IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Sukan SEA

December 19, 2009

Analisis Prestasi Pemain Malaysia Dalam Final Bola Sepak Sukan SEA 2009.

Seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan skuad bola sepak negara memenangi pingat emas Sukan SEA ke-25 di Laos, suatu pencapaian yang menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun.

Kemenangan ini mewujudkan satu senario baru dalam arena bola sepak tempatan apabila semua peminat mula bercerita tentang pencapaian ini berbanding dengan keghairahan menyaksikan perlawanan Liga Perdana England (EPL) sebelum ini.

Buat pertama kalinya, nama pemain-pemain Malaysia begitu harum malah berupaya disebut dan diingati satu persatu oleh semua lapisan masyarakat. Sama ada ianya akan berkekalan atau cuma bersifat sementara biarlah barisan pemain Malaysia itu menikmati saat-saat indah ini.

Video Pilihan – Thailand 1 vs Malaysia 2 (Sukan SEA 2009).

Era kebangkitan Malaysia bermula dari perlawanan ini. Langsung tidak diberi harapan, skuad muda Malaysia membuktikan sebaliknya apabila menjinakkan pasukan pilihan, Thailand dengan keputusan 2-1 sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-25 sambil menyingkir Thailand dari saingan seterusnya.

Thailand hanya memerlukan seri manakala Malaysia terdesak untuk mencari kemenangan. Keadaan bertambah sukar apabila Thailand terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Arthit Sunthornphit dari jarak 20 meter yang langsung menewaskan Sharbinie Alawee.

Sikap tidak berputus asa pemain-pemain Malaysia nyata berbaloi apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Nasriq Baharom pada minit ke-80 sebelum Ahmad Fakri Saarani muncul wira Malaysia dengan meledakkan gol kemenangan sejurus sebelum tamat perlawanan.

December 18, 2009

Calisto Akhirnya Tunduk Kepada Percaturan Bijak Rajagopal.

Sebelum perlawanan bermula, Henrique Calisto adalah orang yang paling lantang mengatakan skuad Vietnam bakal mencatat sejarah membawa pulang pingat emas Sukan Sea buat kali pertama dalam sejarah penyertaannya.

Bagaimanapun, selepas perlawanan berakhir, orang yang tersenyum paling lebar adalah K.Rajagopal apabila skuad kendaliannya berjaya menamatkan kemarau selama 20 tahun tanpa pingat emas, pencapaian terakhir dicatat pada 1989, dengan menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit semalam.

Dengan menurunkan kesebelasan terbaik pada permulaan permainan, kedua-dua pasukan menaruh harapan yang tinggi untuk mengatasi satu sama lain. Vietnam dikatakan mempunyai kelebihan psikologi kerana telah mengalahkan Malaysia 3-1 dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Video Pilihan - Malaysia 1 vs Vietnam 0 (Final Sukan SEA 2009).

Malaysia membuktikan mereka memang layak dikalungkan dengan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA edisi ke-25 apabila menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung hebat di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos semalam.

Pelbagai aksi menarik dapat disaksikan dalam perlawanan yang berlangsung sengit itu, dengan Vietnam menguasai perlawanan pada babak pertama manakala Malaysia mengambil alih dominasi perlawanan pada babak kedua dengan beberapa percubaan hampir gol.

Sukan SEA – Malaysia Akhiri Kemarau 20 Tahun Rangkul Pingat Emas.

Skuad muda Malaysia merealisasikan impian dan harapan jutaan peminat bola sepak tempatan apabila menundukkan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-25 di Laos semalam sekaligus mengakhiri kemarau selama 20 tahun untuk memenangi pingat emas.

Persembahan bersemangat Malaysia terutamanya pada babak kedua berjaya mengimbangi penguasaan Vietnam pada babak pertama. Kekentalan benteng pertahanan Malaysia ternyata memainkan peranan penting kejayaan itu apabila berjaya mengekang gerakan-gerakan berbahaya yang diatur oleh barisan penyerang lawan.

Bagaimanapun, ianya memerlukan gol sendiri pertahanan Vietnam untuk menamatkan penantian selama 20 tahun itu, di mana kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada tahun 1989 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

December 17, 2009

Final Sukan SEA 2009 – Calisto vs Rajagopal.

