HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Isu Semasa

December 3, 2008

Masalah Kewangan Punca PDRM Tarik Diri.

PDRM bukanlah pasukan belasahan. Mereka juga bukanlah pasukan yang sekadar melengkapkan pasukan dalam Liga Malaysia. Sebaliknya, PDRM adalah juara Liga Perdana musim 2006/07 sekaligus melayakkan mereka menyertai Liga Super pada musim berikutnya.

Walaupun sekadar menduduki tangga kesembilan dari 13 pasukan yang bertanding dalam Liga Super namun pencapaiannya begitu baik dalam saingan Piala Malaysia sehingga layak ke peringkat suku akhir. Malah mereka hampir mengejutkan Selangor dengan mengikat skuad Gergasi Merah itu dengan keputusan 3-3 sebelum diisytihar tewas berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan.

November 29, 2008

Podolski Ingin Tinggalkan Bayern Munich.

Lukas Podolski berkemungkinan akan bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas dia dilaporkan berkata yang dia mahu meninggalkan kelabnya, Bayern Munich apabila pintu perpindahan pemain dibuka pada bulan Januari nanti.

Pemain Jerman berusia 23 tahun itu adalah salah seorang bintang skuad bimbingan Joachim Loew yang bersinar semasa pusingan akhir EURO’08 dengan ledakan tiga gol sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Gallas Mahu Kekal Di Arsenal.

Walaupun dihimpit kritikan bekas ketua pasukan Arsenal, William Gallas tetap tidak mahu meninggalkan kelab itu. Di sebalik kontroversi yang ditimbulkannya, Gallas mahu kekal di Arsenal.

Kelab Perancis, Paris St Germain merupakan antara destinasi kemungkinan buat Gallas namun sumber yang rapat dengan pemain itu menafikan berita yang pemain itu akan meninggalkan The Gunners.

November 26, 2008

Fabregas Akan Ambil Alih Tugas Kapten – Wenger.

William Gallas akan disenaraikan dalam skuad Arsenal yang akan bertemu Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah di Stadium Emirates Rabu ini tetapi bukan sebagai ketua pasukan.

Arsene Wenger mengesahkan bahawa tugas pemain Perancis berusia 31 tahun itu akan diserahkan kepada pemain  Arsenal yang berusia 21 tahun, Cesc Fabregas.

November 25, 2008

Wenger Tuntut Gallas Mohon Maaf.

Arsene Wenger hanya akan menyenaraikan semula William Gallas dalam skuad Arsenal ketika bertemu kelab Ukraine, Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu ini sekiranya pemain itu memohon maaf dari rakan sekelabnya.

Wenger mempertahankan keputusannya mengenepikan Gallas dari tugas ketua pasukan di sebalik kekalahan 0-3 kepada Manchester City dalam saingan EPL di Eastlands Sabtu lalu.

Gallas digugurkan dari skuad yang menentang Manchester City selepas dia membuat kritikan terbuka terhadap rakan-rakannya di mana dia turut mempersoalkan komitmen pemain-pemain Arsenal.

Sekiranya permohonan maaf terbit dari mulut pemain Perancis itu maka dia mungkin akan disenaraikan dalam perlawanan menentang Kiev nanti. Sebaliknya jika tiada permohonan maaf dari Gallas maka karier pemain berusia 31 tahun itu di Arsenal kelihatan akan berakhir dan mungkin akan berada dalam senarai pemain untuk dijual Januari nanti.

November 24, 2008

Scolari Masih Idamkan Khidmat Robinho.

Spekulasi yang bertiup mengatakan Chelsea berkeinginan mendapatkan khidmat Robinho masih belum terpadam selepas Luiz Felipe Scolari membayangkan pemain Brazil itu mempunyai masa depan yang cerah jika berpindah ke Stamford Bridge.

Chelsea tewas kepada Manchester City dalam persaingan mendapatkan tandatangan Robinho selepas pemain itu memilih City ketika pintu perpindahan pemain hampir ditutup musim panas lalu namun Scolari tidak pernah berputus asa.

November 23, 2008

Ramos Mahu Kembali Ke England.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Isu Semasa, Pengurus Juande Ramos - 23 Nov 2008

Juande Ramos berhasrat untuk kembali membimbing kelab Inggeris dalam saingan EPL di sebalik kegagalannya mengendalikan Tottenham Hotspur sebelum ini.

Warga Sepanyol itu meninggalkan White Hart Lane bulan lalu selepas menyebabkan Spurs terjerumus ke lembah kekalahan dengan mencatat rekod permulaan liga terburuk dalam sejarah kelab itu. Tempatnya kemudian diambil alih oleh Harry Redknapp yang berjaya memulihkan prestasi Spurs kembali.

