Category: Berita Piala FA (England)
February 4, 2010


Jermain Defoe meletakkan Tottenham Hotspur di landasan tepat dalam perjalanan ke Wembley apabila meledakkan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya menewaskan Leeds United 3-1 dalam perlawanan ulangan saingan pusingan keempat Piala FA di Elland Road semalam.
Defoe memulakan malam cemerlangnya dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-37 namun kelebihan itu dipadamkan oleh Leeds menerusi jaringan penyamaan oleh Luciano Becchio pada minit ke-45.
January 15, 2010


Musim tidak menentu Liverpool bertambah buruk apabila mereka tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Reading di Anfield semalam.
Liverpool kehilangan Steven Gerrard dan Fernando Torres kerana kecederaan ketika kalah kepada Reading, yang berjaya memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum pemain gantian Shane Long menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-100.
January 4, 2010


Manchester United menerima kejutan apabila tewas tipis 0-1 kepada Leeds United dalam saingan pusingan ketiga Piala FA England di Old Trafford semalam sekaligus tersingkir dari kejohanan itu.
Ia merupakan kemenangan pertama mereka di Old Trafford sejak tahun 1981 dengan gol kemenangan ke atas United ketika itu dijaringkan oleh Brian Flynn.
January 3, 2010


Steven Gerrard sekali lagi menyelamatkan Liverpool dengan menjaringkan gol penyamaan di Stadium Madejski untuk membolehkan kedua-dua kelab bertemu semula dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Reading dan mengelakkan mereka menerima kekalahan yang memalukan.
Ia adalah perlawanan yang sukar buat Liverpool namun ketua pasukan ‘The Reds’ itu menjelmakan gol yang amat mereka perlukan itu untuk mengikat keputusan seri 1-1 dan akan menanti perlawanan ulangan di Anfield itu.
June 9, 2009


Chelsea muncul juara Piala FA apabila mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley hari Sabtu lalu.
Everton terlebih dahulu mengejutkan ‘The Blues’ apabila Louis Saha melepaskan rembatan kaki kiri yang menggegar jaring pada ketika perlawanan baru berlangsung 25 saat, yang juga merupakan gol terpantas dalam sejarah kejohanan itu.
May 31, 2009


Guus Hiddink menerima hadiah yang begitu bernilai di sebalik pengundurannya sebagai pengurus Chelsea dengan membimbing kelab itu memenangi kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley semalam.
Perlawanan akhir itu juga mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kejohanan itu apabila Louis Saha sudahpun menggegar jaring ketika permainan baru bermula 25 saat.
April 19, 2009


Penjaga gol antarabangsa Poland, Lukasz Fabianski menyambut harijadinya dengan seribu keperitan apabila kesilapannya pada akhir perlawanan membolehkan Chelsea melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dengan menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Didier Drogba yang menanti penuh sabar sepanjang perlawanan akhirnya diberi peluang keemasan pada minit ke-84 apabila menerima lambungan bola dari tengah padang sebelum dia memperdayakan Fabianski yang keluar dari kawasan golnya dan penyerang Ivory Coast itu mudah menolak masuk ke gawang yang terbuka.
March 19, 2009


William Gallas menempatkan Arsenal ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk mengalahkan Hull City 2-1 dalam saingan suku akhir di Stadium Emirates semalam.
Gallas, yang dilucutkan tugas selaku ketua pasukan pada awal musim, pasti tidak lagi memakai lilitan ketua pasukan ketika Arsenal bertemu Chelsea di separuh akhir nanti, tetapi tandukannya sudah cukup membolehkan ‘The Gunners’ melangkah ke Wembley, kali pertama dalam tempoh sedekad.
March 10, 2009

Manchester United telah diundi bertemu dengan Everton dalam saingan separuh akhir Piala FA bulan depan.
Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Chelsea diundi bertemu dengan pemenang perlawanan suku akhir antara Arsenal dan Hull City.
Kedua-dua perlawanan akan diadakan di Wembley, satu perlawanan pada 18 April manakala satu lagi perlawanan pada hari berikutnya.
March 9, 2009


Kebangkitan pada babak kedua dan semangat juang yang dipamerkan membawa Everton ke laluan yang betul untuk beraksi di Wembley buat kali pertama sejak 1995.
Louis Saha membuktikan kehadirannya amat penting buat Everton apabila jaringannya membantu kelabnya menewaskan Middlesbrough 2-1 dalam saingan suku akhir Piala FA di Goodison Park semalam, sekaligus meletakkan Everton sebagai pasukan dalam kelompok empat terbaik yang akan bertarung di peringkat separuh akhir nanti.


