Category: Berita Serie A
January 20, 2010


AC Milan dengan tegas menolak andaian yang pemain tengahnya, Mathieu Flamini akan kembali bermain di Liga Perdana England dengan menyertai Manchester City secara pinjaman.
Setelah berjaya mendapatkan khidmat seorang bekas pemain Arsenal, Patrick Viera pada awal bulan ini, pengurus baru City, Roberto Mancini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Flamini, di sebalik kebanjiran pemain tengah berbakat di kelab itu.
October 30, 2009


Inter Milan melebarkan jurang kepada empat mata untuk menguasai takhta liga selepas kemenangan mendebarkan 5-3 ke atas Palermo dalam saingan tunggal Serie A semalam.
Perlawanan itu kelihatan berat sebelah apabila dua gol setiap seorang hasil jaringan Samuel Eto’o dan Mario Balotelli memberikan Inter pendahuluan 4-0 ke atas lawannya tetapi Palermo bangkit kembali dengan tiga gol untuk meletakkan skuad Nerrazzuri di bawah tekanan.
October 27, 2009


Inter Milan kembali ke persada Serie A dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Catania di San Siro kelmarin.
Suley Muntari memberikan skuad bimbingan Jose Mourinho itu gol pendahuluan pada minit ke-13 sebelum Wesley Sneijder menambah gol kedua selepas setengah jam perlawanan berlangsung.
Sepakan penalti oleh Giuseppe Mascara pada minit ke-84 memberikan kesudahan mendebarkan buat skuad Nerrazzuri, yang kini memintas Sampdoria untuk kembali ke kedudukan teratas liga.
September 14, 2009


Samuel Eto’o menjaringkan gol yang mengkagumkan untuk membantu kemenangan 2-0 Inter Milan ke atas Parma dalam perlawanan yang berlangsung di Giuseppe Meazza semalam.
Eto’o meleraikan kedegilan pertahanan Parma apabila dia melencongkan bola dengan rembatan kaki kanan pada minit ke-71 sebelum Diego Milito mengesahkan kemenangan Inter dengan gol kedua pada minit akhir perlawanan untuk memberikan juara Itali itu tujuh mata dari tiga perlawanan yang telah dilaluinya.
August 30, 2009


Juara bertahan Serie A, Inter Milan membelasah barisan sepuluh pemain AC Milan 4-0 dalam pertembungan jiran setempat di San Siro semalam.
Inter menerima kejutan pada perlawanan pembukaan apabila diikat 1-1 oleh Bari minggu lalu namun skuad bimbingan Jose Mourinho mempamerkan aksi lebih kemas, dibantu oleh arahan keluar padang terhadap Gennaro Gattuso oleh pengadil perlawanan.
August 29, 2009


Klaas Jan Huntelaar akan berhadapan dengan bahang Serie A minggu ini apabila dia berpeluang membuat penampilan pertama bersama AC Milan yang akan membuat perhitungan dengan seteru setempat, Inter Milan.
Penyerang Belanda itu menyertai Rossoneri musim panas ini dari Real Madrid dan terlepas peluang bermain dalam perlawanan pembukaan Serie A kerana menjalani hukuman penggantungan.
Berlawanan dengan seteru setempatnya itu, AC Milan memulakan kempen liga musim ini dengan bergaya apabila menewaskan Siena 2-1 menerusi dua jaringan kemenangan Alexandre Pato.
June 3, 2009


Carlo Ancelotti mengumumkan yang kontraknya bersama AC Milan telah ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Berita itu ternyata mengesahkan laporan selama ini yang beliau akan menggantikan tempat Guus Hiddink di Stamford Brigde.
Ia juga mengesahkan jangkaan ramai yang Ancelotti bakal meninggalkan San Siro sebaik musim liga berakhir. Milan menduduki tangga kedua Serie A setelah menang 2-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan terakhir mereka.
May 27, 2009


Jose Mourinho telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan yang mengekalkannya sehingga Jun 2012.
Bekas pengurus Chelsea itu, yang membimbing Inter gelaran juara Serie A pada tahun pertamanya bersama kelab itu, pada peringkat awal lagi mengatakan yang kemungkinan beliau meninggalkan Inter hanyalah 0.01%.
Mourinho mengambil alih tugas selaku pembimbing Inter pada akhir musim lalu berikutan pengunduran Roberto Mancini dan membantu kelab itu memenangi gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
May 21, 2009


