IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Kejohanan Piala Asia

January 8, 2010

Kelayakan Piala Asia – Malaysia Tewas Tipis Kepada UAE.

Pemain gantian, Ahmed Khalil menjaringkan gol kemenangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada masa kecederaan untuk membantu pasukannya menewaskan Malaysia 1-0 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Al Shabab semalam.

Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan tetapi gagal menyempurnakan beberapa peluang yang diperolehi mereka sehingga bekas Pemain Muda Terbaik Tahunan AFC, Khalil meledakkan gol kemenangan yang amat diharapkan itu.

Malaysia perlu menang perlawanan terakhir ini untuk membuka semula peluangnya menyertai Uzbekistan layak ke pusingan akhir di Qatar tahun depan tetapi kemenangan kedua UAE ini menyebabkan Malaysia tanpa mata dari empat perlawanan.

November 19, 2009

Kelayakan Piala Asia – Uzbekistan Layak Ke Qatar, Malaysia Tersungkur Lagi.

Uzbekistan melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 apabila mengekalkan rekod kemenangan 100% mereka dalam saingan Kumpulan C selepas menewaskan Malaysia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang semalam.

Anvar Gafurov dan Bakhodir Nasimov menjaringkan gol buat Uzbekistan pada setiap babak sebelum Badrol Bakhtiar membalas dengan satu gol buat Malaysia ketika permainan berbaki 20 minit.

November 18, 2009

Kelayakan Piala Asia – Malaysia vs Uzbekistan.

Malaysia dijadualkan bertemu dengan Uzbekistan dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ini adalah perlawanan ketiga buat Malaysia selepas pertemuan menentang Uzbekistan di tempat lawan pada 14 November lalu di mana Malaysia tewas 1-3 dalam perlawanan itu. Malaysia turut tewas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan pertama di Cheras.

November 15, 2009

Kelayakan Piala Asia – Malaysia Tewas Mudah Kepada Uzbekistan.

Uzbekistan meletakkan kedudukan mereka dalam laluan selesa ke pusingan akhir Piala Asia 2011 selepas dua gol jaringan Alexander Geynrikh membantu pasukan Asia Tengah itu menang 3-1 ke atas Malaysia di Tashkent semalam.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, pasukan tuan rumah berada di depan sebaik babak kedua bermula menerusi jaringan Server Djeparov sebelum Geynrikh meledakkan dua gol lagi pada minit ke-57 dan 65 untuk Uzbekistan selesa di depan.

January 22, 2009

Impian Palsu Belaka – Malaysia Tersungkur Dibaham UAE.

Sesuatu yang positif diharapkan dari pasukan Malaysia oleh peminat bola sepak tanah air namun semuanya hampa belaka apabila skuad negara terpaksa menelan kepahitan dibelasah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Dua gol jaringan Mohamed Omar dan Ismael Matar membantu UAE mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan buat Kumpulan C itu.

January 21, 2009

Malaysia vs UAE – Sathianathan Pilih Norhafiz Sebagai Ketua Pasukan.

Skuad Malaysia yang kehilangan Shukor Adan akibat kecederaan lutut yang menimpanya dalam saingan Liga Super tempoh hari, akan menerima ketua pasukan yang baru apabila pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah dilihat calon paling berkelayakan untuk menggalas tugas itu apabila Malaysia bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kelayakan Piala Asia hari ini.

Ketua jurulatih Malaysia, B. Sathianathan mengakui yang Norhafiz adalah pilihan terbaik untuk memangku tugas ketua pasukan memandangkan pengalaman luas yang ada padanya, selain mempunyai watak sebagai pemimpin di atas padang.

January 14, 2009

Kelayakan Piala Asia 2011 - Malaysia Temui UAE Dalam Perlawanan Pertama.

Pasukan Kebangsaan akan memulakan tahun 2009 dengan misi untuk melayak kan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 yang akan di adakan di Qatar. Diundi bersama-sama dengan pasukan UAE dan Uzbezkistan, pasukan Malaysia akan memulakan kempen kelayakan mereka dengan menentang pasukan kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari (Rabu) ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Perlawanan pertama ini akan bermula pada pukul 8.45 malam. Ini merupakan perlawanan pertama dalam kumpulan yang hanya dianggotai oleh tiga (3) buah pasukan sahaja iaitu Malaysia, Uzbezkistan dan Emiriyah Arab Bersatu. Pemain-pemain Malaysia akan menjalani latihan pusat bermula pada 15 Januari ini.