Category: Berita Pengurus/Jurulatih Pasukan
February 20, 2010


Media tempatan Sepanyol mendakwa yang Real Madrid sedang berusaha mendapatkan khidmat Jose Mourinho dari Inter Milan pada musim panas nanti.
Pihak media itu yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kelab gergasi Sepanyol itu melaporkan juara Eropah sembilan kali itu menjadikan Mourinho sasaran mereka lebih-lebih lagi mereka tewas kepada Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah hari Selasa lalu.
January 19, 2010


Presiden Barcelona, Joan Laporta menolak spekulasi tentang kemungkinan perpindahan pengurusnya, Pep Guardiola ke Manchester United dan menegaskan yang pengurusnya itu akan menandatangani perjanjian baru di Nou Camp.
Pengurus berusia 39 tahun itu dikaitkan dengan laporan untuk berpindah ke Manchester United bagi menggantikan Sir Alex Ferguson selepas mempamer kemampuan membimbing Barca mencatat prestasi memberangsangkan.
January 16, 2010


Jose Mourinho hanya akan mengambil alih tugas Rafael Benitez di Liverpool jika kelab itu dijual kepada pelabur yang boleh bersaing dengan Manchester City dan Chelsea dalam urusan jual beli pemain.
Keputusan tentang masa depan Benitez masih samar-samar sehingga akhir musim ini, dengan usaha mendapatkan pelabur kini giat sedang dalam perbincangan.
December 23, 2009


Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho mengingatkan pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini yang kehidupan dalam saingan Liga Perdana adalah amat berbeza dengan suasana di Itali.
Mourinho, yang mengambil alih tugas Mancini di kelab itu musim lalu, menemui kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana Serie A pada awal ketibaannya dan beliau menjangka perkara yang sama akan menimpa Mancini apabila mengendalikan City nanti.


Manchester City secara rasmi mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus baru kelab itu, dengan mensasarkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik EPL musim ini.
Warga Itali itu, yang pernah bermain dengan Leicester City sepuluh tahun lalu, memberitahu yang beliau telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dan menegaskan beliau sudah bersedia untuk menerima cabaran yang bakal mendatang.
December 22, 2009


Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.
Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.
December 18, 2009


Sebelum perlawanan bermula, Henrique Calisto adalah orang yang paling lantang mengatakan skuad Vietnam bakal mencatat sejarah membawa pulang pingat emas Sukan Sea buat kali pertama dalam sejarah penyertaannya.
Bagaimanapun, selepas perlawanan berakhir, orang yang tersenyum paling lebar adalah K.Rajagopal apabila skuad kendaliannya berjaya menamatkan kemarau selama 20 tahun tanpa pingat emas, pencapaian terakhir dicatat pada 1989, dengan menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit semalam.
Dengan menurunkan kesebelasan terbaik pada permulaan permainan, kedua-dua pasukan menaruh harapan yang tinggi untuk mengatasi satu sama lain. Vietnam dikatakan mempunyai kelebihan psikologi kerana telah mengalahkan Malaysia 3-1 dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
December 17, 2009


Jurulatih Vietnam, Henrique Calisto melaungkan keyakinan yang skuad bimbingannya mampu untuk merangkul pingat emas acara bola sepak Sukan SEA ke-25 dengan mengalahkan Malaysia di perlawanan akhir petang ini.
Menurut Henrique, barisan pemain yang dimilikinya pada masa ini adalah yang terbaik dan mampu melakar sejarah memenangi pingat emas Sukan SEA buat kali pertama dalam sejarah penyertaannya dalam sukan Asia Tenggara itu.
June 12, 2009


Real Madrid telah mengesahkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Villareal untuk mendapatkan khidmat Manuel Pellegrini sebagai jurulatih kelab itu musim depan.
Berusia 55 tahun, Pellegrini yang menyenaraikan gergasi Argentina, River Plate sebagai bekas kelabnya yang paling dikenang, akan diperkenalkan secara rasmi pada hari Selasa ini di Santiago Bernabeu.
Media Sepanyol melaporkan yang Real perlu membayar Villareal sebanyak 4 juta euro sebagai pampasan dan jurulatih kelahiran Chile itu akan membimbing Real selama empat musim.
June 5, 2009


