HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Euro'08

October 7, 2008

Scolari Mahu Pastikan Kemenangan Di Tempat Sendiri.

Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari mensasarkan kemenangan semua perlawanan di tempat sendiri sebagai salah satu kunci untuk kelab itu menjulang kejuaraan EPL musim ini. Ini bermakna Chelsea tidak boleh mencicirkan sebarang mata bagi memastikan kelab itu kekal sebagai pendahulu EPL. Ini berikutan kedudukan takhta EPL Chelsea kini sentiasa dibayangi oleh pencabarnya, Liverpool yang menduduki tangga kedua liga dengan pencapaian mata yang sama.

September 16, 2008

Spurs Kecewa Ditangan Aston Villa.

Totenham Hotspur terus menghuni tangga terbawah EPL selepas menerima kekalahan ketiga dari empat perlawanan malam tadi. Spurs gagal mengutip sebarang mata apabila tewas 1-2 kepada Aston Villa di White Hart Lane. Kekalahan ini menyaksikan Spurs hanya mengutip satu mata dari empat perlawanan. Villa pula kini berganjak ke tangga keempat selepas memungut tujuh mata dan kemenangan ini merupakan kemenangan pertama dari sembilan perlawanan mereka di White Hart Lane.

July 5, 2008

Pemain Yang Menyerlah Di EURO’08.

Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) telahpun seminggu berakhir. Demam yang melanda peminat-peminat bola seluruh duniapun sudah mula beransur reda. Cuma rakyat Sepanyol yang masih bergembira dan merayakan kejayaan pasukan mereka menjuarai kejohanan Euro’08 memandangkan ia merupakan kejohanan besar …

July 1, 2008

Sepanyol – Juara Yang Diiktiraf.

Sepanyol akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 44 tahun untuk menjulang kejuaraan Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08). Bukanlah sesuatu yang mudah bagi pasukan seperti Sepanyol untuk memenuhi harapan rakyat negaranya yang begitu dahagakan …

June 30, 2008

Sepanyol Juara Euro’08.

30 JUN – Sepanyol melengkapkan persembahan gemilangnya dengan merangkul Piala Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 apabila mengalahkan pasukan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Ernst-Happel awal pagi tadi. Sepanyol yang hanya sekali memenangi …

June 29, 2008

Detik Penentuan Euro’08 – Sepanyol Atau Jerman ?

Setelah mengharungi minggu-minggu yang mendebarkan, Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) kini tiba ke detik penentuan. Dua pasukan utama Eropah kini tinggal untuk bersaing menentukan juara Euro’08. Sepanyol dan Jerman berjaya menepis cabaran di sepanjang perjalanan …

June 28, 2008

Pemain Utama Yang Tercicir Ke Euro’08.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Artikel Terbaik, Berita Euro'08 - 28 Jun 2008

Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) kini hampir sampai ke kemuncaknya. Negara-negara yang mengambil bahagian telah mempamerkan persembahan terbaik mereka. Pemain-pemain pula sedaya mungkin menonjolkan kemahiran dan kebolehan mereka. Dengan disaksikan oleh jutaan penonton, inilah …

June 27, 2008

Tabik Turki !

Kempen Euro’08 bagi Turki sudahpun berakhir. Tanpa sebarang harapan, Turki menggamit perhatian peminat bola seluruh dunia apabila mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan yang dilaluinya di Euro’08. …

Sepanyol Benam Russia Untuk Ke Final.

27 JUN – Pasukan Russia gagal memberikan tentangan bermakna apabila tewas 0-3 kepada pasukan pilihan Sepanyol dalam saingan peringkat separuh akhir Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) awal pagi tadi. Russia yang menyingkirkan Belanda di peringkat …

June 26, 2008

Jerman Hampakan Turki Ke Final.

26 JUN – Jerman berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) apabila mengenepikan saingan sengit Turki 3-2 dalam perlawanan separuh akhir awal pagi tadi. Philipp Lahm muncul wira Jerman apabila jaringannya …

Mampukah Sepanyol Atasi Russia ?

Sepanyol ke Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 (Euro’08) dengan reputasi yang besar. Mereka layak ke kejohanan ini selaku juara Kumpulan F dengan memungut 28 mata dari 12 perlawanan kumpulan. Mereka meninggalkan pasukan Sweden di tangga …

June 25, 2008

Turki Atau Jerman ?

Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 kini sudah menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir. Pasukan Turki dan Jerman akan berentap dalam separuh akhir yang pertama manakala pasukan Russia akan bertemu pasukan pilihan Sepanyol dalam satu lagi …

June 24, 2008

Van Basten Nafi Punca Kekalahan.

