IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Piala Carling England

January 28, 2010

Piala Carling – Manchester United Mara Ke Final Selepas Singkir Manchester City.

Wayne Rooney mengetuai kemaraan Manchester United ke perlawanan akhir Piala Carling apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Old Trafford semalam.

Selepas jaringan Carlos Tevez kembali mengikat agregat kepada 3-3 untuk membayangkan yang perlawanan itu bakal berlanjutan ke masa tambahan, Rooney tampil dengan watak pemusnah apabila menanduk masuk hantaran Ryan Giggs untuk membolehkan United mara ke final dengan agregat 4-3. United sebelum ini tewas 1-2 dalam perlawanan pertama di Eastlands.

October 30, 2009

Piala Carling – Arsenal Singkir Liverpool Di Pusingan Keempat.

Pemain muda, Fran Merida menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal untuk membantu skuad muda Arsene Wenger menewaskan Liverpool 2-1 untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala Carling.

Baru sahaja kembali dari Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun, bekas pelatih Barcelona berusia 19 tahun itu meledakkan rembatan pada minit ke-19, sekali lagi membuktikan kemampuan skuad muda Arsenal.

October 28, 2009

Piala Carling – Manchester United Mudah Ke Suku Akhir.

Penyandang juara, Manchester United mengesahkan tempatnya ke saingan suku akhir Piala Carling selepas mudah menewaskan Barnsley 2-0 di Stadium Oakwell awal pagi tadi tetapi buat kali kedua dalam tempoh tiga hari menamatkan perlawanan dengan sepuluh pemain.

Gary Neville diarahkan keluar padang pada babak kedua, menuruti jejak rakan pertahanannya, Nemanja Vidic ketika tewas kepada Liverpool di Anfield hari Ahad lalu.

September 24, 2009

Piala Carling – Wolves Gagal Menyalak, Manchester United Mara Ke Pusingan Keempat.

Dilahirkan di Longsight, pemain antarabangsa skuad bawah 21 England, Danny Welbeck membantu barisan sepuluh pemain Manchester United melangkah ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 dalam saingan Piala Carling di Old Trafford semalam.

Dengan bergaya, Welbeck menyudahkan hantaran Michael Owen pada minit ke-66 untuk membolehkan juara bertahan itu melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertarung di pusingan keempat kejohanan itu.

Piala Carling – Liverpool Lepasi Halangan Leeds United.

David Ngog meledakkan gol tunggal, cukup untuk memberikan Liverpool kemenangan yang diperlukan apabila menyingkirkan Leeds United 1-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling di Elland Road semalam.

Gergasi EPL itu bagaimanapun menghadapi tentangan sengit dari pendahulu League One itu namun gol Ngog pada minit ke-65 memadamkan impian pasukan tuan rumah untuk mara ke pusingan seterusnya.

March 3, 2009

Final Piala Carling – Manchester United Rangkul Kejuaraan Kedua Musim Ini.

Manchester United dipaksa bekerja keras sebelum menang 4-1 menerusi sepakan penalti untuk merangkul Piala Carling dengan mengalahkan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa tambahan.

Kemenangan United ke atas Spurs menerusi sepakan penalti mengimbas semula kejayaan United dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah yang juga dimenanginya menerusi sepakan penalti menewaskan Chelsea di Stadium Luzhniki.

March 1, 2009

Final Piala Carling – Rooney Yakin United Akan Julang Piala Carling.

Wayne Rooney percaya yang Manchester United boleh menjulang Piala Carling kerana merasakan kelab itu lebih kuat dari skuad musim lalu yang memenangi Liga Juara Eropah dan EPL.

United akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Piala Carling hari ini, peluang pertamanya menggondol kejuaraan kejohanan domestik musim ini sebelum meneruskan pemburuan gelaran juara EPL, Liga Juara Eropah dan juga Piala FA.

January 23, 2009

Separuh Akhir Piala Carling – Spurs Hampir Berputih Mata Dek Prestasi Hebat Burnley.

Roman Pavlyuchenko dan Jermain Defoe menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mengecewakan Burnley di Turf Moor semalam dan membawa juara bertahan, Tottenham Hotspur ke perlawanan akhir Piala Carling untuk menentang Manchester United.

