IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: kelab Arsenal

February 8, 2010

Chelsea Benam Cabaran Arsenal Untuk Kembali Ke Takhta Liga.

Kehidupan John Terry mungkin agak porak peranda di luar namun bekas ketua pasukan England itu tetap menjadi inspirasi buat pemain Chelsea untuk membenam cabaran Arsenal 2-0 sekaligus memadam impian skuad ‘The Gunners’ untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Dilucutkan jawatan ketua pasukan England 48 jam terdahulu dan menjadi tumpuan media sejak kehidupan sosialnya didedahkan, Terry mempamer aksi serba kemas untuk menutup ruang buat pemain Arsenal menyusup masuk ke kawasan mereka.

February 1, 2010

EPL – Manchester United Ternyata Lebih Hebat Berbanding Arsenal.

Manchester United menundukkan musuh ketatnya dalam perebutan gelaran juara liga musim ini, Arsenal 3-1 di Stadium Emirates untuk menakluki takhta liga satu mata mengatasi Chelsea.

Nani membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila bola lambungannya disalah agak oleh Manuel Almunia sebelum penyerang England, Wayne Rooney menggandakan kedudukan empat minit kemudian hasil dari satu serangan balas yang pantas oleh United.

January 5, 2010

Rosicky Tandatangani Kontrak Baru Bersama Arsenal.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, kelab Arsenal - 05 Jan 2010

Arsenal mengumumkan yang pemain tengah kelab itu, Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.

‘The Gunners’ tidak mengumumkan tempoh perjanjian baru itu tetapi tindakan itu dikenal pasti bagi memastikan kesinambungan kejayaan kelab itu dengan mengikat beberapa pemain utama.

Pemain antarabangsa Czech itu yang menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada 2006, adalah pemain ke-15 yang menandatangani kontrak baru bersama Arsene Wenger sejak Mei 2009.

December 28, 2009

EPL – Aston Villa Gagal Saingi Arsenal.

Ketua pasukan, Cesc Fabregas tampil sebagai pemain gantian untuk memberi inspirasi dalam membantu kemenangan Arsenal 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates malam tadi sekaligus melonjakkan semula impian mereka untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Pemain Sepanyol itu, yang diletakkan di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring, menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 sebelum menggandakan kedudukan menerusi gol keduanya pada minit ke-81.

December 17, 2009

EPL – Liverpool, Spurs Dan Chelsea Kembali Catat Kemenangan, Arsenal Sekadar Seri.

Graham Alexander menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Burnley mengikat Arsenal 1-1 dalam saingan EPL semalam.

Cecs Fabregas memberikan Arsenal gol pendahuluan pada ketika kelab itu memulakan perlawanan dengan begitu baik di Turf Moor tetapi kesalahan Thomas Vermaelen ke atas Andre Bikey memberikan Alexander peluang untuk menyamakan kedudukan.

December 14, 2009

EPL – Kalah Kepada Arsenal, Kedudukan Liverpool Kian Parah.

Liverpool menempah kekalahan kedua di tempat sendiri dalam tempoh lima hari apabila tewas 1-2 kepada Arsenal dalam pertembungan EPL di Anfield semalam, di mana ia sepatutnya menjadi medan kebangkitan dan azam baru bagi pasukan Merseyside itu.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang pasukan itu bakal bangkit dengan semangat baru selepas mereka menerima kekalahan kepada Fiorentina dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu lalu.

November 30, 2009

EPL – Arsenal Bukan Masalah Buat Chelsea.

Chelsea mengukuhkan cengkamannya di tangga teratas liga apabila mudah membenam cabaran Arsenal 3-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi sekaligus merencatkan seketika impian ‘The Gunners’ untuk merebut kejuaraan liga.

‘The Blues’ ketika di bawah bimbingan Guus Hiddink adalah pasukan terakhir yang dapat menumpaskan Arsenal di laman sendiri dengan keputusan 4-1 pada Mei lalu.

November 16, 2009

Kecederaan Paksa Van Persie Berehat Panjang.

Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.

Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.

November 8, 2009

EPL – Arsenal Teruskan Tekanan Ke Atas Pendahulu Liga.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita EPL, kelab Arsenal - 08 Nov 2009

Arsenal mencatat kemenangan mudah 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux semalam untuk mengekalkan tekanan ke atas pemburuan kejuaraan EPL musim ini.

Kemenangan itu dibantu oleh dua gol jaringan sendiri pada babak pertama oleh pemain lawan, satu menerusi Ronald Zubar pada minit ke-28 manakala satu gol lagi menerusi Jody Craddock pada minit ke-35.

Arsenal hanya perlu mengekalkan rentak mereka dengan menambah dua gol lagi menerusi Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin sebelum Craddock menebus dosanya dengan gol tunggal pasukannya pada penghujung perlawanan.

November 1, 2009

EPL – Arsenal Mudah Benam Cabaran Spurs.

Penyerang Arsenal, Robie van Persie meledak dua kali untuk membantu Arsenal menundukkan Tottenham Hotspur 3-0 dalam saingan EPL di Stadium Emirates malam tadi sekaligus menimbulkan persoalan tentang kemampuan Spurs menempatkan diri dalam kelompok empat teratas liga musim ini.

