Category: Berita Penyokong
December 30, 2009

Sebelum ini penyokong Kelantan sering dilabel sebagai penyokong ganas, tidak bertamadun, tidak bermoral dan tiada semangat kesukanan. Walaupun yang terlibat hanyalah segelintir penyokong sahaja namun ibarat kata pepatah, ‘Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit.’
Pada ketika saingan Liga Malaysia untuk musim baru belum bermula, peminat bola sepak tanah air sudah mula melupakan peristiwa yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 antara Kelantan dan Negeri Sembilan.
Sikap ganas segelintir penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir itu turut dikritik dan dicemuh oleh sebilangan besar penyokong lain yang masih waras dan tinggi semangat kesukanannya.
November 16, 2009


Harinya hampir tiba. Selepas lebih dua minggu kejadian memalukan berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, kini ‘hari pembalasan’ bagi penyokong-penyokong Kelantan yang melakukan kekacauan pada perlawanan tersebut semakin menjelma.
Pihak polis menerusi kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan yang mereka telah membuat pengecaman wajah semua individu yang terbabit dalam kejadian itu menerusi rakaman video dan akan mengenal pasti identiti mereka untuk tindakan lanjut.
November 14, 2009

Atas dasar prihatin kepada apa yang berlaku, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan dikatakan telah melancarkan kutipan derma untuk membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar denda sebanyak RM 50,000 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) angkara perbuatan durjana sebilangan penyokong mereka yang membuat onar di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari.
Walaupun yang membuat kacau mungkin orang lain namun sikap mulia yang diambil oleh kumpulan itu wajar dipuji dan menunjukkan dalam ‘setandan pisang tidak semuanya busuk dan tidak boleh dimakan.’
Inisiatif itu sekurang-kurangnya menunjukkan yang kebanyakan penyokong Kelantan sendiri tidak merestui tindakan rakan-rakan mereka yang hilang kawalan diri semasa perlawanan itu. Kalaupun tidak dapat mencapai jumlah RM 50,000 untuk membayar denda tersebut, namun kesungguhan mereka itu menjadi simbol hubungan erat persatuan sukan dengan para peminat.
November 13, 2009


Seperti dijangka, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikenakan hukuman denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan liar penyokongnya semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu lalu.
Bagaimanapun, di luar jangkaan pula apabila denda yang dikenakan cuma sekadar denda minimum bernilai RM 50,000 berbanding jumlah kerugian harta benda yang dikatakan mencecah RM 138,150 satu jumlah yang jauh lebih kecil berbanding jumlah kerugian sebanyak RM 214,000 yang diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Dewan Rakyat.
November 10, 2009


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan KAFA terpaksa tanggung akibatnya. Begitulah perumpaan yang sesuai buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gara-gara sikap penyokongnya yang membuat kacau semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan berlangsung Sabtu lalu.
Mahu ditangisi sudah tidak berair mata, mahu dimarah kepada siapa hendak diarah, mahu ditangkap tiada siapa yang boleh dipertanggungjawab. Pendek kata, baling batu sembunyi tangan, pukul anak sindir menantu, dek kerana kerbau seekor habis semua terpalit lumpur.
November 9, 2009


Kalah menang adat bertanding. Tiada siapapun yang mahukan pasukannya kalah tetapi mana mungkin dalam satu kejohanan akan ada dua juara. Walaupun ia pernah berlaku tetapi dengan peraturan terkini yang wujud, mesti ada hanya satu sahaja pemenang yang akan ditabalkan selaku juara.
Penyokong Negeri Sembilan adalah antara golongan yang paling gembira ketika ini berikutan kejayaan mereka merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2009 setelah kempunan tanpa kejuaraan piala berprestij itu selama lebih 60 tahun. Kesabaran mereka ternyata berbaloi lebih-lebih lagi mereka pernah melangkah ke final pada tahun 2000 dan 2006 namun rezeki belum menyebelahi mereka pada ketika itu.
|