Category: Berita Kecederaan Pemain
April 5, 2010


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa yang Manchester United jauh lebih lemah tanpa kelibat Wayne Rooney tetapi mengakui yang ‘Red Devils’ tetap berpeluang melangkah ke separuh akhir Liga Juara Eropah.
Kecederaan buku lali bermakna penyerang United dan England itu terlepas aksi dalam perlawanan Chelsea-United hari Sabtu lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Ancelotti kini mendahului United dengan kelebihan dua mata dengan berbaki lima perlawanan.
January 23, 2010


Chelsea menjangkakan yang Michael Essien terpaksa diketepikan antara empat hingga enam minggu apabila mengalami kecederaan buku lali ketika menjalankan tugas antarabangsa di Kejohanan Negara Afrika bersama Ghana.
Essien dengan segera dibawa pulang awal dari kejohanan di Angola itu selepas mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan pada hujung minggu lalu.
January 13, 2010


Real Madrid mengesahkan yang penyerangnya, Gonzalo Higuain terpaksa diketepikan selama hampir sebulan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Higuain mempamerkan aksi yang memberangsangkan musim ini dan sekali lagi menampilkan persembahan terpuji pada hujung minggu lalu, menjaringkan satu gol dan mencipta satu gol lagi ketika Madrid menewaskan Real Mallorca 2-0.
January 2, 2010


Pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan ekoran kecederaan buku lali tetapi pihak kelab akan melihat pilihan yang ada sepanjang tempoh pemulihan pemain itu.
Johnson mengalami kecederaan itu pada buku lali kanannya dan terpaksa digantikan ketika permainan masih berbaki seminit dalam perlawanan menentang Aston Villa yang dimenangi oleh Liverpool pada 29 Disember lalu.
December 11, 2009


Manchester City kini berhadapan dengan masalah serius selsema burung yang dikhuatiri akan menjangkit ke seluruh pemain pasukan itu.
Penyerang Craig Bellamy sudahpun menjalani diagnosis kerana disyaki dihinggapi selsema burung. Kini, Vladimir Weiss, yang dibawa masuk selaku pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketika menentang Arsenal dalam saingan Piala Carling minggu lalu, telah dihantar pulang selepas disahkan menghidapi H1N1.
December 6, 2009


Penyerang Chelsea, Salomon Kalou terpaksa berehat selama dua minggu selepas mengalami kecederaan peha.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu mengakami kecederaan ringan pada peha kirinya ketika perlawanan menentang Blackburn Rovers dalam saingan suku akhir Piala Carling hari Rabu lalu.
December 5, 2009


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott mengalami kecederaan hamstring dan bakal terlepas aksi menentang Stoke City dalam saingan EPL hari ini.
Pemain sayap England itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Chelsea di mana Arsenal tewas 0-3 hari Ahad lalu selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.
November 28, 2009


Robinho kini bersedia untuk membuat kemunculan kembali bersama Manchester City ketika menentang Hull City hari ini dan ia merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang akibat kecederaan buku lali yang dialaminya pada bulan Ogos lalu.
Dia menyertai pasukan negaranya pada awal bulan ini dan jurulatih skuad utama City, Eddie Niedzwiecki percaya ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan Robinho.
November 24, 2009


Manchester United yakin yang tahap kecergasan Rio Ferdinand akan kembali meningkat dalam beberapa minggu lagi di sebalik cakap-cakap yang mengatakan pemain pertahanannya itu akan diketepikan dalam satu tempoh yang lebih lama.
Ferdinand hanya membuat lima kali penampilan bersama United musim ini dan kali terakhir dia diturunkan adalah ketika United kalah 0-2 kepada Liverpool pada 25 Oktober lalu di mana dia gagal menyaingi kepantasan Fernando Torres yang menjaringkan gol pembukaan Liverpool.
November 17, 2009


Pemain tengah Real Madrid, Cristiano Ronaldo menjangkakan yang dia akan pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali dan akan mula turun menjalani latihan pada pertengahan minggu ini.
Ronaldo mengalami kecederaan pada akhir September lalu dan kecederaannya bertambah parah ketika perlawanan menentang Hungary yang dimenangi Portugal 3-0 sepuluh hari kemudian. Kini dia dijangkakan boleh diturunkan dalam perlawanan menentang Racing Santander hari Sabtu ini.


