Category: Berita Liga Malaysia
December 21, 2009

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) telah mengumumkan senarai pemain dan pegawai skuad Liga Super Selangor untuk musim 2010 pada satu sidang media yang berlangsung di Wisma FAS, Kelana Jaya pada 1 Disember lalu.
Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad. Seramai enam pemain baru dibawa masuk iaitu Liew Kit Kong (KM Naza), Farderin Kadir (KM Naza), Bunyamin Umar (UPB-MyTeam), Safiq Rahim (KL Plus), Azrine Efendy Saduddin (Johor) dan Iqbal Suhaimi (Proton FC).
Mereka menyertai 17 pemain lama yang dikekalkan bagi menyaksikan skuad Selangor 2010 mempunyai keseluruhan 23 orang pemain.
December 4, 2009

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat untuk mengesahkan penyertaan pasukan dalam TM Liga Malaysia musim 2010.
FAM juga menetapkan 19 Disember adalah tarikh akhir bagi pendaftaran pemain untuk liga musim 2010 tersebut.
Perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor pula akan dilangsungkan pada 9 Januari 2010, bersamaan dengan tarikh perlawanan pertama TM Liga Malaysia.
June 12, 2009

Liga Super - PERAK UPB MYTEAM lwn TERENGGANU - 20 Jun 2009 (Sabtu) 8.45 mlm (Stadium MBPJ Kelana Jaya)
Perlawanan ini dipinda venue nya ke Stadium Selayang, tarikh, hari dan waktu adalah tidak berubah.
Liga Premier - SELANGOR PKNS lwn MELAKA - 19 Jun 2009 (Jumaat) 8.45 mlm (Stadium MBPJ Kelana Jaya)
Perlawanan ini dipinda venue nya ke Stadium Selayang, tarikh, hari dan waktu tidak berubah.
April 19, 2009


Naib juara 2008, Selangor berpeluang untuk menebus kehampaan tahun lalu apabila menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA setelah mengatasi cabaran sengit Perlis 2-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dua gol ketua pasukannya, Mohd Amri Yahyah pada setiap babak sudah cukup membantu Selangor melayakkan diri ke final dengan kemenangan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Utama Negeri, Kangar sebelum ini.
March 8, 2009


Pasukan Gergasi Merah, Selangor berjaya menempah tempat ke peringkat separuh akhir Piala FA apabila menundukkan Perak 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan suku akhir di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Selangor berjaya mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1 selepas turut menang 2-1 sewaktu pertemuan pertama di Ipoh hari Selasa lalu.
March 7, 2009

Tiga pasukan, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan kini sudah boleh memasang angan-angan ke saingan separuh akhir Piala FA apabila turun menentang lawan masing-masing dalam perlawanan kedua peringkat suku akhir di tempat sendiri malam ini.
Ketiga-tiga pasukan itu mempunyai bekalan satu gol selepas menang perlawanan pusingan pertama ke atas lawan mereka dan hanya memerlukan keputusan seri untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik Piala FA.
Satu lagi pasukan pilihan, Kelantan dijangka turut mampu layak ke peringkat separuh akhir walaupun berjaya diikat 1-1 oleh pasukan UPB My Team dalam perlawanan pertama di Petaling Jaya hari Selasa lalu.
March 4, 2009

Tiga pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas kepada lawan masing-masing dalam saingan suku akhir pertama Piala FA malam tadi, sekaligus menyukarkan peluang mereka untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Hanya satu pasukan tuan rumah iaitu UPB MyTeam yang berjaya mengikat pasukan pilihan, Kelantan 1-1 yang terpaksa bermain dengan sepuluh pemain di sepanjang babak kedua selepas pemainnya, Ahmad Azlan Zainal dilayangkan kad merah pada penghujung babak pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
March 3, 2009

Piala FA kini sudah memasuki peringkat suku akhir, dengan lapan pasukan berjaya melepasi halangan masing-masing dalam perjalanan merebut kejuaraan yang dijulang oleh Kedah dua musim berturut-turut.
Kedah bagaimanapun tidak akan mempertahankan kejuaraan yang dimiliki mereka itu setelah tersingkir angkara peraturan jaringan di tempat lawan, di mana UPB MyTeam menjadi pasukan yang bertuah atas peraturan itu.
Selangor, Perak, UPB MyTeam, Kelantan, T-Team, Negeri Sembilan, Harimau Muda dan Perlis adalah lapan pasukan yang akan bertarung di peringkat suku akhir hari ini bagi meneruskan pemburuan menjulang kejuaraan Piala FA.
February 28, 2009

