Category: Berita Bola
March 11, 2010


Wayne Rooney membantu Manchester United melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara Eropah selepas membenam cabaran AC Milan 4-0 di Old Trafford semalam.
Rooney menjaringkan satu gol pada setiap babak untuk membolehkannya mengumpul sejumlah 30 gol musim ini dan memadam sebarang harapan buat Milan yang memberikan peluang buat David Beckham bermain menentang bekas kelabnya itu dari mencatat kemenangan.
March 10, 2010


Nicklas Bendtner mencatat jaringan hatrik ketika membantu Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara Eropah selepas membelasah Porto 5-0 di Stadium Emirates semalam.
‘The Gunners’ tersungkur 1-2 dalam perlawanan pertama di tempat lawan dan terpaksa turun dalam perlawanan kedua itu tanpa ketua pasukannya, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan.
March 8, 2010


Real Madrid merampas takhta liga apabila mencatat kemenangan dramatik saat akhir 3-2 ke atas Sevilla di Bernabeu semalam.
Rafael van der Vaart menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk membolehkan Real menamatkan perlawanan yang mencemaskan buat mereka setelah ketinggalan 0-2 pada satu ketika.
March 7, 2010

Selangor mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.
Selangor memulakan perlawanan dengan begitu meyakinkan dengan beberapa siri serangan awal ke gawang gol Kedah. Beberapa ledakan percubaan daripada Safee Sali, Hardi Jaafar, Amirul Hadi Zainal dan Mohd Amri Yahyah pada awal permainan begitu mencemaskan benteng pertahanan Kedah.
Selepas beberapa gempuran gagal menepati sasaran, Selangor memulakan pesta gol mereka menerusi rembatan jauh Safee Sali yang menerjah jaring pada minit ke-27.
March 5, 2010

<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>

Sepanyol menunjukkan bukti mengapa mereka layak dicanang sebagai pasukan pilihan semasa Piala Dunia 2010 nanti selepas mengenepikan Perancis 2-0 dalam satu aksi persahabatan di Paris semalam untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka.
Juara Euro 2008 itu sememangnya berhak mengecapi kemenangan pertama ke atas jirannya di sebelah utara itu sejak 1968, terima kasih kepada gol babak pertama oleh David Villa dan Sergio Ramos.
March 4, 2010


John Terry mengenepikan perasaan diejek penyokong apabila membantu England menewaskan Mesir 3-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Mesir di Wembley semalam.
Dalam penampilan pertamanya selepas skandal asmaranya sehingga dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan England, Terry menjadi perhatian sepanjang perlawanan itu berlangsung.
February 26, 2010


Liverpool menutup sebarang kritikan yang mereka bakal dimalukan di Romania apabila bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Unirea Urziceni 3-1 dalam saingan kalah mati Liga Eropah semalam sekaligus menempah tempat ke saingan terakhir 16 pasukan.
Kelemahan benteng pertahanan membendung ‘set piece’ sepakan percuma lawan menyaksikan ketinggalan hasil jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-19.
February 22, 2010


Perlawanan antara Liverpool dan Manchester City yang pada awalnya dijangka berlangsung sengit akhirnya berkesudahan dengan seri tanpa jaringan dalam saingan merebut tangga keempat EPL di Eastlands semalam.
Bimbang akan ditimpa kekalahan, saingan antara dua pesaing terdekat itu gagal menampilkan sebarang percubaan berbahaya pada babak pertama dan hanya sedikit hangat pada 15 minit terakhir.
February 21, 2010


Selepas memalukan Chelsea dalam perlawanan terakhir mereka dalam saingan EPL, Everton sekali lagi melakukan keputusan memeranjatkan apabila membenam sebuah lagi kelab yang sedang bersaing hebat untuk merangkul kejuaraan EPL, Manchester United dengan keputusan 3-1 di Goodison Park malam tadi.
Sebagaimana yang mereka lakukan kepada skuad bimbingan Carlo Ancelotti sepuluh hari yang lalu, Everton yang dibimbing David Moyes bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mencatatkan satu lagi keputusan mengejut, di mana kekalahan itu menjejaskan peluang United untuk mengejar kedudukan Chelsea.
February 19, 2010