November 22, 2008

Drogba Digantung Tiga Perlawanan.

Didier Drogba dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh FA England selepas penyerang Chelsea itu mengakui bahawa dia ada bertindak balas akan perbuatan penyokong lawan melontar wang syiling kepadanya ketika Chelsea menentang Burnley dalam saingan pusingan keempat Piala Carling. Drogba melontar objek yang dipercayai wang syling ke arah tempat duduk penyokong lawan ketika meraikan kejayaannya menjaringkan gol buat Chelsea.

November 18, 2008

Maradona Namakan Mascherano Kapten Argentina.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Isu Semasa, Lagenda Maradona - 18 Nov 2008

Pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano bersetuju untuk memakai lilitan ketua pasukan di bawah kendalian pengurus baru Argentina, Diego Maradona. Perkara ini disahkan oleh Maradona kepada Radio La Red selepas kembalinya beliau dari jelajah enam hari ke Eropah untuk menilai beberapa pemain yang ingin diserapnya masuk ke skuad Argentina.

November 16, 2008

Drogba Diberi Amaran Keras Oleh FA England.

Didier Drogba diberi amaran keras oleh FA England ekoran insiden melontar duit syiling kepada penyokong lawan ketika Chelsea tumpas kepada Burnley dalam saingan Piala Carling tempoh hari.

November 15, 2008

Lampard Pertahan Tindakan Drogba.

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard bangkit mempertahankan rakan sepasukannya, Didier Drogba yang bakal disoal siasat oleh Persatuan Bola Sepak England ekoran insiden melontar duit oleh Drogba kepada penyokong Burnley ketika saingan Piala Carling tempoh hari. Drogba telahpun memohon maaf atas keterlanjurannya itu yang telah menimbulkan kekalutan namun dia dikatakan tetap akan menerima hukuman di atas perbuatannya itu.

November 14, 2008

Elano Kecewa Tidak Diturunkan.

Elano melahirkan rasa kecewanya kerana sering diletakkan di bangku simpanan tatkala rakan-rakannya yang lain berpeluang diturunkan dalam kesebelasan utama Manchester City oleh pengurusnya, Mark Hughes. Pemain tengah Brazil itu tidak diturunkan dalam skuad yang tewas kepada Tottenham Hotspur dan hanya diturunkan sebagai pemain gantian sewaktu menentang FC Twente dalam saingan Piala UEFA.

Drogba Patut Digantung Tiga Perlawanan – PFA.

Penyerang Chelsea, Didier Drogba sepatutnya digantung tiga perlawanan atas kesalahan melontar duit syiling ke arah penyokong Burnley semasa kelab itu bertemu dengan Burnley dalam saingan pusingan keempat Piala Carling kelmarin. Pengerusi Persatuan Pemain-Pemain Profesional (PFA), Gordon Taylor mencadangkan hukuman itu dikenakan ke atas Drogba walaupun pemain itu sudah memohon maaf.

November 10, 2008

Redknapp Dan Regunya Bergabung Semula.

Joe Jordan menyertai Harry Redknapp di Tottenham Hotspur 24 jam selepas dia meninggalkan Portsmouth. Bekas pemain antarabangsa Scotland itu meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih di Pompey yang dipegangnya ketika Redknapp masih memegang jawatan pengurus di kelab itu. Kini, dia kembali bergabung semula dengan Redknapp dengan memegang jawatan yang sama di Spurs.

Kehadiran jurulatih berusia 56 tahun itu ke Spurs melengkapkan senarai pembantu Redknapp. Sebelum itu, pembantu pengurus Portsmouth, Kevin Bond turut menyertai Redknapp di Spurs.

November 7, 2008

Fabregas dan Wenger Mahu Arsenal Bangkit.

Pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas mencabar rakan-rakannya agar bangkit dengan persembahan baik untuk menewaskan Manchester United dalam pertembungan antara dua kelab gergasi England itu dalam saingan EPL Sabtu ini. Ia berikutan prestasi tidak menentu The Gunners yang tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir mereka. Terbaru, mereka terikat tanpa jaringan dengan kelab Turki, Fernerbahce dalam saingan Liga Juara Eropah Rabu lalu.

October 30, 2008

Ramos Salahkan Polisi Penjualan Pemain Spurs.

Juande Ramos menyalahkan polisi penjualan pemain Totenham Hotspur di bawah kendalian Pengarah Sukannya, Damien Comoli sebagai punca kejatuhan prestasi pasukan itu dalam saingan EPL musim ini. Ramos juga mendakwa bahawa beliau tidak diberi peluang secukupnya untuk mengendalikan kelab itu.

October 29, 2008

Mourinho Gugurkan Adriano Lawan Fiorentina.

