IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita EPL

February 8, 2010

Chelsea Benam Cabaran Arsenal Untuk Kembali Ke Takhta Liga.

Kehidupan John Terry mungkin agak porak peranda di luar namun bekas ketua pasukan England itu tetap menjadi inspirasi buat pemain Chelsea untuk membenam cabaran Arsenal 2-0 sekaligus memadam impian skuad ‘The Gunners’ untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Dilucutkan jawatan ketua pasukan England 48 jam terdahulu dan menjadi tumpuan media sejak kehidupan sosialnya didedahkan, Terry mempamer aksi serba kemas untuk menutup ruang buat pemain Arsenal menyusup masuk ke kawasan mereka.

February 7, 2010

EPL – Tiga Gol Sendiri Bantu Manchester United Belasah Portsmouth.

Wayne Rooney menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebelum perlawanan dan kemudian membantu Manchester United kembali ke persada liga selepas membelasah Portsmouth 5-0 di Old Trafford semalam.

Penyerang England itu merobek gawang skuad Pompey dengan tandukan kencang pada minit ke-40 untuk golnya yang ke-23 musim ini, yang merupakan rekod jaringan terbaik dalam kariernya.

February 6, 2010

EPL – Liverpool Jaguh Pertembungan Setempat.

Gol ke-50 Dirk Kuyt bersama Liverpool memberikan pasukannya kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton dalam pertembungan Merseyside yang ke-213 di Anfield malam tadi sambil menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain.

Liverpool terpaksa bermain sepuluh pemain pada 55 minit terakhir apabila pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos dibuang padang angkara terjahan kerasnya ke atas Marouane Fellaini manakala Steven Pienaar dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan.

February 1, 2010

EPL – Manchester United Ternyata Lebih Hebat Berbanding Arsenal.

Manchester United menundukkan musuh ketatnya dalam perebutan gelaran juara liga musim ini, Arsenal 3-1 di Stadium Emirates untuk menakluki takhta liga satu mata mengatasi Chelsea.

Nani membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila bola lambungannya disalah agak oleh Manuel Almunia sebelum penyerang England, Wayne Rooney menggandakan kedudukan empat minit kemudian hasil dari satu serangan balas yang pantas oleh United.

January 24, 2010

EPL – Rooney Mengganas Dengan Empat Gol.

Wayne Rooney menjaringkan empat gol sensasi ketika membelasah Hull City 4-0 di Old Trafford semalam sekaligus mengangkat kedudukan Manchester United selaku pendahulu EPL yang baru mengatasai Arsenal dan Chelsea dengan kelebihan dua mata.

Setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-8, Rooney bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga lapan minit terakhir untuk meledakkan gol kedua dalam perlawanan itu.

January 21, 2010

EPL – Dua Gol Kuyt Benam Cabaran Tottenham Hotspur.

Dua jaringan Dirk Kuyt memberikan Liverpool nyawa baru dalam saingan EPL musim ini dengan membenam cabaran Tottenham Hotspur 2-0 di Anfield semalam.

Penyerang antarabangsa Belanda itu meledakkan gol pertama pada minit ke-6 sebelum menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

January 17, 2010

EPL – Sunderland Jadi Mangsa Amukan Chelsea.

Chelsea mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu EPL dengan satu lagi kemenangan besar apabila membelasah Sunderland 7-2 di Stamford Bridge semalam.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti membuktikan yang mereka masih mampu mencatat kemenangan walaupun tanpa kehadiran bintang-bintang Afrika apabila menghasilkan tujuh gol menerusi Nicolas Anelka (dua), Florent Malouda, Ashley Cole, Frank Lampard (dua) dan Michael Ballack.

EPL – Liverpool Seri Lagi, Kedudukan Benitez Semakin Goyah.

Skuad Rafael Benitez dinafikan kemenangan menerusi gol saat akhir Stoke dalam saingan EPL di Stadium Britannia semalam sekaligus meningkatkan tekanan mengenai masa depannya di Liverpool.

Liverpool menunjukkan keazaman untuk menang apabila berada di depan pada awal babak kedua menerusi pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos yang menolak masuk gol pertamanya sejak menyertai Liverpool.

January 1, 2010

EPL – Wigan Jadi Mangsa Belasahan Manchester United.

