Category: Artikel
March 3, 2010


Liverpool dilaporkan sudah bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada Javier Mascherano dalam usaha memadam percubaan Barcelona untuk mendapatkan pemain itu pada musim panas nanti.
Mascherano sudah lama berada dalam senarai pemain yang dikehendaki oleh Pep Guardiola tetapi setakat ini Liverpool berjaya mengekalkan pemain itu di Merseyside.
March 2, 2010


Pemain tengah Chelsea, Deco mengakui yang dia menaruh harapan untuk meninggalkan kelab itu musim panas nanti dan kembali ke negara kelahirannya, Brazil untuk lebih dekat dengan anak-anaknya dan bermain dalam skuad utama kelab yang diwakilinya kelak.
Deco, yang mewakili Portugal selepas berpindah dari negaranya dan mendapatkan taraf kerakyatan, menyertai Chelsea dari Barcelona pada 2008 dengan mengikat kontrak selama tiga tahun.
February 27, 2010


Penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar bersetuju untuk menandatangani kontrak baru selama setahun.
Van der Sar, 39, kini akan kekal di Old Trafford sehingga bulan Jun 2011 dan berkata, “Saya masih rasa bagus dan gembira bermain bola sepak”.
Van der Sar sebelum ini terpaksa berehat dalam tempoh yang panjang sebanyak dua kali, pertama kerana kecederaan dan kedua atas sebab penyakit yang menimpa isterinya.
February 20, 2010


Media tempatan Sepanyol mendakwa yang Real Madrid sedang berusaha mendapatkan khidmat Jose Mourinho dari Inter Milan pada musim panas nanti.
Pihak media itu yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kelab gergasi Sepanyol itu melaporkan juara Eropah sembilan kali itu menjadikan Mourinho sasaran mereka lebih-lebih lagi mereka tewas kepada Lyon dalam saingan Liga Juara Eropah hari Selasa lalu.
February 12, 2010


Penyerang berprofil tinggi Serbia, Milan Jovanovic mengakui yang dia akan menyertai Liverpool secara percuma pada musim panas nanti selepas kontraknya bersama Standard Liege tamat.
Jovanovic mendapati dirinya mendapat perhatian daripada beberapa kelab selepas persembahan memberangsangkan bersama kelab Belgium itu dan Rafael Benitez melakukan usaha awal untuk memantapkan jentera serangan Liverpool selepas hilang peluang mendapatkan khidmat pemain Maghribi, Marouane Chamakh.
February 10, 2010


Tycoon India, Mukesh Ambani menafikan laporan yang beliau telah mengemukakan tawaran untuk mengambil alih kepentingan Liverpool sebanyak 51%.
Digambarkan media sebagai ‘manusia ketujuh terkaya di dunia’, laporan menyebut yang syarikat milik Ambani, Reliance Industries adalah salah satu dari dua pelabur yang berminat untuk membayar Liverpool sebanyak 237 juta pound sekaligus mengambil alih pengurusan kelab itu dari Tom Hicks dan George Gillett.
February 9, 2010

Harapan Indonesia untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 kini bergantung kepada sokongan kerajaan negaranya.
Sebarang usaha untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah kepada FIFA mestilah disertai dengan surat sokongan dari pihak kerajaan.
Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) setakat ini belum menerima sebarang isyarat sokongan dari pihak kerajaan menyebabkan hasrat mereka untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah kejohanan itu bakal terkubur.
January 30, 2010


Guti dilaporkan akan terus kekal bermain bersama Real Madrid di sebalik ura-ura yang pemain itu bakal berpindah ke kelab lain.
Guti telah lama dikaitkan dengan cerita yang dia akan berpindah dari Bernabeu dan ketika ditanya wartawan dalam satu temuramah awal bulan ini, dia mengakui yang dia mahu cuba bermain di negara lain, dengan Inter Milan adalah pilihan utamanya.
January 29, 2010


