Category: Berita Perpindahan Pemain
March 27, 2010


Tottenham Hotspur mengumumkan yang mereka telah selesai menandatangani perjanjian untuk mendapatkan khidmat Sandro dari Internacional, dengan Harry Redknapp menggambarkan pemain tengah itu sebagai salah satu bakal bintang dari Brazil.
Spurs sudah lama mengidamkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu dan akhirnya berjaya mengikatnya selepas dia lulus ujian perubatan. Dia akan ke White Hart Lane sebaik Internacional menyempurnakan kempen Copa Libertadores yang dijangka tamat pada bulan Ogos nanti.
March 23, 2010


Pemain tengah Liverpool, Albert Riera yang menggambarkan kelab itu sebagai ‘kapal yang hampur karam’, kini bersedia untuk berpindah ke CSKA Moskow dengan nilai 6 juta pound.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu kecewa kerana terpaksa menghabiskan masa di bangku simpanan ketika di Anfield. Dia bersedia untuk bermain di Rusia di mana pintu perpindahan pemain masih dibuka sehingga 8 April dalam usahanya meningkatkan peluang untuk bermain di Piala Dunia 2010 nanti.
February 12, 2010


Penyerang berprofil tinggi Serbia, Milan Jovanovic mengakui yang dia akan menyertai Liverpool secara percuma pada musim panas nanti selepas kontraknya bersama Standard Liege tamat.
Jovanovic mendapati dirinya mendapat perhatian daripada beberapa kelab selepas persembahan memberangsangkan bersama kelab Belgium itu dan Rafael Benitez melakukan usaha awal untuk memantapkan jentera serangan Liverpool selepas hilang peluang mendapatkan khidmat pemain Maghribi, Marouane Chamakh.
January 30, 2010


Guti dilaporkan akan terus kekal bermain bersama Real Madrid di sebalik ura-ura yang pemain itu bakal berpindah ke kelab lain.
Guti telah lama dikaitkan dengan cerita yang dia akan berpindah dari Bernabeu dan ketika ditanya wartawan dalam satu temuramah awal bulan ini, dia mengakui yang dia mahu cuba bermain di negara lain, dengan Inter Milan adalah pilihan utamanya.
January 29, 2010


Tottenham Hotspur kini di peringkat akhir rundingan bagi mendapatkan khidmat bekas penyerang Barcelona, Eidur Gudjohnsen dan pemain pertahanan Portsmouth, Younes Kaboul.
Gudjohnsen berada di lapangan latihan Spurs semalam untuk rundingan terakhir bagi menguruskan perpindahannya secara pinjaman apabila berpaling dari persetujuan awal untuk menyertai West Ham.
January 27, 2010


Kelab Brazil, Santos mengesahkan yang pihak mereka telah menghantar wakil ke England untuk berbincang dengan Manchester City tentang keinginan kelab itu mendapatkan khidmat Robinho secara pinjaman.
Pengurus City, Roberto Mancini beberapa kali menegaskan tetap memerlukan khidmat penyerang Brazil itu tetapi Santos beranggapan pinjaman pemain itu selama enam bulan sudah memadai buat kelab itu.
January 22, 2010


Pemilik baru West Ham, David Sullivan mengesahkan yang kelab itu membuat tawaran yang jauh lebih baik berbanding tawaran Tottenham Hotspur dalam usaha mendapatkan khidmat Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.
Sullivan memberitahu media yang beliau telah mengemukakan tawaran gaji sebanyak 100,000 pound seminggu kepada penyerang berusia 33 tahun itu, yang hanya bermain dalam dua perlawanan bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.
January 20, 2010


AC Milan dengan tegas menolak andaian yang pemain tengahnya, Mathieu Flamini akan kembali bermain di Liga Perdana England dengan menyertai Manchester City secara pinjaman.
Setelah berjaya mendapatkan khidmat seorang bekas pemain Arsenal, Patrick Viera pada awal bulan ini, pengurus baru City, Roberto Mancini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Flamini, di sebalik kebanjiran pemain tengah berbakat di kelab itu.
January 11, 2010


Patrick Viera percaya dia adalah pemain yang lebih baik berbanding ketika dia meninggalkan Liga Perdana England empat setengah tahun yang lalu.
Bekas ketua pasukan Arsenal itu mendapati begitu sukar buatnya meyakinkan Jose Mourinho di Itali, maka keputusannya untuk kembali bermain di England mengundang persoalan memandangkan tahap permainannya yang lebih tinggi tetapi Viera yakin pengalamannya bermain di Serie A menjadikannya lebih baik.
January 7, 2010


