IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Liga Super

March 7, 2010

Liga Super – Kedah Jadi Mangsa Belasahan Selangor.

Selangor mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor memulakan perlawanan dengan begitu meyakinkan dengan beberapa siri serangan awal ke gawang gol Kedah. Beberapa ledakan percubaan daripada Safee Sali, Hardi Jaafar, Amirul Hadi Zainal dan Mohd Amri Yahyah pada awal permainan begitu mencemaskan benteng pertahanan Kedah.

Selepas beberapa gempuran gagal menepati sasaran, Selangor memulakan pesta gol mereka menerusi rembatan jauh Safee Sali yang menerjah jaring pada minit ke-27.

January 31, 2010

Liga Super – Selangor Seri, Terengganu Kembali Himpit Pendahulu Liga.

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.

Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.

Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

January 24, 2010

Liga Super – Terengganu Pamer Aksi Hebat Untuk Benam Selangor.

Terengganu mengenepikan semua ramalan awal yang mengatakan mereka akan tersungkur kepada Selangor apabila menang bergaya 4-0 ke atas lawannya itu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dua sepakan penalti yang dimiliki Terengganu ternyata meruntun semangat para pemain Selangor sehingga mereka hilang punca di sebalik penguasaan bahagian tengah yang dijana oleh Safiq Rahim, Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.

Bagaimanapun, Terengganu lebih berbisa dari segi tindakan penyudah dengan kemampuan barisan pemain penyerang mereka yang begitu efisien ketika berada di hadapan gol lawan.

January 17, 2010

Liga Super – Selangor Kekal Rekod Kemenangan, Kini Di Puncak Liga.

Selangor kini mengungguli takhta Liga Super apabila mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus dengan menewaskan KL Plus 1-0 di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Menang dalam dua perlawanan sebelum ini, Hardi Jaafar memastikan rentak kemenangan pasukannya kekal apabila dia meledakkan jaringan tunggal dalam perlawanan itu pada minit ke-57.

Terengganu mendaki ke tangga kedua liga apabila membelasah Pulau Pinang 4-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

January 14, 2010

Liga Super – Kelantan Catat Kemenangan Pertama, Kedah Merana.

Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila menang bergaya 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

Setelah hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Terengganu dalam perlawanan pertama, pemain-pemain Kelantan kelihatan bernafsu untuk mencatat kemenangan lebih-lebih lagi bermain di hadapan penyokong sendiri.

Pemain yang baru menyertai Kelantan, Akhmal Rizal Ahmad Rakhli membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 sebelum ketua pasukannya, Badri Radzi menggandakan kedudukan pada minit ke-47.

January 10, 2010

Piala Sumbangsih 2010 Milik Selangor.

Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih yang dimenanginya tahun lalu apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban malam tadi.

Perlawanan antara juara Piala FA dan juara Piala Malaysia itu adalah perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia dengan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka, termasuk pemain-pemain skuad Malaysia yang memenangi pingat emas di Sukan SEA di Laos baru-baru ini.

Negeri Sembilan yang bermain di hadapan penyokong sendiri ternyata begitu berbahaya dengan beberapa gerakan di awal permainan termasuk percubaan dari Aidil Zafuan Abdul Razak yang mengenai palang gol lawan.

August 2, 2009

Nizaruddin Muncul Pemenang Kasut Emas, Perlis Pasukan Kedua Terbaik Liga Super.

Perlis menang perlawanan terakhirnya apabila menewaskan Polis 2-1 di Stadium Utama, Kangar sekaligus mengesahkan kedudukannya di tangga kedua Liga Super.

Kejayaan itu tambah bermakna apabila penyerang utamanya, Nizaruddin merangkul gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2009 sesudah berjaya menjaringkan sejumlah 18 gol sepanjang kempen liga musim ini, termasuk dua gol yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Polis itu.

Polis yang terperosok di tangga terbawah liga membuat kejutan apabila terlebih dahulu menggegar jaring menerusi Khairul Azwan Abdullah pada minit ke-51.

July 26, 2009

Liga Super – Selangor Julang Kejuaraan Dengan Bergaya.

Selangor yang telah mengesahkan kejayaannya selaku juara Liga Super 2009, menutup tirai liga dengan bergaya apabila membelasah pasukan Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu tambah bermakna apabila di penamat saingan, telah diserahkan Piala Liga Super kepada skuad Gergasi Merah oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekaligus menepati sasaran pengurusan Selangor untuk merangkul kejuaraan liga itu buat kali pertama sejak ia diperkenalkan.

July 22, 2009

Juara Liga Super 2009 Sah Milik Selangor.

Selangor merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama sejak ia diperkenalkan lima tahun lalu setelah mudah membelasah Polis 6-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang malam tadi.

Walaupun perlawanan masih berbaki satu perlawanan, Selangor mengesahkan kejuaraan liga adalah miliknya dengan kelebihan tujuh mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Perlis yang kecundang 1-2 kepada KL Plus di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Ini adalah piala ketiga yang dimenangi oleh Selangor tahun ini selepas turut merangkul Piala Sumbangsih dan Piala FA sebelum ini.