Chelsea mengesahkan yang Carlo Ancelotti telah dilantik sebagai pengurus baru kelab itu untuk menggantikan Guus Hiddink yang akan meneruskan kembali tugasnya selaku pembimbing skuad kebangsaan Rusia.
Hiddink yang hanya mengendali ‘The Blues’ untuk satu tempoh masa yang pendek, mengakhiri tugasnya dengan cemerlang apabila membawa kelab itu menjulang kejuaraan Piala FA selepas mengalahkan Everton 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley hari Sabtu lalu.
Ancelotti yang telah dikaitkan dengan Chelsea untuk sekian lama, menamatkan kontraknya bersama AC Milan pada hari Ahad lalu.
June 3, 2009


Carlo Ancelotti mengumumkan yang kontraknya bersama AC Milan telah ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Berita itu ternyata mengesahkan laporan selama ini yang beliau akan menggantikan tempat Guus Hiddink di Stamford Brigde.
Ia juga mengesahkan jangkaan ramai yang Ancelotti bakal meninggalkan San Siro sebaik musim liga berakhir. Milan menduduki tangga kedua Serie A setelah menang 2-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan terakhir mereka.
May 27, 2009


Jose Mourinho telah menandatangani kontrak baru bersama Inter Milan yang mengekalkannya sehingga Jun 2012.
Bekas pengurus Chelsea itu, yang membimbing Inter gelaran juara Serie A pada tahun pertamanya bersama kelab itu, pada peringkat awal lagi mengatakan yang kemungkinan beliau meninggalkan Inter hanyalah 0.01%.
Mourinho mengambil alih tugas selaku pembimbing Inter pada akhir musim lalu berikutan pengunduran Roberto Mancini dan membantu kelab itu memenangi gelaran liga buat kali keempat berturut-turut.
May 15, 2009


Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti menafikan yang beliau telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan pengurus Chelsea pada musim depan.
Sebaliknya, Ancelotti mendakwa yang beliau akan meneruskan tugasnya di San Siro.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan menentang Juventus yang berkesudahan dengan seri 1-1, Ancelotti menganggap berita itu sebagai ‘sampah’.
April 24, 2009


Jose Mourinho sekali lagi mencipta kontroversi apabila mengkritik pengurusan bola sepak Itali, di samping mendakwa yang arena bola sepak di England ibarat ‘syurga’ bagi pengurus yang mempunyai rancangan jangka panjang.
Jurulatih Inter Milan itu, yang kini dalam usaha merangkul kejuaraan liga Italinya yang pertama, telah menyaksikan sepuluh pengurus Serie A dilantik dan disingkir dalam jangka masa singkat oleh kelab-kelab mereka. Beliau merasakan bola sepak England lebih banyak memberikan peluang buat pengurus mencapai sesuatu kejayaan.
March 20, 2009


Pengurus Liverpool, Rafael Benitez akan mengusahakan agar bintang-bintang utamanya diikat lebih lama, sesuatu yang menjadi keutamaannya, selepas beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab itu sehingga musim panas 2014.
Anfield bakal berada dalam suasana ‘bahaya’ ekoran kebuntuan rundingan Benitez dengan kelab itu, di mana kontrak Benitez kelihatan bakal berakhir tanpa sebarang persetujuan dicapai, tetapi ia akhirnya terungkai apabila persefahaman dicapai antara kedua-dua pihak pada hari Rabu lalu.
March 15, 2009


Jabatan Polis Manchester sedang menyiasat insiden tumbukan yang melibatkan Jose Mourinho selepas pertembungan Inter Milan-Manchester United dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah hari Rabu lalu di Old Trafford.
Dakwaan menyebut Mourinho telah menumbuk penyokong yang cuba mendekati bas yang membawa pemain-pemain Inter ketika hendak meninggalkan stadium selepas kekalahan 0-2 kepada United.
Pihak polis telah menghubungi pihak United untuk mendapatkan tayangan CCTV di tempat kejadian dan mengesahkan aduan telah dibuat.
February 28, 2009

