IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Kelayakan Piala Dunia

December 2, 2009

FIFA Tamatkan Impian Ireland Untuk Ke Afrika Selatan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menegaskan kepada Republik Ireland adalah mustahil buat negara itu menempatkan diri di pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas ada permintaan dari Ireland agar pasukan yang bertanding ditambah menjadi 33 pasukan.

Ireland amat berharap diadakan perlawanan ulangan ‘play-off’ menentang Perancis selepas Thierry Henry secara terangan menggunakan tangan untuk mengawal bola sebelum mengumpan kepada William Gallas yang menyudahkannya untuk gol penyamaan Perancis, namun permintaan itu ditolak.

November 21, 2009

FIFA Tolak Rayuan Ireland Untuk Adakan Perlawanan Ulangan.

Harapan terakhir Republik Ireland untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia tahun hadapan dileburkan oleh keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menolak rayuan mereka agar diadakan perlawanan ulangan menentang Perancis.

Perlawanan ulangan itu diminta oleh Ireland berdasarkan kontroversi yang timbul dalam perlawanan play-off di Paris di mana kedua-dua pasukan akhirnya terikat dengan keputusan seri 1-1. Perancis layak ke Afrika Selatan dengan agregat 2-1 selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas lawan mereka itu di Dublin dalam perlawanan pertama.

November 20, 2009

Play-Off Piala Dunia – Portugal Layak Ke Afrika Selatan.

Portugal berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia dengan bergaya apabila menewaskan Bosnia-Herzegovina 1-0 dalam perlawanan kedua play-off di Stadium Olympic semalam sekaligus menang dengan agregat 2-0.

Selepas menang 1-0 di Lisbon minggu lalu, pasukan bimbingan Carlos Queiroz menampilkan persembahan lebih menarik untuk menempah tempat ke Afrika Selatan.

Play-Off Piala Dunia – Perancis Sahkan Tempat Ke Afrika Selatan.

William Gallas meledakkan jaringan yang amat diperlukan untuk memandu Perancis ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas mencatat kemenangan kontroversi secara agregat ke atas Republik Ireland. Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan kedua play-off di Stade de France semalam.

Pemain pertahanan Arsenal itu melepaskan rembatan dari jarak dekat 13 minit selepas bermula masa tambahan untuk membunuh harapan Ireland untuk membuat kejutan melangkah ke Afrika Selatan.

November 18, 2009

Jadual Perlawanan Play-Off Eropah Saingan Kelayakan Piala Dunia.

November 15, 2009

Play-Off Piala Dunia – Perancis Kini Selangkah Ke Afrika Selatan.

Nicolas Anelka meletakkan Perancis hanya selangkah ke pusingan akhir Piala Dunia selepas menewaskan Republik Ireland 1-0 dalam perlawanan pertama play-off di Croke Park semalam.

Rembatan Anelka pada minit ke-72 itu membias masuk melepasi Shay Given selepas terkena pemain pertahanan Ireland, Sean St. Ledger, sudah cukup untuk memberikan skuad Giovanni Trapattoni itu kekalahan pertama dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan memberikan Perancis kelebihan gol di tempat lawan.

Nigeria Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Keempat.

Nigeria mengalahkan Kenya 3-2 di Nairobi untuk menamatkan saingan kelayakan selaku juara Kumpulan B zon Afrika sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.

Nigeria mengungguli Kumpulan B dengan kelebihan hanya satu mata mengatasi Tunisia yang tewas 0-1 kepada Mozambique.

Nigeria mengutip 12 mata, pada awalnya ketinggalan dua mata di belakang Tunisia sebelum perlawanannya menentang Kenya. Bagaimanapun, gol kemenangan pada saat akhir oleh Mozambique ke atas Tunisia di Maputo memberikan laluan buat Nigeria ke Afrika Selatan.

‘Play-Off’ Piala Dunia - New Zealand Akhirnya Layak Ke Afrika Selatan.

New Zealand menempah tempat ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun hadapan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Bahrain dalam perlawanan kedua ‘play-off’ di Wellington semalam.

Penyerangnya, Rory Fallon menanduk masuk gol kemenangan pasukannya pada penghujung babak pertama manakala penjaga golnya, Mark Paston menafikan sepakan penalti pasukan lawan untuk membantu New Zealand ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

October 23, 2009

Perlawanan ‘Play-Off’ Kelayakan Piala Dunia 2010 Peringkat Eropah.

Perancis, Portugal, Russia dan Greece dikelompokkan sebagai pasukan pilihan ketika undian perlawanan ‘play-off’ kelayakan Piala Dunia 2010 peringkat Eropah diadakan semalam.