Spurs tidak pernah memenangi perlawanan liga ketika menentang Arsenal sejak 1999, dan keadaan sama berlaku selepas Van Persie membuka tirai jaringan pada minit ke-42 dan Cesc Fabregas menambah gol kedua seminit kemudian.

October 30, 2009

Piala Carling – Arsenal Singkir Liverpool Di Pusingan Keempat.

Pemain muda, Fran Merida menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal untuk membantu skuad muda Arsene Wenger menewaskan Liverpool 2-1 untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala Carling.

Baru sahaja kembali dari Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun, bekas pelatih Barcelona berusia 19 tahun itu meledakkan rembatan pada minit ke-19, sekali lagi membuktikan kemampuan skuad muda Arsenal.

October 18, 2009

EPL – Arsenal Makin Hebat, Birmingham Pula Jadi Mangsa.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita EPL, kelab Arsenal - 18 Oct 2009

Arsenal meneruskan momentum kemenangannya dalam saingan EPL dengan kemenangan 3-1 ke atas Birmingham City di Stadium Emirates malam tadi.

Robie van Persie dan Abou Diaby memberikan Arsenal pendahuluan selesa dalam tempoh dua minit sebelum Lee Bowyer menghukum kesilapan penjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone dengan rembatan jarak dekat pada minit ke-38 menjadikan kedudukan 2-1 sebaik tamat babak pertama.

October 5, 2009

EPL – Fabregas Bantu Arsenal Catat Kemenangan Bergaya Ke Atas Blackburn.

Cesc Fabregas mempamerkan aksi mengkagumkan untuk membantu Arsenal menewaskan Blackburn Rovers 6-2 dalam saingan EPL di Stadium Emirates malam tadi.

Ketua pasukan Arsenal itu mencipta gerakan untuk kesemua gol Arsenal kecuali satu gol yang dijaringkannya sendiri pada babak kedua sekaligus memimpin pasukannya mencatat kemenangan besar ke atas lawannya itu.

September 30, 2009

Pemain Sedia Ada Sudah Memadai, Arsenal Tidak Perlukan Pemain Baru – Wenger.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, kelab Arsenal - 30 Sep 2009

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sekali mempertahankan pendiriannya untuk tidak membeli pemain baru kerana merasakan barisan pemain muda yang dimilikinya sudah cukup berkualiti untuk menghadapi saingan liga musim ini.

Hari Isnin lalu ‘The Gunners’ diumumkan mempunyai dana kewangan sebanyak 313.3 juta pound, jumlah terbesar yang direkodkan oleh kelab bola sepak British.

Bagaimanapun, di sebalik potensi jumlah kewangan untuk pembelian pemain yang mencecah 80 juta pound diperuntukkan untuk Wenger, warga Perancis itu menegaskan yang beliau gembira dengan barisan pemain yang ada sekarang.

September 21, 2009

Video Pilihan – Standard Liege 2 vs Arsenal 3 (Liga Juara Eropah).

Pemain kontroversi, Eduardo menyelamatkan maruah Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan untuk membantu Arsenal menewaskan Standard Liege 3-2 dalam saingan Kumpulan H walaupun ketinggalan 0-2 pada satu ketika.

Pemain Croatia itu hanya boleh diturunkan selepas rayuan Arsenal kepada UEFA ke atas penggantungan dua perlawanan diterima oleh badan bola sepak Eropah itu.

September 13, 2009

EPL – Adebayor Pastikan Arsenal Jadi Mangsa Manchester City.

Emmanuel Adebayor akhirnya tersenyum lebar apabila membantu Manchester City menewaskan bekas kelabnya, Arsenal 4-2 dalam perlawanan EPL yang berlangsung sengit di Stadium City of Manchester malam tadi.

Dua minggu selepas menguasai perlawanan di Old Trafford, kemudian menamatkan perlawanan di pihak yang kalah kepada Manchester United, pasukan bimbingan Arsene Wenger turun dengan harapan dapat muncul sebagai pemenang dalam perlawanan itu.

Adebayor kelihatan mempunyai agenda lain, mungkin pihak FA perlu melihat semula insiden yang melibatkan pertembungannya dengan Robbie van Persie yang menyebabkan penyerang Arsenal itu mengalami kecederaan di muka.

September 3, 2009

Video Pilihan - Manchester United 2 vs Arsenal 1 (EPL).

Manchester United mengekalkan rekod kemenangan 100%nya dalam saingan EPL apabila bernasib baik mengalahkan Arsenal 2-1 di Old Trafford hari Sabtu lalu.

Walaupun ketinggalan pada babak pertama hasil jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-40 namun Wayne Rooney menyamakan kedudukan buat United apabila dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-59.

Laba datang bergolek buat United apabila Abou Diaby tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-64 walaupun tiada asakan dilakukan oleh pemain United.

August 30, 2009

EPL – MU Menang Pertembungan Getir, Arsenal Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.

