HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Kelab AC Milan

December 2, 2008

AC Milan Terkulai Kepada Palermo.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita Serie A, Kelab AC Milan - 02 Dec 2008

AC Milan kehilangan rentak untuk mencabar kedudukan jirannya, Inter Milan selaku pendahulu Serie A Itali apabila tumpas mengejut 1-3 kepada Palermo di Renzo Barbera semalam.

Palermo menguasai perlawanan sepenuhnya dari awal hingga tamat perlawanan namun gol pertamanya hanya berjaya diperolehi selepas 50 minit permainan berlangsung menerusi Fabrizio Miccoli.

November 28, 2008

AC Milan Hampir Tunduk Kepada Portsmouth.

Dua gol pada enam minit terakhir jaringan Ronaldinho dan Filippo Inzaghi membantu AC Milan mengikat Portsmouth dengan keputusan 2-2 dalam saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.

Pompey kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Piala UEFA ketika menentang juara Eropah tujuh kali itu dengan persembahan menakjubkan sumbangan Younes Kaboul menerusi tandukan pada minit ke-62 dan jaringan Nwankwo Kanu dari jarak dekat sebelas minit kemudian.

November 16, 2008

Ancelotti Harapkan Kebolehan Ronaldinho.

Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti percaya prestasi Ronaldinho akan terus meningkat ketika persaingan Serie A semakin hangat dengan pemburuan kejuaraan musim ini. Pemain Brazil itu telah membuktikan bahawa dia kini berada dalam prestasi terbaiknya selepas berpindah dari Barcelona pada musim panas lalu. Setakat ini Ronaldinho belum gagal menggegar jaring lawan dalam tiga perlawanan terakhir Rossoneri.

November 7, 2008

AC Milan Lepasi Cabaran Getir Braga.

Gol saat akhir menerusi Ronaldinho membantu AC Milan menang tipis 1-0 mengalahkan Braga dalam saingan Piala UEFA di Milan awal pagi tadi. Ronaldinho yang menggantikan Alexandre Pato pada minit ke-63, menggegar jaring ketika pengadil hampir menamatkan perlawanan untuk melonjakkan kelab itu sebagai pendahulu Kumpulan E.

November 1, 2008

Beckham Sah Sertai Milan.

David Beckham mengesahkan bahawa dia akan menyertai kelab Itali, AC Milan secara pinjaman selama dua bulan bermula pada bulan Januari nanti. Kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat-syarat kontrak mereka pada hari Khamis lalu. Pemain berusia 33 tahun itu akan mula memasuki kem Milan pada 7 Januari depan dan akan menghadapi perlawanan pertamanya di Serie A empat hari kemudian ketika Milan menentang AS Roma.

October 31, 2008

Kaka Bantu Kemenangan AC Milan.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita Serie A, Kelab AC Milan - 31 Oct 2008

AC Milan mencatat kemenangan keempat berturut-turut apabila mengenepikan cabaran Siena 2-1 dalam saingan Serie A di Milan semalam. Kaka muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan sengit itu menerusi sepakan penalti. Kemenangan itu menyaksikan AC Milan memanjat ke tangga ketiga liga hanya satu mata di bawah Napoli dan Udinese.

October 28, 2008

AC Milan Menang Tipis Ke Atas Atalanta.

AC Milan menutup minggu yang penuh dengan keceriaan buat mereka apabila menewaskan Atalanta 1-0 dalam saingan Serie A di Bergamo semalam. Milan menewaskan kelab Belanda, Heerenveen 3-1 dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu selain dalam proses terakhir untuk mengikat David Beckham secara pinjaman dalam tempoh terdekat. Kaka muncul wira Milan apabila golnya pada lewat permainan sudah mencukupi buat Milan untuk mengutip tiga mata dari perlawanan itu.

Beckham Ke AC Milan Demi Karier.

David Beckham menafikan bahawa keinginannya bermain untuk kelab Itali, AC Milan adalah kerana wang. Sebaliknya dia hanya bertujuan memantapkan permainannya dengan menyertai Milan secara pinjaman untuk tempoh yang pendek. Ini berikutan cadangan pengurus England, Fabio Capello supaya Beckham menyertai liga yang lebih kompetitif bagi meningkatkan prestasinya yang pada pandangan Capello masih di tahap yang rendah. Beckham tiada pilihan lain dan dengan menyertai Milan supaya dirinya sentiasa cergas walaupun ketika tempoh liga utama Amerika Syarikat berehat.

October 25, 2008

AC Milan Catat Kemenangan Selesa.

