IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Berita Bola Amerika Selatan

September 5, 2009

Maradona Harap Messi Akan Menyinar Ketika Argentina Menentang Brazil.

Lionel Messi diharap dapat mempamerkan bisanya dalam perlawanan antarabangsa apabila Argentina bertemu dengan musuh tradisinya, Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan esok, begitulah luahan jurulatihnya, Diego Maradona.

Messi sudahpun mempamerkan kepintaran permainannya sebagaimana prestasinya ketika bersama kelabnya, Barcelona sewaktu tugasan antarabangsa bersama Argentina menyebabkan para penyokong Argentina berharap untuk melihatnya menjadi inspirasi kepada kejayaan negara itu ketika menentang Brazil.

October 17, 2008

Argentina dan Brazil Malang, Paraguay Cemerlang.

Chile mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menundukkan Argentina 1-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan di Santiago semalam. Fabian Orellana muncul wira Chile apabila jaringannya pada minit ke-36 sudah cukup memberikan skuad bimbingan Marcelo Bielsa itu kemenangan yang diharapkan. Ini adalah kemenangan Chile yang pertama ke atas Argentina sejak tahun 1973 dan juga yang pertama dalam kelayakan Piala Dunia. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan memungut mata yang sama iaitu 16 mata dari 10 perlawanan.

October 15, 2008

Bolivia Dan Uruguay Sama Kuat.

Uruguay bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk mengikat Bolivia 2-2 dalam satu-satunya saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan di La Paz semalam. Uruguay yang dihantui masalah kecederaan dan hukuman penggantungan pemain membuat tujuh pertukaran dalam kesebelasan utamanya dari pasukan yang tewas 1-2 kepada Argentina Sabtu lalu. Dua gol dari Marcelo Martins pula masih gagal membantu Bolivia mengutip tiga mata dari perlawanan ini menyebabkan mereka masih di tangga kelapan liga dengan hanya sembilan mata. Uruguay pula mengatasi Chile dengan kelebihan gol untuk menduduki tangga keempat dengan 13 mata.

Pemain Brazil Bersantai Hadapi Colombia.

Pasukan Brazil membatalkan latihan pada hari Isnin lalu bagi memberi peluang pemain-pemainnya berehat selepas mengharungi perjalanan pulang yang memenatkan dari Venezuela yang bermula dengan menaiki bas selama tiga jam melalui jalan berbukit-bukau. Pemain Manchester City, Robinho dan penjaga gol, Julio Cesar dilihat bersantai di pantai yang berhadapan hotel penginapan mereka. Pemain-pemain Brazil yang akan menghadapi Colombia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan hari ini telah diberi rehat sepanjang hari itu bagi memulihkan semula tenaga mereka.

October 14, 2008

Dunga Kecewa Dengan Layanan Venezuela.

Jurulatih Brazil, Dunga melahirkan rasa kecewanya dengan layanan yang diterima oleh pasukan Brazil ketika berada di Venezuela untuk menentang pasukan itu dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan Ahad lalu. Dalam perlawanan itu, Brazil menang besar 4-0 ke atas pasukan tuan rumah. Dunga mendakwa tidur pemain-pemainnya sering terganggu dan beberapa pemainnya mengalami masalah sakit perut.

October 13, 2008

Brazil Benam Venezuela Untuk Padam Kritikan.

Kaka meraikan kehadirannya semula dalam skuad Brazil dengan menjaringkan gol pertama yang menakjubkan dalam penampilan perlawanan antarabangsanya selepas berehat selama 11 bulan untuk membantu kemenangan 4-0 Brazil ke atas Venezuela di San Cristobal semalam. Robinho dan Adriano turut menyerlah apabila menjaringkan gol pertama antarabangsa mereka sejak Piala Dunia 2006.

October 12, 2008

Paraguay Kekal Takhta, Argentina Kini Kedua.

Paraguay terus mengekalkan takhta liga kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan apabila menang tipis 1-0 ke atas Colombia. Kemenangan itu membolehkan Paraguay menguasai liga dengan memungut 20 mata dari sembilan perlawanan. Setakat ini Paraguay hanya kalah sekali dan telah menang enam perlawanan. Gol kemenangan Paraguay dijaringkan oleh Salvador Cabanas pada minit ke-9 hasil rembatan dari jarak 30 meter. Colombia terus gagal menjaringkan gol dalam perlawanan ini menyaksikan mereka tidak menjaringkan gol dalam empat perlawanan kelayakan Piala Dunia. Colombia hanya mampu menjaringkan empat gol sepanjang kempen kelayakan yang berlangsung setakat ini.

October 10, 2008

Adriano Sedia Ketuai Jentera Serangan Brazil.