Pemain pertahanan Liverpool, Andrea Dossena hampir pasti akan berpindah ke kelab Itali, Napoli selepas ejennya mengesahkan perkara itu namun perjanjiannya belum dimuktamadkan.
Dossena, 28, bergelut untuk membuat impak di England sejak berpindah dari Udinese pada 2008 dan sememangnya telah dijangka akan meninggalkan Liverpool bulan ini.
December 12, 2009


Ketua eksekutif Everton, Robert Elstone mengesahkan yang kelab itu telah berbincang untuk mendapatkan khidmat penyerang Amerika Syarikat, Landon Donovan secara pinjaman pada bulan Januari nanti.
Kelab EPL itu amat berharap dapat memikat Donovan dari LA Galaxy dalam satu situasi yang kelab itu gelar sebagai ‘kontrak jangka pendek’, sama seperti yang dilakukan oleh AC Milan yang mendapatkan khidmat David Beckham.
September 9, 2009

3 September adalah tarikh terakhir buat kelab-kelab EPL untuk memuktamadkan urusan jual beli pemain bagi musim 2009/10.
Beberapa kelab dilihat sibuk pada saat pintu perpindahan pemain hendak ditutup, dengan Portsmouth dan Tottenham Hotspur berjaya mengikat dua lagi pemain untuk memantapkan pasukan masing-masing.
Portsmouth berjaya mendapatkan persetujuan Hassan Yebda dari Benfica dan Mike Williamson dari Watford untuk bermain dengan kelab itu sambil menjual Niko Kranjcar ke Spurs. Seorang lagi pemain yang dipikat oleh Spurs adalah James Walker.
September 4, 2009


Penyerang Iceland, Eidur Gudjohnsen telah menyertai kelab Ligue 1, Monaco dari Barcelona dengan kontrak selama dua tahun. Bagaimanapun, yuran perpindahannya tidak dinyatakan.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Barcelona pada 2006 selepas enam musim bersama Chelsea namun dia kini tidak lagi berada dalam perancangan Pep Guardiola.


Andriy Shevchenko mengakhiri tiga musim kecewa bersama Chelsea apabila mengambil keputusan kembali ke Dynamo Kiev, kelab yang mula-mula sekali menonjolkannya sebagai penyerang berbisa di peringkat Eropah.
Carlo Ancelotti mengumumkan perkara itu hari Jumaat lalu yang Shevchenko terdesak untuk meninggalkan Stamford Bridge dan penyerang berusia 33 tahun itu kini telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan gergasi Ukraine itu.
Shevchenko menyertai Chelsea dengan rekod British bernilai 30 juta pound pada 2006 tetapi sentiasa gagal menyesuaikan diri dengan kelab yang terletak di barat London itu dan hanya berupaya menjaringkan sembilan gol dari 48 penampilannya dalam EPL.
September 1, 2009


Joleon Lescott akhirnya dapat mencapai impiannya bermain bersama Manchester City selepas kelab lamanya, Everton bersetuju melepaskannya dengan nilai perpindahan yang dilaporkan mencecah 22 juta pound.
Sebelum ini, City telah dua kali membuat tawaran bernilai 15 juta pound dan 18 juta pound namun ditolak mentah-mentah oleh David Moyes. Bagaimanapun, persembahan kurang bermaya Lescott semenjak itu dipercayai menjadi punca Moyes bersetuju untuk melepaskan Lescott kepada City.
Selain itu, City juga berjaya memikat pemain pertahanan Barcelona, Sylvinho yang mengikat kontrak selama setahun bersama kelab terkaya EPL itu. Pemain Brazil yang mempunyai enam ‘caps’ bersama negaranya itu pernah bermain dengan Arsenal antara 1999 dan 2001.
August 28, 2009


Pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder kini akan fokus kepada kelab barunya, Inter Milan setelah bersetuju berpindah ke kelab Itali itu dari Real Madrid, sambil melahirkan rasa kecewanya terhadap layanan kelab lamanya itu kepada dirinya.
Kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan untuk memeterai perjanjian penjualan pemain itu yang dikatakan mencecah nilai 18 juta euro.
August 27, 2009


Pemain sayap Rusia, Diniyar Bilyaletdinov telah bersetuju mengikat kontrak bersama Everton dengan nilai yang dipercayai mencecah sekitar 10 juta pound, dalam usaha David Moyes membeli pemain baru.
Pemain tengah itu telah melepasi ujian perubatan pada hari Isnin lalu manakala pemain tengah Valencia, Ever Banega juga akan tiba di Goodison Park minggu ini sebagai pemain pinjaman sepanjang musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Everton yang akan mengekalkannya di Merseyside sehingga 2014.
August 26, 2009


Joleon Lescott akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Everton ke Manchester City. Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Eastland situ.
Lescott melengkapkan ujian perubatannya dan bersetuju dengan terma-terma perjanjian pada hari Isnin lalu selepas City membuat tawaran baru, dipercayai sekitar 22 juta pound.
Tawaran itu diterima oleh Everton pada hari Ahad tetapi berlaku sedikit masalah yang menyebabkan ia tertangguh sehinggalah masalah itu diselesaikan.