Pengurus Inter Milan, Jose Mourinho mengambil tindakan tegas dengan menggugurkan nama penyerang Brazil, Adriano dari kesebelasan utama yang akan turun menentang Fiorentina hari ini kerana kes disiplin. Adriano dikatakan datang lewat ke sesi latihan kelab itu menyebabkan Mourinho berang dan mengarahkan pemain itu pulang.

October 24, 2008

Spurs Tertekan Hadapi Cabaran Udinese.

Totenham Hotspur akan memulakan perjalanan yang sukar dalam saingan Piala UEFA apabila berhadapan dengan kelab Itali, Udinese awal pagi ini di tempat lawan. Dengan reputasi yang hampir musnah, kelab yang dibimbing oleh warga Sepanyol, Juande Ramos tiada pilihan lain selain memenangi perlawanan ini bagi meningkatkan semula moral pemainnya yang kian merudum. Ramos juga agak tertekan memandangkan jawatannya juga kini bagai telur di hujung tanduk.

October 18, 2008

Liverpool Tanpa Kelibat Torres Hadapi Wigan.

Pasukan Liverpool yang sedang bersaing hebat untuk merebut kejuaraan EPL musim ini terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bakal turun menentang Wigan hari ini tanpa kehadiran penyerang sensasi mereka, Fernando Torres. Torres yang menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir bersama Liverpool tercedera sewaktu mewakili Sepanyol ketika menentang Belgium dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Eropah Rabu lalu. Dalam perlawanan itu, Sepanyol menang 2-1 ke atas Belgium.

Kecederaan Pemain Gusarkan Scolari.

Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari gusar memikirkan krisis kecederaan pemain yang menimpa skuad itu memandangkan The Blues akan bertemu dengan Middlesbrough dalam saingan EPL hari ini. Chelsea dijangka turun tanpa pemain utama seperti Petr Cech, Ashley Cole, Michael Ballack, Joe Cole, Didier Drogba, Michael Essien dan Ricardo Carvalho di samping Jose Bosingwa dan Alex yang masih belum cergas. Bagaimanapun ada sedikit kegembiraan di hati Scolari apabila kaptennya, John Terry disahkan cergas dan dijangka akan diturunkan dalam perlawanan itu nanti.

October 14, 2008

Dunga Kecewa Dengan Layanan Venezuela.

Jurulatih Brazil, Dunga melahirkan rasa kecewanya dengan layanan yang diterima oleh pasukan Brazil ketika berada di Venezuela untuk menentang pasukan itu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan Ahad lalu. Dalam perlawanan itu, Brazil menang besar 4-0 ke atas pasukan tuan rumah. Dunga mendakwa tidur pemain-pemainnya sering terganggu dan beberapa pemainnya mengalami masalah sakit perut.

October 13, 2008

Ferdinand Kecewa Sikap Penyokong England.

Kapten England, Rio Ferdinand amat kecewa dengan sikap penyokong England yang mengejek Ashley Cole selepas pemain itu melakukan kesilapan yang menghasilkan gol tunggal buat Kazakhstan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di Wembley kelmarin. Cole di`boo’ oleh penyokong England setiap kali dia menyentuh bola selepas gol itu. Dalam perlawanan itu, England membelasah Kazakhstan dengan keputusan 5-1.

October 5, 2008

Kedudukan Ramos Bagai Telur Dihujung Tanduk.

Pengurus Totenham Hotspur, Juande Ramos kini kepanasan selepas kedudukannya mula dipersoalkan oleh penyokong-penyokong Spurs ekoran persembahan terburuk dalam sejarah 53 tahun kelab itu. Ini ditambah pula dengan kekalahan terbaru Spurs 0-2 kepada Portsmouth iaitu kekalahan keempat dari enam perlawanan EPL. Spurs hanya mampu memungut dua mata dari dua keputusan seri yang dicapainya.

September 26, 2008

Hughes Salahkan Sikap Pemain.

Mark Hughes menyifatkan pemainnya kurang profesional selepas Manchester City dimalukan oleh Brighton dalam saingan Piala Carling kelmarin. City tunduk kecewa 3-5 kepada kelab Divisyen 1 itu menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh permainan. Keputusan memalukan ini muncul hanya selepas dua hari pengesahan pengambil alihan City yang melibatkan nilai 200 juta pound oleh Abu Dhabi United Group (ADUG).

September 19, 2008

Wenger – Kiev Cuba Musnahkan Walcott.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendakwa pengadil Luis Medina Cantalejo sengaja memejam mata terhadap percubaan pemain Dynamo Kiev memusnahkan karier bintang muda England, Theo Walcott. Perlawanan antara Arsenal dan Kiev itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Next Page »