Penyerang, David Ngog sembilan minit sebelum tamat perlawanan membantu Liverpool mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Unirea Urziceni dalam saingan Liga Eropah di Anfield semalam.
Dengan pasukan pelawat lebih banyak mengatur gerakan menyebabkan tekanan menyelubungi skuad bimbingan Rafael Benitez untuk mencipta gerakan mengatasi kelab Romania itu.
February 18, 2010


Lukasz Fabianski menjadi pemusnah kepada impian awal Arsenal apabila dua kesilapannya menyebabkan Arsenal tersungkur 1-2 kepada Porto dalam perlawanan pertama saingan kalah mati Liga Juara Eropah di Estadio do Dragao semalam.
Penjaga gol Poland itu diturunkan bagi menggantikan Manuel Almunia yang ditimpa kecederaan, berada di luar posisi sewaktu jaringan pertama Porto dihasilkan menerusi Varela pada minit ke-11 sebelum satu lagi kesilapannya pada minit ke-51 diambil kesempatan oleh Radamel Falcao untuk menyumbat gol kedua Porto.
February 17, 2010


Gol menarik Jean Makoun pada babak kedua memberikan Olympique Lyon kemenangan yang diperlukan apabila menewaskan Real Madrid 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara Eropah di Stade Gerland semalam.
Berikutan kebuntuan jaringan pada babak pertama yang menyaksikan Lyon lebih banyak melancarkan serangan, jaringan Makoun pada minit ke-47 sudah cukup memberikan kepedihan buat gergasi Sepanyol itu.


Dua gol pada babak kedua oleh Wayne Rooney membantu Manchester United mendapatkan bekalan yang diperlukan apabila menewaskan AC Milan 3-2 dalam perlawanan pertama saingan kalah mati Liga Juara Eropah di San Siro semalam.
Walaupun dikejutkan dengan gol awal jaringan Ronaldinho pada minit ke-3 yang menyempurnakan hantaran David Beckham, namun United bangkit dengan tiga jaringan yang menyebabkan para penyokong pasukan tuan rumah tergamam.
February 11, 2010


Arsenal mendapat nafas baru dalam persaingan merebut kejuaraan liga musim ini apabila menewaskan Liverpool 1-0 di Stadium Emirates semalam.
Abou Diaby muncul wira ‘The Gunners’ apabila memecah kebuntuan pada minit ke-72 dengan menanduk masuk gol kemenangan pasukannya selepas menerima hantaran cantik Tomas Rosicky sekaligus memadam kekecewaan dalam perlawanan terdahulu apabila tewas kepada dua kelab gergasi, Manchester United dan Chelsea.
February 8, 2010


Kehidupan John Terry mungkin agak porak peranda di luar namun bekas ketua pasukan England itu tetap menjadi inspirasi buat pemain Chelsea untuk membenam cabaran Arsenal 2-0 sekaligus memadam impian skuad ‘The Gunners’ untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Dilucutkan jawatan ketua pasukan England 48 jam terdahulu dan menjadi tumpuan media sejak kehidupan sosialnya didedahkan, Terry mempamer aksi serba kemas untuk menutup ruang buat pemain Arsenal menyusup masuk ke kawasan mereka.
February 7, 2010


Wayne Rooney menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebelum perlawanan dan kemudian membantu Manchester United kembali ke persada liga selepas membelasah Portsmouth 5-0 di Old Trafford semalam.
Penyerang England itu merobek gawang skuad Pompey dengan tandukan kencang pada minit ke-40 untuk golnya yang ke-23 musim ini, yang merupakan rekod jaringan terbaik dalam kariernya.
February 6, 2010


Gol ke-50 Dirk Kuyt bersama Liverpool memberikan pasukannya kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton dalam pertembungan Merseyside yang ke-213 di Anfield malam tadi sambil menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain.
Liverpool terpaksa bermain sepuluh pemain pada 55 minit terakhir apabila pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos dibuang padang angkara terjahan kerasnya ke atas Marouane Fellaini manakala Steven Pienaar dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan.
February 4, 2010