Jurulatih Felda United, Reduan Abdullah menerima khabar buruk apabila beliau digantung dari tugasnya selama setahun oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersidang kelmarin. Beliau turut dikenakan denda RM4,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Reduan dihadapkan ke jawatankuasa itu atas kesalahan membuat kenyataan kepada media tentang ujian kecergasan Yoyo yang dikatakan kurang berkesan manakala ujian itu dikatakan tidak dijalankan bersungguh-sungguh oleh persatuan bola sepak negeri dan kelab menyebabkan tahap kecergasan pemain di negara ini menjadi bahan pertikaian banyak pihak.
February 25, 2009

Juara bertahan Piala FA, Kedah tersingkir dari perebutan kejuaraan yang dimenanginya dua tahun berturut-turut apabila hanya mampu seri 0-0 dengan UPB MyTeam dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.
Ekoran perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Darul Aman hari Sabtu lalu juga berkesudahan seri 1-1, MyTeam dikira menang berdasarkan peraturan gol di tempat lawan yang memihak kepada mereka.
Kelantan mudah melangkah ke peringkat suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas PDRM dalam perlawanan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sekaligus mara dengan agregat 8-2. Dalam perlawanan pertama, Kelantan membelasah PDRM 5-1 di Kota Bharu.


Perak terpaksa mengharungi masa tambahan sebelum berjaya melangkah ke peringkat seterusnya apabila berjaya menewaskan Kuala Muda NAZA 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi.
Kemenangan itu bermakna Perak berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 3-2 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Perak, Ipoh hari Sabtu lalu.
February 22, 2009

Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan di bawah bimbingan Ken Worden apabila menewaskan skuad Harimau Muda 2-1 dalam perlawanan pertama pusingan kedua saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.
Harimau Muda membuatkan penyokong pasukan tuan rumah tergamam apabila terlebih dahulu menemui sentuhan gol apabila Mohd Fadhli Shas menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-20.
Bagaimanapun, Terengganu segera bangkit memberi tentangan dan hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh Abdul Manaf Mamat.
February 17, 2009

1) Perlawanan Liga Super diantara PULAU PINANG lwn PDRM yang dijadual kan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 17 / 2 / 2009 telah dipinda ke venue baru iaitu STADIUM BATU KAWAN, Pulau Pinang.
Waktu perlawanan adalah tidak berubah iaitu pada pukul 8.45 malam. HARAP MAKLUM
January 31, 2009

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila mengumumkan yang harga tiket untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Perak akan diturunkan untuk menarik kembali minat penyokong Perak supaya datang ke stadium.
Tiket bagi tempat berbumbung yang sebelum ini berharga RM15 akan diturunkan kepada RM5 manakala tiket tempat duduk terbuka yang sebelum ini berharga RM8 akan diturunkan kepada harga semurah RM2.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kos hidup dalam negara yang semakin meningkat dan tahap kemampuan berbelanja yang semakin menurun, berita ini sudah tentu akan disambut dengan perasaan yang gembira oleh peminat-peminat bola sepak di Perak.
January 29, 2009

Semenjak Malaysia dibelasah 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011, hampir setiap hari pandangan demi pandangan diberi oleh khalayak untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Salah satu idea yang hebat berkumandang kini ialah desakan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka semula pintu untuk pemain import kembali bermain dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Walaupun idea itu telah diutarakan sebelum ini namun ia kembali dicanangkan sebagai satu jalan keluar dari masalah pemain kurang bermutu yang dikatakan punca kekalahan memalukan Malaysia kepada UAE itu.
January 27, 2009


Skuad Terengganu kini akan dibimbing oleh jurulatih import, Ken Worden dalam usaha Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) memulihkan semula prestasi skuad Penyu yang kian terumbang-ambing dalam saingan Liga Super.
Dari empat perlawanan, Terengganu hanya memungut tiga mata menerusi satu kemenangan hingga menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan drastik menggunakan khidmat Worden, sekaligus mengambil alih tugas jurulatih terdahulu, Mohd Nik yang kini ditugaskan untuk membantu Worden.
January 12, 2009


Dua kekalahan dan satu keputusan seri dalam tiga perlawanan awal Liga Super 2009 memperlihatkan betapa sengsaranya pasukan Kedah memulakan musim baru pada ketika reputasinya selaku juara ‘treble’ dua musim berturut-turut kini semakin terjejas.
Terlepas peluang menjulang Piala Sumbangsih di gelanggang sendiri angkara kekalahan 1-4 kepada Selangor, skuad Hijau Kuning masih belum menemui sentuhan yang menjulangnya selaku pasukan terhebat di Malaysia bagi tahun 2007 dan 2008.
Kini timbul sindiran yang mengatakan kekuatan Kedah selama ini hanya berdasarkan kehebatan tenaga importnya dan setelah tenaga anak tempatan digunakan 100%, Kedah seperti kehilangan taring terutama di jentera serangannya.
January 11, 2009


