Category: Berita Piala UEFA
November 29, 2008


Dua gol lewat dari AC Milan menafikan peluang Portsmouth mencatat kemenangan sekaligus membolehkan kelab Serie A Itali itu meneruskan langkahan ke peringkat kalah mati Piala UEFA bersama pasukan CSKA Moskow, St. Etienne dan Manchester City.
November 28, 2008


Gol jaringan Benjani dan Stephen Ireland sudah cukup untuk membenam cabaran Schalke 04 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala UEFA di Veltins Arena semalam.
Benjani menggegar jaring pada minit ke-32 berikutan hantaran cantik dari Daniel Sturridge yang mengambil alih tempat Robinho yang mengalami kecederaan sebelum Ireland menggandakan kedudukan pada minit ke-67.


Dua gol pada enam minit terakhir jaringan Ronaldinho dan Filippo Inzaghi membantu AC Milan mengikat Portsmouth dengan keputusan 2-2 dalam saingan Piala UEFA di Fratton Park awal pagi tadi.
Pompey kembali menghidupkan peluangnya dalam saingan Piala UEFA ketika menentang juara Eropah tujuh kali itu dengan persembahan menakjubkan sumbangan Younes Kaboul menerusi tandukan pada minit ke-62 dan jaringan Nwankwo Kanu dari jarak dekat sebelas minit kemudian.
November 7, 2008


Gol saat akhir menerusi Ronaldinho membantu AC Milan menang tipis 1-0 mengalahkan Braga dalam saingan Piala UEFA di Milan awal pagi tadi. Ronaldinho yang menggantikan Alexandre Pato pada minit ke-63, menggegar jaring ketika pengadil hampir menamatkan perlawanan untuk melonjakkan kelab itu sebagai pendahulu Kumpulan E.


Darren Bent merakam jaringan hatrik ketika menentang Dinamo Zagreb untuk meneruskan momentum kemenangan Tottenham Hotspur di bawah kendalian Harry Redknapp dalam saingan Piala UEFA di White Hart Lane awal pagi tadi. Spurs membelasah Zagreb 4-0 dalam saingan Kumpulan D itu.


Robinho membuktikan bahawa dia sememangnya pemain bintang apabila membantu kemenangan sulung Manchester City dalam saingan Kumpulan A Piala UEFA awal pagi tadi. Walaupun menerima tentangan sengit dari Twente Enschede, City menang 3-2 ke atas kelab Belanda itu dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium City of Manchester.
October 25, 2008


AC Milan memulakan kempen peringkat kumpulan Piala UEFA dengan meyakinkan apabila mudah menundukkan kelab Belanda, Heerenveen 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi. Ronaldinho diletakkan di bangku simpanan bagi membolehkan Milan menyenaraikan Andriy Shevchenko dalam kesebelasan utama. Ronaldinho hanya diturunkan pada babak kedua setelah Milan selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.
October 24, 2008


Totenham Hotspur semakin menderita apabila menerima kekalahan terbarunya 0-2 kepada kelab Itali, Udinese dalam saingan Kumpulan D Piala UEFA di Stadio Friuli awal pagi tadi. Satu gol pada setiap babak memberikan Udinese kemenangan yang diperlukan di halaman sendiri. Spurs turut dirundung malang apabila terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada babak kedua akibat hukuman keluar padang yang diterima pemainnya. Keputusan perlawanan itu juga bermakna Spurs meneruskan rentetan kekalahannya dan semakin menambah tekanan kepada pengurusnya, Juande Ramos.


Tiga gol pada babak pertama mewarnai perlawanan sengit antara Aston Villa dan Ajax Amsterdam yang berkesudahan Villa menewaskan lawannya itu 2-1 dalam saingan Kumpulan F Piala UEFA di Villa Park awal pagi tadi. Dengan dua perlawanan akan datang menyaksikan Villa akan berkunjung ke tempat lawan, pengurus Villa Martin O’Neill mahu memastikan Villa tercicir sebarang mata ketika bermain di halaman sendiri.