Jurulatih Vietnam, Henrique Calisto melaungkan keyakinan yang skuad bimbingannya mampu untuk merangkul pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-25 dengan mengalahkan Malaysia di perlawanan akhir petang ini.

Menurut Henrique, barisan pemain yang dimilikinya pada masa ini adalah yang terbaik dan mampu melakar sejarah memenangi pingat emas Sukan SEA buat kali pertama dalam sejarah penyertaannya dalam sukan Asia Tenggara itu.

Zaquan Kembali Ke Vientiane, Posisi Penyerang Kini Jadi Tumpuan.

Zaquan Adha Abdul Razak kembali menghangatkan pemilihan posisi penyerang apabila berlepas ke Vientiane untuk menyertai semula skuad kebangsaan setelah diberi cuti rehat angkara sakit mata yang dialaminya.

Penyertaan semula Zaquan ke kem Malaysia dilihat sebagai alternatif kepada K. Rajagobal untuk memilih pemain terbaik untuk mengisi posisi berkenaan selepas tugas itu diserahkan kepada Ahmad Fakri Saarani dan Norshahrul Idlan Talaha dalam perlawanan terdahulu.

Final Sukan SEA- Pingat Emas Milik Malaysia Atau Vietnam?

Hari penentuannya kini sudah tiba. Setelah mengatasi satu demi satu cabaran yang merintangi perjalanan skuad Malaysia ke perlawanan akhir maka tinggal hanya satu kubu lagi yang perlu digempur setelah gempuran pertama ke atas lawan yang sama terkulai di peringkat kumpulan.

Vietnam nampaknya seperti sebuah pasukan yang kebal kerana sehingga kini mereka menjadi pasukan tunggal yang belum menerima erti luka kekalahan sepanjang penyertaan mereka dalam saingan bola sepak Sukan SEA yang ke-25 ini.

Satu-satunya pasukan yang dapat menyekat Vietnam dari mencatat kemenangan adalah pasukan Thailand namun pasukan pilihan itu akhirnya terkeluar dari landasan ke final apabila dihentam badai pasukan Malaysia yang tiba-tiba menjadi perhatian walaupun pada satu ketika langsung tidak diberi harapan untuk menundukkan juara bertahan Asia Tenggara itu.

December 16, 2009

Ganjaran Bakal Menanti Jika Pingat Emas Milik Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara dasarnya telah bersetuju untuk memberi ganjaran kepada skuad bola sepak Malaysia andainya mereka berjaya menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir Sukan SEA ke-25 nanti sekaligus membawa pulang pingat emas ke tanah air.

Penantian selama dua puluh tahun untuk merangkul pingat emas Sukan SEA begitu memeritkan malahan kali terakhir Malaysia menjengah aksi perlawanan akhir hanyalah pada tahun 2001 menyebabkan kejayaan melangkah ke final kali ini begitu menggembirakan para peminat bola sepak tempatan.

Video Pilihan – Malaysia 3 vs Laos 1 (Semi Final Sukan SEA 2009).

Harapan para peminat bola sepak tempatan akhirnya direalisasikan oleh skuad bola sepak Malaysia apabila mereka melangkah ke perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2009 apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Laos 3-1 dalam saingan separuh akhir hari Isnin lalu.

Sekali lagi menampilkan persembahan bersemangat dan tidak mengenal erti putus asa, Malaysia yang mendahului menerusi jaringan cantik Baddrol Bakhtiar pada minit ke-14, pada satu ketika menerima tekanan hebat Laos yang menerima sokongan padu daripada lebih 20,000 orang penyokongnya yang memenuhi stadium.

Walaupun Laos berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-72 namun Baddrol sekali lagi melakukan tindakan pemusnah dengan merembat masuk bola ke gawang lawan dari jarak dekat setelah percubaan awal S. Kunanlan terkena palang gol lawan.

December 15, 2009

Sukan SEA – Vietnam Melangkah Ke Final Dengan Bergaya.

Vietnam membuat penampilan keempatnya dalam perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 Laos apabila mudah menundukkan Singapura 4-1 di Stadium Chao Anuvong pada saingan separuh akhir semalam.