Fabio Capello memberi amaran kepada David James bahawa impiannya untuk bermain di pusingan akhir Piala Dunia bakal berakhir sekiranya penjaga gol itu gagal meningkatkan kecergasannya.
James dihantar pulang ke England berikutan mengalami kecederaan peha sebelum perlawanan persahabatan yang dimenangi Brazil di Doha. Itu bermakna penjaga gol veteran itu tidak berada dalam kesebelasan pertama England sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Wembley pada 1 April.
November 16, 2009


Arsenal menerima kejutan sebaik mendapat berita yang penyerangnya, Robin van Persie bakal direhatkan selama beberapa bulan dari skuad utamanya selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen kakinya ketika bermain dalam tugasan antarabangsa bersama Belanda.
Pemain Belanda itu hanya sempat beraksi selama 15 minit ketika negaranya mencatat keputusan seri 0-0 dengan juara dunia, Itali selepas dijatuhkan oleh pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini ketika sedang mengejar bola.
November 14, 2009


Kecederaan paha memaksa Frank Lampard digugurkan dari skuad England yang akan menentang Brazil di Doha, Qatar hari ini dan mungkin menyebabkannya berehat panjang sehingga akhir tahun ini.
Lampard mengalami kecederaan itu pada kaki kirinya ketika sedang berlatih di Doha dan segera dihantar pulang ke London untuk menjalani ujian imbasan. Chelsea kini menjalankan ujiannya sendiri tetapi bimbang yang kecederaan itu lebih serius dari jangkaan awal mereka.
November 13, 2009


Rafael Benitez menjadi antara orang yang menarik nafas lega apabila tempoh rehat liga sempena aksi perlawanan antarabangsa akhirnya tiba, sambil berharap beberapa pemainnya yang tercedera akan kembali cergas untuk menghadapi perlawanan genting menentang Manchester City pada 21 November nanti di Anfield.
Liverpool terpempan dengan senarai kecederaan terbaru dalam perlawanan menentang Birmingham yang berkeputusan seri 2-2 hari Isnin lalu, dengan Youssi Benayoun dan Albert Riera kedua-duanya terpaksa diusung keluar.
November 12, 2009


Chelsea mengesahkan yang Ashley Cole telah menjalani ujian imbasan dan dijangkakan kecederaan belakang yang dialaminya akan menyebabkan pemain pertahanan itu berehat selama beberapa minggu.
Kecederaan itu bermakna Cole akan terlepas aksi bersama skuad England yang akan menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan di Doha, Qatar pada hari Sabtu ini.
October 24, 2009


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Wayne Rooney mengalami kecederaan serius dan tidak akan menyertai kunjungan kelab itu ke Anfield untuk berhadapan dengan seteru ketatnya dalam saingan EPL Ahad ini.
Penyerang United itu telah diketepikan akibat kecederaan rusuk sejak saingan kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine tempoh hari dan dia belum pulih sepenuhnya dari kecederaan itu.
October 20, 2009


Liverpool kembali mendapatkan khidmat Steven Gerrard ketika berhadapan dengan Olympique Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah tetapi kekal tanpa khidmat Fernando Torres yang masih belum cergas.
Ketua pasukan ‘The Reds’ itu bersama Torres tiada dalam skuad Liverpool yang tumpas 0-1 kepada Sunderland hari Sabtu lalu akibat kecederaan belakang tetapi disahkan cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Lyon nanti.
October 17, 2009


Rafael Benitez kini pening kepala memikirkan yang beliau kehilangan khidmat dua pemain utamanya, Steven Gerrard dan Fernando Torres dalam kunjungan ke Sunderland hari ini.
Gerrard kini sedang menjalani proses pemulihan dari kecederaan otot sekembalinya dari tugas antarabangsa bersama England, dan selepas bermain dalam perlawanan yang dimenangi England ketika menentang Belarus, dia dikatakan tidak cergas untuk menyertai barisan pemain Liverpool ke Sunderland.
October 8, 2009


