Category: Berita Anugerah Pemain
December 23, 2009


Lionel Messi diberi penghargaan terbesar dalam kerjayanya setelah membantu Barcelona merangkul enam kejuaraan apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2009.
Penyerang Argentina itu menanduk masuk gol kemenangan ke atas Manchester United semasa perlawanan akhir Liga Juara Eropah, juga menjaringkan gol kemenangan ke atas Estudiantes dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia FIFA 2009 di Abu Dhabi hari Sabtu lalu untuk membantu Barcelona muncul juara kejohanan itu.
December 3, 2009


Penyerang Argentina, Lionel Messi diumumkan sebagai penerima anugerah Ballon d’Or 2009, anugerah bagi Pemain Terbaik Eropah yang diundi oleh para wartawan dan dianjurkan oleh majalah France Football.
Messi, penyerang berbakat Barcelona, menyingkir Cristiano Ronaldo ke tempat kedua, menjadikan dia pemain Barcelona yang keenam menerima anugerah itu tetapi kali pertama dalam tempoh empat tahun sejak ia dimenangi oleh pemain tengah Brazil, Ronaldinho.
November 30, 2009


Senarai pencalonan untuk anugerah Ballon d’Or kini memasuki peringkat akhir apabila seramai sepuluh pemain disenarai pendek untuk merebut anugerah itu, dengan pemain kebangsaan Argentina dan Barcelona, Lionel Messi mengetuai senarai itu sebagai calon pilihan.
Dari senarai 30 pemain yang dikeluarkan pada bulan lepas, kini jumlahnya dikurangkan kepada sepuluh pemain, di mana Messi dan pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo bersaing hebat untuk memenangi anugerah yang dianjurkan oleh Majalah France Football itu.
November 29, 2009


Bintang Jepun, Yasuhito Endo merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan AFC 2009 sekaligus mengenepikan saingan sengit empat calon utama yang lain dalam satu majlis anugerah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Selasa lalu.
Endo, pemain bagi kelab J-League, Gamba Osaka menerima undian terbanyak yang merangkumi persembahannya dalam Liga Juara Asia, Kejohanan Piala Asia, kelayakan Piala Dunia 2010 dan kejohanan lain yang dianjurkan oleh AFC.
November 6, 2009



Penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin menerima laba berganda apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus FAM di Hotel PJ Hilton kelmarin.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang mengetuai barisan pemain Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA pada pertengahan tahun ini dan bakal mengetuai skuad Wira Merah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia hari Sabtu ini, membawa pulang dua trofi kristal dan hadiah wang bernilai RM 3,000.
November 2, 2009

Tiga pemain Harimau Muda disenarai pendek dalam pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009. Penyenaraian tiga pemain itu tidak mengejutkan memandangkan mereka adalah antara watak penting kejayaan Harimau Muda menjuarai Liga Perdana tahun ini.
Dari lima calon yang disenaraikan bagi anugerah Pemain Paling Berbakat, tiga pemain Harimau Muda iaitu Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin berada dalam senarai pencalonan.
Ini bermakna formula Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencadangkan agar skuad Harimau Muda bermain dalam Liga Perdana terbukti berjaya berdasarkan pencapaian mereka setakat ini.
October 31, 2009


Penyandang gelaran Pemain Terbaik Tahunan FIFA, Cristiano Ronaldo sekali lagi berada dalam senarai pendek 23 pemain untuk anugerah pemain tahun ini, turut disenarai pemain pilihan, Lionel Messi, tetapi juara Euro ’08, Sepanyol mendominasi pencalonan anugerah tersebut.
Ronaldo mengetuai senarai pemain berbakat dunia yang akan diundi dalam satu majlis khas di Zurich pada 21 Disember, yang juga menyaksikan Messi dianggap sebagai calon pilihan untuk menyandang gelaran itu.
August 31, 2009


Penyerang Barcelona, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Kelab Eropah dalam satu majlis yang diadakan di Monaco hari Khamis lalu.
Sejurus sebelum itu, Messi juga telah diumumkan sebagai penerima anugerah Penyerang Terbaik Tahunan Kelab Eropah bagi musim 2008/09 menewaskan calon popular, Cristiano Ronaldo dan bekas rakan penyerangnya di Barca, Samuel Eto’o.
August 19, 2009

Enam pemain yang membantu Barcelona mengalahkan Manchester United 2-0 dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah berada dalam senarai pencalonan bagi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kelab Eropah yang keputusannya akan diumumkan di Monte Carlo pada minggu hadapan.
Penjaga gol Victor Valdes, pemain pertahanan Gerard Pique, pemain tengah Xavi Hernandez dan Andres Iniesta serta penyerang Lionel Messi dan Samuel Eto’o, yang kini bersama Inter Milan, kesemuanya berada dalam senarai yang dikeluarkan oleh UEFA pada hari Isnin lalu.
Enam pemain lain yang berada dalam senarai pencalonan itu adalah dari kelab-kelab EPL, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
May 25, 2009


Pemain tengah England, Frank Lampard muncul bintang pertama Chelsea yang menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan kelab itu buat kali ketiga.
Lampard, yang memenangi anugerah itu pada tahun 2004 dan 2005 sekali lagi menerima undi tertinggi yang dilakukan para penyokong kelab itu.
Lampard menerima anugerah itu dari pengurus sementara Chelsea, Guus Hiddink manakala Michael Essien, Michael Mancienne dan Ashley Cole turut memenangi hadiah pada malam penganugerahan itu.
May 14, 2009


Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard telah diundi untuk menerima anugerah Pemain Terbaik 2009 oleh Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) England.
Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berada dalam senarai teratas undian yang dilakukan mengatasi dua pemain Manchester United, Ryan Giggs dan Wayne Rooney untuk memenangi anugerah berprestij itu, yang telah bermula sejak tahun 1948.
April 28, 2009


Pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs menghamburkan pujian buat pengurus United, Sir Alex Ferguson setelah dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Profesional buat kali pertama dalam kariernya.
Di sebalik hanya diturunkan dalam 12 perlawanan dan sekadar menjaringkan satu gol musim ini, anugerah tersebut kelihatan diberikan atas sumbangannya sebagai pemain yang bermula 18 tahun lalu ketika menentang Everton di Old Trafford pada 2 Mac 1991.
January 24, 2009


Penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan dalam majlis Anugerah Bola Sepak Itali 2008 hari Selasa lalu.
Anugerah itu berdasarkan undian yang dilakukan oleh ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Itali, adalah salah satu dari tiga anugerah yang dibolot oleh penyerang Sweden itu dalam majlis yang diadakan di Milan. Ibrahimovic juga memenangi anugerah untuk Pemain Luar Terbaik dan Jaringan Paling Menarik.
January 14, 2009



Seperti yang telah dujangka, Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 dalam satu majlis di Zurich semalam dan menjadi pemain pertama dari EPL yang merangkul anugerah itu.
Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi hebat pada musim lalu apabila membantu Manchester United menjuarai kejohanan Eropah dan EPL, di samping menjaringkan sejumlah 42 gol, dan selepas acara pengundian oleh pengurus-pengurus dan ketua-ketua pasukan, dia berjaya menambah koleksi peribadinya selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik FIFPro dan Pemain Terbaik Eropah, Ballon d’Or.
January 12, 2009


Cristiano Ronaldo merupakan pemain pilihan antara lima calon yang disenaraikan untuk merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA tahun 2008.
Pemain sayap Manchester United itu yang telahpun memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFPro dan Pemain Terbaik Eropah, Ballon d’Or, merupakan pilihan utama berbanding nama-nama lain yang dicalonkan seperti Fernando Torres, Lionel Messi, Xavi Hernandes dan pemegang gelaran, Kaka.
December 26, 2008


Pemain tengah Chelsea, Michael Essien telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Ghana bagi tahun ini selepas selesai majlis pengundian oleh pihak media.
December 3, 2008


Pemain sayap Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo meraikan salah satu hari indah dalah hidupnya setelah diisytiharkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or semalam.
Pemilihan Ronaldo itu dilihat bertepatan kerana dia telah membantu kelabnya Manchester United merangkul dua kejuaraan besar musim lalu iaitu dengan muncul juara EPL dan Liga Juara Eropah. Di samping itu, Ronaldo telah menjaringkan sejumlah 42 gol sepanjang musim lalu dalam semua kejohanan yang disertai kelabnya.
November 19, 2008


Nama pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo telah disenarai pendek dalam senarai 30 pemain sebagai antara pemain yang akan dipertimbangkan untuk menerima anugerah Ballon d’Or 2008. Kaka yang mengungguli anugerah ini pada tahun lalu turut berada dalam senarai 30 pemain itu. Kaka adalah satu-satunya pemain Brazil yang disenaraikan untuk menerima anugerah itu pada tahun ini.
September 15, 2008


Deco yang mengambil keputusan berpindah dari kelabnya Barcelona ke Chelsea pasti tidak akan menyesal dengan keputusan yang dibuatnya. Selain semakin serasi dengan kelab EPL itu, Deco turut menerima laba terbaru dalam kerjayanya.
Deco telah diisytiharkan sebagai Pemain Terbaik Bulanan EPL oleh Panel Anugerah EPL yang menyaksikan dia mengenepikan banyak nama besar yang lain. Kehadirannya di Chlesea begitu dikagumi oleh ramai pihak memandangkan dia tidak menunjukkan rasa kekok ketika beraksi dalam liga yang sebelum ini begitu asing baginya.
September 2, 2008


Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah 2008 dalam satu majlis Anugerah Pemain Terbaik UEFA yang berlangsung di Monaco.
Ronaldo dipilih berdasarkan sumbangannya kepada Manchester United yang merangkul kejuaraan Liga Juara Eropah musim 2007/08. Selain itu, United turut muncul sebagai juara Liga Perdana England (EPL) di mana Ronaldo muncul penjaring terbanyak EPL. Di samping itu, Ronaldo juga telah dipilih sebagai Pemain Penyerang Terbaik Eropah.
August 28, 2008


Pemain-pemain dari Liga Perdana England (EPL) mendominasi Anugerah Tahunan Pemain UEFA yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Sebanyak empat anugerah yang akan dipertandingkan iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Penyerang Terbaik. Bagi setiap kategori, lima nama dicalonkan. Apa yang memeranjatkan dari sejumlah 20 nama pemain yang dicalonkan dalam empat kategori itu, 17 pemain adalah pemain-pemain yang bermain dengan kelab-kelab di EPL dan hanya tiga sahaja pemain dari kelab negara lain iaitu dua dari Barcelona manakala satu dari Schalke 04.
August 27, 2008


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama 100 Plus telah menganjurkan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dengan tujuan untuk mengiktiraf sumbangan pemain-pemain bola sepak di negara ini kepada kemajuan bola sepak tanah air.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan undian peminat menerusi laman web rasmi FAM di www.fam.org.my. Undian ini telah bermula pada bulan Julai lalu dan penyampaian anugerah telah diadakan pada 23 Ogos 2008 yang lalu.
July 18, 2008

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini dijangka akan berlangsung pada 24 Ogos di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama 100 Plus begitu komited untuk menjayakannya. Anugerah tahun ini adalah kali ketiga ia dianjurkan.
|