Category: Berita La Liga
April 12, 2010


Barcelona mempamerkan aksi bertaring apabila menundukkan seteru ketatnya, Real Madrid 2-0 dalam pertembungan El-Clasico di Bernabeu semalam dan kini kembali menguasai takhta liga.
Gol ke-40 Lionel Messi musim ini dalam semua kejohanan membolehkan juara Eropah dan Sepanyol itu meranapkan rekod tanpa kalah Madrid di tempat sendiri dan juga membolehkan Barca kini mendahului lawannya itu dengan kelebihan tiga mata.
March 8, 2010


Real Madrid merampas takhta liga apabila mencatat kemenangan dramatik saat akhir 3-2 ke atas Sevilla di Bernabeu semalam.
Rafael van der Vaart menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk membolehkan Real menamatkan perlawanan yang mencemaskan buat mereka setelah ketinggalan 0-2 pada satu ketika.
January 26, 2010


Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendakwa kad merah yang diterimanya ketika Real Madrid mengatasi Malaga 2-0 dalam saingan La Liga adalah tidak adil buatnya di sebalik insiden patah tulang hidung yang dialami Patrick Mtiliga akibat hayunan tangannya.
Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Madrid sebelum insiden hitam itu berlaku pada minit ke-70, telah meminta maaf dari Mtiliga selepas perlawanan tetapi tindakannya membantah keputusan pengadil itu mengundang kemarahan kem Malaga.
January 25, 2010


Barcelona menewaskan Real Valladolid 3-0 semalam untuk terus menjarakkan diri kepada lapan mata selaku pendahulu liga, selain mencatat sejarah pertama kali mengekalkan rekod tanpa kalah buat separuh musim ini dalam saingan liga.
Xavi, Daniel Alves dan Lionel Messi menjaringkan gol buat menyuntik semangat positif buat juara Sepanyol itu, di mana jurulatihnya, Pep Guardiola menamatkan spekulasi tentang masa depannya dengan bersetuju menandatangani tambahan kontrak setahun.
January 19, 2010


Presiden Barcelona, Joan Laporta menolak spekulasi tentang kemungkinan perpindahan pengurusnya, Pep Guardiola ke Manchester United dan menegaskan yang pengurusnya itu akan menandatangani perjanjian baru di Nou Camp.
Pengurus berusia 39 tahun itu dikaitkan dengan laporan untuk berpindah ke Manchester United bagi menggantikan Sir Alex Ferguson selepas mempamer kemampuan membimbing Barca mencatat prestasi memberangsangkan.
January 18, 2010


Barcelona membelasah Sevilla 4-0 dibantu oleh dua gol Lionel Messi untuk membolehkan mereka menjarakkan diri dari pesaing di tempat kedua, Real Madrid yang tewas kepada Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam.
Barca meningkatkan jurang kepada lima mata ketika baru separuh musim berlangsung selepas Real Madrid tumpas mengejut 0-1 kepada Bilbao menerusi jaringan minit ke-3 oleh Fernando Llorente.
January 3, 2010


Barcelona mencicirkan mata di tempat sendiri buat pertama kali musim ini dalam saingan La Liga apabila diikat 1-1 oleh Villareal di Nou Camp.
Skuad bimbingan Pep Guardiola mempamerkan enam trofi kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2009 sebelum perlawanan bermula sebagai satu keraian untuk perlawanan pertama mereka pada tahun baru.
December 1, 2009


Gol sepakan voli menakjubkan dari Zlatan Ibrahimovic pada awal babak kedua sudah cukup memberikan Barcelona kemenangan berharga 1-0 ke atas seteru utamanya, Real Madrid dalam pertembungan yang dikenali sebagai ‘El-Clasico’ di Nou Camp semalam dan melonjakkan semula juara bertahan itu ke puncak La Liga semula.
Ibrahimovic menggantikan Thierry Henry sebaik bermula babak kedua dan meletakkan Barca di depan hanya selepas berada lima minit di padang selepas dia menyudahkan hantaran lintang Dani Alves.
November 9, 2009


Barisan sepuluh pemain Real Madrid meneruskan rentetan kemenangan ke atas seteru setempat, Atletico Madrid di Vicente Calderon, bagaimanapun mereka terpaksa mengharungi detik sukar sebelum menang 3-2 walaupun mendahului dengan tiga gol pada satu ketika.
Real tidak pernah tewas dalam saingan liga di stadium tersebut sejak musim 1998/99 dan mereka kelihatan akan merakamkan satu lagi kemenangan mudah menerusi gol-gol jaringan Kaka, Marcelo dan Gonzalo Higuain yang menunjukkan penguasaan penuh dalam lebih tiga perempat perlawanan.
November 8, 2009