Penyerang kontroversi, Adriano kini sudah bersedia untuk mengetuai jentera serangan Brazil ketika menentang Venezuela dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 hari Ahad ini. Adriano dilihat dipasangkan bersama penyerang Manchester City, Robinho dalam latihan skuad utama Brazil menentang pasukan simpanannya sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan itu. Pemain Inter Milan itu dipanggil semula menganggotai skuad Brazil tahun selepas menempuhi tempoh suram dalam kerjayanya dengan menyaksikan dia disisihkan dari skuad Brazil dalam satu tempoh yang agak lama.

October 9, 2008

Kudrat Kaka Ditagih Dunga.

Pemain AC Milan, Kaka seharusnya menjadi diri sendiri dan bermain seperti biasa dalam perlawanan pertamanya bersama Brazil selepas 11 bulan diketepikan kerana kecederaan yang dialaminya. Jurulatih Brazil, Dunga berkata demikian ketika mengulas tentang kembalinya Kaka ke kem Brazil sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Ahad ini.

Brazil akan menentang Venezuela di tempat lawan pada hari Ahad nanti. Ketika ini Brazil menduduki tangga kedua kelayakan Amerika Selatan ketinggalan empat mata dari pendahulu, Paraguay.

September 11, 2008

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Amerika Selatan.

Brazil gagal mengatasi cabaran sepuluh pemain Bolivia apabila sekadar seri 0-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan di Rio de Janeiro pagi tadi. Keputusan seri ini menyaksikan Brazil kini ketinggalan empat mata dengan pendahulu zon Amerika Selatan, Paraguay.

September 10, 2008

Paraguay Kukuhkan Kedudukan Teratas.

Pendahulu zon Amerika Selatan, Paraguay mengukuhkan kedudukannya apabila mengalahkan Venezuela 2-0 di Asuncion sebentar tadi. Paraguay yang seri 1-1 dengan Argentina Sabtu lalu, memulakan permainan dengan baik memandangkan mereka perlu menang untuk menjarakkan diri dari dihimpit Brazil yang berada di tangga kedua. Kelemahan pertahanan Venezuela banyak membantu persembahan baik Paraguay. Paraguay mendahului 1-0 pada minit ke-28 menerusi Cristian Riveros yang merembat bola dari jarak dekat selepas hantaran Claudio Morel Rodriguez terbias dari pertahanan Venezuela.

September 9, 2008

Terima Kad Merah – Tevez Mohon Maaf.

Penyerang Argentina, Carloz Tevez memohon maaf kepada rakan sepasukan dan penyokong Argentina setelah dibuang padang dalam perlawanan menentang Paraguay ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2010 hari Sabtu lalu. Argentina yang bermain dengan sepuluh orang akhirnya seri 1-1 dalam perlawanan itu.

Tevez menerima kad kuning pertama pada minit ke-16 selepas melakukan bentesan dari belakang. Pada minit ke-31, Tevez dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Paraguay, Dario Veron.

Dunga Tepis Kritikan Terhadap Dirinya.

Dunga yang menerima kritikan dari banyak pihak sewaktu mengendalikan skuad Brazil sepanjang saingan kelayakan Piala Dunia 2010 lega dengan kemenangan 3-0 yang diperolehi Brazil ketika menentang Chile Ahad lalu. Beliau menganggap kemenangan itu membuktikan bahawa dia telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Beliau menambah bahawa jika beliau diberi lebih masa untuk menyediakan pasukan pasti hasilnya juga pasti baik. Brazil memang sentiasa dikritik namun akhirnya tetap muncul juara.

September 8, 2008

Brazil Benam Cabaran Chile.

Skuad Brazil berjaya mengatasi cabaran Chile apabila menewaskan lawannya itu 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan di Santiago sebentar tadi. Brazil yang menurunkan barisan terkuatnya, menguasai perlawanan pada babak pertama. Dengan meletakkan Ronaldinho dan Robinho di bahagian serangan, Brazil ternyata gagal dikekang oleh barisan pemain Chile. Brazil sudahpun di depan ketika permainan memasuki minit ke-21 apabila Luis Fabiano menjaringkan gol pertama Brazil setelah menanduk masuk bola sepakan percuma Ronaldinho yang menewaskan penjaga gol Chile, Claudio Bravo.

September 7, 2008

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2010 Amerika Selatan.

Argentina melepaskan peluang untuk memintas pendahulu kelayakan Piala Dunia 2010 benua Amerika Selatan apabila hanya mampu seri dengan Paraguay 1-1 di Buenos Aires semalam. Argentina yang masih segar dengan kejayaan skuad mudanya merangkul emas di Sukan Olimpik Beijing hamper sahaja tewas dalam perlawanan itu. Pemain pertahanan Argentina, Gabriel Heinze patut menyalahkan diri sendiri apabila terjaringkan gol sendiri pada minit ke-13 untuk membolehkan Paraguay mendahului 1-0 pada babak pertama.