HARAP MAAF. BLOG SEDANG DIKEMASKINI. HARAP MAAF.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Bundesliga

November 29, 2008

Podolski Ingin Tinggalkan Bayern Munich.

Lukas Podolski berkemungkinan akan bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas dia dilaporkan berkata yang dia mahu meninggalkan kelabnya, Bayern Munich apabila pintu perpindahan pemain dibuka pada bulan Januari nanti.

Pemain Jerman berusia 23 tahun itu adalah salah seorang bintang skuad bimbingan Joachim Loew yang bersinar semasa pusingan akhir EURO’08 dengan ledakan tiga gol sepanjang kejohanan itu berlangsung.

November 17, 2008

Podolski Akan Kekal Di Bayern Munich.

Pengarah kelab Bayern Munich, Uli Hoeness menegaskan yang penyerang kelab itu, Lukas Podolski akan kekal di kelab itu sekalipun ada tawaran dari kelab lain sebaik pintu perpindahan pemain dibuka pada Januari nanti. Bagaimanapun, keputusan itu tidak muktamad kerana keputusan itu akan berubah jika ada pengganti yang sesuai.

October 31, 2008

Bayern Tundukkan Frankfurt.

Bayern Munich menempuhi keadaan sukar sebelum bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Eintracht Frankfurt 2-1 dalam saingan Bundesliga di Frankfurt semalam. Frank Ribery menjadi penyelamat Bayern dengan menjaringkan gol kemenangan buat kelabnya. Sebelum itu, Bayern turut mengalami kesukaran sewaktu menentang Wolfsburg minggu lalu apabila bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum menang 4-2.

October 30, 2008

Leverkusen Kini Di Takhta Bundesliga.

Bayer Leverkusen merampas kedudukan pendahulu Bundesliga selepas menewaskan Werder Bremen 2-0 di Bremen semalam. Leverkusen memintas kedudukan Hoffenheim dengan kelebihan dua mata yang bagaimanapun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan. Bagi Bremen pula, kekalahan ini meneruskan rekod buruk mereka yang tidak menang dalam empat permainan berturut-turut.

September 30, 2008

Wolfsburg Gagal Tangani Kehebatan Karlsruhe.

Vfl Wolfsburg tewas buat kali pertama musim ini apabila kalah 1-2 kepada Karlsruhe dalam saingan Bundesliga kelmarin. Kemenangan ini meningkatkan kedudukan Karlsruhe ke tangga ke-14 manakala Wolfsburg kekal di tangga kelapan Bundeliga. Tiga jaringan pada babak kedua oleh kedua-dua pasukan mewarnai perlawanan yang berlangsung sengit.

September 28, 2008

Hamburg Kembali Daki Takhta Bundesliga.

Gol babak pertama oleh Mladen Petric sudah cukup memberikan kemenangan 1-0 buat Hamburg ke atas Borussia Monchengladbach sekaligus menguasai semula takhta Bundesliga. Penyerang antarabangsa Croatia itu menemui sasaran pada minit ke-11 untuk menambah sengsara Monchengladbach yang kalah lima dari enam perlawanan yang dilaluinya. Hamburg kini berada di tangga pertama satu mata mengatasi Bayer Leverkusen yang menduduki tangga kedua.

September 27, 2008

Tiada Jalan Kembali Buat Kahn.

\

Bekas penjaga gol Jerman, Oliver Kahn menyalahkan barisan pertahanan dan penjaga gol Bayern Munich sebagai punca kekalahan memalukan Bayern 2-5 kepada Werder Bremen dalam saingan Bundesliga Sabtu lalu. Penjaga gol Bayern, Michael Rensing mengalami kekalahan pertama dalam karier profesionalnya yang juga merupakan kekalahan di tempat sendiri yang paling teruk dalam sejarah kelab itu selama 30 tahun. Walaupun hatinya memberontak melihat corak permainan Rensing dalam perlawanan itu namun adalah mustahil bagi penjaga gol berusia 39 tahun untuk kembali dari persaraannya.

September 23, 2008

Hoffenheim Benam Cabaran Dortmund.

