IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Piala Konfederasi FIFA

July 2, 2009

Video Pilihan – Brazil 3 vs Amerika Syarikat 2 (Final Piala Konfederasi FIFA 2009).

Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu di Jerman apabila menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi hari Ahad lalu.

Kejayaan itu adalah yang ketiga buat Brazil manakala Amerika Syarikat terpaksa akur dengan kehebatan skuad Samba itu walaupun mereka mendahului dengan dua jaringan pada babak pertama menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan.

Luis Fabiano kemudiannya memulakan kebangkitan Brazil dengan jaringan pertama sebaik babak kedua bermula dan menyamakan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-73.

June 30, 2009

Video Pilihan - Sepanyol 3 vs Afrika Selatan 2 (Tempat 3/4 Piala Konfederasi FIFA 2009).

Sepanyol menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas berhempas pulas menundukkan Afrika Selatan 3-2 pada masa tambahan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari Ahad lalu.

Sepanyol yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam saingan di separuh akhir, ketinggalan pada minit ke-73 hasil jaringan penyerang Afrika, Katlego Mphela sebelum Daniel Guiza menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit (minit ke-87 dan 88) untuk memberikan juara Eropah itu kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.

June 29, 2009

Final Piala Konfederasi – Amerika Hampa Dan Kecewa, Brazil Muncul Juara.

Brazil bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama sebelum menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam aksi mendebarkan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.

Semangat kemenangan setelah menewaskan Sepanyol pada separuh akhir disemarakkan dengan persembahan menarik skuad Amerika pada babak pertama.

Setelah mendominasi babak pertama dengan dua gol mengatasi juara dunia sebanyak lima kali itu, Amerika tiba-tiba kehilangan arah pada babak kedua sehingga membenarkan gawangnya ditembusi tiga kali.

Piala Konfederasi – Sepanyol Kekang Afrika Untuk Rebut Tempat Ketiga.

Sepakan percuma Xavi Alonso pada masa tambahan membolehkan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Afrika Selatan dengan mencatat kemenangan tipis 3-2 sekaligus memberikan juara Eropah itu tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009.

Sepanyol, yang rekod tanpa kalahnya sebanyak 35 perlawanan lebur selepas kecundang kepada Amerika Syarikat pada perlawanan separuh akhir, kelihatan masih gagal melupakan kejutan yang diterimanya itu dan kelihatan akan mencatat satu lagi kekalahan apabila Katlego Mphela meletakkan Afrika di depan pada minit ke-73.

June 26, 2009

Piala Konfederasi – Brazil Berhempas Pulas Mara Ke Final.

Pemain gantian, Daniel Alves menghampakan harapan rakyat Afrika Selatan apabila sepakan percumanya tiga minit sebelum tamat perlawanan menggegar jaring bagi membolehkan Brazil melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tuan rumah itu di Johannesburg semalam.

Pemain pertahanan kanan Barcelona itu, yang hanya masuk pada penghujung perlawanan, meledakkan rembatan dari jarak 18 ela untuk melenyapkan sorakan penyokong tempatan yang teruja dengan persembahan baik pasukan mereka.

June 25, 2009

Piala Konfederasi – Harapan Berkubur, Akhirnya Sepanyol Tersungkur.

Amerika Syarikat melakukan kejutan terbesar apabila layak ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas mengecewakan juara Eropah, Sepanyol 2-0 dalam saingan peringkat separuh akhir di Afrika Selatan semalam.

Lebih sensasi, Amerika adalah pasukan yang hampir terkeluar dari saingan kejohanan ini dan sudahpun bersedia untuk pulang ekoran persembahan hambar dalam dua perlawanan awal.

June 24, 2009

Video Pilihan - Brazil 3 vs Itali 0 (Piala Konfederasi).

Brazil membuktikan yang mereka sememangnya lebih baik dari Itali apabila mudah menundukkan juara dunia itu dengan keputusan 3-0 dalam saingan Piala Konfederasi di Afrika Selatan.

Luis Fabiano muncul wira Brazil apabila dia meledakkan dua gol pada minit ke-36 dan 42 manakala satu gol lagi hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Itali, Andrea Dossena pada minit ke-44.

June 22, 2009

Piala Konfederasi – Mesir Gagal Tepati Ramalan, Amerika Melangkah Ke Separuh Akhir.

Amerika Syarikat membuat kejutan melangkah ke separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menewaskan Mesir 3-0 Rustenberg, dibantu oleh kekalahan besar 0-3 Itali kepada Brazil.

Amerika yang kalah dalam dua perlawanan awal kejohanan ini perlukan kemenangan, sambil mengharapkan kemenangan Brazil ke atas Itali melebihi enam jaringan bagi membolehkan mereka mara ke peringkat seterusnya.

