Category: Berita Futsal
October 20, 2008



Pasukan tuan rumah, Brazil menepati ramalan awal apabila menjuarai Kejohanan Futsal Piala Dunia 2008 apabila menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan permainan tamat. Penjaga gol Brazil, Franklin muncul wira pasukannya apabila menepis dua sepakan penalti lawan sekaligus memberikan Brazil kejuaraan kejohanan ini.
October 19, 2008


Pasukan Itali berjaya menewaskan Rusia 2-1 untuk menduduki tempat ketiga dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Piala Dunia Futsal 2008. Itali terlebih dahulu menembusi kubu lawan menerusi gol yang dijaringkan oleh Adriano Foglia. Rusia membalas semula untuk menyamakan kedudukan menerusi Konstantin Dushkevich. Saad Assis muncul wira Itali apabila menjaringkan gol kemenangan Itali sekaligus membolehkan Itali menduduki tangga ketiga Kejohanan Futsal Piala Dunia 2008.
October 17, 2008


Republik Korea akhirnya merealisasikan harapan mereka untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun AFC apabila mengenepikan cabaran sengit Jepun dengan keputusan 2-1 di Stadium MHSK semalam. Jepun terlebih dahulu menemui sentuhan gol pada minit ke-2 menerusi ketua pasukannya, Tatsuya Uchida yang menanduk masuk bola sepakan percuma Yuki Horigome. Korea bertindak balas dua minit kemudian apabila Kim Dong-jin menyudahkan hantaran Lee Jong-ho untuk kembali mengikat kedudukan. Pada minit ke-26, Lee Dong-nyck berjaya menjaringkan gol kemenangan Korea selepas menyudahkan hantaran Matsuzawa.
October 16, 2008
October 14, 2008
October 12, 2008
October 11, 2008
October 9, 2008
October 8, 2008
October 7, 2008
October 6, 2008
October 5, 2008
Empat lagi perlawanan Kejohanan Futsal Piala Dunia FIFA 2008 akan berlangsung hari ini. Berikut adalah jadual perlawanan Futsal Piala Dunia yang akan berlangsung hari ini.
…
October 4, 2008

Empat lagi perlawanan Kejohanan Futsal Piala Dunia FIFA 2008 akan berlangsung hari ini. Berikut adalah jadual perlawanan Futsal Piala Dunia yang akan berlangsung hari ini….
October 3, 2008

Empat lagi perlawanan Kejohanan Futsal Piala Dunia FIFA 2008 akan berlangsung hari ini. Berikut adalah jadual perlawanan Futsal Piala Dunia yang akan berlangsung hari ini….
October 2, 2008

Empat lagi perlawanan Kejohanan Futsal Piala Dunia FIFA 2008 akan berlangsung hari ini. Berikut adalah jadual perlawanan Futsal Piala Dunia yang akan berlangsung hari ini….
October 1, 2008


Argentina adalah salah sebuah pasukan yang layak bertanding di Kejohanan Futsal Piala Dunia FIFA 2008 di Brazil. Mereka diletakkan dalam Kumpulan C bersama pasukan China, Mesir, Guatemala dan Ukraine. Kali ini Argentina akan dibimbing oleh Fabian Lopez. Misi Lopez untuk kejohanan ini amat mudah. Baginya, Argentina mesti sekurang-kurangnya menyamai pencapaian 2004. Pada tahun 2004 dalam kejohanan yang diadakan di Taipei, Argentina melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sekaligus mengesahkan Argentina sebagai empat pasukan futsal terkuat di dunia. Pada masa itu, Argentina tewas kepada Itali di peringkat separuh akhir dan tewas kepada Brazil dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. Pencapaian itu juga adalah yang terbaik yang pernah dicapai oleh Argentina dalam kejohanan futsal dunia.
September 30, 2008

 
Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Futsal FIFA 2008 akan bermula hari ini di Rio de Janeiro. Selaku tuan rumah, Brazil akan turun dalam perlawanan pembukaan menentang pasukan Asia, Jepun yang menduduki tangga ketiga Kejohanan Futsal Asia. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain yang purata umurnya 30 tahun namun Brazil tetap menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini lebih-lebih lagi ia diadakan di Brazil.
September 1, 2008
August 29, 2008
July 12, 2008

Selepas Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (EURO’08), kini muncul satu lagi kejohanan utama bola sepak dunia iaitu Kejohanan Piala Dunia Futsal FIFA 2008 yang akan diadakan di Brazil dari 30 September hingga 19 Oktober …
|