Keempat-empat pasukan, yang menamatkan saingan kelayakan di tangga kedua kumpulan masing-masing memperolehi keistimewaan itu selepas berada dalam kedudukan empat teratas dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan FIFA dari lapan pasukan Eropah yang akan bersaing dalam perlawanan ‘play-off’.

Empat lagi pasukan yang turut akan berentap dalam perlawanan ‘play-off’ untuk melayakkan diri ke Afrika Selatan tahun hadapan ialah Ukraine, Republik Ireland, Bosnia-Herzegovina dan Slovenia.

October 16, 2009

Kelayakan Piala Dunia – England Pulihkan Semangat Dengan Belasah Belarus.

Peter Crouch mempamerkan semangat tingginya untuk menjadi sebahagian kesebelasan utama Fabio Capello pada ketika England menamatkan saingan kelayakan Piala Dunianya dengan kemenangan mudah 3-0 ke atas Belarus di Wembley semalam.

Menjelang permulaan kepada perlawanan menentang Belarus, Capello menggambarkan yang hanya tujuh posisi dari barisan 23 pemain dalam skuad utamanya telahpun berada dalam perancangannya.

October 15, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Argentina Sahkan Tempat Ke Piala Dunia 2010.

Skuad bimbingan Diego Maradona, Argentina mengesahkan tempatnya di pusingan akhir Piala Dunia tahun hadapan apabila jaringan lewat permainan oleh Mario Bolatti membantu mereka menewaskan Uruguay 1-0 di Montevideo dalam saingan kelayakan zon Amerika Selatan semalam sekaligus menamatkan harapan Uruguay untuk melayakkan diri secara automatik ke Afrika Selatan.

Bolatti hanya memperolehi tiga ‘cap’ mewakili Argentina, meledakkan jaringan lima minit sebelum tamat perlawanan selepas benteng pertahanan Uruguay gagal mengekang hantaran Juan Sebastian Veron.

October 14, 2009

Video Pilihan – Ukraine 1 vs England 0 (Kelayakan Piala Dunia 2010).

Robert Green menjadi penjaga gol pertama England yang dibuang padang ketika Fabio Capello menyaksikan rekod kemenangan 100%nya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 hancur berkecai setelah kalah 0-1 kepada Ukraine di Stadium Dnipro hari Sabtu yang lalu.

Green menerima hukuman itu atas kesalahan profesional hanya selepas 15 minit perlawanan berlangsung dan menyaksikan kerapuhan benteng pertahanan paling teruk sejak England dibimbing oleh Capello.

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2010.

October 13, 2009

Argentina Kembali Hidupkan Peluang, Palermo Pencipta Keajaiban – Maradona.

Maradona menggelarkan Martin Palermo sebagai pencipta keajaiban selepas gol saat akhir penyerang veteran itu ketika menentang Peru malam Sabtu lalu menyemarakkan semula peluang Argentina untuk melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

Argentina berada dalam ‘kegelapan’ selepas gol penyamaan Hernan Rengifo pada penghujung perlawanan memadam kelebihan milik Argentina hasil jaringan Gonzalo Higuain.

Semangat Drogba Membara Untuk Bantu Ivory Coast Catat Sejarah.

Selepas jaringannya gol hari Sabtu lalu mengesahkan tempat Ivory Coast ke pusingan akhir Piala Dunia 2010, Didier Drogba memberi amaran yang pasukan negaranya kini bersemangat membara untuk mencipta sejarah dan menjadi negara Afrika pertama merangkul kejuaraan kejohanan yang berprestij itu.

Drogba menjaringkan gol hanya tiga minit selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Malawi untuk mengikat keputusan 1-1 dan memastikan Ivory Coast mengikut jejak Ghana layak ke Afrika Selatan.

October 12, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Bolivia Sentap Semangat Brazil.

Kelebihan bermain di tempat sendiri di La Paz sekali lagi menjadi faktor penting buat Bolivia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan semalam.

Pada ketika Dunga menurunkan pasukan kedua dalam kesebelasan utamanya berikutan Brazil sudahpun layak ke pusingan akhir di Afrika Selatan tahun depan, Bolivia pula berpesta meraikan satu lagi kejayaan menundukkan salah satu kuasa besar bola sepak rantau itu.

October 10, 2009

Maradona Tidak Akan Berundur Dari Tugasnya Membimbing Argentina.

Jurulatih Argentina, Diego Maradona menafikan yang beliau berundur dari tugasnya walaupun berselisih pendapat dengan Pengarah Teknikal Argentina, Carlos Bilardo.

Maradona dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan bahawa apa pun yang berlaku dalam dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia pada minggu ini, yang mungkin menyaksikan Argentina tersingkir dari layak ke kejohanan sebenar, beliau bersedia menyerahkan nasibnya kepada badan bola sepak negara itu.

