Category: Kelab Aston Villa
December 30, 2009


Fernando Torres meledakkan gol pada masa kecederaan untuk membangkitkan semula nafsu Liverpool ke saingan Liga Juara Eropah musim depan selepas menundukkan pesaingnya, Aston Villa 1-0 di Villa Park awal pagi tadi.
Penyerang Sepanyol itu melakukan rembatan leret yang menewaskan Brad Friedel pada minit ke-93 dan menjadi pemain Liverpool terpantas yang menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab itu.
December 28, 2009


Ketua pasukan, Cesc Fabregas tampil sebagai pemain gantian untuk memberi inspirasi dalam membantu kemenangan Arsenal 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates malam tadi sekaligus melonjakkan semula impian mereka untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Pemain Sepanyol itu, yang diletakkan di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring, menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 sebelum menggandakan kedudukan menerusi gol keduanya pada minit ke-81.
October 25, 2009


Sylvan Ebanks-Blake menjaringkan gol pertamanya musim ini untuk membantu Wolverhampton Wanderers memungut satu mata selepas seri 1-1 dengan Aston Villa dalam saingan EPL di Stadium Molineux semalam.
Keputusan seri itu juga menyebabkan harapan Villa untuk layak ke saingan peringkat Eropah musim depan semakin longgar.
October 18, 2009


Pemain pertahanan, John Collins menjaringkan gol pertamanya bersama Aston Villa untuk membenam pendahulu EPL, Chelsea 2-1 di Villa Park malam tadi sekaligus memberikan kekalahan kedua di tempat lawan buat ‘The Blues’.
Pemain bernilai 5 juta pound yang dibeli dari West Ham itu melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum menanduk masuk gol kemenangan Villa pada minit ke-52.
October 7, 2009


Richard Dunne menjaringkan gol menerusi tandukan cantik menentang bekas kelabnya tetapi Craig Bellamy menafikannya dari meraikan kemenangan dengan gol penyamaan pada babak kedua ketika Manchester City dan Aston Villa terikat 1-1 dalam saingan tunggal EPL semalam.
Dunne memberikan Villa gol pendahuluan pada minit ke-15, gol pertamanya sejak berpindah dari Eastlands dengan nilai 6 juta pound.
August 31, 2009


Gabriel Agbonlahor membantu Aston Villa bangkit dari penyingkiran saingan peringkat Eropah apabila dengan mudah menewaskan Fulham 2-0, sekaligus mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri dalam saingan EPL musim ini.
Penyerang England itu memainkan peranan penting sewaktu jaringan pertama pasukannya dihasilkan apabila asakannya membuatkan John Pantsil tertanduk ke gawang sendiri pada minit ke-3.
June 4, 2009


Aston Villa mengesahkan yang bintangnya, Gareth Barry kini sedang berunding dengan Manchester City tentang kemungkinan dia berpindah ke Eastlands pula.
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu sebelum ini begitu kuat dikaitkan untuk berpindah ke Liverpool sejak musim lalu tetapi ‘The Reds’ gagal memenuhi permintaan Villa yang mahukan bayaran sejumlah 18 juta pound.
March 23, 2009


Liverpool semakin menyesakkan nafas pendahulu liga, Manchester United apabila garang membelasah pasukan di tangga kelima, Aston Villa 5-0 di Anfield awal pagi tadi.
Itu adalah kemenangan hebat ketiga Liverpool dalam tempoh 12 hari, dengan empat gol diledakkan dalam perlawanan menentang Real Madrid dan Manchester United sebelum ini.
Juara bertahan, United kini hanya berkelebihan satu mata dan masih memegang satu perlawanan dalam tangan tetapi jumlah jaringan Liverpool kini melebihi jaringan anak-anak buah Sir Alex Ferguson, selain turut mempunyai kelebihan perbezaan jaringan.
March 5, 2009