Pedro meledakkan dua gol tatkala Thierry Henry menjaringkan gol pertamanya musim ini untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan 4-2 ke atas Real Mallorca di Bernabeu semalam.
Kemenangan ini mengkekalkan kedudukan Barca di takhta liga tanpa perlu menunggu keputusan perlawanan antara seteru ketatnya, Real Madrid yang akan menentang kelab setempat, Atletico Madrid dalam satu lagi perlawanan.
November 2, 2009


Pendahulu liga, Barcelona dinafikan kemenangan pada saat akhir apabila gol sendiri Gerard Pique memaksa mereka menelan kepahitan seri 1-1 dengan Osasuna di Estadio Reyno de Navarra semalam.
Pique berusaha mengeluarkan bola selepas kesilapan Rafa Marquez yang gagal mengawal Javier Camunas tetapi pemain pertahanan Sepanyol itu tertolak masuk bola ke gawang sendiri.


Gonzalo Higuain meledakkan dua gol pada ketika sepuluh pemain Real Madrid menampilkan persembahan mengkagumkan untuk menundukkan pesaing setempat, Getafe 2-0 di Bernabeu semalam dan menamatkan prestasi tidak menentu dalam saingan kejohanan tempatan.
Madrid turun dalam perlawanan ini dengan penuh tekanan berikutan kekalahan memalukan 0-4 kepada pasukan Liga Ketiga, Alcorcon dalam saingan Copa del Rey pada hari Selasa lalu, kekalahan ketiga mereka dari lima perlawanan menyebabkan media Sepanyol membuat pelbagai spekulasi tentang kedudukan jurulatihnya, Pep Guardiola.
October 27, 2009


Seydou Keita mencatat jaringan hatrik pada ketika Barcelona bangkit semula dari prestasi hambar sebelum ini dengan persembahan mengkagumkan untuk membelasah Real Zaragoza 6-1 di Nou Camp semalam.
Zlatan Ibrahimovic mempamer aksi menarik manakala Lionel Messi menjaringkan satu lagi gol di mana skuad Catalan itu meratah skuad pelawat dengan kembali mempamerkan corak permainan yang membolehkan mereka menjulang tiga kejuaraan musim lalu iaitu Liga Primera Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara Eropah.
October 26, 2009


Real Madrid terencat tanpa kehadiran empat penyerangnya menyebabkan mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Sporting Gijon dalam saingan Liga Primera Sepanyol di El Molinon semalam.
Sudahpun kehilangan Cristiano Ronaldo dan Ruud van Nistelrooy akibat kecederaan, jurulatih Madrid, Manuel Pelledrini juga tidak menyenaraikan Karim Benzema dan Gonzalo Higuain yang tidak menyertai kunjungan ke Gijon. Tanpa kehadiran penyerang berbisa, jentera serangan Madrid buntu untuk menggegar jaring lawan.
October 19, 2009


Barcelona menyaksikan jurang mata antaranya dengan Real Madrid semakin menipis kepada satu mata sahaja selepas mereka terikat 0-0 dengan Valencia dalam saingan La Liga di Mestalla semalam.
Pablo Hernandez melepaskan peluang menjaringkan gpl pada babak pertama dan rakan serangannya, Juan Mata turut terlepas beberapa peluang manakala percubaan terbaik dari David Silva diselamatkan oleh Victor Valdes.


Pemecah rekod, Raul membantu Real Madrid kembali ke landasan kemenangan apabila menjaringkan dua gol untuk menewaskan Real Valladolid 4-2 dalam saingan Liga Primera Sepanyol di Bernabeu semalam.
Raul telah dianugerahi trofi oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez sejurus sebelum permulaan perlawanan atas kejayaannya memecahkan rekod Manuel Sanchis sebagai pemain paling banyak mewakili gergasi Sepanyol itu.
October 6, 2009


Rekod kemenangan 100% Real Madrid dalam saingan Liga Primera Sepanyol lebur di Ramon Sanchez Pizjuan apabila tewas 1-2 kepada Sevilla yang kini menang lima dari enam perlawanan pertama mereka.
Kehilangan beberapa pemain bintang, Real bermain tanpa arah pada babak pertama dan mereka ketinggalan pada minit ke-33 hasil tandukan Gonzales Jesus Navas.
October 5, 2009