Ejen Ronaldinho yang juga abangnya, Roberto de Assis mengesahkan ada kemungkinan buat bintang Brazil itu meninggalkan AC Milan pada musim panas nanti.
Pemain Brazil itu baru sahaja berpindah ke San Siro dari Barcelona tahun lalu tetapi dia menghadapi saat sukar untuk menyesuaikan diri dengan Serie A dan mendapati dirinya sering diletakkan di bangku simpanan oleh jurulatih Milan, Carlo Ancelotti.
May 19, 2009


Inter Milan menyambut kejayaannya merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut dengan bergaya apabila menundukkan Sienna 3-0 di San Siro kelmarin.
Inter memperolehi gelaran selaku juara liganya yang ke-17 terima kasih kepada AC Milan yang tunduk dalam perlawanan terdahulu kepada Udinese manakala perlawanan itu berlangsung tanpa tekanan ekoran Sienna turut mengesahkan kedudukan mereka kekal dalam Serie A untuk musim depan.
May 15, 2009


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti menafikan yang beliau telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan pengurus Chelsea pada musim depan.
Sebaliknya, Ancelotti mendakwa yang beliau akan meneruskan tugasnya di San Siro.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Juventus yang berkesudahan dengan seri 1-1, Ancelotti menganggap berita itu sebagai ‘sampah’.
April 24, 2009


Jose Mourinho sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengkritik pengurusan bola sepak Itali, di samping mendakwa yang arena bola sepak di England ibarat ‘syurga’ bagi pengurus yang mempunyai rancangan jangka panjang.
Jurulatih Inter Milan itu, yang kini dalam usaha merangkul kejuaraan liga Italinya yang pertama, telah menyaksikan sepuluh pengurus Serie A dilantik dan disingkir dalam jangka masa singkat oleh kelab-kelab mereka. Beliau merasakan bola sepak England lebih banyak memberikan peluang buat pengurus mencapai sesuatu kejayaan.
April 21, 2009


Bintang Brazil, Kaka percaya adalah lebih munasabah dia kekal di AC Milan selepas cuba dipujuk menyertai Manchester City, pada ketika dia turut diburu oleh Real Madrid untuk perpindahan pada musim panas nanti.
City yang ditunjangi oleh jutawan Abu Dhabi cuba mendapatkan tandatangan Kaka ketika pintu perpindahan pemain dibuka pada Januari lalu yang pada ketika itu bakal memecahkan rekod dunia sekitar 109 juta pound.
Kaka bagaimanapun mengambil keputusan kekal di AC Milan dan kini mendakwa yang dia telah membuat keputusan yang tepat, di samping turut mengenepikan cadangan untuk menyertai Real Madrid pada musim panas nanti.
March 27, 2009


David Beckham mengakui yang kerjayanya bersama skuad England mendapat manfaat dari perpindahan secara pinjamannya bersama AC Milan di San Siro.
Ketika ditemui selepas sesi latihan bersama England untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovakia, Beckham berkata, “Yang pastinya, berada di AC Milan membolehkan saya menyertai tahap permainan di peringkat tertinggi dan ia penting sebagai bekalan menghadapi perlawanan antarabangsa. Saya gembira menyertai skuad Milan dan diharapkan ianya berterusan.”
March 9, 2009


Jaringan hatrik dari Filippo Inzaghi membantu AC Milan mencatat kemenangan mudah 3-0 ke atas Atalanta di San Siro semalam, sekaligus mengurangkan tekanan yang diterima Carlo Ancelotti.
Inzaghi meledak dengan tiga gol pada minit ke-7, 70 dan 74 untuk mengekalkan Milan di tangga ketiga Serie A dan mengembalikan defisit dengan pendahulu, Inter Milan kepada 12 mata.
David Beckham menyinar dalam perlawanan itu, hari yang sama dia diumumkan akan kekal di San Siro sehingga akhir musim ini, dan menerima tepukan gemuruh dari para penyokong Milan sewaktu dia digantikan di penghujung perlawanan.


David Beckham mengesahkan yang satu persefahaman telah dicapai antara AC Milan dengan LA Galaxy untuk membenarkan dia kekal di San Siro sehingga penghujung musim ini.
Di bawah perjanjian yang agak unik, pemain tengah England berusia 33 tahun itu dibenarkan bermain dengan Milan sehingga akhir musim dan kembali ke Amerika Syarikat untuk bermain semula dengan Galaxy antara bulan Julai dan Oktober.
March 8, 2009