Harapan Aston Villa untuk menempah tempat ke saingan Liga Juara Eropah musim depan tergugat selepas gandingan Elano dan Shaun Wright-Phillips memberikan Manchester City kemenangan 2-0 ke atas pasukan yang menduduki tangga keempat liga itu di Eastlands semalam.
Sepakan penalti pemain Brazil itu pada babak pertama, golnya yang pertama dalam liga sejak bulan Ogos tahun lalu dilihat sudah cukup untuk memberikan tiga mata buat City namun pemain terbaik perlawanan, Wright-Phillips mengesahkan kemenangan itu dengan gol kedua ketika permainan berbaki dua minit lagi untuk ditamatkan.
February 27, 2009


Dari tiga kelab EPL yang bersaing untuk merebut tempat ke kelompok 16 pasukan dalam saingan Piala UEFA, hanya Manchester City berjaya melepasi halangan lawannya manakala dua lagi kelab Inggeris, Aston Villa dan Tottenham Hotspur tersingkir apabila tewas dengan kiraan agregat kepada lawan masing-masing.
Penyerang Wales, Craig Bellamy kian mengukuhkan statusnya di Manchester City apabila dua gol jaringannya membantu kelab itu melangkah ke saingan kalah mati 16 pasukan Piala UEFA selepas menundukkan FC Copenhagen 2-1 di Stadium City of Manchester awal pagi tadi.
February 22, 2009


Chelsea menyambut kehadiran Guus Hiddink dengan keputusan positif apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Aston Villa dalam saingan EPL di Villa Park malam tadi, kemenangan pertama The Blues di bawah bimbingan pengurus kelahiran Belanda itu.
Nicolas Anelka menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-19 untuk membantu Chelsea memungut tiga mata berharga ke atas pesaing terdekatnya itu, ia juga kemenangan pertama buat Chelsea di Villa Park dalam tempoh sepuluh tahun.
February 16, 2009



Everton sekali lagi melakukan kejutan untuk meneruskan langkahan ke Wembley apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Aston Villa di Goodison Park dalam saingan pusingan kelima Piala FA semalam.
Kali terakhir Everton memenangi kejuaraan kejohanan utama adalah pada 1995 dan kemenangan ini terhasil menerusi jaringan Jack Rodwell, Mikel Arteta dan Tim Cahill.
February 8, 2009


Chelsea kehilangan dua lagi mata berharga di Stamford Bridge selepas diikat 0-0 oleh Harimau Britain, Hull City dalam perlawanan EPL awal pagi tadi.
Hull menjadikan kedudukan Chelsea semakin sukar untuk bersaing memburu kejuaraan liga walaupun pasukan tuan rumah mempunyai peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan itu, menerusi John Terry dan pemain yang baru dipinjam dari Inter Milan, Ricardo Quaresma, kedua-duanya dinafikan oleh penjaga gol lawan, Matt Duke.
January 26, 2009


Penyerang England, Emile Heskey telah menandatangani kontrak dengan kelab yang sedang memberi saingan kepada kejuaraan EPL, Aston Villa setelah mereka bersetuju dengan yuran sebanyak 3.5 juta pound yang ditetapkan oleh Wigan Athletic.
Heskey akan bergabung semula dengan bekas bossnya di Leicester, Martin O’Neill setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah.
Pemain berusia 31 tahun itu menurunkan tandatangannya selepas dia lulus ujian perubatan dan bersetuju dengan terma perjanjian peribadi dengan Villa.
January 18, 2009


Gareth Barry memimpin barisan sepuluh pemain Aston Villa mengekalkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas mencatat kemenangan kontroversi 2-1 ke atas Sunderland di Stadium of Light malam tadi.
Villa mendapati pemain antarabangsa Englandnya, Ashley Young diarah keluar padang selepas melakukan kesalahan ‘bodoh’ terhadap Dean Whitehead ketika permainan berbaki 18 minit, tetapi berjaya mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti kontroversi pada lewat permainan.
January 11, 2009


Aston Villa memanjat ke tangga ketiga EPL apabila kesilapan Scott Carson memberikan mereka kemenangan 2-1 ke atas kelab bawahan, West Bromwich Albion dalam perlawanan yang berlangsung di Villa Park malam tadi.
Ia juga hari yang baik buat pemain pertahanan Villa, Curtis Davies yang membuatkan para penyokong lawan terdiam dengan menjaringkan gol pembukaan terhadap bekas pasukannya itu.
December 27, 2008


