HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Sukma

June 9, 2008

Terengganu Pertahan Emas.

9 JUN – Terengganu membuktikan bahawa kejuaraan dua tahun lepas di Kedah bukanlah nasib semata-mata apabila mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara bola sepak. Pasukan Perlis yang jangka memberikan saingan kepada Terengganu ternyata gagal mempersembahkan corak permainan yang diharapkan dalam perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh Terengganu. Perlis akhirnya mengaku kalah apabila tewas 1-5 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukma XII yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

June 8, 2008

Sukma XII - Kedah Dapat Gangsa.

8 JUN 2008 – Kedah menebus semula kehampaan gagal ke perlawanan akhir apabila menumpaskan Pulau Pinang 3-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam. Tiga gol awal pasukan Kedah ternyata menyentap semangat pemain-pemain pasukan Pulau Pinang. Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar seawal minit pertama perlawanan diikuti oleh jaringan Md. Hazwan Zainun pada minit kelapan dan jaringan ketiga oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-25.

June 6, 2008

Final Sukma XII – Terengganu vs Perlis.

6 JUN – Terengganu meneruskan pemburuan pingat emasnya dengan menjadikan Kedah sebagai mangsa terbarunya di peringkat separuh akhir Sukma XII. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang semalam menyaksikan Ashari Samsudin menjadi wira skuad penyu dengan melakukan hatrik pada minit ke-9, 72 dan 76.

June 4, 2008

Selangor Tersingkir, Terengganu Memburu Impian.

4 JUN – Pasukan pilihan, Selangor tewas mengejut kepada Perlis dalam perebutan tempat ke separuh akhir pertandingan bola sepak Sukma XII di Terengganu semalam. Perlawanan yang sengit itu bertukar ngeri kepada pemain Selangor apabila seorang pemainnya dikenakan kad merah tatkala berlaku insiden siku-menyiku di dalam kotak penalti. Walaupun pemain-pemain Selangor melakukan protes yang hebat namun Perlis tetap dihadiahi dengan sepakan penalti dan seterusnya membawa kepada jaringan gol yang kedua sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir. Akhirnya skuad Indera Kayangan yang dibimbing oleh Manja Man layak ke peringkat separuh akhir dengan keputusan 2 –0.