Gol tunggal babak pertama oleh Pedro Rodriguez sudah cukup memberikan Barcelona kemenangan tipis 1-0 ke atas Almeria di Nou Camp semalam di mana skuad Catalan itu dikerah bekerja keras sebelum mencatat kemenangan keenam dalam saingan La Liga musim ini.
Pemain muda kelahiran Tenerife itu meledakkan gol pada minit ke-31, gol keduanya bersama pasukan utama Barca dan gol kemenangan itu menutup persembahan hambar yang dipamerkan Barca dalam perlawanan itu.
September 25, 2009


Cristiano Ronaldo sudahpun mencatat sejarah di Real Madrid apabila menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan pertama buat kelab itu.
Bekas pemain sayap Manchester United yang menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia sebanyak 80 juta pound, menjaringkan gol pertama yang menakjubkan ketika Real menewaskan barisan sepuluh pemain Villareal 2-0 di Estadio El Madrigal semalam.
September 14, 2009


Zlatan Ibrahimovic dan Lionel Messi masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua untuk membolehkan Barcelona mencatatkan kemenangan kedua dari dua perlawanan ke atas Getafe 2-0 di Coliseum Alfonso Perez semalam.
Ibrahimovic yang menjaringkan satu gol sewaktu kemenangan 3-0 Barca ke atas Sporting Gijon dalam perlawanan pertama, membalas harga yang dibayar ke atasnya dengan menjaringkan gol pertama Barca pada minit ke-65.
September 2, 2009


Barcelona memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan liga yang dimenanginya musim lalu dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Sporting Gijon dalam perlawanan pertama di Nou Camp semalam.
Gol pada babak pertama oleh Bojan Kirkic dan Seydou Keita meletakkan Barca dalam kedudukan selesa dan pemain yang baru menyertai kelab itu, Zlatan Ibrahimovic melengkapkan kemenangan Barca dengan jaringan ketiga pada lewat permainan, yang juga gol pertamanya bersama Barca musim ini.
August 30, 2009


Cristiano Ronaldo mencatat nama sebagai penjaring tatkala Real Madrid memulakan kempen liga dengan sedikit goyah walaupun akhirnya mencatat kemenangan 3-2 ke atas Deprotivo La Coruna di Bernabeu semalam.
Manuel Pellegrini memilih tujuh dari lapan pemain baru yang dibeli Real untuk menganggotai kesebelasan utama termasuk Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema namun Lassana Diarra paling mencuri tumpuan dengan jaringan kemenangan pada pertengahan babak kedua.
June 15, 2009


Pengarah Sukan Valencia, Fernando Gomez menafikan laporan media yang mengatakan persetujuan telahpun dicapai untuk menjual David Villa kepada Real Madrid.
Spekulasi di Sepanyol bertiup kencang sejak minggu lalu yang Villa dalam proses terakhir menyertai kumpulan bintang himpunan Presiden Real Madrid, Florentino Perez sekaligus menuruti langkah perpindahan bernilai 56 juta pound milik Kaka dan perpindahan hampir pasti 80 juta pound milik Cristiano Ronaldo.
May 18, 2009


Sambutan selaku juara Liga Primera Sepanyol oleh Barcelona tercemar ekoran kekalahan 1-2 yang diterimanya kepada Real Mallorca di tempat lawan semalam.
Dengan Real Madrid tewas kepada Villareal pada hari Sabtu lalu membolehkan Barca dikalungkan dengan gelaran juara liga, dijangkakan Barca akan turun dalam perlawanan itu dengan mempamerkan persembahan yang menghiburkan.
Samuel Eto’o seolah-olah menepati ramalan itu dengan menjaringkan gol pembukaan selepas sepuluh minit perlawanan berlangsung, yang juga golnya yang ke-29 musim ini tetapi bermula pada saat itu, segalanya serba tidak menjadi buat pemain dan kelab itu termasuk sepakan penalti pada saat akhir yang gagal disempurnakan oleh Eto’o.
May 12, 2009


Barcelona terpaksa menunggu lagi sebelum dapat menjulang kejuaraan Liga Primera Sepanyol yang pertama di bawah bimbingan Pep Guardiola selepas dipaksa seri 3-3 oleh Villareal di Nou Camp semalam.
Barca kelihatan hampir pasti menjadi juara setelah kemenangan menakjubkan 6-2 ke atas pesaing terdekatnya, Real Madrid, keputusan yang menyaksikan mereka melebarkan jurang mata kepada tujuh mata pada ketika musim ini berbaki empat perlawanan.
Kekalahan Real Madrid 0-3 kepada Valencia hari Sabtu lalu bermakna mereka sepatutnya mengesahkan kejuaraan liga musim ini dengan menewaskan perlawanan menentang Villareal.
Next Page »
|