Category: Artikel Khas
December 18, 2009


Sebelum perlawanan bermula, Henrique Calisto adalah orang yang paling lantang mengatakan skuad Vietnam bakal mencatat sejarah membawa pulang pingat emas Sukan Sea buat kali pertama dalam sejarah penyertaannya.
Bagaimanapun, selepas perlawanan berakhir, orang yang tersenyum paling lebar adalah K.Rajagopal apabila skuad kendaliannya berjaya menamatkan kemarau selama 20 tahun tanpa pingat emas, pencapaian terakhir dicatat pada 1989, dengan menewaskan Vietnam 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit semalam.
Dengan menurunkan kesebelasan terbaik pada permulaan permainan, kedua-dua pasukan menaruh harapan yang tinggi untuk mengatasi satu sama lain. Vietnam dikatakan mempunyai kelebihan psikologi kerana telah mengalahkan Malaysia 3-1 dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
December 17, 2009


Hari penentuannya kini sudah tiba. Setelah mengatasi satu demi satu cabaran yang merintangi perjalanan skuad Malaysia ke perlawanan akhir maka tinggal hanya satu kubu lagi yang perlu digempur setelah gempuran pertama ke atas lawan yang sama terkulai di peringkat kumpulan.
Vietnam nampaknya seperti sebuah pasukan yang kebal kerana sehingga kini mereka menjadi pasukan tunggal yang belum menerima erti luka kekalahan sepanjang penyertaan mereka dalam saingan bola sepak Sukan SEA yang ke-25 ini.
Satu-satunya pasukan yang dapat menyekat Vietnam dari mencatat kemenangan adalah pasukan Thailand namun pasukan pilihan itu akhirnya terkeluar dari landasan ke final apabila dihentam badai pasukan Malaysia yang tiba-tiba menjadi perhatian walaupun pada satu ketika langsung tidak diberi harapan untuk menundukkan juara bertahan Asia Tenggara itu.
November 10, 2009


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan KAFA terpaksa tanggung akibatnya. Begitulah perumpaan yang sesuai buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gara-gara sikap penyokongnya yang membuat kacau semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan berlangsung Sabtu lalu.
Mahu ditangisi sudah tidak berair mata, mahu dimarah kepada siapa hendak diarah, mahu ditangkap tiada siapa yang boleh dipertanggungjawab. Pendek kata, baling batu sembunyi tangan, pukul anak sindir menantu, dek kerana kerbau seekor habis semua terpalit lumpur.


Menjadi juara selepas 60 tahun gagal melakukannya adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang, lebih-lebih lagi merangkul kejuaraan paling berprestij di negara ini.
Impian itulah yang berjaya dikecapi oleh Negeri Sembilan apabila memenangi Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir, tambahan pula mereka menampilkan aksi serba kemas sehingga gagal disaingi oleh pasukan lawan.
Kerjasama sepasukan, kesungguhan dan kemampuan menangani tekanan menjadi sebahagian intipati kejayaan skuad Hoben Jang Hoben.Gabungan pemain baru dan lama menguatkan lagi kemantapan pasukan dan akhirnya ia dijelmakan dalam bentuk kejayaan.
November 7, 2009


Label Pasukan Pilihan sebenarnya adalah satu pengiktirafan. Hanya pasukan yang mempunyai karisma dan pencapaian semasa yang hebat biasanya akan menerima pengiktirafan itu.
Ada kalanya, gelaran itu diberikan kepada pasukan yang mempunyai populariti dan rekod pencapaian yang baik dalam sesuatu kejohanan serta berdasarkan pengalaman yang dimiliki mereka.
Entah kenapa, gelaran itu kini seolah-olah ingin dijauhi oleh mana-mana pasukan yang bertanding, lebih-lebih lagi apabila saingan sudah berada di kemuncaknya. Mungkin kerana tiada keyakinan atau untuk mengelak tekanan berlebihan maka masing-masing lebih senang jika mereka dilabel sebagai pasukan ‘underdog’.