Tottenham Hotspur kini di peringkat akhir rundingan bagi mendapatkan khidmat bekas penyerang Barcelona, Eidur Gudjohnsen dan pemain pertahanan Portsmouth, Younes Kaboul.
Gudjohnsen berada di lapangan latihan Spurs semalam untuk rundingan terakhir bagi menguruskan perpindahannya secara pinjaman apabila berpaling dari persetujuan awal untuk menyertai West Ham.
January 27, 2010


Kelab Brazil, Santos mengesahkan yang pihak mereka telah menghantar wakil ke England untuk berbincang dengan Manchester City tentang keinginan kelab itu mendapatkan khidmat Robinho secara pinjaman.
Pengurus City, Roberto Mancini beberapa kali menegaskan tetap memerlukan khidmat penyerang Brazil itu tetapi Santos beranggapan pinjaman pemain itu selama enam bulan sudah memadai buat kelab itu.
January 26, 2010


Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendakwa kad merah yang diterimanya ketika Real Madrid mengatasi Malaga 2-0 dalam saingan La Liga adalah tidak adil buatnya di sebalik insiden patah tulang hidung yang dialami Patrick Mtiliga akibat hayunan tangannya.
Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Madrid sebelum insiden hitam itu berlaku pada minit ke-70, telah meminta maaf dari Mtiliga selepas perlawanan tetapi tindakannya membantah keputusan pengadil itu mengundang kemarahan kem Malaga.
January 23, 2010


Chelsea menjangkakan yang Michael Essien terpaksa diketepikan antara empat hingga enam minggu apabila mengalami kecederaan buku lali ketika menjalankan tugas antarabangsa di Kejohanan Negara Afrika bersama Ghana.
Essien dengan segera dibawa pulang awal dari kejohanan di Angola itu selepas mengalami kecederaan itu ketika menjalani latihan pada hujung minggu lalu.
January 22, 2010


Pemilik baru West Ham, David Sullivan mengesahkan yang kelab itu membuat tawaran yang jauh lebih baik berbanding tawaran Tottenham Hotspur dalam usaha mendapatkan khidmat Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.
Sullivan memberitahu media yang beliau telah mengemukakan tawaran gaji sebanyak 100,000 pound seminggu kepada penyerang berusia 33 tahun itu, yang hanya bermain dalam dua perlawanan bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.
January 20, 2010


AC Milan dengan tegas menolak andaian yang pemain tengahnya, Mathieu Flamini akan kembali bermain di Liga Perdana England dengan menyertai Manchester City secara pinjaman.
Setelah berjaya mendapatkan khidmat seorang bekas pemain Arsenal, Patrick Viera pada awal bulan ini, pengurus baru City, Roberto Mancini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Flamini, di sebalik kebanjiran pemain tengah berbakat di kelab itu.
January 19, 2010


Presiden Barcelona, Joan Laporta menolak spekulasi tentang kemungkinan perpindahan pengurusnya, Pep Guardiola ke Manchester United dan menegaskan yang pengurusnya itu akan menandatangani perjanjian baru di Nou Camp.
Pengurus berusia 39 tahun itu dikaitkan dengan laporan untuk berpindah ke Manchester United bagi menggantikan Sir Alex Ferguson selepas mempamer kemampuan membimbing Barca mencatat prestasi memberangsangkan.
January 16, 2010


Jose Mourinho hanya akan mengambil alih tugas Rafael Benitez di Liverpool jika kelab itu dijual kepada pelabur yang boleh bersaing dengan Manchester City dan Chelsea dalam urusan jual beli pemain.
Keputusan tentang masa depan Benitez masih samar-samar sehingga akhir musim ini, dengan usaha mendapatkan pelabur kini giat sedang dalam perbincangan.
January 13, 2010


Real Madrid mengesahkan yang penyerangnya, Gonzalo Higuain terpaksa diketepikan selama hampir sebulan berikutan kecederaan yang dialaminya.
Higuain mempamerkan aksi yang memberangsangkan musim ini dan sekali lagi menampilkan persembahan terpuji pada hujung minggu lalu, menjaringkan satu gol dan mencipta satu gol lagi ketika Madrid menewaskan Real Mallorca 2-0.
January 12, 2010