Kelab 1899 Hoffenheim mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga kelmarin sekaligus melompat ke tangga kedua di belakang Schalke 04. Hoffenheim yang baru semusim menyertai Bundesliga mendapat inspirasi dari pemain Bosnia, Vedad Ibisevic yang dua kali menggegar jaring dalam perlawanan ini.

September 21, 2008

Bayern Munich Tumbang Di Laman Sendiri.

Bayern Munich diaibkan oleh Werder Bremen selepas kelab itu tumpas 2-5 dalam aksi Bundesliga yang berlangsung di tempat sendiri. Keputusan ini memberikan kekalahan pertama buat Jurgen Klinsmann selaku pengendali Bayern musim ini. Markus Rosenberg meledak dua kali dalam perlawanan yang menyaksikan Bremen mendahului 5-0 pada satu ketika sebelum Tim Borowski merapatkan kedudukan dengan menjaringkan dua gol buat Bayern.

September 20, 2008

Hatrik Helmes Benam Hannover.

Patrick Helmes menjaringkan hatrik bagi membantu kelabnya, Bayer Leverkusen membelasah Hannover 4-0 dalam satu-satunya perlawanan Bundesliga malam tadi. Helmes juga berperanan menghasilkan gol pertama Leverkusen pada minit ke-5 apabila gerakannya disudahkan oleh rakannya, Simon Rolfes. Helmes memulakan malam gemilangnya apabila dia menjaringkan gol kedua Leverkusen pada minit ke-19. Tranquillo Barnetta hampir menjaringkan gol ketiga Leverkusen namun rembatannya sekadar menggegar palang gol lawan di minit-minit akhir babak pertama.

Jadual Perlawanan Bundesliga Jerman.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita Bundesliga, Pengumuman - 20 Sep 2008

Bundesliga Jerman juga akan meneruskan perjalanan liganya hari ini. Pendahulu Bundesliga, Hamburg akan bertemu dengan Vfl Wolfsburg di tempat lawan manakala pasukan di tempat kedua, Bayern Munich akan bertemu dengan Werder Bremen. Schalke 04 yang kini menghuni tangga ketiga pula akan bertemu dengan Eintracht Frankfurt.

September 14, 2008

Saingan Hebat Bundesliga Jerman.

Hamburg merampas takhta Bundesliga Jerman selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Bayer Leverkusen. Bagaimanapun, Hamburg ketinggalan 0-2 sebelum bangkit dengan tiga gol bagi menewaskan Leverkusen yang bermain dengan sepuluh pemain.

September 13, 2008

Podolski Jadi Sasaran Terbaru Manchester City.

Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Bayern Munich, Lukas Podolski apabila pintu pembelian pemain dibuka Januari nanti. City kini mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli pemain-pemain handalan dunia setelah kelab itu bertukar pemilik kepada Abu Dhabi United Group (ADUG). Pembelian pertama yang mengejutkan dunia bola sepak adalah berpindahnya Robinho dari Real Madrid ke City dengan nilai 32.5 juta pound.

Liga Utama Eropah Kembali Hangat.

Setelah peminat-peminat bola dihangatkan dengan saingan kelayakan Piala Dunia 2010 di seluruh pelusuk dunia, minggu ini perlawanan-perlawanan di liga utama Eropah akan kembali berlangsung dan mengambil alih perhatian peminat-peminat bola.

August 18, 2008

Stuttgart, Hertha Menang.

18 OGOS - Vfb Stuttgart mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya apabila menewaskan Borussia Monchengladbach 3-1 dalam perlawanan Bundesliga semalam. Gol-gol Stuttgart dijaringkan oleh …

August 17, 2008

Schalke Mulakan Musim Dengan Bergaya.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita Bundesliga - 17 Aug 2008

17 OGOS - Kelab Schalke 04 mencatat kemenangan bergaya apabila menang perlawanan pertamanya dengan keputusan selesa 3-0 ke atas kelab Hanover. Tujuh minit …

August 16, 2008

Bayern - Hamburg Sekadar Seri.

Filed under: Antarabangsa, Berita Bola, Berita Bundesliga - 16 Aug 2008

16 OGOS - Kelab Bayern Munich sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan kelab Hamburg SV dalam perlawanan pembukaan musim baru Bundesliga semalam. Bayern yang dibimbing oleh …