Saingan Piala Malaysia 2009 kini semakin hampir sampai ke kemuncaknya. Dua pasukan, Kelantan dan Negeri Sembilan bakal membuat perhitungan untuk menentukan pasukan manakah yang lebih layak menjulang piala yang paling berprestij dalam sejarah bola sepak negara ini.
Perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut dijadualkan berlangsung pada 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 100,00 adalah dijangkakan stadium terbesar di Malaysia itu akan dipenuhi segenap sudutnya oleh penyokong kedua-dua pasukan.
Baik Kelantan mahupun Negeri Sembilan, pasti mengharapkan sokongan padu dari penyokong masing-masing untuk menaikkan semangat para pemain yang berjuang di padang. Kejayaan dalam perlawanan itu nanti sedikit sebanyak pastinya dipengaruhi oleh sorakan yang menggamatkan stadium.
November 2, 2009

Tiga pemain Harimau Muda disenarai pendek dalam pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2009. Penyenaraian tiga pemain itu tidak mengejutkan memandangkan mereka adalah antara watak penting kejayaan Harimau Muda menjuarai Liga Perdana tahun ini.
Dari lima calon yang disenaraikan bagi anugerah Pemain Paling Berbakat, tiga pemain Harimau Muda iaitu Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin berada dalam senarai pencalonan.
Ini bermakna formula Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencadangkan agar skuad Harimau Muda bermain dalam Liga Perdana terbukti berjaya berdasarkan pencapaian mereka setakat ini.
October 31, 2009

Kelantan dan Negeri Sembilan kini selangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir di tempat sendiri membolehkan mereka bertandang ke tempat lawan dengan sedikit bekalan yang mungkin boleh membantu mereka nanti.
Namun begitu, Perlis dan Terengganu bukanlah calang-calang pasukan. Kemampuan mereka melangkah ke separuh akhir sebenarnya sudah membuktikan yang mereka juga adalah pasukan yang perlu diberi perhatian dan ada kemungkinan mereka boleh membuat kejutan untuk ke final.
Perlawanan malam ini pastinya dinanti-nantikan oleh penyokong keempat-empat pasukan dengan perasaan penuh debar dan sudah pasti juga hanya kemenangan yang diimpikan oleh mereka bagi merealisasikan harapan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.
October 24, 2009


Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung malam ini untuk melengkapkan keputusan perlawanan peringkat pertama yang sudahpun berlangsung pada hari Selasa lalu.
Empat pasukan iaitu Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diramalkan akan tersenarai dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan ini namun berdasarkan keputusan perlawanan suku akhir pertama, empat lagi pasukan iaitu Terengganu, KL Plus, Kuala Muda Naza dan Johor FC masih berpeluang membuat keputusan mengejut menyelitkan diri ke separuh akhir.
July 18, 2009


Pada 11 Julai 2009 yang lalu, genaplah 18 tahun pemergian lagenda bola sepak negara kita, Allahyarham Mokhtar Dahari atau nama gelarannya ‘Supermokh’ akibat penyakit distrofi otot.
Allahyarham Mokhtar yang dilahirkan pada 13 November 1953 telah menempa nama dalam bidang bola sepak di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kecemerlangannya dalam bidang bola sepak telah membolehkan beliau menerima anugerah tertinggi sukan di negara kita iaitu Olahragawan Negara 1976.
June 12, 2009


Real Madrid telah mengesahkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Villareal untuk mendapatkan khidmat Manuel Pellegrini sebagai jurulatih kelab itu musim depan.
Berusia 55 tahun, Pellegrini yang menyenaraikan gergasi Argentina, River Plate sebagai bekas kelabnya yang paling dikenang, akan diperkenalkan secara rasmi pada hari Selasa ini di Santiago Bernabeu.
Media Sepanyol melaporkan yang Real perlu membayar Villareal sebanyak 4 juta euro sebagai pampasan dan jurulatih kelahiran Chile itu akan membimbing Real selama empat musim.
June 3, 2009