Inter Milan mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Serie A dengan kelebihan tujuh mata selepas menjadi pasukan pertama mengalahkan Genoa di Stadio Luigi Ferrraris musim ini.
Zlatan Ibrahimovic meletakkan pasukan bimbingan Jose Mourinho di depan selepas dua minit perlawanan berlangsung manakala Mario Balotelli mengesahkan tiga mata milik Inter dengan jaringan kedua pada minit ke-30.
Inter terpaksa membayar harga yang mahal di atas kemenangan itu apabila mereka bakal kehilangan dua pemain utama untuk berhadapan Manchester United dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah hari Rabu nanti.
February 24, 2009


AC Milan bertindak balas terhadap kemenangan Inter Milan dan Juventus hari Sabtu lalu apabila turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Cagliari dalam saingan Serie A di San Siro semalam dan kekal sebelas mata di belakang pendahulu liga.
Clarence Seedorf menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-65 untuk menutup persembahan kurang memberangsangkan pasukan tuan rumah terhadap Cagliari, yang bermain tanpa tekanan.
February 23, 2009


Pemain gantian, Mario Balotelli menjaringkan gol kemenangan hanya selepas beberapa minit dimasukkan untuk membolehkan pendahulu Serie A, Inter Milan menewaskan Bologna 2-1 semalam.
Barisan bimbingan Jose Mourinho itu mendahului lawannya menerusi jaringan Esteban Cambiasso sebelum Miguel Britos menjaringkan gol penyamaan buat Bologna, dan kini mempunyai kelebihan sembilan mata terhadap pencabar terdekatnya, Juventus yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Palermo.
February 18, 2009


Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani berkata yang beliau menjangka kata putus mengenai masa depan David Beckham bersama kelab itu bakal diketahui Jumaat ini.
Beckham kini berada di pertengahan tempoh perjanjian kontraknya bersama LA Galaxy tetapi berada di Milan sebagai pemain pinjaman dan dia mengakui ingin kekal di kelab itu untuk satu tempoh masa yang lebih lama.
February 17, 2009


Gol kontroversi Adriano membantu pendahulu liga, Inter Milan menewaskan jiran tetangganya, AC Milan 2-1 di San Siro semalam, keputusan yang memadamkan impian Rossoneri untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Juara bertahan, Inter kini berkelebihan sebelas mata mengatasi Milan yang menduduki tangga ketiga dengan berbaki 14 perlawanan dan mengatasi Juventus dengan sembilan mata selepas skuad bimbingan Claudio Ranieri itu seri 1-1 dengan Sampdoria.
February 16, 2009


Penjaring terbanyak Serie A, Marco Di Vaio menjaringkan golnya yang ke-16 musim ini untuk membantu kelab bawahan, Bologna seri 1-1 dengan Napoli di tempat lawan semalam.
Bekas penyerang Itali itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-23, menolak masuk bola muntah hasil rembatan terdahulu Sergio Volpi.
February 15, 2009


David Beckham sudah boleh berkira-kira untuk kembali ke LA Galaxy bulan depan selepas ketua jurulatihnya, Bruce Arena mendedahkan yang AC Milan gagal membuat tawaran yang munasabah sebelum tarikh tutup Jumaat lalu.
Pesuruhjaya Major League Soccer (MLS), Don Garber telah memberi amaran kepada kelab Itali itu, di mana Beckham bermain secara pinjaman jangka pendek, mereka bersedia untuk meluluskan sebarang perjanjian melibatkan pemain itu andainya Milan mahukan Beckham secara tetap.
February 9, 2009


Pendahulu Serie A, Inter Milan kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Serie A Itali apabila mudah menundukkan kelab bawahan, Lecce 3-0 semalam.
Zlatan Ibrahimovic membuka tirai jaringan buat kelab bimbingan Jose Mourinho itu pada babak pertama manakala dua gol lagi jaringan Luis Figo dan Dejan Stankovic memastikan kemenangan selesa ke atas lawannya itu di Stadio Via del Mare.
February 7, 2009


David Beckham mahu kekal di AC Milan atas sebab yang munasabah dan menyatakan yang soal kewangan bukanlah keutamaan baginya.
Bekas ketua pasukan England itu buat kali pertama Rabu lalu mengakui yang dia lebih suka kekal di San Siro berbanding dengan kembali ke LA Galaxy sebaik tempoh pinjamannya selama tiga bulan ke kelab itu berakhir pada 8 Mac nanti.
“Buat waktu ini, Milan lebih penting dari duit. Saya mahu fikirkan tentang bola sepak sebelum memikirkan hal-hal lain. Saya mahu bermain dengan Milan kerana saya perlu perkuatkan diri saya selaku pemain bola sepak,” kata Beckham.
Next Page »
|