July 12, 2009

Liga Super – Kedudukan Kedah Di Tangga Ketiga Semakin Tergugat.

Kedah mengalami igauan buruk dalam saingan Liga Super apabila dibelasah 1-5 oleh Johor FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium J-Corp, Pasir Gudang malam tadi.

Sudahlah kedudukannya selaku juara bertahan Liga Super musim lalu gagal dipertahankannya malah kini kedudukannya selaku pasukan di tangga ketiga juga mula tergugat ekoran kekalahan besar itu.

Dengan hanya perbezaan satu mata mengatasi Kelantan yang menduduki tangga keempat, Kedah perlu menang pada dua perlawanan terakhir tanpa perlu menunggu keputusan yang diperolehi Kelantan bagi memastikan mereka muncul pasukan ketiga terbaik Liga Super musim ini.

July 8, 2009

Liga Super – Selangor Makin Kukuh Di Persada Liga, Perlis Mula Keciciran Mata.

Selangor semakin menjarakkan diri dari pesaing terdekatnya, Perlis apabila menang selesa 4-1 ke atas Kuala Muda Naza dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Selangor mengungguli takhta liga dengan kelebihan empat mata ke atas Perlis yang hanya mampu seri 1-1 dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Selangor terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan oleh pasukan pelawat menerusi bekas penyerangnya, Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-23 bagi membolehkan KM Naza mendahului 1-0 pada babak pertama.

July 5, 2009

Liga Super – Selangor Masih Kuasai Takhta, Perlis Kekal Pesaing Terdekat.

Selangor meneruskan penguasaannya di singgahsana Liga Super apabila membelasah UPB MyTeam 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Petaling Jaya malam tadi.

Selangor yang menguasai perlawanan, membuka tirai jaringan setelah permainan berlangsung setengah jam menerusi Hardi Jaafar sebelum penyerang kebangsaan, Safee Sali menggandakan kedudukan pada minit ke-50.

MyTeam bangkit melawan dengan merapatkan kedudukan menerusi Khaironisam Sahabudin pada minit ke-66 namun C. Premnath memastikan Selangor menang selesa dengan menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-69 dan 76.

June 28, 2009

Liga Super – Kedudukan Selangor Dan Perlis Kekal, Kelantan Makin Bernafsu Catat Kemenangan.

Selangor dan Perlis kekal di tangga teratas dan kedua Liga Super apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam pertembungan di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Perlis yang perlukan kemenangan untuk memintas Selangor, gagal mengambil kesempatan walaupun bermain di hadapan penyokong setianya ekoran kekentalan benteng pertahanan Selangor yang begitu kebal bertahan.

Keputusan seri itu menyaksikan Selangor memungut 48 mata dari 21 perlawanan meninggalkan Perlis dengan hanya kelebihan dua mata sahaja di belakangnya.

June 21, 2009

Liga Super – Selangor Seri, Perlis Kembali Melonjak Ke Takhta Liga.

Selangor gagal meneruskan penguasaan di tangga teratas Liga Super apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban semalam.

Pasukan ‘Gergasi Merah’ itu yang kelihatan gementar dalam perlawanan itu sehingga membolehkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 seminit selepas babak kedua bermula menerusi Shahurain Abu Samah.

Ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah menyelamatkan Selangor apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 sekaligus membolehkan Selangor membawa pulang satu mata.

June 17, 2009

Liga Super – Asakan Perlis Berterusan, Selangor Masih Kekal Terajui Liga.

Selangor menewaskan Perak 1-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi untuk mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super dengan hanya satu mata mengatasi pencabar di tangga kedua, Perlis yang turut mencatat kemenangan.

Bagaimanapun, Selangor yang memungut 43 mata dari 18 perlawanan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Selepas buntu tanpa jaringan pada babak pertama, R. Surendran menggegarkan jaring Perak empat minit selepas babak kedua bermula selepas dia menyudahkan hantaran C. Premnath.

June 1, 2009

Kenyataan Akhbar FAM - Kelantan Dibenarkan Bermain Semula Di Kota Bharu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-13 yang bersidang pada 28 Mei 2009, telah membuat keputusan menarik balik pengantungan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV Kota Bahru berkuatkuasa dengan serta-merta. Keputusan ini dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan pada 10 April 2009 kepada Persatuan Bolasepak Kelantan.

Walaubagaimana pun Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa yang terdekat ini sebelum bermulanya semula pertandingan Liga Super pada 16 Jun nanti dimana pasukan Kelantan akan menentang pasukan Perak UPB Myteam di Kota Bahru.

May 31, 2009

Liga Super – Seri Dengan Kedah, Perlis Gagal Pintas Kedudukan Selangor Di Takhta Liga.

Perlis gagal mengambil peluang memintas kedudukan Selangor selaku pendahulu liga apabila sekadar seri 0-0 dengan Kedah dalam satu-satunya saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Keputusan seri ini hanya membolehkan Perlis menghampiri kedudukan Selangor dengan perbezaan satu mata tetapi Selangor berkelebihan satu perlawanan dalam tangan manakala Kedah yang tewas 0-1 kepada Perak tempoh hari gagal meningkatkan kedudukannya di tangga keempat dan ketinggalan satu mata di belakang Negeri Sembilan yang menghuni tangga ketiga liga.