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2010.

September 12, 2009

Video Pilihan - Argentina 1 vs Brazil 3 (Kelayakan Piala Dunia 2010).

Brazil membuktikan yang mereka sememangnya jaguh Amerika Selatan apabila mengenepikan cabaran musuh ketatnya, Argentina 3-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari Rabu lalu.

Kemenangan itu membolehkan Brazil melayakkan diri ke Afrika Selatan tahun hadapan manakala Argentina pula perlu menang baki perlawanannya untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia.

September 11, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Brazil Jadikan Chile Mangsa Terbarunya.

Jaringan hatrik oleh Nilmar membantu Brazil mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu kumpulan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan dengan mengenepikan cabaran Chile 4-2 di Salvador semalam.

Di sebalik kehilangan Felipe Melo yang dibuang padang pada awal babak kedua, Brazil turut cemas apabila Chile berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan pada satu ketika namun mereka membuktikan kehebatan dengan menambah dua gol lagi bagi mencatat satu lagi kejayaan walaupun mereka sebenarnya telah pun layak ke Afrika Selatan selepas menang 3-1 ke atas Argentina minggu lalu.

Kelayakan Piala Dunia – Sepanyol Tempah Tempat Ke Piala Dunia Dengan Bergaya.

Sepanyol mengesahkan tempatnya ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan apabila menundukkan Estonia 3-0 di Merida hasil gol-gol jaringan Cesc Fabregas, Santi Cazorla dan Juan Manuel Mata.

Dengan Bosnia-Herzegovina terikat 1-1 dengan Turki dalam satu lagi perlawanan, kemenangan Sepanyol itu sudah cukup meletakkan mereka selaku juara Kumpulan 5 zon Eropah.

September 10, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Kedudukan Argentina Tambah Sukar, Paraguay Layak Ke Afrika Selatan.

Paraguay melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunianya yang keempat selepas menewaskan barisan sepuluh pemain Argentina 1-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan di Asuncion semalam.

Penyerang Nelson Haedo menjaringkan gol kemenangan Paraguay pada minit ke-27 untuk memastikan negaranya layak ke Afrika Selatan tahun depan, menyebabkan pasukan bimbingan Diego Maradona menerima kekalahan ketiga dalam saingan kelayakan kali ini dan kekalahan keempat kepada Paraguay dalam enam saingan kelayakan.

Kelayakan Piala Dunia – Croatia Jadi Mangsa, England Sahkan Tempat Ke Piala Dunia 2010.

Dua tahun selepas kejayaan Croatia di Wembley dengan menyingkirkan England dari saingan EURO 2008 dan Steve McLaren pula kehilangan jawatannya, Fabio Capello menunjukkan cara sebenar bagaimana England boleh berjaya di bawah bimbingannya.

Frank Lampard dan Steven Gerrard masing-masing meledakkan dua gol manakala Wayne Rooney melengkapkan malam gemilang England untuk memastikan kemenangan besar 5-1 ke atas Croatia sekaligus membalas dendam kegagalan layak ke saingan sebenar EURO 2008.

September 7, 2009

Kelayakan Piala Dunia – Sepanyol Mudah Belasah Belgium Hasil Kecemerlangan Dua David.

Sepanyol meneruskan prestasi cemerlang dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 apabila mudah membelasah Belgium 5-0 di Bernabeu sekaligus melebarkan rekod kemenangan mereka kepada tujuh perlawanan dari tujuh perlawanan Kumpulan 5 zon Eropah.

Bagaimanapun, Sepanyol belum mampu mengesahkan tempat mereka ke saingan sebenar Piala Dunia tahun depan apabila pasukan di tangga kedua, Bosnia-Herzegovina turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Armenia dalam perlawanan terdahulu, menyaksikan juara Eropah itu hanya akan memastikan tempatnya dengan memungut enam mata lagi dari baki tiga perlawanan kumpulan itu.

Penyerang kembar Valencia, David Villa dan David Silva kedua-duanya menghasilkan dua jaringan setiap seorang manakala satu gol lagi dihasilkan oleh Gerard Pique. Villa turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23 pada ketika perlawanan masih terikat tanpa jaringan.

Kelayakan Piala Dunia – Brazil Buktikan Kehebatan Dengan Tundukkan Argentina.

Brazil muncul pasukan pertama Amerika Selatan yang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan apabila menundukkan seteru ketatnya, Argentina 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia di Rosario semalam.

Ketajaman Luis Fabiano selain sumbangan gol Luisao membantu juara dunia lima kali itu menempah tiket ke saingan sebenar Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Next Page »