Category: Berita Liga Juara Eropah
March 11, 2010


Wayne Rooney membantu Manchester United melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara Eropah selepas membenam cabaran AC Milan 4-0 di Old Trafford semalam.
Rooney menjaringkan satu gol pada setiap babak untuk membolehkannya mengumpul sejumlah 30 gol musim ini dan memadam sebarang harapan buat Milan yang memberikan peluang buat David Beckham bermain menentang bekas kelabnya itu dari mencatat kemenangan.
March 10, 2010


Nicklas Bendtner mencatat jaringan hatrik ketika membantu Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara Eropah selepas membelasah Porto 5-0 di Stadium Emirates semalam.
‘The Gunners’ tersungkur 1-2 dalam perlawanan pertama di tempat lawan dan terpaksa turun dalam perlawanan kedua itu tanpa ketua pasukannya, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan.
February 18, 2010


Lukasz Fabianski menjadi pemusnah kepada impian awal Arsenal apabila dua kesilapannya menyebabkan Arsenal tersungkur 1-2 kepada Porto dalam perlawanan pertama saingan kalah mati Liga Juara Eropah di Estadio do Dragao semalam.
Penjaga gol Poland itu diturunkan bagi menggantikan Manuel Almunia yang ditimpa kecederaan, berada di luar posisi sewaktu jaringan pertama Porto dihasilkan menerusi Varela pada minit ke-11 sebelum satu lagi kesilapannya pada minit ke-51 diambil kesempatan oleh Radamel Falcao untuk menyumbat gol kedua Porto.
February 17, 2010


Gol menarik Jean Makoun pada babak kedua memberikan Olympique Lyon kemenangan yang diperlukan apabila menewaskan Real Madrid 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara Eropah di Stade Gerland semalam.
Berikutan kebuntuan jaringan pada babak pertama yang menyaksikan Lyon lebih banyak melancarkan serangan, jaringan Makoun pada minit ke-47 sudah cukup memberikan kepedihan buat gergasi Sepanyol itu.


Dua gol pada babak kedua oleh Wayne Rooney membantu Manchester United mendapatkan bekalan yang diperlukan apabila menewaskan AC Milan 3-2 dalam perlawanan pertama saingan kalah mati Liga Juara Eropah di San Siro semalam.
Walaupun dikejutkan dengan gol awal jaringan Ronaldinho pada minit ke-3 yang menyempurnakan hantaran David Beckham, namun United bangkit dengan tiga jaringan yang menyebabkan para penyokong pasukan tuan rumah tergamam.
February 16, 2010
December 19, 2009


Jose Mourinho akan kembali ke Chelsea untuk membimbing Inter Milan dalam saingan 16 pasukan Liga Juara Eropah, manakala David Beckham turut berpeluang untuk kembali ke Old Trafford apabila finalis Liga Juara Eropah itu diundi bertemu dengan AC Milan.
Undian untuk fasa kedua dakam kejohanan utama kelab Eropah itu telah diadakan di Nyon semalam dan Chelsea, yang muncul juara kumpulan mengatasi Porto, akan berhadapan dengan tugas sukar bertemu dengan juara Itali, Inter Milan di tempat lawan.
December 10, 2009


Kempen berliku Liverpool dalam Liga Juara Eropah musim ini berakhir dengan kekalahan 1-2 kepada Fiorentina di Anfield semalam.
Tambah memilukan apabila pasukan pelawat memahat kemenangan menerusi gol lewat permainan oleh Alberto Gilardino pada minit kedua tambahan masa untuk memanjat ke persada Kumpulan E.
Turun dengan pandangan positif, Liverpool bermula dengan menyenaraikan Alberto Aquillani dalam kesebelasan utama manakala Fernando Torres kembali dari kecederaan otot untuk beraksi dalam 25 minit terakhir perlawanan.


Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kelima dan keenamnya dalam saingan kumpulan Liga Juara Eropah untuk Real Madrid pada ketika inspirasinya membantu gergasi Sepanyol itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas FC Zurich untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan C.
Keputusan itu melayakkan Madrid ke kelompok 16 pasukan terbaik dan persembahan baik Ronaldo membolehkan mereka ke saingan kalah mati dengan bergaya.
December 9, 2009


Chelsea menamatkan saingan kumpulan dalam Liga Juara Eropah dengan rekod tanpa kalah apabila seri 2-2 tetapi kelemahan bahagian pertahanan mereka sekali lagi terpancar selepas membenarkan APOEL menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan di Stamford Bridge semalam.
Chelsea kini gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka dan barisan pemain Carlo Ancelotti menerima kejutan awal apabila Marcin Zewlakow meletakkan APOEL di depan pada minit ke-6.