Aston Villa menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Arsenal dengan keputusan seri 2-2 di Villa Park awal pagi tadi.
Keputusan seri ini juga bermakna Arsenal gagal dalam usahanya untuk memintas kedudukan Villa di tangga keempat liga.
Gol jaringan Gareth Barry dan Zat Knight menjadi penyelamat Aston Villa selepas Arsenal mendahului menerusi dua jaringan Denilson dan Abou Diaby.
December 14, 2008


Gol lewat permainan jaringan Tim Cahill memberikan Everton tiga mata dalam kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dan ia sekurang-kurangnya melupakan keperitan sama yang mereka lalui ketika tewas kepada Aston Villa minggu lalu.
Everton terlepas peluang untuk mendapatkan gol awal di sebalik kebuntuan kedua-dua pasukan pada babak pertama, apabila Mikel Arteta melakukan sepakan percuma yang menggegar palang gol lawan manakala tindakan susulan Marouane Fellaini turut mengenai tiang gol.
November 5, 2008


Newcastle United berganjak dari zon penyingkiran apabila mencatat kemenangan penting menewaskan Aston Villa 2-0 dalam saingan EPL di St James Park semalam. Obafemi Martins muncul wira Newcastle apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Newcastle itu. Kemenangan itu membolehkan Newcastle kini menduduki tangga ke-14 EPL manakala Aston Villa kekal berada di kedudukan tangga kelima EPL.
October 24, 2008


Tiga gol pada babak pertama mewarnai perlawanan sengit antara Aston Villa dan Ajax Amsterdam yang berkesudahan Villa menewaskan lawannya itu 2-1 dalam saingan Kumpulan F Piala UEFA di Villa Park awal pagi tadi. Dengan dua perlawanan akan datang menyaksikan Villa akan berkunjung ke tempat lawan, pengurus Villa Martin O’Neill mahu memastikan Villa tercicir sebarang mata ketika bermain di halaman sendiri.
September 22, 2008


Chelsea gagal dalam usahanya untuk merampas semula kedudukan selaku pendahulu EPL dari Arsenal apabila sekadar seri 1-1 dengan Manchester United di Stamford Bridge sebentar tadi. Keputusan ini menyaksikan Chelsea sekadar berganjak ke tangga kedua sama mata dengan Liverpool tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol.
September 19, 2008

 
Lassana Diarra dan Jermain Defoe menjaringkan gol buat Portsmouth untuk mengalahkan pasukan pelawat, Guimaraes dari Portugal 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA pagi tadi. Diarra meledak enam minit sebelum tamat babak pertama. Menerusi satu gerakan di sebelah kiri, Diarra bermain hantaran satu dua dengan Defoe sebelum membuat sepakan separa voli yang menerjah masuk ke gol lawan.
September 16, 2008


Totenham Hotspur terus menghuni tangga terbawah EPL selepas menerima kekalahan ketiga dari empat perlawanan malam tadi. Spurs gagal mengutip sebarang mata apabila tewas 1-2 kepada Aston Villa di White Hart Lane. Kekalahan ini menyaksikan Spurs hanya mengutip satu mata dari empat perlawanan. Villa pula kini berganjak ke tangga keempat selepas memungut tujuh mata dan kemenangan ini merupakan kemenangan pertama dari sembilan perlawanan mereka di White Hart Lane.
August 20, 2008


Musim baru Liga Perdana England (EPL) telahpun bermula Sabtu lalu. Kecuali Manchester United yang hanya mencatat keputusan seri ketika menentang Newcastle United, tiga lagi pasukan utama EPL mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama. Liverpool menang 1-0 ke atas Sunderland, Arsenal pula menang 1-0 ke atas West Bromwich Albion manakala Chelsea menang selesa 4-0 ke atas Portsmouth.
Ketika EPL musim 08/09 telah membuka tirainya, urusan jual beli pemain masih berterusan sehingga ia ditutup hujung bulan ini. Bagaimanapun, kebanyakan kelab EPL telah memuktamadkan pembelian dan penjualan pemain mereka manakala ada sesetengah kelab lagi masih meneruskan rundingan sehingga tarikh akhir urusan jual beli pemain ditutup.
August 18, 2008
Next Page »
|