Totenham Hotspur akan memulakan perjalanan yang sukar dalam saingan Piala UEFA apabila berhadapan dengan kelab Itali, Udinese awal pagi ini di tempat lawan. Dengan reputasi yang hampir musnah, kelab yang dibimbing oleh warga Sepanyol, Juande Ramos tiada pilihan lain selain memenangi perlawanan ini bagi meningkatkan semula moral pemainnya yang kian merudum. Ramos juga agak tertekan memandangkan jawatannya juga kini bagai telur di hujung tanduk.
October 9, 2008

Bertempat di Nyon semalam, satu majlis undian untuk menentukan kedudukan kumpulan Piala UEFA telah diadakan. Pada awalnya semua pasukan dibahagikan kepada lima `pot’ berdasarkan senarai pilihan yang dikeluarkan oleh UEFA. Ia dibahagikan sebegitu rupa untuk mengelakkan pasukan kuat berada dalam satu kumpulan yang sama. Dari lima `pot’ ini pasukan-pasukan telah diundi pula kepada lapan kumpulan.
October 8, 2008

Totenham Hotspur mungkin merupakan pasukan tercorot dalam saingan EPL namun kelab itu diletakkan sebagai pasukan pilihan sebelum undian kumpulan Piala UEFA dilakukan hari ini. Selain Spurs, kelab lain yang turut dinamakan sebagai pasukan pilihan adalah juara enam kali kelab Eropah AC Milan, juara Piala UEFA 2006 dan 2007 Sevilla, juara Piala UEFA 2004 Valencia dan juara Piala UEFA 2005 CSKA Moscow. Selain itu, turut diletakkan sebagai pasukan pilihan adalah kelab Portugal Benfica, juara Piala UEFA 1997 Schalke 04 dan juga Hamburg.
October 3, 2008


Totenham Hotspur mara ke peringkat kumpulan Piala UEFA walaupun gagal mencatat kemenangan ketika menentang Wisla Krakow di tempat lawan awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Wisly itu. Spurs bagaimanapun mara dengan agregat 3-2 selepas menang 2-1 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri sebelum ini.
September 20, 2008

Pusingan pertama peringkat pertama Piala UEFA telahpun berlangsung di seluruh pelusuk Eropah semalam. Kebanyakan pasukan ternama Eropah berjaya melepasi perlawanan peringkat pertama ini dengan jayanya. Kelab-kelab seperti Valencia, Aston Villa, AC Milan, Sevilla dan Sampdoria berjaya mengatasi lawan masing-masing dalam perlawanan pertama. Bagaimanapun, kedudukan mereka masih belum selamat dan tempat mereka ke pusingan seterusnya belum terjamin memandangkan mereka terpaksa menempuhi satu lagi perlawanan menentang lawan yang sama pada 2 Oktober nanti.


Dua gol sudah memadai buat juara musim 2005/06 dan 2006/07, Sevilla untuk menundukkan FC Salzburg dalam saingan Piala UEFA pusingan pertama semalam. Sevilla tidak mempertahankan kejuaraannya pada musim lalu kerana mereka bersaing dalam kejuaraan Liga Juara Eropah. Diego Capel memberikan gol pendahuluan buat Sevilla seawall minit ke-6 selepas dia menyudahkan hantaran rakannya, Jesus Navas dari sebelah kanan. Salzburg kembali dalam saingan apabila menyamakan kedudukan menerusi Alexander Zickler lima minit kemudian. Selepas itu, Capel dan Luis Fabiano mensia-siakan beberapa peluang menjaringkan gol. Dua minit sebelum tamat permainan, Fabiano menjaringkan gol kedua Sevilla untuk mengukuhkan kedudukan sekaligus memberikan jaringan yang lebih selesa untuk dibawa sebagai bekalan ke tempat lawan nanti.
September 19, 2008


Walaupun malap dalam perlawanan awal musim Serie A, AC Milan tetap mampu mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Zurich dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA di San Siro pagi tadi. Marek Jankulovski memberikan gol pendahuluan buat Milan pada minit-minit akhir babak pertama apabila bola tendangannya terkena pemain lawan, Hannu Tihinen lalu menggolek masuk ke dalam gol Zurich. Pemain muda Brazil, Alexandre Pato menjadikan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-57 apabila melencongkan bola sepakan percuma dari jarak 25 meter ke dalam gol Zurich.

 
Lassana Diarra dan Jermain Defoe menjaringkan gol buat Portsmouth untuk mengalahkan pasukan pelawat, Guimaraes dari Portugal 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala UEFA pagi tadi. Diarra meledak enam minit sebelum tamat babak pertama. Menerusi satu gerakan di sebelah kiri, Diarra bermain hantaran satu dua dengan Defoe sebelum membuat sepakan separa voli yang menerjah masuk ke gol lawan.
September 1, 2008

…
August 15, 2008

15 OGOS - Kelab Liga Perdana England (EPL), Aston Villa menang selesa apabila menewaskan kelab dari Iceland FH Hafnarfjordur 4-1 dalam perlawanan kelayakan Piala UEFA semalam. Gareth Barry memberikan gol pendahuluan buat Villa apabila menjaringkan gol seawal …
August 6, 2008
|