Selangor merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super apabila mudah menundukkan Negeri Sembilan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.
Turun tanpa Shukor Adan yang mengalami kecederaan, Negeri Sembilan yang sebelum ini menguasai tampuk liga gagal memberi tentangan bermakna kepada pasukan Selangor, dengan menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mendominasi perlawanan.
Berbekalkan sokongan lebih 30 000 orang penyokong setianya, Selangor begitu bersemangat memulakan permainan. Dengan penguasaan yang baik di bahagian tengah yang dikepalai oleh Amri Yahyah, Selangor beberapa kali mengancam kubu lawan dengan gerakan berbahaya.
January 9, 2009

Persatuan Penyokong Bola Sepak Kelantan mengumumkan yang mereka akan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma FAM pukul 3.00 petang hari ini ekoran keputusan badan induk bola sepak kebangsaan itu menjatuhkan hukuman ‘kalah percuma’ kepada Kelantan.
Kelantan dikatakan gagal menyediakan gelanggang perlawanan antara pasukan ‘Wira Merah’ itu dengan pasukan KL Plus dalam saingan Liga Super hari Sabtu lalu dengan sempurna.
Akibatnya, Kelantan diisytiharkan sebagai pasukan yang kalah dengan keputusan 0-3 manakala KL Plus mendapat durian runtuh apabila diberi tiga mata percuma.

Kenyataan Akhbar FAM.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Sesi 2007-2010 (JKPT) yang telah bersidang pada 7 Januari 2009 dan diantara lain-lain perkara yang telah dibincangkan adalah berhubung dengan perlawanan Liga Super diantara pasukan Kelantan dengan pasukan Kuala Lumpur PLUS yang sepatutnya diadakan pada 3 Januari yang lalu di Stadium Sultan Mahmud ke – IV di Kota Bharu, Kelantan.
January 7, 2009

Setelah memulakan saingan Liga Super dengan langkah kiri apabila tumbang 1-4 kepada Selangor dalam perlawanan pertama, Kedah terus mempamerkan aksi longlai, kali ini dibelasah 3-0 oleh Negeri Sembilan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman malam tadi.
Negeri Sembilan yang turut mencatat kemenangan 3-0 dalam perlawanan pertama ketika menentang Pulau Pinang, kini memimpin carta Liga Super, mengatasi Selangor dengan kelebihan jaringan gol.


Juara Piala Sumbangsih, Selangor mencatat kemenangan kedua dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Ketinggalan satu gol akibat jaringan awal Perak, Selangor bangkit dengan meledakkan tiga gol bagi meraih tiga mata lagi, sekaligus terus mengungguli carta Liga Super dengan memungut enam mata maksimum dari dua perlawanan.
January 6, 2009

Jurulatih Perak, M. Karathu yakin yang anak-anak buahnya akan memberi saingan sengit kepada pasukan Selangor, lebih-lebih lagi mereka baru mencatat kemenangan pertama 2-0 ke atas Kuala Muda NAZA, dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam hari ini.
Kemenangan itu, katanya pasti mencetus semangat baru buat pemain-pemain Perak untuk berhadapan dengan juara Piala Sumbangsih 2008 itu walaupun terpaksa bertandang ke tempat lawan.
January 4, 2009


Selangor menamatkan badi kekalahan kepada Kedah musim lalu apabila dengan mudah menundukkan pasukan Hijau Kuning 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh.
Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menyumbangkan dua gol manakala penyerang kebangsaan Safee Sali dan pemain skuad Piala Presiden, Zameer Zainun masing-masing menjaringkan gol bagi membolehkan Selangor turut merebut tiga mata Liga Super mengatasi barisan sepuluh pemain Kedah.
January 3, 2009


Setelah membuat persiapan rapi untuk menghadapi musim baru 2009, kini dua musuh tradisi bola sepak Malaysia, Selangor dan Kedah bakal membuka tirai Liga Malaysia dengan dua matlamat, menjulang Piala Sumbangsih dan merebut tiga mata pertama Liga Super.
Dua seteru utama Liga Malaysia itu memang diiktiraf sebagai dua pasukan terhebat di negara kita ketika ini, dengan Kedah mendahului Selangor dalam semua segi musim lalu.
Next Page »
|