Wayne Rooney menampilkan satu lagi aksi bertaraf tinggi apabila membantu Manchester United membelasah Wigan 5-0 di Old Trafford semalam.

Sir Alex Ferguson pasti menjadi orang yang paling gembira dengan prestasi terkini United dan sekiranya ianya diambil kira maka Chelsea adalah pasukan yang paling gusar dengan pencapaian United itu.

Mereka bukan sahaja hanya ketinggalan dua mata dari pendahulu liga, Chelsea tetapi juga mempunyai kelebihan perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding seteru ketatnya itu.

December 30, 2009

EPL – Gol Saat Akhir Torres Bantu Kemenangan Liverpool Ke Atas Aston Villa.

Fernando Torres meledakkan gol pada masa kecederaan untuk membangkitkan semula nafsu Liverpool ke saingan Liga Juara Eropah musim depan selepas menundukkan pesaingnya, Aston Villa 1-0 di Villa Park awal pagi tadi.

Penyerang Sepanyol itu melakukan rembatan leret yang menewaskan Brad Friedel pada minit ke-93 dan menjadi pemain Liverpool terpantas yang menjaringkan 50 gol liga dalam sejarah kelab itu.

December 29, 2009

EPL – Tevez Inspirasi Kemenangan Manchester City.

Dua gol menerusi Carlos Tevez dan satu lagi menerusi sepakan percuma menarik Javier Garrido membantu Manchester City mencatat kemenangan pertama di tempat lawan dalam tempoh empat bulan, juga kemenangan kedua dalam tempoh tiga hari di bawah bimbingan pengurus baru, Roberto Mancini.

Tevez meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol ketujuh dan kelapan dalam tujuh penampilan terakhirnya dan kini mengumpul 11 jaringan sepanjang musim ini.

EPL – Chelsea Kuatkan Semula Cengkaman Di Takhta Liga.

Chelsea bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum membenam cabaran sengit Fulham 2-1 di Stamford Bridge malam tadi sekaligus menjarakkan diri dari pasukan di tangga kedua dengan kelebihan lima mata.

Zoltan Gera memberikan skuad bimbingan Roy Hodgson harapan awal apabila dia menjaringkan gol hanya selepas tiga minit perlawanan dimulakan dan Fulham kelihatan selesa dalam tempoh perlawanan berlangsung selama sejam.

December 28, 2009

EPL – Rooney Pandu Kemenangan Manchester United Ke Atas Hull.

Wayne Rooney akhirnya menyerlah untuk membantu kemenangan sukar 3-1 Manchester United ke atas Hull City di Stadium Kingston awal pagi tadi.

Rooney memberikan United gol pertama sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi kemudian kesilapannya menghantar bola ke belakang membolehkan Hull mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan.

EPL – Aston Villa Gagal Saingi Arsenal.

Ketua pasukan, Cesc Fabregas tampil sebagai pemain gantian untuk memberi inspirasi dalam membantu kemenangan Arsenal 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates malam tadi sekaligus melonjakkan semula impian mereka untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.

Pemain Sepanyol itu, yang diletakkan di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring, menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 sebelum menggandakan kedudukan menerusi gol keduanya pada minit ke-81.

December 27, 2009

EPL – Manchester City Beri Kemenangan Pertama Kepada Mancini.

Roberto Mancini memulakan kerjayanya di Manchester City dengan bergaya apabila anak-anak buahnya menundukkan Stoke City 2-0 di Stadium City of Manchester dalam saingan EPL semalam.

Martin Petrov dan Carlos Tevez menyumbangkan dua gol pada babak pertama sekaligus memberikan Mancini kemenangan pertama kepada Mancini sejak beliau mengambil alih tugas daripada Mark Hughes minggu lalu.

EPL – Liverpool Bangkit Untuk Catat Kemenangan Ke Atas Wolves.

Liverpool yang bergelut dengan prestasi hambar musim ini berjaya menceriakan semula kem mereka dengan menewaskan Wolverhampton 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidaklah mudah untuk dicapai lebih-lebih lagi menentang barisan degil Wolves, dengan gol-gol kemenangan hanya diperolehi selepas skuad pelawat itu terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila pemain pertahanannya, Stephen Ward dibuang padang.

December 23, 2009

Roberto Mancini Diumum Pengendali Baru Manchester City.