Piala Konfederasi – Maruah Juara Dunia Tercalar, Brazil Terlalu Bagus Buat Itali.

Brazil menyingkir Itali dari Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila mudah menundukkan juara dunia itu 3-0 dalam saingan Kumpulan B di Pretoria semalam.

Tiga gol pantas dalam masa 14 minit sebelum tamat babak pertama membolehkan juara bertahan itu mengungguli Kumpulan B dengan rekod bersih dengan kutipan sembilan mata maksimum sekaligus menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan A, Afrika Selatan di peringkat separuh akhir.

June 21, 2009

Piala Konfederasi – Sepanyol Catat Rekod Dunia, Afrika Turut Layak Ke Separuh Akhir.

Sepanyol memecahkan rekod dunia dengan mencatat kemenangan ke-15 berturut-turut selepas mengalahkan Afrika Selatan 2-0 dalam saingan Kumpulan A Piala Konfederasi FIFA 2009 semalam.

Gol dari David Villa dan Fernando Llorente membolehkan Sepanyol melepasi Brazil, Australia dan Perancis di samping menyamai tahap pasukan Brazil dengan rekod tanpa kalah sebanyak 35 perlawanan.

June 19, 2009

Piala Konfederasi –Itali Tersungkur Di Kaki Mesir, Amerika Bukan Tandingan Brazil.

Mesir mencatat kemenangan paling berharga apabila menundukkan juara dunia, Itali yang belum pernah kalah kepada pasukan dari Afrika 1-0 dalam saingan Kumpulan B Piala Konfederasi FIFA di Johannesburg semalam.

Kejutan itu bermakna kesemua empat pasukan masih berpeluang melangkah ke separuh akhir dan terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan dua wakil dari kumpulan itu.

Gol tandukan Mohamed Hommos lima minit sebelum tamat babak pertama membolehkan Mesir menggenggam mata pertama dalam kejohanan itu setelah tewas tipis 3-4 kepada Brazil dalam perlawanan pertama.

June 18, 2009

Piala Konfederasi – Sekadar Menang Tipis, Sepanyol Tempah Tempat Ke Separuh Akhir.

Juara Eropah, Sepanyol menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila menang tipis 1-0 ke atas juara Asia, Iraq di Afrika Selatan semalam.

Kemenangan itu membolehkan Sepanyol meneruskan catatan tanpa kalah dalam 34 perlawanan dan hanya kurang satu perlawanan dari rekod dunia catatan Brazil yang berjumlah 35 perlawanan tanpa kalah.

Gol tandukan kencang David Villa pada minit ke-55 meletakkan penyerang itu di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak dalam sejarah Sepanyol dengan 30 gol, 14 gol di belakang rekod milik Raul sebanyak 44 gol.

June 17, 2009

Piala Konfederasi – Brazil Hampir Berputih Mata, Itali Menang Bergaya.

Brazil terpaksa menunggu sehingga ke penghujung perlawanan hasil bantuan sepakan penalti Kaka untuk mengenepikan saingan sengit Mesir 4-3 dalam perlawanan pertama Kumpulan B Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan semalam.

Pada ketika Mesir hampir mengikat juara dunia itu namun malang menimpa pada saat akhir apabila Ahmed Al Muhamadi dilayangkan kad merah dan Brazil mendapat tuah dikurniakan sepakan penalti yang menjadi faktor penting kejayaan mereka.

June 16, 2009

Piala Konfederasi – Sepanyol Mulakan Kejohanan Dengan Cemerlang.

Sepanyol memanjangkan rekod tanpa kalahnya kepada 33 perlawanan dengan bergaya apabila mudah menundukkan New Zealand 5-0 dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi FIFA 2009 di Rustenburg, Afrika Selatan semalam.

Turun selaku juara Oceania, New Zealand ternyata bukan lawan setanding buat juara Eropah itu yang telahpun berkedudukan 4-0 dalam tempoh 24 minit pertama perlawanan dengan penyerang Liverpool, Fernando Torres meledakkan hatrik.

June 14, 2009

Piala Konfederasi FIFA 2009 Kini Bermula.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita Piala Konfederasi FIFA - 14 Jun 2009

Kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2009 akan berlangsung di Afrika Selatan bermula dari 14 Jun hingga 28 Jun nanti. Kejohanan anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini adalah salah satu kejohanan yang diadakan bersempena dengan penganjuran Piala Dunia 2010 yang juga bakal berlangsung di Afrika Selatan.

Sebanyak lapan pasukan dari enam benua bakal berentap untuk menentukan pemenang kejohanan itu, dengan Afrika dan Eropah mempunyai dua wakil manakala Asia, Amerika Selatan, Concacaf dan Oceania akan menghantar satu wakil setiap benua.