IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Kejohanan Kelab Dunia

December 26, 2009

Video Pilihan – Barcelona 2 vs Estudiantes 1 (Final Kejohanan Kelab Dunia 2009).

Barcelona mencatat sejarah apabila memenangi kejuaraan keenamnya tahun ini apabila menewaskan Estudiantes La Plata dari Argentina 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia di Abu Dhabi hari Sabtu lalu.

Lionel Messi membuktikan kehadirannya amat penting buat Barca apabila menanduk masuk jaringan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.

December 20, 2009

Kejohanan Kelab Dunia – Barcelona Tundukkan Estudiantes Untuk Muncul Juara.

Lionel Messi meledakkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk bangkit menewaskan Estudiantes La Plata 2-1 di Abu Dhabi semalam sekaligus merangkul kejuaraan Kejohanan Kelab Dunia 2009 dan melengkapkan tahun cemerlang mereka dengan enam kejuaraan.

Harapan Barca untuk menambah piala Kejohanan Kelab Dunia kepada koleksi sedia ada, Liga Primera Sepanyol, Liga Juara Eropah, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol dan Piala Super Eropah kelihatan akan musnah apabila Estudiantes mendahului mereka menerusi tandukan Mario Boselli pada minit ke-37.

December 17, 2009

Kejohanan Kelab Dunia – Barcelona Buat Perhitungan Dengan Estudiantes Di Final.

Lionel Messi dan Pedro Rodriguez berkongsi aksi cemerlang pada ketika Barcelona bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan Atlante 3-1 dan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia sekaligus mengekalkan mereka di landasan untuk memahat kejuaraan keenam mereka bagi tahun 2009.

Messi bergelut dengan kecederaan buku lali ketika perlawanan itu dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-53 namun segera membuat impak dengan menjaringkan gol seminit kemudian untuk membolehkan Barca mendahului 2-1.

December 16, 2009

Kejohanan Kelab Dunia – Tiga Pemain Pohang Dibuang Padang, Estudiantes Mara Ke Final.

Pemain tengah, Leandro Benitez menggegar jaring dua kali untuk membantu kelab Argentina, Estudiantes melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan mengalahkan barisan lapan pemain kelab Korea Selatan, Pohang Steelers 2-1 dalam saingan separuh akhir Kejohanan Kelab Dunia 2009 di Abu Dhabi semalam.

Tiga pemain Steelers dibuang padang termasuk ketua pasukan, Hwang Jae-won dan penjaga gol, Shin Hwa-yong pada babak kedua sehingga memaksa penjaring gol tunggal Steelers, Denilson beraksi sebagai penjaga gol pada 14 minit terakhir.

December 22, 2008

Gamba Osaka Duduki Tempat Ketiga Selepas Kecewakan Juara CONCACAF.

Gamba Osaka menebus kehampaan tewas kepada Manchester United di peringkat separuh akhir apabila berjaya menduduki tempat ketiga Kejohanan Kelab Dunia 2008 selepas mengalahkan Pachuca 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Yokohama semalam.

Gol Rooney Julang Manchester United Selaku Juara Dunia.

Wayne Rooney muncul wira apabila jaringan tunggalnya menjulang Manchester United selaku juara Kejohanan Kelab Dunia 2008 apabila kelab itu menewaskan juara Amerika Selatan, LDU Quito 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Yokohama malam tadi.

December 21, 2008

Manchester United Perlu Lebih Tumpuan Untuk Hadapi Final Kelab Dunia.

Edwin van der Sar percaya yang Manchester United tidak akan hilang tumpuan lagi apabila mereka bertemu LDU Quito dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia 2008 hari ini.

Penjaga gol Belanda itu gagal memberikan kosentrasi penuh sewaktu United menang 5-3 ketika menentang Gamba Osaka dalam saingan separuh akhir akibat keletihan melampau yang dialami akibat perjalanan jauh menaiki kapal terbang.

December 19, 2008

Adelaide United Duduki Tempat Kelima Selepas Tewaskan Al-Ahly.

Sentuhan pemusnah Cristiano pada minit ke-7 sudah memadai untuk membantu Adelaide United menduduki tempat kelima Kejohanan Kelab Piala Dunia 2008 dengan menewaskan kelab Mesir, Al-Ahly 1-0 di Stadium Nasional Yokohama semalam.

Manchester United Buktikan Keupayaan Melangkah Ke Final.

Wayne Rooney dua kali menggegar jaring di sebalik kehadirannya sebagai pemain gantian pada lewat perlawanan untuk membantu Manchester United menempah tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Piala Dunia 2008 menentang LDU Quito hari Ahad nanti.

United yang merupakan pasukan pilihan, mengatasi cabaran sengit juara Asia, Gamba Osaka sebelum menang 5-3 dalam saingan peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Yokohama malam tadi.

December 18, 2008

Keputusan Terkini Kejohanan Kelab Dunia - Manchester United 5 Gamba Osaka 3.

Manchester United berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Kelab Piala Dunia 2008 apabila mengatasi tentangan juara Asia, Gamba Osaka 5-3 dalam saingan peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Yokohama sebentar tadi.

Wakil Amerika Selatan Tempah Tempat Ke Perlawanan Akhir Kelab Dunia.

Kelab Ecuador, LDU Quito memastikan wakil Amerika Selatan berada di perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia apabila mengalahkan wakil CONCACAF, Panucha 2-0 dalam saingan separuh akhir di Stadium Nasional, Tokyo sekaligus menyaksikan kemungkinan juara Amerika Selatan itu bertemu dengan Manchester United dalam perlawanan akhir.

December 15, 2008

Pachuca Singkir Juara Afrika Dari Saingan Rebut Gelaran Dunia.

Christian Geminez meledak dua kali untuk membantu kemenangan Panucha yang terpaksa bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengalahkan Al-Ahly 4-2 pada masa tambahan dalam saingan suku akhir Kejohanan Kelab Dunia di Stadium Nasional Tokyo semalam.

December 12, 2008

Ferguson Mahu United Juarai Kejohanan Kelab Dunia.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui bahawa menjuarai Kejohanan Kelab Dunia FIFA adalah salah satu yang menjadi idaman dalam kariernya.

Beliau akan membawa pasukan bimbingannya itu ke Jepun untuk menyertai kejohanan tahunan itu yang mempertemukan kelab-kelab dari pelbagai benua.

Adelaide United Bermula Dengan Langkah Kanan, Singkir Waitekere.

Naib juara kelab Asia, Adelaide United mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA 2008 apabila menewaskan wakil Oceania, Waitekere United 2-1 di Estadio Nacional semalam.

Jaringan lewat ketua pasukan Adelaide, Travis Dodd berjaya membantu kemaraan kelab Australia itu sekaligus menyingkirkan Waitekere, yang kebanyakannya dianggotai oleh guru dan kontraktor, dari kejohanan ini.

Kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA 2008 Kini Rasmi Dibuka.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita Kejohanan Kelab Dunia - 12 Dec 2008

Kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA 2008 telah dibuka dengan rasminya di Jepun semalam. Kejohanan ini diadakan dengan mempertemukan juara-juara kelab dari setiap benua di dunia. Pembukaan kejohanan ini telah diadakan secara sederhana tetapi penuh kemeriahan. Kejohanan ini akan berlangsung dari 11 hingga 21 Disember 2008.