Arsenal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA apabila mudah menundukkan Burnley 3-0 di Stadium Emirates malam tadi.
Jaringan pemain muda Mexico, Carlos Vela pada babak pertama, diikuti dua gol pada babak kedua oleh Eduardo dan Emmanuel Ebou sudah cukup membawa Arsenal kepada pertemuan dengan Hull City di tempat sendiri dan kini selangkah lagi untuk layak ke Wembley.
March 8, 2009


Chelsea menempah tempat ke separuh akhirnya yang ketiga dari empat musim Piala FA apabila jaringan Didier Drogba dan Alex membolehkan mereka mengatasi Coventry 2-0 di Ricoh Arena semalam.
Drogba mengekalkan prestasi memberangsangkan sejak di bawah bimbingan Guus Hiddink apabila meledakkan golnya yang keenam dalam kejohanan ini selepas 15 minit perlawanan berlangsung.


Impian Manchester United untuk merangkul lima kejuaraan musim ini diteruskan di Craven Cottage apabila menundukkan Fulham 4-0 dalam saingan suku akhir Piala FA semalam.
Carlos Tevez dua kali menggegar jaring pada babak pertama dan jaringannya itu menguatkan tanggapan betapa anak-anak buah Sir Alex Ferguson begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian kelab itu menggapai lima kejuaraan musim ini.
February 18, 2009



Arsene Wenger gembira kerana penampilan semula penyerangnya Eduardo dari kecederaan patah kaki berjaya membantu kemenangan Arsenal ke atas Cardiff City dalam saingan pusingan keempat Piala FA di Stadium Emirates semalam.
Eduardo dua kali menggegar jaring ketika Arsenal membelasah Cardiff 4-0, dengan Nicklas Bendtner dan Robbie van Persie turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ulangan itu, di mana kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama.
February 16, 2009



Everton sekali lagi melakukan kejutan untuk meneruskan langkahan ke Wembley apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Aston Villa di Goodison Park dalam saingan pusingan kelima Piala FA semalam.
Kali terakhir Everton memenangi kejuaraan kejohanan utama adalah pada 1995 dan kemenangan ini terhasil menerusi jaringan Jack Rodwell, Mikel Arteta dan Tim Cahill.



Manchester United tidak menghadapi banyak masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila mudah menewaskan Derby County 4-1 di Pride Park awal pagi tadi.
Nani, Darron Gibson, Cristiano Ronaldo dan Danny Welbeck masing-masing berjaya mencatat nama sebagai penjaring United dalam perlawanan yang dikuasai sebahagian besarnya oleh pendahulu EPL itu.
February 15, 2009


Nicolas Anelka meletakkan Chelsea di kalangan lapan pasukan yang melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA dengan jaringan hatriknya membenam cabaran Watford 3-1 di Vicarage Road awal pagi tadi.
Watford mengejutkan Chelsea apabila mendahului menerusi jaringan pemain gantian, Tamas Priskin pada minit ke-69.
February 5, 2009


Pemain muda, Dan Gosling muncul watak penting dalam pertembungan Merseyside merebut Piala FA apabila membantu Everton menumbangkan Liverpool 1-0 sekaligus menyingkir The Reds dari saingan Piala FA.
Pemain berusia 19 tahun yang berasal dari Plymouth itu, dengan hanya penampilan kelima bersama kelabnya, menggegar jaring pada minit ke-118 untuk membenam cabaran sepuluh pemain Liverpool.
January 25, 2009


Manchester United berada di landasan tepat untuk mencapai impian merangkul kejuaraan Piala FA apabila berhempas pulas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 dalam saingan pusingan keempat di Old Trafford awal pagi tadi, sekaligus menempatkan diri di kalangan 16 pasukan terakhir ke pusingan seterusnya.
Paul Scholes dan bekas penyerang popular Spurs, Dimitar Berbatov masing-masing menggegar jaring lawan dalam masa selang seminit untuk memadam kelebihan awal Spurs hasil jaringan Roman Pavlyuchenko.
January 15, 2009


Didier Drogba bakal digugurkan apabila Chelsea berhadapan dengan Southend United dalam saingan Piala FA pada ketika Luiz Felipe Scolari mengamalkan polisi yang agak ketat.
Akibat kekalahan memalukan 0-3 kepada Manchester United hari Ahad lalu, Scolari mendakwa ada antara pemainnya hanya mempamerkan aksi 35% dari keupayaan mereka dalam lima perlawanan terakhir mereka.
January 5, 2009


Kejutan terbesar pertandingan Piala FA kelmarin datangnya dari Eastlands apabila Nottingham Forest menyingkirkan Manchester City dari saingan Piala FA dengan mengalahkan kelab itu 3-0.
Nathan Tyson mengejutkan pasukan tuan rumah dengan sepakan voli pada minit ke-38 untuk membuka tirai jaringan dan gol kedua menerusi Robert Earnshaw pada minit ke-42 mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat.
|