Manchester City secara rasmi mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus baru kelab itu, dengan mensasarkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik EPL musim ini.

Warga Itali itu, yang pernah bermain dengan Leicester City sepuluh tahun lalu, memberitahu yang beliau telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dan menegaskan beliau sudah bersedia untuk menerima cabaran yang bakal mendatang.

December 22, 2009

Mark Hughes Dipecat Dari Kendali Kelab Manchester City.

Pengurus Manchester City dipecat dari jawatannya walaupun kelab itu mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Sunderland hujung minggu lalu.

Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dan pemilik kelab itu, Sheikh Mansour dikatakan kurang berpuas hati dengan pencapaian buruk City di mana kelab itu hanya mencatat dua kemenangan dari lapan perlawanan liga.

Video Pilihan – Portsmouth 2 vs Liverpool 0 (EPL 2009/10).

December 20, 2009

EPL – Serba Tidak Menjadi, Manchester United Tumbang Kepada Fulham.

Pemburuan Manchester United untuk merangkul gelaran juara liga musim ini tergencat seketika apabila tumbang 0-3 di Craven Cottage kepada Fulham, terima kasih kepada inspirasi Bobby Zamora.

Danny Murphy membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari jarak 30 ela pada minit ke-22 apabila memanipulasi kesilapan Paul Scholes dan Zamora meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini dengan gol kedua sebaik bermula babak kedua.

December 17, 2009

EPL – Liverpool, Spurs Dan Chelsea Kembali Catat Kemenangan, Arsenal Sekadar Seri.

Graham Alexander menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Burnley mengikat Arsenal 1-1 dalam saingan EPL semalam.

Cecs Fabregas memberikan Arsenal gol pendahuluan pada ketika kelab itu memulakan perlawanan dengan begitu baik di Turf Moor tetapi kesalahan Thomas Vermaelen ke atas Andre Bikey memberikan Alexander peluang untuk menyamakan kedudukan.

December 16, 2009

EPL – Manchester United Mudah Tundukkan Wolves.

Amarah penyokong Wolverhampton terhadap pemilihan pemain oleh pengurusnya, Mick McCarthy mewarnai kekalahan 0-3 pasukan itu kepada Manchester United dalam saingan EPL di Old Trafford semalam sekaligus memberikan Sir Alex Ferguson kemenangan ke-900nya selaku pengurus United.

Penyokong-penyokong Wolves melaungkan kata-kata kritikan selepas menyaksikan McCarthy membuat sepuluh pertukaran pemain dari skuad yang mengalahkan Tottenham Hotspur dalam perlawanan sebelum ini.

December 14, 2009

EPL – Kalah Kepada Arsenal, Kedudukan Liverpool Kian Parah.

Liverpool menempah kekalahan kedua di tempat sendiri dalam tempoh lima hari apabila tewas 1-2 kepada Arsenal dalam pertembungan EPL di Anfield semalam, di mana ia sepatutnya menjadi medan kebangkitan dan azam baru bagi pasukan Merseyside itu.

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang pasukan itu bakal bangkit dengan semangat baru selepas mereka menerima kekalahan kepada Fiorentina dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu lalu.

November 30, 2009

EPL – Arsenal Bukan Masalah Buat Chelsea.

Chelsea mengukuhkan cengkamannya di tangga teratas liga apabila mudah membenam cabaran Arsenal 3-0 di Stadium Emirates awal pagi tadi sekaligus merencatkan seketika impian ‘The Gunners’ untuk merebut kejuaraan liga.

‘The Blues’ ketika di bawah bimbingan Guus Hiddink adalah pasukan terakhir yang dapat menumpaskan Arsenal di laman sendiri dengan keputusan 4-1 pada Mei lalu.

EPL – Liverpool Buktikan Mereka Jaguh Merseyside.

Liverpool menampilkan persembahan lebih kemas dan berhak menang pertembungan setempat menentang rakan Merseyside, Everton dengan keputusan 2-0 di Goodison Park malam tadi sekaligus menempatkan diri ke tangga kelima liga.

Bagaimanapun, kemenangan mereka ditempah dengan begitu sukar berikutan cabaran hebat yang diberikan oleh Everton, dengan Pepe Reina menjadi penyelamat apabila menafikan beberapa percubaan hampir gol lawan.

Next Page »