Nemanja Vidic menolak spekulasi tentang masa depannya dengan menegaskan yang dia gembira bermain dengan Manchester United.
Pemain antarabangsa Serbia itu membuat kenyataan tersebut bagi menepis khabar angin yang mengatakan yang dia berminat untuk berpindah ke Barcelona.
Vidic, salah seorang pemain yang menjadi kunci kejayaan United mempertahankan kejuaraan liga musim lalu, membuat penampilan pertama musim ini pada hari Sabtu lalu dengan kemenangan 5-0 ke atas Wigan selepas kembali cergas dari kecederaan yang menimpanya.
August 23, 2009


Pengurus Manchester City, Mark Hughes menegaskan beliau masih belum menamatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain Pertahanan Everton, Joleon Lescott walaupun terdapat khabar angin yang mengatakan beliau sudah menggugurkan nama Lescott dari senarai pemain yang ingin dimilikinya.
Lescott menjadi buruan City sejak beberapa minggu lalu, dengan Everton telahpun menolak tawaran 15 juta pound dan 18 juta pound dari pesaingnya itu.
Pemain pertahanan tengah itu turut menyuarakan hasratnya untuk berpindah namun ia juga ditolak oleh pengurusan kelabnya, tetapi sejak itu dia sering diketepikan David Moyes dari kesebelasan utama Everton.
August 22, 2009


Pemain antarabangsa Greece, Sotiris Kyrgiakos akan menambah kekuatan dan pengalaman kepada benteng pertahanan Liverpool, begitulah menurut Rafael Benitez selepas bersetuju untuk mengikat pemain AEK Athens hari Khamis lalu.
Kyrgiakos, 30, yang mempunyai 49 ‘caps’ bersama negaranya, dijangka akan melengkapkan perpindahannya dengan menjalani ujian perubatan di Anfield.
August 20, 2009


Chelsea mengesahkan yang mereka telah mengikat pemain tengah, Nemanja Matic dari kelab Slovakia, MFK Kosice.
Pemain berusia 21 tahun itu, yang telah dua kali membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Serbia, telah menandatangani kontrak selama empat tahun untuk bersama ‘The Blues’.
Difahamkan nilai perpindahan pemain itu adalah 1.5 juta pound dan pemain yang mempunyai ketinggian 6’ 4” itu akan menyertai rakan senegaranya, Branislav Ivanovic di Stamford Bridge.
August 16, 2009

Alberto Aquilani sah menjadi milik Liverpool selepas bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun namun dikatakan terpaksa direhatkan pada awal musim kerana masih belum cergas sepenuhnya.
Chelsea masih memburu beberapa pemain sebelum pintu perpindahan pemain ditutup manakala Manchester United dikhabarkan cuba mendapatkan seorang lagi penjaga gol sebagai pelapis berikutan kecederaan yang dialami oleh penjaga gol utamanya, Edwin van der Sar.
Dengan tirai EPL sudahpun disingkap, sudah pasti kebanyakan pasukan inginkan kejayaan pada musim baru ini terutama pasukan-pasukan yang sememangnya mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.
August 15, 2009


Bayern Munich mendakwa yang mereka masih menunggu panggilan dari Chelsea pada ketika mereka bersedia mengorak langkah untuk mengikat pemain pertahanan Portugal, Jose Bosingwa.
Pengarah Besar kelab gergasi Jerman itu, Uli Hoeness berkata yang ‘The Blues’ berjanji akan menghubungi mereka selepas perlawanan Perisai Komuniti menentang Manchester United pada hari Ahad lalu yang dimenangi oleh Chelsea menerusi sepakan penalti.
August 14, 2009


Chelsea kini semakin hampir untuk mengikat pemain skuad bawah 21 tahun Serbia, Nemanja Matic dengan nilai 5 juta pound.
Pemain tengah yang berusia 20 tahun itu, yang bermain dengan kelab MFK Kosice, akan menjadi pemain keempat yang menyertai Chelsea andainya melepasi ujian perubatan di Stamford Bridge di mana pemain itu akan menandatangani kontrak selama empat tahun.
Next Page »
|