Walaupun tewas perlawanan ini dengan keputusan 2-3, Spurs yang menang 4-1 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri melayakkan diri ke final dengan agregat 6-4.

Bagaimanapun, Burnley hampir meragut peluang Spurs untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada musim lalu apabila berjaya meledakkan tiga gol pada masa penuh permainan, sekaligus mengikat agregat perlawanan kepada 4-4.

January 21, 2009

Manchester United Melangkah Ke Final Piala Carling.

Sir Alex Ferguson menempah tempat ke perlawanan akhirnya yang ke-14 dalam liga domestik apabila pasukan bimbingannya, Manchester United membenam cabaran Derby County 4-2 dalam saingan pusingan kedua peringkat separuh akhir Piala Carling di Old Trafford awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan United melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 4-3 walaupun tewas 0-1 dalam saingan pusingan pertama di tempat lawan sebelum ini.

January 9, 2009

United Bernasib Baik Tidak Kalah Teruk – Ferguson.

Sir Alex Ferguson lega apabila Manchester United hanya tewas 0-1 kepada Derby dalam saingan separuh akhir pertama Piala Carling semalam.

Juara EPL, Eropah dan Kelab Dunia itu kalah buat pertama kali dalam 15 perlawanan menerusi rembatan menakjubkan oleh Kris Commons pada minit ke-30 memberikan Derby kemenangan mengejut untuk dibawa sebagai bekal apabila bertemu sekali lagi dengan United pada perlawanan kedua nanti di Old Trafford.

December 9, 2008

Undian Separuh Akhir Piala Carling - United Dan Spurs Elak Pertembungan Sesama Sendiri.

Pasukan pilihan, Manchester United dan Tottenham Hotspur berjaya mengelakkan pertembungan sesama sendiri apabila diundi bertemu dengan lawan yang lebih mudah dalam saingan peringkat separuh akhir Piala Carling.

December 4, 2008

Tevez Cemerlang Bantu Kemenangan Manchester United.

Carlos Tevez yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan musim ini, mengganas apabila meledak dengan empat gol sewaktu membantu Manchester United menewaskan Blackburn Rovers 5-3 dalam saingan peringkat suku akhir Piala Carling awal pagi tadi. Kemenangan itu sekaligus melayakkan United ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

Arsenal Tersingkir Dari Piala Carling.

Kevin McDonald membawa Burnley ke peringkat separuh akhir Piala Carling selepas kemenangan menakjubkan 2-0 ke atas Arsenal di Turf Moor semalam. Ia juga adalah kejayaan terbesar mereka dalam tempoh 45 tahun.

Selain McDonald yang menyumbat kedua-dua gol itu, Burnley juga seharusnya berterima kasih kepada penjaga golnya, Brian Jensen yang melakukan beberapa aksi menyelamat yang menggagalkan percubaan lawannya itu.

November 15, 2008

Lampard Pertahan Tindakan Drogba.

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard bangkit mempertahankan rakan sepasukannya, Didier Drogba yang bakal disoal siasat oleh Persatuan Bola Sepak England ekoran insiden melontar duit oleh Drogba kepada penyokong Burnley ketika saingan Piala Carling tempoh hari.

Drogba telahpun memohon maaf atas keterlanjurannya itu yang telah menimbulkan kekalutan namun dia dikatakan tetap akan menerima hukuman di atas perbuatannya itu.

November 13, 2008

Liverpool Tumpas Lagi Kepada Spurs.

Sentuhan ajaib Harry Redknapp berterusan apabila Tottenham Hotspur mengalahkan Liverpool 4-2 dalam saingan pusingan keempat Piala Carling di White Hart Lane awal pagi tadi. Kemenangan ini membawa Spurs ke peringkat suku akhir Piala Carling. Roman Pavlyuchenko dan Fraizer Campbell masing-masing meledak dengan dua jaringan untuk membantu kemenangan bergaya Spurs itu.

Burnley Singkir Chelsea Dari Saingan.

Penjaga gol Burnley, Brian Jensen muncul wira pasukannya apabila Burnley menyingkirkan Chelsea dari saingan Piala Carling dengan kemenangan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1. Jensen menafikan dua sepakan penalti dari kapten Chelsea, Wayne Bridge dan John Obi Mikel untuk membawa pasukannya melangkah ke suku akhir Piala Carling.