Rafael Benitez mengakui yang Liverpool mungkin terpaksa melepaskan Fernando Torres jika mereka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara Eropah musim lalu.
Isu kewangan Liverpool yang tenat sememangnya sering diperkatakan dan difahamkan yang Benitez hanya diperuntukkan dengan dana yang kecil hasil penjualan beberapa pemainnya bulan ini.
January 11, 2010


Patrick Viera percaya dia adalah pemain yang lebih baik berbanding ketika dia meninggalkan Liga Perdana England empat setengah tahun yang lalu.
Bekas ketua pasukan Arsenal itu mendapati begitu sukar buatnya meyakinkan Jose Mourinho di Itali, maka keputusannya untuk kembali bermain di England mengundang persoalan memandangkan tahap permainannya yang lebih tinggi tetapi Viera yakin pengalamannya bermain di Serie A menjadikannya lebih baik.
January 9, 2010


Manchester United sudah bersedia untuk menurunkan Mame Biram Diouf dalam saingan Piala Carling selepas pemain muda Senegal itu mendapat permit kerja dan pelepasan tugasan antarabangsa.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson agak teruja dengan prestasi pemain berusia 22 tahun itu yang begitu cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Old Trafford dan akan menyerahkan kepada pemain baru United itu jersi bernombor 32 yang sebelum ini pernah digunakan oleh Carlos Tevez.
January 7, 2010


Pemain pertahanan Liverpool, Andrea Dossena hampir pasti akan berpindah ke kelab Itali, Napoli selepas ejennya mengesahkan perkara itu namun perjanjiannya belum dimuktamadkan.
Dossena, 28, bergelut untuk membuat impak di England sejak berpindah dari Udinese pada 2008 dan sememangnya telah dijangka akan meninggalkan Liverpool bulan ini.
January 6, 2010


Kemurungan mungkin membelenggu karier Nemanja Vidic kebelakangan ini namun ejennya menegaskan yang khabar angin perpindahan pemain itu ke Real Madrid bulan Januari ini tidak berasas sama sekali.
Vidic adalah antara watak utama yang membantu United memenangi tiga kejuaraan EPL namun khabar angin bertiup kencang selepas dia hanya dimasukkan di penghujung perlawanan ketika menentang Leeds di mana United tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas 0-1 hari Ahad lalu.
January 5, 2010


Arsenal mengumumkan yang pemain tengah kelab itu, Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.
‘The Gunners’ tidak mengumumkan tempoh perjanjian baru itu tetapi tindakan itu dikenal pasti bagi memastikan kesinambungan kejayaan kelab itu dengan mengikat beberapa pemain utama.
Pemain antarabangsa Czech itu yang menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada 2006, adalah pemain ke-15 yang menandatangani kontrak baru bersama Arsene Wenger sejak Mei 2009.
January 2, 2010


Pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan ekoran kecederaan buku lali tetapi pihak kelab akan melihat pilihan yang ada sepanjang tempoh pemulihan pemain itu.
Johnson mengalami kecederaan itu pada buku lali kanannya dan terpaksa digantikan ketika permainan masih berbaki seminit dalam perlawanan menentang Aston Villa yang dimenangi oleh Liverpool pada 29 Disember lalu.
January 1, 2010

Rusuhan bola sepak berlaku lagi. Jika dulu berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil angkara penyokong Kelantan, kali ini ia berlaku lagi di Stadium Darul Aman dengan watak utamanya terdiri daripada penyokong Kedah.
Ketinggalan dua gol kepada pasukan lawan menyebabkan emosi penyokong Kedah sudah mula bergelora dan suasana tegang semasa perlawanan berlangsung menambah suhu kehangatan yang mula menyelubungi penyokong Kedah.
Akhirnya semua sudah tidak tertanggung lagi. Ibarat gunung berapi yang memuntahkan lahar, segelintir penyokong Kedah memecahkan pagar besi lalu menceroboh masuk ke padang.
Next Page »
|