AC Milan memulakan kempen peringkat kumpulan Piala UEFA dengan meyakinkan apabila mudah menundukkan kelab Belanda, Heerenveen 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi. Ronaldinho diletakkan di bangku simpanan bagi membolehkan Milan menyenaraikan Andriy Shevchenko dalam kesebelasan utama. Ronaldinho hanya diturunkan pada babak kedua setelah Milan selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.

September 29, 2008

Inter Milan Tumbang Angkara Ronaldinho.

Jose Maurinho merasai pangalaman pertama pertembungan dua Milan dalam saingan Serie A musim ini. Bagaimanapun, Maurinho terpaksa menelan kepahitan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada AC Milan sekaligus kekalahan pertama Inter Milan sejak berada di bawah bimbingan Maurinho. Ronaldinho yang sering memanaskan bangku simpanan kerana prestasi tidak menentu, membalas kepercayaan Carlo Ancelotti dengan menjaringkan gol kemenangan buat AC Milan. Kekalahan ini juga menyebabkan Inter gagal mempertahankan kedudukan pendahulu Serie A selepas dipintas oleh Lazio yang menang 3-1 ke atas Torino dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. Nasib Inter bertambah malang apabila dua pemainnya dibuang padang dalam perlawanan itu.

September 25, 2008

Reginna, Lecce Gagal Kekang Dua Milan.

Penyerang muda Brazil, Alexandre Pato muncul wira AC Milan dengan membantu kelab itu mencatat kemenangan kedua 2-1 ketika menentang Reggina dalam saingan Serie A Itali semalam. Kemenangan ini meredakan sedikit tekanan ke atas pengurusnya, Carlo Ancelotti setelah mencatat kemenangan kedua berturut-turut. Sebelum ini, Milan tewas dua perlawanan awal Serie A menyebabkan kedudukan Ancelotti bergoyang gara-gara rasa tidak puas hati penyokong terhadap prestasi Milan.

September 23, 2008

2 Milan Menang Bergaya.

Inter Milan melonjak ke tangga teratas Serie A buat kali pertama musim ini selepas mengalahkan Torino 3-1 di Stadio Olimpico, Turin kelmarin. Gol sendiri Marco Pisano pada minit ke-24 memberikan Inter gol pendahuluan sebelum rembatan kencang dari pemain pertahanan, Maicon dua minit kemudian menjadikan Inter selesa di depan dengan 2-0.

September 19, 2008

Piala UEFA - Kelab Itali Turut Cemerlang.

Walaupun malap dalam perlawanan awal musim Serie A, AC Milan tetap mampu mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Zurich dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA di San Siro pagi tadi. Marek Jankulovski memberikan gol pendahuluan buat Milan pada minit-minit akhir babak pertama apabila bola tendangannya terkena pemain lawan, Hannu Tihinen lalu menggolek masuk ke dalam gol Zurich. Pemain muda Brazil, Alexandre Pato menjadikan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-57 apabila melencongkan bola sepakan percuma dari jarak 25 meter ke dalam gol Zurich.

September 15, 2008

Inter Milan Catat Kemenangan Pertama.

Juara bertahan, Inter Milan berjaya mencatat kemenangan pertamanya musim ini apabila mengenepikan saingan sengit Catania. Inter Milan menang 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di San Siro. Bagaimanapun, Inter harus berterima kasih kepada pemain pihak lawan yang menghadiahkan dua gol sendiri kepada Inter. Catania menjaringkan golnya pada perlawanan itu menerusi tandukan Gianvito Plasmati tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

August 26, 2008

Shevchenko Kembali Ke AC Milan.

August 4, 2008

Chelsea Baham AC Milan.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Kelab AC Milan, kelab Chelsea - 04 Aug 2008

July 23, 2008

Kaka Masih Pemain AC Milan.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Kelab AC Milan, Pemain Kaka - 23 Jul 2008

23 JULAI – Pemain Brazil, Kaka berkemungkinan besar akan kekal di AC Milan selepas kelab itu menafikan menerima tawaran lumayan dari pemilik Chelsea iaitu Roman Abramovich. Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani menyatakan demikian sambil …

July 17, 2008

Ronaldinho Milik AC Milan.

17 JULAI – Kelab Itali, AC Milan mengesahkan bahawa pemain Brazil Ronaldinho bersetuju untuk menandatangani kontrak bermain dengan AC Milan musim baru nanti. Perpindahan Ronaldinho ke AC Milan dikatakan melibatkan nilai sebanyak AS$ 33.5 juta …

July 13, 2008

AC Milan Ikat Ronaldinho.

13 JULAI – Ronaldinho yang disisihkan dalam beberapa perlawanan akhir musim bersama Barcelona kini semakin hampir menjadi milik kelab Itali, AC Milan. Ronaldinho dikatakan telah bersetuju dengan syarat-syarat kontraknya bersama AC Milan dan mungkin akan …