November 12, 2008

Piala Carling - Keane Dan Gerrard Bakal Direhatkan.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mengesahkan bahawa Robbie Keane dan Steven Gerrard akan direhatkan ketika pertemuan menentang Tottenham Hotspur dalam saingan pusingan keempat Piala Carling hari ini. Selain itu, Jamie Carragher, Dirk Kuyt dan Xabi Alonso turut akan memanaskan bangku simpanan semasa perlawanan itu berlangsung.

Tevez Bantu Kemenangan Tipis Manchester United.

Sepakan penalti Carlos Tevez pada lewat permainan membantu Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Queens Park Rangers (QPR) dalam saingan pusingan keempat Piala Carling England di Old Trafford awal pagi tadi.

Arsenal Mudah Atasi Wigan.

Skuad muda Arsenal tidak menghadapi masalah dalam saingan pusingan keempat Piala Carling apabila menumpaskan Wigan 3-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi. Purata umur pemain-pemain yang diturunkan dalam perlawanan itu hanyalah mencecah 19 tahun namun mereka tidak menunjukkan rasa gementar ketika berhadapan dengan pasukan Wigan yang lebih berpengalaman. Sebaliknya mereka menunjukkan aksi mengkagumkan sebagaimana yang ditunjukkan ketika membelasah Sheffield United 6-0 pada pusingan sebelumnya.

November 11, 2008

Redknapp Yakin Pertahan Kejuaraan Piala Carling.

Harry Redknapp akan memastikan pasukan bimbingannya, Tottenham Hotspur akan terus berjuang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu apabila Spurs turun menentang Liverpool pada perlawanan pusingan keempat Piala Carling di White Hart Lane hari ini. Spurs merangkul kejuaraan musim lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir tetapi prestasi terumbang-ambing pada awal musim hampir meranapkan impian mereka itu.

September 26, 2008

Hughes Salahkan Sikap Pemain.

Mark Hughes menyifatkan pemainnya kurang profesional selepas Manchester City dimalukan oleh Brighton dalam saingan Piala Carling kelmarin. City tunduk kecewa 3-5 kepada kelab Divisyen 1 itu menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh permainan. Keputusan memalukan ini muncul hanya selepas dua hari pengesahan pengambil alihan City yang melibatkan nilai 200 juta pound oleh Abu Dhabi United Group (ADUG).

September 25, 2008

Portsmouth Jadi Belasahan Chelsea Pula.

Penjaga gol England, David James mengalami mimpi ngeri apabila golnya dibolosi sepuluh kali dalam dua perlawanan. Kali ini pasukannya, Portsmouth dibelasah pula oleh Chelsea 0-4 dalam saingan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Sebelum ini, Portsmouth mengalami kekalahan memalukan 0-6 di tangan Manchester City dalam saingan liga Sabtu lalu. Frank Lampard dua kali menggegar gawang manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Florent Malouda dan Solomon Kalou. Kekalahan ini juga bermakna Portsmouth tidak pernah mengalahkan Chelsea sejak mereka menang 1-0 pada Disember 1960 dalam saingan Piala Liga di Fratton Park.

Piala Carling - Brighton Singkir Manchester City.

Kelab Divisyen 1, Brighton membuat kejutan apabila menyingkirkan Manchester City dari saingan Piala Carling selepas menewaskan City dengan sepakan penalti. Penjaga gol kelahiran Belanda, Michel Kuipers muncul wira Brighton apabila menafikan sepakan penalti Michael Ball sekaligus membolehkan Brighton menang 5-3 menerusi sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat masa tambahan.

September 24, 2008

Piala Carling – Kelab Pilihan Sukses.

Keyakinan Arsene Wenger terhadap pemain-pemain mudanya berbaloi apabila skuad muda Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Carling semalam. Dengan menamakan kesebelasan utama yang mempunyai purata umur 19 tahun skuad ini langsung tidak menunjukkan rasa kekok ketika di padang. Pemain paling tua yang diturunkan oleh Wenger adalah penjaga golnya, Lukasz Fabianski yang berusia 23 tahun.