Arsene Wenger diarahkan keluar padang pada saat akhir ketika penafian gol penyamaan pada masa kecederaan menambah duka buat Arsenal yang akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada Manchester United di Old Trafford semalam.

Wenger awal-awal lagi sudahpun berasa kecewa ekoran anugerah penalti kontroversi kepada United selain jaringan sendiri oleh Abou Diaby meranapkan impiannya untuk membawa pulang tiga mata dari gelanggang keramat United itu.

Tetapi apabila gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Robbie van Persie enggan diiktiraf oleh pengadil ekoran kedudukan ofsaid William Gallas, ia amat mengecewakan Wenger yang menunjukkan reaksi yang keterlaluan dan akibatnya beliau diarahkan ke tempat duduk penonton oleh pengadil, Mike Dean.

August 16, 2009

EPL – Everton Dibelasah, Barisan Muda Arsenal Mula Tunjuk Belang.

Arsenal mempersembahkan permulaan musim yang memberangsangkan apabila membelasah Everton 6-1 di Goodison Park semalam dan pada masa yang sama, Arsene Wenger percaya bintang mudanya boleh memenangi gelaran liga musim ini.

Perlawanan itu menyaksikan betapa Arsenal mudah memperkotak-katikkan barisan pertahanan Everton yang kelihatan rapuh.

Kali terakhir Everton tewas 1-6 di tempat sendiri adalah pada tahun 1958 dan Arsenal mengulangi sejarah itu dengan begitu baik.

August 6, 2009

Everton Buat Persediaan Pikat Sanderos Dari Arsenal.

Everton mengesahkan yang mereka sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Arsenal, Philippe Sanderos.

Bagaimanapun, kelab itu mengakui yang sehingga kini nilai yuran perpindahan pemain berusia 24 tahun itu masih belum mencapai kata sepakat.

July 5, 2009

Wenger akan Pikat Chamakh Jika Adebayor Tinggalkan Arsenal.

Arsene Wenger amat yakin yang Emmanuel Adebayor akan kekal di Arsenal, tetapi pada masa yang sama beliau merasakan yang penyerang Bordeaux, Marouane Chamakh adalah pengganti yang sesuai andainya Adebayor memilih untuk meninggalkan kelab itu.

Masa depan penyerang Togo itu masih samar, dengan AC Milan berterusan menunjukkan minatnya terhadap pemain itu sejak dari musim panas lalu di mana Adebayor akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

July 2, 2009

Arshavin Rasa Gembira Jika Dapat Beraksi Bersama Barcelona.

Penyerang Arsenal, Andrei Arshavin mengakui yang dia akan berasa gembira jika dapat bermain dengan Barcelona.

Pemain antarabangsa Rusia itu menandatangani kontrak bersama ‘The Gunners’ pada ketika pintu perpindahan pemain dibuka Januari lalu dari Zenit St Petersburgh dengan nilai perpindahan 15 juta pound dan menampilkan aksi permulaan yang memberangsangkan di Stadium Emirates, menjaringkan enam gol dari 12 perlawanan EPL.

May 17, 2009

EPL – Seri Dengan Arsenal, Manchester United Rangkul Kejuaraan Liga.

Manchester United dinobatkan selaku juara England buat kali ke-18 di Old Trafford selepas mencatat keputusan seri 0-0 dengan Arsenal sekaligus memastikan Liverpool tidak dapat memintas kedudukan mereka di takhta liga.

Selepas tiga dekad memegang gelaran jaguh England tanpa sebarang persoalan, Liverpool kini perlu mengakui yang mereka perlu berkongsi gelaran berikutan kejayaan United itu.

Dengan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dihasilkan, United sudah membayangkan bahawa mereka akan merangkul kejuaraan liga kali ke-11 bersama Sir Alex Ferguson.

May 9, 2009

Walcott Tandatangani Kontrak Jangka Panjang Bersama Arsenal.

Bintang muda Arsenal, Theo Walcott telah menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama kelab EPL itu.

Pemain antarabangsa England berusia 20 tahun itu yang menyertai ‘The Gunners’ dari Southampton pada Januari 2006, dilaporkan telah bersetuju dengan kontrak empat tahun yang menyaksikan dia dibayar 60,000 pound seminggu.

Walcott kini telah melakukan lebih dari 100 penampilan dan telah menjaringkan 14 gol buat Arsenal. Tidak dinafikan yang Stadium Emirates merupakan tempat yang paling sesuai buatnya untuk memajukan kariernya.

May 7, 2009

Liga Juara Eropah – Ronaldo Bawa Manchester United Ke Perlawanan Akhir.

Manchester United menepati ramalan apabila melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah yang akan berlangsung di Rome setelah menundukkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates semalam sekaligus menang dengan agregat 4-1. United menang 1-0 dalam perlawanan pertama di Old Trafford sebelum ini.

Cristiano Ronaldo mempamerkan aksi kemas dengan meledakkan dua gol di hadapan bekas pemain United, David Beckham yang terbang dari Milan untuk menyaksikan kemenangan bergaya itu, mengingatkan kepada kemenangan ke atas Juventus pada 1999 di mana dia adalah sebahagian dari anggota pasukan United ketika itu.

Next Page »