24 JUN – Jurulatih Belanda, Marco van Basten menafikan keputusannya merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan menentang Romania telah menghilangkan momentum persembahan pemain-pemain utama tersebut ketika perlawanan suku akhir menentang Russia. Pasukan Belanda berjaya mengalahkan …

June 23, 2008

Sepanyol Mara Ke Separuh Akhir.

23 JUN – Pasukan Sepanyol mengenepikan cabaran sengit Itali apabila menewaskan pasukan itu melalui sepakan penalti pada peringkat suku akhir Euro’08 awal pagi tadi. Sepanyol yang menguasai sebahagian besar permainan banyak membuat …

June 22, 2008

Russia Singkir Belanda.

22 JUN – Russia mengenepikan segala andaian dan pandangan rendah terhadap pasukan itu apabila menewaskan pasukan pilihan ramai iaitu Belanda 3-1 dalam perlawanan suku akhir Euro’08 awal pagi tadi. Russia memulakan permainan …

Sepanyol vs Itali – Siapa Kuat ?

Filed under: Artikel, Berita Euro'08, Skuad Itali, Skuad Sepanyol - 22 Jun 2008

Jika diundi antara Sepanyol dan Itali, sudah pasti ramai orang yang akan memilih pasukan Sepanyol sebagai pemenang. Undian dan sokongan biasanya berdasarkan prestasi semasa dan jika dilihat prestasi kedua-dua pasukan, dengan mudahnya peminat-peminat bola …

June 21, 2008

Mampukah Belanda Atasi Russia ?

Pasukan Belanda kini menjadi bualan di mana-mana. Kehebatan mereka di Kejohanan Negara-Negara Eropah 2008 begitu diperkatakan. Perkembangan mereka diikuti rapat oleh peminat-peminatnya. Kejayaan mereka dalam semua perlawanan Kumpulan C memberikan kesan …

Turki Musnahkan Impian Croatia.

21 JUN – Pasukan bukan pilihan, Turki mengejutkan juara Kumpulan B Croatia apabila menewaskan pasukan itu dalam perlawanan suku akhir Euro’08 yang mendebarkan pagi tadi. Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol ketika …

June 20, 2008

Portugal Hampa, Jerman Bergembira.

20 JUN – Jerman menunjukkan bahawa mereka sememangnya pasukan pilihan apabila menundukkan pasukan Portugal 3-2 dalam saingan suku akhir Euro’08 pagi tadi. Tatkala pasukan Portugal diramal akan ke peringkat seterusnya berdasarkan persembahan …

June 19, 2008

Sepanyol Tetap Raja, Sweden Berputih Mata.

19 JUN – Sepanyol meneruskan penguasaan dalam Kumpulan D apabila menewaskan Greece dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan pagi tadi. Pasukan Greece yang sudah tersingkir untuk ke peringkat suku akhir bagaimanapun …

June 18, 2008

Itali Iringi Belanda Ke Suku Akhir.

18 JUN – Itali menutup mulut pengkritik apabila mempamerkan aksi bersemangat untuk membenam satu lagi pasukan pilihan Perancis dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C pagi tadi. Tanpa mahu bergantung kepada …

June 17, 2008

Jerman Ke Suku Akhir.

17 JUN – Jerman melalui saat genting sebelum dapat menumpaskan tuan rumah Austria 1-0 untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Michael Ballack menjadi wira Jerman apabila sepakan percuma yang diambilnya …

June 16, 2008

Portugal Tewas, Rep. Czech Melepas.

16 JUN – Tuan rumah Switzerland mencatat keputusan mengejut apabila menewaskan Portugal 2-0 dalam satu perlawanan Kumpulan A awal pagi tadi. Hakan Yakin muncul wira Switzerland apabila menjaringkan gol pada minit ke-71 dan menambah satu …

June 15, 2008

Euro’08 – Pasukan Mana Bakal Juara?

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Artikel Terbaik, Berita Euro'08 - 15 Jun 2008

Pusingan kumpulan masih belum tamat. Semua pasukan sudah bermain dua perlawanan. Namun beberapa pasukan telah memperlihatkan aksi yang memberangsangkan dan melonjakkan nama mereka sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan Euro’08.

Sepanyol Layak Ke Suku Akhir.

15 JUN – Sepanyol mengesahkan tempatnya ke suku akhir apabila menewaskan Sweden 2-1 dalam perlawanan yang dramatik Kumpulan D awal pagi tadi. Sweden pula terpaksa menanti perlawanan terakhir menentang Russia untuk menentukan nasib pasukan itu. …

Next Page »