Jermain Defoe meletakkan Tottenham Hotspur di landasan tepat dalam perjalanan ke Wembley apabila meledakkan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya menewaskan Leeds United 3-1 dalam perlawanan ulangan saingan pusingan keempat Piala FA di Elland Road semalam.
Defoe memulakan malam cemerlangnya dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-37 namun kelebihan itu dipadamkan oleh Leeds menerusi jaringan penyamaan oleh Luciano Becchio pada minit ke-45.
February 1, 2010


Manchester United menundukkan musuh ketatnya dalam perebutan gelaran juara liga musim ini, Arsenal 3-1 di Stadium Emirates untuk menakluki takhta liga satu mata mengatasi Chelsea.
Nani membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila bola lambungannya disalah agak oleh Manuel Almunia sebelum penyerang England, Wayne Rooney menggandakan kedudukan empat minit kemudian hasil dari satu serangan balas yang pantas oleh United.
January 31, 2010

Selangor yang menang besar 6-0 ke atas Johor dalam perlawanan terdahulu, gagal mengekalkan momentum kemenangannya apabila sekadar seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar malam tadi.
Ahmad Fakri Shaarani membuka tirai jaringan buat Perlis pada minit ke-12 sebelum Safiq Rahim menyelamatkan maruah Selangor dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41 bagi membolehkan skuad Gergasi Merah membawa pulang satu mata sekaligus mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu liga.
Terengganu yang mengekori Selangor di tangga kedua kembali merapatkan diri dengan pendahulu liga itu dengan jurang dua mata sahaja apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
January 28, 2010


Wayne Rooney mengetuai kemaraan Manchester United ke perlawanan akhir Piala Carling apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan seteru setempat, Manchester City 3-1 dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir di Old Trafford semalam.
Selepas jaringan Carlos Tevez kembali mengikat agregat kepada 3-3 untuk membayangkan yang perlawanan itu bakal berlanjutan ke masa tambahan, Rooney tampil dengan watak pemusnah apabila menanduk masuk hantaran Ryan Giggs untuk membolehkan United mara ke final dengan agregat 4-3. United sebelum ini tewas 1-2 dalam perlawanan pertama di Eastlands.
January 24, 2010


Wayne Rooney menjaringkan empat gol sensasi ketika membelasah Hull City 4-0 di Old Trafford semalam sekaligus mengangkat kedudukan Manchester United selaku pendahulu EPL yang baru mengatasai Arsenal dan Chelsea dengan kelebihan dua mata.
Setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-8, Rooney bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga lapan minit terakhir untuk meledakkan gol kedua dalam perlawanan itu.

Terengganu mengenepikan semua ramalan awal yang mengatakan mereka akan tersungkur kepada Selangor apabila menang bergaya 4-0 ke atas lawannya itu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dua sepakan penalti yang dimiliki Terengganu ternyata meruntun semangat para pemain Selangor sehingga mereka hilang punca di sebalik penguasaan bahagian tengah yang dijana oleh Safiq Rahim, Hardi Jaafar dan Bunyamin Omar.
Bagaimanapun, Terengganu lebih berbisa dari segi tindakan penyudah dengan kemampuan barisan pemain penyerang mereka yang begitu efisien ketika berada di hadapan gol lawan.
January 21, 2010


Dua jaringan Dirk Kuyt memberikan Liverpool nyawa baru dalam saingan EPL musim ini dengan membenam cabaran Tottenham Hotspur 2-0 di Anfield semalam.
Penyerang antarabangsa Belanda itu meledakkan gol pertama pada minit ke-6 sebelum menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
January 18, 2010


Barcelona membelasah Sevilla 4-0 dibantu oleh dua gol Lionel Messi untuk membolehkan mereka menjarakkan diri dari pesaing di tempat kedua, Real Madrid yang tewas kepada Athletic Bilbao dalam satu lagi perlawanan Liga Primera Sepanyol semalam.
Barca meningkatkan jurang kepada lima mata ketika baru separuh musim berlangsung selepas Real Madrid tumpas mengejut 0-1 kepada Bilbao menerusi jaringan minit ke-3 oleh Fernando Llorente.
Next Page »
|