Dibina dengan nilai hampir mencecah RM 300 juta, usianya pun baru mencecah setahun, namun apa yang berlaku sungguh memeranjatkan dan memalukan imej negara kita.
Belum pernah dalam sejarah negara kita, sebuah stadium yang baru dibina runtuh dalam sekelip mata tanpa ribut taufan melanda. Malah, negara Malaysia bukanlah sebuah negara yang baru hendak belajar membina sebuah bangunan yang besar.
Stadium Shah Alam dan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang telah dibina lebih awal pun masih berdiri teguh dan belum ada tanda-tanda yang menunjukkan kedua-dua stadium ini bakal menerima nasib yang sama.
May 16, 2009


16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua guru di mana pada tarikh itulah satu sambutan untuk mengenang jasa para guru diadakan saban tahun.
Pada hari itu maka berbondong-bondonglah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang memuji-muji para guru dan mengampu-ampu seolah-olah selama ini merekalah yang mempertahankan guru-guru dari kecaman, kritikan malahan kutukan dari pelbagai pihak terutama para ibu bapa yang merasakah diri mereka lebih betul dari segala benda yang betul di dunia ini.
Bagi mereka yang benar-benar menghargai jasa para guru, ilmu yang dicurah sentiasa tersemat di dalam hati. Denda dan hukuman oleh guru yang dikenakan terhadap mereka dianggap sebagai ingatan ikhlas agar tidak mengulangi kesilapan lalu. Akhirnya, kejayaan dalam peperiksaan dihadiahkan kepada guru-guru sebagai membalas jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.
May 6, 2009


Saksikan perlawanan kedua peringkat separuh akhir Liga Juara Eropah antara Chelsea menentang Barcelona yang akan berlangsung di Stamford Bridge awal pagi nanti.
Perlawanan pertama di Nou Camp telah menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan walaupun pasukan tuan rumah melancarkan banyak serangan ke kubu lawan.
April 29, 2009


Selangor merangkul Piala FAnya yang kelima apabila menundukkan Kelantan 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu lalu.
Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dan terikat tanpa jaringan apabila masa penuh perlawanan tamat menyebabkan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.
Kelantan menceriakan para penyokongnya apabila berjaya membolosi gawang gol Selangor menerusi tandukan Norfarhan Mohamad pada minit ke-92 namun berjaya disamakan oleh Mohd Amri Yahyah yang menanduk masuk hantaran D. Surendran pada minit ke-100.
February 12, 2009


Ramai yang beranggapan seseorang pemain yang mencapai tahap tertinggi dalam permainannnya dan mempunyai jasa yang besar dalam arena bola sepak negara boleh digelar sebagai lagenda bola sepak. Seseorang yang banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan di peringkat tertinggi serta dikagumi kerana ketokohannya dalam memartabatkan bola sepak tanah air juga boleh digelar lagenda bola sepak.
Namun, tidak ramai yang tahu yang negara kita juga mempunyai seorang lagenda bola sepak dalam bidang kepengadilan iaitu seorang pengadil yang bukan sahaja hebat di Malaysia tetapi juga merupakan pengadil yang begitu dihormati dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Pada 3 Februari 2009 arena bola sepak tanah air menerima berita yang mengejutkan apabila seorang pengadil terkenal di negara kita iaitu Mohd Nazri Abdullah, 54, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Las Palmas, Pulau Canary, Sepanyol ketika bertugas sebagai penyelia Seminar Pengadil dan Pembantu Pengadil Piala Dunia 2010 Afrika Selatan setelah mengalami serangan sakit jantung.
January 14, 2009