Michael Owen mencatatkan jaringan hatrik untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Wolfsburg di Volkswagon Arena semalam, di sebalik deretan kecederaan yang membelenggu juara England itu.
Ukuran kejayaan United itu dilihat pada ianya hanya kemenangan ketiga dalam sepuluh aksi menentang kelab Jerman di Eropah. Kenyataannya, mereka dapat mencatat kejayaan itu tanpa kehadiran beberapa pemain utama yang terpaksa direhatkan.
December 8, 2009


Petr Cech hampir pasti direhatkan dalam perlawanan terakhir pasukan Chelsea dalam saingan Liga Juara Eropah menentang APOEL hari ini tetapi bukan disebabkan oleh kesalahan yang dilakukannya dalam perlawanan menentang Manchester City hujung minggu lalu.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti secara terang menyalahkan Cech yang melepaskan gol sepakan percuma Carlos Tevez dalam saingan EPL hari Sabtu lalu, namun turut meletakkan kesalahan atas kekalahan 1-2 itu kepada barisan pemain tengahnya kerana tidak menjana bahagian tengah dengan baik.
November 26, 2009


Penyandang juara, Barcelona mara ke puncak kumpulannya dalam saingan Liga Juara Eropah selepas menumpaskan pendahulu sebelumnya, Inter Milan 2-0 di Nou Camp semalam.
Barca mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini andainya mereka tewas dalam perlawanan ini namun skuad bimbingan Pep Guardiola membuktikan sebaliknya untuk menempah tempat ke fasa kalah mati bersama 15 pasukan lain.
November 25, 2009


Liverpool akhirnya mencatat kemenangan setelah gagal melakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini apabila mereka mengalahkan Debrecen 1-0 di Hungary semalam namun terpaksa menelan keperitan tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah.
‘The Reds’ perlukan kemenangan untuk membuka peluang melayakkan diri dalam kalangan 16 pasukan terakhir namun impian mereka berakhir selepas mengetahui saingan mereka, Fiorentina menang 1-0 ke atas Olympique Lyon di Florence yang memberikan kelab Itali itu tiket ke saingan seterusnya.
November 24, 2009
November 5, 2009


Liverpool kecewa yang amat sangat dek angkara gol saat akhir yang mengakibatkan impian untuk meneruskan kempen menjulang kejuaraan Liga Juara Eropah musim ini hancur berkecai.
Liverpool yang perlu menang perlawanan itu akhirnya akur dengan hanya memungut satu mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Olympique Lyon di Stade de Gerland semalam.
November 4, 2009


Didier Drogba menjaringkan gol sekembalinya ke saingan peringkat Eropah untuk membantu Chelsea menyertai kelompok 16 pasukan dalam saingan Liga Juara Eropah walaupun kecemerlangannya gagal mengekalkan rekod kemenangan 100%, sebaliknya hanya seri 2-2 dengan Atletico Madrid di Vicente Calderon semalam.
Drogba terlepas tiga perlawanan awal Kumpulan D akibat menjalani hukuman penggantungan tetapi dia kembali berada dalam kesebelasan utama dan kelihatan akan memberikan skuad Carlo Ancelotti kemenangan dengan dua gol pada lapan minit terakhir.


AC Milan dan Real Madrid memungut satu mata apabila terikat 1-1 dalam saingan Liga Juara Eropah di San Siro semalam meletakkan kedua-dua pasukan di landasan tepat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Karim Benzema memberikan Real gol pendahuluan pada minit ke-29 namun Ronaldinho menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti enam minit kemudian.
Alexandre Pato berjaya menjaringkan gol yang agak kontroversi namun dibatalkan manakala Dida menafikan percubaan Raul pada minit akhir perlawanan yang hampir memberikan kemenangan kepada Real.


Gol sendiri Georgi Shennikov pada minit akhir perlawanan menyelamatkan rekod kemenangan Manchester United di tempat sendiri dalam saingan Liga Juara Eropah apabila mereka berhempas pulas untuk mencatat keputusan seri 3-3 dengan CSKA Moscow sekaligus melayakkan diri ke fasa kalah mati.
Ketinggalan 1-3 ketika permainan berbaki enam minit untuk ditamatkan, skuad Sir Alex Ferguson berkampung di kawasan lawan, berhasil merapatkan kedudukan menerusi Paul Scholes sebelum rembatan Antonio Valencia dari jarak 25 meter terkena Shennikov sebelum membias masuk ke gawangnya sendiri.
November 3, 2009
October 23, 2009


Chelsea melayakkan diri mereka ke fasa kalah mati saingan Liga Juara Eropah dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas Atletico Madrid di Stamford Bridge semalam.
Gol pada setiap babak oleh pemain antarabangsa Ivory Coast, Solomon Kalou, rembatan padu Frank Lampard dan jaringan sendiri Luis Perea mengekalkan rekod tanpa kalah Chelsea dan membolehkan ‘The Blues’ mengungguli Kumpulan D.
Next Page »
|