May 24, 2009

Liga Super – Perlis Tewas Mengejut, Selangor Kini Muncul Pendahulu Liga.

Perlis tewas mengejut 0-2 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar malam tadi sekaligus terpaksa melepaskan kedudukannya selaku pendahulu liga kepada Selangor.

Selangor merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam.

Perlawanan antara Terengganu dan Perlis agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sasaran menyebabkan mereka terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

May 6, 2009

Liga Super – Situasi Kejar-Mengejar Selangor Dan Perlis Berlarutan.

Selangor terus menghambat kedudukan Perlis selaku pendahulu Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Pahang di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Pahang yang baru mendapat sentuhan jurulatih baru, Dollah Salleh membuka tirai jaringan menerusi Muhamad Badrul Hisani Abdul Rahman pada minit ke-55 namun berjaya disamakan oleh Selangor hasil jaringan ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah pada minit ke-65.

Empat minit kemudian, Mohd. Fitri Shazwan Raduwan memastikan Selangor membawa pulang tiga mata penuh dengan jaringan kemenangan untuk terus mengekori Perlis dengan ketinggalan hanya satu mata.

April 12, 2009

Liga Super – Selangor Dan Kelantan Terikat, Perlis Kekal Status Pendahulu.

Selangor dan Kelantan gagal mengatasi antara satu sama lain apabila terikat 1-1 dalam saingan Liga Super malam tadi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu yang menjadi tumpuan ekoran insiden rusuhan penyokong yang berlaku di Kota Bharu selepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan minggu lalu ternyata berlangsung dalam suasana tenang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit akhir babak pertama menerusi rembatan padu Indra Putra Mahayuddin sebelum Safee Sali menyelamatkan Selangor dengan gol penyamaan ketika permainan berbaki sebelas minit lagi untuk ditamatkan.

April 5, 2009

Liga Super – Perlis Kekal Di Takhta Liga, Selangor Dan Kelantan Turut Catat Kemenangan.

Perlis mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super buat minggu kedua berturut-turut apabila menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan turut mencatat kemenangan dalam perlawanan masing-masing untuk meneruskan tekanan ke atas Perlis sekaligus menjadikan perebutan takhta liga kini semakin sengit.

Para penyokong Perlis bagaimanapun tergamam seketika apabila menyaksikan pasukan kesayangan mereka terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-27 menerusi jaringan pemain lawan, Amir Shahreen Mubin.

April 1, 2009

Liga Super – Selangor Dan Kelantan Tumpas, Perlis Rampas Takhta Liga.

Pendahulu liga, Selangor dan pasukan di tangga kedua, Kelantan tewas mengejut dalam perlawanan masing-masing malam tadi bagi membolehkan Perlis melonjak untuk merampas kedudukan takhta liga buat pertama kalinya musim ini.

Perlis yang melakar kemenangan 1-0 ke atas Kuala Muda NAZA di Stadium Darul Aman kini memungut 22 mata dari sepuluh perlawanan meninggalkan kedua-dua pencabar terdekatnya itu dengan kelebihan satu mata. Gol kemenangan Perlis dijaringkan oleh Nizaruddin Yusof pada minit ke-22.

March 22, 2009

Liga Super – Selangor Kekal Pendahulu Liga, Kelantan Masih Pencabar Utama Kejuaraan Liga.

Selangor mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Liga Super apabila menewaskan Kuala Muda NAZA 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

KM NAZA yang belum pernah kalah di gelanggang sendiri musim ini kelihatan akan mengekalkan rekod itu apabila berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada babak pertama.

Bagaimanapun, Rudie Ramli memecahkan kebuntuan pada minit ke-68 apabila berjaya menggegar jaring lawan untuk gol pertama Selangor sebelum Fitri Shazwan menambah gol kedua ‘Red Giants’ pada minit ke-79.

March 1, 2009

Liga Super – Kedah Kembali Bersaing, Singa Utara Mula Intai Kedudukan Pendahulu Liga.

Kedah semakin mantap permainannya apabila terus mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super apabila membenam Terengganu dengan keputusan 3-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Walaupun masih dibelenggu kesedihan akibat tersingkir dari saingan Piala FA, skuad Hijau Kuning bangkit seperti harimau luka dengan mempamerkan aksi hebat di hadapan penyokong mereka yang kini mula membanjiri tempat duduk penonton semula.

Keputusan Liga Super – Dua Kad Merah Warnai Pertembungan Selangor Menentang Kelantan.

Selangor merampas semula kedudukan pendahulu Liga Super apabila menundukkan Kelantan 3-0 dalam pertembungan hangat di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pasukan Gergasi Merah dan Wira Merah itu akhirnya terpaksa menamatkan perlawanan dengan sepuluh pemain apabila dua kad merah dikeluarkan pengadil perlawanan dalam dua insiden berlainan, dengan pertembungan penyokong kedua-dua pasukan di tempat duduk penonton turut mewarnai perlawanan itu.

Next Page »