Edwin van der Sar kembali cergas dari kecederaan yang dialaminya dan telah membuat penampilan sulung bersama skuad simpanan Manchester United yang menentang Everton hari Selasa lalu.
Van der Sar belum bermain bersama United musim ini selepas patah dua tulang pada tangan kirinya ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Bayern Munich.
September 12, 2009


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan yang Rio Ferdinand berada dalam pemerhatiannya untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Tottenham Hotspur dalam saingan EPL di White Hart Lane hari ini.
Pemain pertahanan England itu diketepikan dari skuad United sejak mengalami kecederaan otot bulan lalu dan hanya sempat bermain dalam perlawanan Perisai Komuniti musim ini.
September 1, 2009


Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp menerima berita duka apabila disahkan yang Luka Modric patah kakinya sewaktu perlawanan menentang Birmingham hari Sabtu lalu.
Spurs meneruskan rekod kemenangan 100%nya musim ini apabila menewaskan Birmingham 2-1, namun Redknapp terpaksa mengeluarkan Ledley King, pemain yang mengetuai benteng pertahanannya akibat kecederaan otot pada babak pertama. Keadaan bertambah buruk apabila Modric pula diusung keluar pada babak kedua selepas mengalami kecederaan kaki yang serius.
August 24, 2009


Daniel Agger akan terbang ke Perancis untuk menjalani pembedahan minggu ini dan kelihatan dia akan berehat selama enam minggu, terlepas peluang untuk turun ketika Liverpool menentang Aston Villa dalam pertembungan di Anfield hari ini.
Pemain pertahanan Liverpool itu tidak beraksi dalam dua perlawanan awal Liverpool musim ini dan telah menderita kecederaan itu sejak musim lalu menutup tirainya.
Liverpool sebelum ini telahpun berhadapan dengan masalah kecederaan pemain, dengan Martin Skrtel turut diketepikan kerana kecederaan belakang.
August 18, 2009


Sir Alex Feguson menjangkakan yang Rio Ferdinand tidak akan dapat beraksi selama dua minggu selepas terlepas peluang membantu kemenangan Manchester United ke atas Birmingham hari Ahad lalu.
Ferdinand terdesak untuk segera pulih dari kecederaan peha, dengan Ferguson mendakwa sebelum perlawanan menentang Birmingham yang pemain pertahanan 2.1 juta pound itu akan menjalani imbasan pada sebelah pagi.
Bagaimanapun, boss United itu telah meletakkan tempoh masa buat Ferdinand pulih dari kecederaan itu, yang mungkin memaksa pemain pertahanan England berusia 30 tahun itu melupakan aksi kelayakan Piala Dunia menentang Croatia pada 9 September.
August 13, 2009


Pemain tengah Roma, Alberto Aquilani telah melepasi ujian perubatan dan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Liverpool.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menetapkan yang Aquilani akan mengambil alih tempat Xavi Alonso, yang menyertai Real Madrid dengan nilai sekitar 30 juta pound pada awal minggu lalu.
Tawaran Liverpool sebanyak 20 juta pound untuk mendapatkan Aquilani telah diterima oleh Roma pada hari Rabu lalu sebelum pemain itu terbang ke Liverpool untuk menjalani ujian perubatan dan mengadakan perbincangan lanjut tentang kontraknya.
May 23, 2009


Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand yakin dia akan kembali cergas untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah hari Rabu nanti di sebalik kenyataan Sir Alex Ferguson yang peluangnya untuk bermain pada final itu agak tipis.
Pengurus United itu mahu Ferdinand bermain dalam perlawanan liga menentang Hull City hari Ahad ini terlebih dahulu bagi membuktikan kecergasannya sebelum dapat diturunkan menentang Barcelona nanti, namun pemain pertahanan England itu merasakan ia tidak perlu.
Next Page »
|