saingan peringkat Eropah untuk membantu Chelsea menyertai kelompok 16 pasukan dalam saingan Liga Juara Eropah walaupun kecemerlangannya gagal mengekalkan rekod kemenangan 100%, sebaliknya hanya seri 2-2 dengan Atletico Madrid di Vicente Calderon semalam.
Drogba terlepas tiga perlawanan awal Kumpulan D akibat menjalani hukuman penggantungan tetapi dia kembali berada dalam kesebelasan utama dan kelihatan akan memberikan skuad Carlo Ancelotti kemenangan dengan dua gol pada lapan minit terakhir.
October 23, 2009


Chelsea melayakkan diri mereka ke fasa kalah mati saingan Liga Juara Eropah dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Atletico Madrid di Stamford Bridge semalam.
Gol pada setiap babak oleh pemain antarabangsa Ivory Coast, Solomon Kalou, rembatan padu Frank Lampard dan jaringan sendiri Luis Perea mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea dan membolehkan ‘The Blues’ mengungguli Kumpulan D.
June 10, 2009


Ejen Diego Forlan percaya yang pemenang kasut emas Eropah itu akan kekal di Atletico Madrid.
Bekas penyerang Manchester United itu menjaringkan 32 gol buat Atletico musim lalu untuk membantu kelab itu layak ke saingan Liga Juara Eropah tetapi kini dikaitkan dengan laporan akan berpindah dari Vicente Calderon.
Laporan menyebut yang Real Madrid, Barcelona dan Manchester City berminat untuk mendapatkan Forlan tetapi ejennya, Daniel Bolotnikoff mengakui belum menerima sebarang tawaran rasmi dari mana-mana kelab.
March 12, 2009


Porto memastikan Atletico Madrid mengikut jejak jirannya, Real Madrid tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 di peringkat kalah mati 16 pasukan di Estadio do Dragao awal pagi tadi.
Selepas mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan pertama di Vicente Calderon, Porto bernasib baik melepasi halangan Atletico dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan.
March 8, 2009


Barcelona kembali ke landasan kemenangan dan menjarakkan diri selaku pendahulu liga setelah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao manakala pesaing terdekatnya, Real Madrid terikat 1-1 dengan Atletico Madrid di tempat sendiri.
Tandukan Sergio Busquets dan sepakan penalti yang disempurnakan Lionel Messi, kedua-duanya pada babak pertama, memberikan Barca kemenangan pertama dari enam perlawanan dalam kejohanan yang disertainya.
March 3, 2009


Sergio Aguero meledakkan jaringan pada lewat permainan untuk memberikan kemenangan dramatik buat Atletico Madrid yang bangkit dari ketinggalan dua kali untuk menewaskan pendahulu liga, Barcelona 4-3 semalam.
Kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Espanyol pada hari Sabtu lalu, kemenangan mereka yang ke-10 berturut-turut, makin memberi tekanan kepada Barca, yang hanya memungut satu mata dari tiga perlawanan terakhir mereka dan mereka kini hanya berkelebihan empat mata sahaja.
November 5, 2008


Liverpool hampir dimalukan Atletico Madrid apabila terikat 1-1 dengan kelab Sepanyol itu dalam saingan Kumpulan D Liga Juara Eropah di Anfield awal pagi tadi. Gol penalti Steven Gerrard pada lewat permainan menyelamatkan Liverpool dari kekalahan memalukan di tempat sendiri sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Juara Eropah musim ini.
October 23, 2008


Liverpool sekadar memungut satu mata ketika bertemu Atletico Madrid apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan Kumpulan D Liga Juara Eropah yang berlangsung di Vicente Calderon awal pagi tadi. Gol lewat permainan Atletico meragut harapan penyokong-penyokong Liverpool untuk melihat pasukan mereka menempah tempat lebih awal ke saingan kalah mati Liga Juara Eropah. Liverpool dan Atletico kini menguasai dua tempat teratas Kumpulan D dengan memungut mata yang sama. Keputusan seri ini juga bermakna Atletico tidak kalah dalam enam perlawanan berturutan ketika menentang kelab Inggeris di halaman sendiri.
October 19, 2008


Real Madrid membuktikan mereka masih jaguh dalam pertembungan dua Madrid yang menyaksikan Real menang 2-1 ke atas Atletico Madrid dalam perlawanan sengit Liga Primera Sepanyol di Vicente Calderon semalam. Gonzalo Hugain muncul wira Real Madrid dengan menjaringkan gol kemenangan buat kelabnya itu. Kemenangan ini meletakkan Real kini di tangga kedua La Liga manakala Atletico berada di tangga ketujuh liga. Dua gol saat akhir dari kedua-dua pasukan mewarnai perlawanan ini yang akhirnya menyaksikan keputusan perlawanan berpihak kepada Real. Keputusan ini juga mengekalkan rekod bersih Real yang tidak pernah kalah kepada jirannya itu sejak musim 1988/99. Perlawanan ini juga diwarnai dengan layangan dua kad merah kepada pemain kedua-dua pasukan.
October 5, 2008


Barcelona menemui sentuhan gol lima kali dalam masa 28 minit sebelum membelasah Atletico Madrid 6-1 dalam perlawanan Liga Primera Sepanyol yang berlangsung di Nou Camp semalam. Lapan minit pertama sudahpun memberi igauan buruk buat Atletico apabila Barca meledak tiga kali dalam tempoh itu. Kemenangan ini kembali menjadikan Barca sebagai pasukan yang digeruni dan menjadi antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan La Liga musim ini.
September 26, 2008
 
Pengurus Atletico Madrid, Javier Aguirre menafikan spekulasi yang mengaitkan hubungan penyerangnya, Sergio Aguero dengan Manchester City. Beliau menegaskan bahawa pemain muda Argentina itu gembira bersama kelab itu pada masa ini. Aguero yang dilahirkan hasil pendedahan berterusan dalam perlawanan bermutu tinggi bersama Atletico dikatakan akan ditawarkan dengan kontrak yang bernilai 40 juta pound oleh City.
September 21, 2008


Atletico Madrid meneruskan minggu cemerlangnya apabila membelasah Recreativo Huelva 4-0 dalam perlawanan Liga Primera Sepanyol di Vicente Calderon malam tadi. Selasa lalu, Atletico membenam cabaran kelab Belanda, PSV Eindhoven 3-0 dalam saingan Liga Juara Eropah.
|