Seperti yang telah dujangka, Cristiano Ronaldo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 dalam satu majlis di Zurich semalam dan menjadi pemain pertama dari EPL yang merangkul anugerah itu.
Pemain berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi hebat pada musim lalu apabila membantu Manchester United menjuarai kejohanan Eropah dan EPL, di samping menjaringkan sejumlah 42 gol, dan selepas acara pengundian oleh pengurus-pengurus dan ketua-ketua pasukan, dia berjaya menambah koleksi peribadinya selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik FIFPro dan Pemain Terbaik Eropah, Ballon d’Or.
January 9, 2009

Persatuan Penyokong Bola Sepak Kelantan mengumumkan yang mereka akan mengadakan bantahan secara aman di hadapan Wisma FAM pukul 3.00 petang hari ini ekoran keputusan badan induk bola sepak kebangsaan itu menjatuhkan hukuman ‘kalah percuma’ kepada Kelantan.
Kelantan dikatakan gagal menyediakan gelanggang perlawanan antara pasukan ‘Wira Merah’ itu dengan pasukan KL Plus dalam saingan Liga Super hari Sabtu lalu dengan sempurna.
Akibatnya, Kelantan diisytiharkan sebagai pasukan yang kalah dengan keputusan 0-3 manakala KL Plus mendapat durian runtuh apabila diberi tiga mata percuma.
December 23, 2008

Pasukan Sepanyol kekal sebagai pasukan terbaik dunia bagi tahun 2008 apabila kedudukan terbaru ranking dunia yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan juara EURO’08 itu masih unggul di tangga teratas dengan memungut 1663 mata.
Jerman pula mengekalkan kedudukannya selaku pasukan kedua terbaik dunia pada masa ini manakala Belanda meningkat setangga ke tangga ketiga dan menyingkirkan Itali ke tangga keempat.
December 18, 2008


Arena bola sepak tanah air menerima satu lagi kejutan selepas tersingkir dari saingan Piala Suzuki AFF ekoran kekalahan kepada Vietnam dan Thailand. Bagaimanapun, kejutan kali ini bukankah kejutan di atas padang tetapi berita sensasi tentang perkahwinan pemain pertahanan muda Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak,21, dengan artis terkenal, Rita Rudaini Mokhtar,32.
December 13, 2008


Malaysia gagal lagi. Sekali lagi pasukan bola sepak negara kita pulang dengan tangan kosong. Entah di mana silapnya, segala yang dirancang tidak pernah menjadi. Belanja telah banyak dikeluarkan, pendedahan ke luar negara kerap dilakukan, jurulatih bertukar ganti, namun kegagalan juga yang menanti.
Banyak kali janji ditabur. Kata-kata manis sering diucapkan setiap kali sebelum pertandingan. Harapan yang tinggi diletakkan kononnya sebagai sasaran. Namun, akhirnya kita tetap pulang dengan kekecewaan.
December 8, 2008

Hari ini, 10 Zulhijjah 1429, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali dengan Hari Raya Korban. Walaupun sambutannya tidak semeriah sambutan Hari Raya Aidil Fitri, ia tetap menjadi medan sanak saudara dan rakan taulan beramah mesra.
Pada ketika umat Islam di Malaysia mengadakan ibadah korban, pemain-pemain bola sepak negara kita pula terpaksa berkorban meninggalkan tanah air, dan yang paling memilukan meninggalkan keluarga di Malaysia kerana berada di Phuket menjalankan tugasan negara.
December 4, 2008


Kejohanan Piala Suzuki bakal membuka tirainya esok. Lapan pasukan akan menyertai kejohanan itu iaitu Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Singapura, Laos, Kampuchea dan negara kita Malaysia. Indonesia dan Thailand bakal mengacarakan kejohanan itu selaku tuan rumah dengan pasukan yang bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam dan Laos manakala satu lagi kumpulan dianggotai oleh Indonesia, Myanmar, Singapura dan Kampuchea.
August 31, 2008
August 30, 2008
|