Beraksi di hadapan penyokong yang melebihi 10,000 orang, Vietnam memberi tekanan kepada benteng pertahanan Singapura sejak dari awal perlawanan.

Bagaimanapun, Singapura yang lebih dahulu hampir menembusi gawang Vietnam apabila Khairul Nizam yang menerima hantaran Hariss Harun gagal menewaskan penjaga gol, Bai Tan Truong dalam pertembungan satu lawan satu.

Sukan SEA – Malaysia Catat Sejarah Mara Ke Perlawanan Akhir.

Malaysia meneruskan rentak cemerlangnya dalam acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-25 apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Laos dengan keputusan 3-1 dalam saingan separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional sekaligus melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak tahun 2001.

Bagaimanapun, Malaysia berhadapan saat getir pada suatu ketika apabila Laos menggempur kubunya terutama pada pertengahan babak kedua yang membuatkan benteng pertahanan Malaysia yang dikepalai Aidil Zafuan Abdul Razak terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan gawang mereka dari dibolosi.

December 9, 2009

Sukan SEA – Malaysia Catat Kemenangan Yang Diperlukan.

Malaysia bangkit dari kekecewaan kalah kepada Vietnam sebelum ini apabila mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kemboja dalam saingan Kumpulan A Sukan SEA di Ventiane semalam.

Bagaimanapun, kemenangan besar itu tidaklah semudah yang disangka apabila Kemboja memberikan tentangan sengit kepada skuad Malaysia, malah mereka hampir menyamakan kedudukan namun sepakan penalti yang diambil oleh Kouch Sokumpheak pada minit ke-44 berjaya dinafikan oleh Mohd Sharbanee Alawi.

Malaysia sebelum itu hanya dapat mendahului Kemboja pada minit ke-35 menerusi Abdul Manaf Mamat setelah pemain-pemain negara buntu untuk memecah benteng pertahanan lawan malah sesekali terpaksa berdepan dengan percubaan penyerang Kemboja.

December 7, 2009

Sukan SEA – Zaquan Malang, Malaysia Tumbang, Vietnam Yang Menang.

Malaysia meniti laluan yang berliku untuk mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-25 apabila tunduk 1-3 kepada Vietnam dalam saingan Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos semalam.

Keadaan Malaysia tambah malang apabila penyerang utamanya, Zaquan Adha Abdul Razak dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung perlawanan yang mengakibatkan timbul kekecohan antara pemain Malaysia dengan pengadil perlawanan, Kim Jong Hyeok dari Korea Selatan.

Zaquan sebelumnya hanya diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-59 selepas tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana sakit mata.

December 3, 2009

Sukan Sea – Malaysia Catat Kejayaan Pertama Yang Memberangsangkan.

Malaysia memulakan cabaran dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea di Stadium Nasional, Vientiane semalam apabila dengan mudah membelasah Timor Leste 11-0, jumlah jaringan terbanyak pernah dicatatkan skuad negara dalam sejarah penyertaannya di temasya sukan rantau asia tenggara itu.

Ahmad Fakri Saarani menyengat dalam perlawanan itu apabila meledakkan hatrik pada minit ke-41, 71 dan 77. Penyerang Perlis itu nyata berbisa setelah mengambil alih tugas Norshahrul Idlan Talaha selaku pemain penyerang pada babak kedua. Bagaimanapun, Shahrul Idlan sempat menjaringkan dua gol pada minit ke-3 dan 30 sebelum dikeluarkan.

December 1, 2009

Senarai 20 Pemain Ke Sukan SEA Laos Diumum.

Ketua jurulatih skuad negara, K. Rajagopal telah mengumumkan senarai akhir 20 orang pemain yang akan membawa cabaran Malaysia ke saingan Sukan SEA ke-25 di Laos.

Dengan mengekalkan kebanyakan pemain utama skuad 23 tahun kebangsaan sebelum ini, Rajagopal menggugurkan beberapa pemain yang dirasakannya tidak memenuhi pencapaian yang ditetapkannya.

Antara pemain yang tidak tersenarai adalah penyerang Perak, Razali Umar Kandasamy, penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein dan pemain sayap Kedah, Muhd Kyril Muhymeen.