Jurulatih Felda United, Reduan Abdullah menerima khabar buruk apabila beliau digantung dari tugasnya selama setahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang kelmarin. Beliau turut dikenakan denda RM4,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Reduan dihadapkan ke jawatankuasa itu atas kesalahan membuat kenyataan kepada media tentang ujian kecergasan Yoyo yang dikatakan kurang berkesan manakala ujian itu dikatakan tidak dijalankan bersungguh-sungguh oleh persatuan bola sepak negeri dan kelab menyebabkan tahap kecergasan pemain di negara ini menjadi bahan pertikaian banyak pihak.
February 21, 2009


Pengurus baru Chelsea, Guus Hiddink menggunakan sidang akhbar pertamanya di Stamford Bridge untuk menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menyambung kontrak jangka pendeknya yang akan tamat pada penghujung musim ini.
Pengurus berusia 62 tahun itu yang mengambil alih tugas Luiz Felipe Scolari minggu lalu, juga melatih skuad kebangsaan Rusia dan menegaskan yang beliau tidak akan menamatkan kontraknya dengan Persekutuan Bola Sepak Rusia (RFF), yang hanya akan tamat selepas Piala Dunia 2010.
February 14, 2009


Pengurus baru Chelsea, Guus Hiddink terbang ke London untuk melihat sesi latihan pertamanya semalam dan menegaskan yang kelab itu masih mampu untuk memenangi gelaran juara liga.
Hiddink yang dipilih menggantikan tempat Luiz Felipe Scolari dan akan membimbing skuad Chelsea sehingga ke akhir musim, diiringi pengerusi Bruce Buck meninjau sesi latihan Chelsea di Cobham yang dkendalikan oleh penolongnya, Ray Wilkins.
February 12, 2009


Chelsea telah mengesahkan yang Guus Hiddink akan mengambil alih jawatan pengurus pasukan buat sementara sehingga akhir musim ini.
Jurulatih Rusia yang berusia 62 tahun itu akan menggantikan tempat Luiz Felipe Scolari yang telah dipecat hari Isnin lalu, dan akan bertemu dengan pemain Chelsea penghujung minggu ini.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich menjadikan Hiddink sebagai sasaran utama berikutan keputusan pengurusan kelab itu menyingkirkan Scolari, dan menggunakan hubungan baiknya dengan Persekutuan Bola Sepak Rusia (FA Rusia) untuk membuat rundingan dengan pengurus berbangsa Belanda itu.
February 11, 2009


Guus Hiddink bersiap sedia untuk mengambil alih tempat Luiz Felipe Scolari sebagai pengurus Chelsea sehingga akhir musim ini, setelah beliau mendapat kebenaran dari majikannya, Persatuan Bola Sepak Rusia untuk mengadakan rundingan dengan kelab EPL itu.
Pengurus kelahiran Belanda itu, bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan The Blues, tetapi tidak bersedia untuk melepaskan tugasnya selaku jurulatih pasukan Rusia.


Frank Rijkaard menjadi pengurus pertama yang menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus Chelsea, diikuti laporan yang mengatakan pengurusan kelab itu akan membuat keputusan selepas diadakan temuduga dalam tempoh 24 jam lagi.
Bekas jurulatih Barcelona itu, yang meninggalkan gergasi Sepanyol itu pada akhir musim lalu, begitu berminat untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan Luiz Felipe Scolari, kini bergantung kepada ejennya.
February 10, 2009


Luiz Felipe Scolari secara mengejut telah dipecat dari jawatannya selaku pengurus Chelsea berkuatkuasa serta-merta.
Scolari yang menyertai Chelsea pada musim panas lalu, diharapkan mampu membawa kejayaan bukan sahaja dalam liga domestik tetapi juga di peringkat Eropah, namun apabila prestasi semasa kelab itu semakin longgar semua harapan itu kelihatan akan musnah.
|