IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Category: Antarabangsa

April 13, 2010

Van Persie Kini Sudah Pulih, Bersedia Untuk Diturunkan Menentang Spurs.

Penyerang Arsenal, Robie van Persie akan kembali turun ke padang dan bersedia untuk diturunkan dalam pertemuan menentang seteru setempat, Tottenham Hotspur di White Hart Lane pada hari Rabu ini.

Van Persie terpaksa diketepikan sejak mengalami kecederaan yang agak parah di buku lali berikutan terjahan keras oleh pemain Itali, Giorgio Chiellini dalam perlawanan persahabatan pada akhir November lalu, tetapi kini berkemungkinan akan bermain sebahagian perlawanan menentang seteru setempat Arsenal itu.

April 12, 2010

La Liga – Barcelona Kuasai Pertembungan El-Clasico.

Barcelona mempamerkan aksi bertaring apabila menundukkan seteru ketatnya, Real Madrid 2-0 dalam pertembungan El-Clasico di Bernabeu semalam dan kini kembali menguasai takhta liga.

Gol ke-40 Lionel Messi musim ini dalam semua kejohanan membolehkan juara Eropah dan Sepanyol itu meranapkan rekod tanpa kalah Madrid di tempat sendiri dan juga membolehkan Barca kini mendahului lawannya itu dengan kelebihan tiga mata.

April 9, 2010

Liga Eropah – Liverpool Melangkah Ke Separuh Akhir Selepas Benam Benfica.

Fernando Torres meledak dua kali pada ketika Liverpool mempamerkan aksi menyerang yang menghiburkan untuk menundukkan Benfica 4-1 di Anfield semalam sekaligus melangkah ke separuh akhir Liga Eropah dengan agregat 5-3.

Dirk Kuyt dan Lucas juga menemui sentuhan jaringan pada perlawanan yang dikuasai ‘The Reds’ itu untuk memadam mimpi kekalahan 1-2 di tempat lawan dalam perlawanan pertama sebelum ini.

April 8, 2010

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 08 Apr 2010

Liga Juara Eropah – Manchester United Menang Ke Atas Bayern Munich Namun Tetap Tersingkir.

Barisan sepuluh pemain Manchester United merana apabila tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah angkara peraturan gol di tempat lawan walaupun menang 3-2 ke atas Bayern Munich di Old Trafford semalam.

United yang kalah 1-2 kepada Bayern di Munich dalam perlawanan pertama terikat dengan agregat 4-4 namun keupayaan Bayern menjaringkan dua gol di Old Trafford memberikan mereka laluan ke separuh akhir.

April 7, 2010

Liga Juara Eropah – Empat Gol Messi Bantu Barcelona Benam Arsenal.

Lionel Messi mengukuhkan reputasinya selaku pemain terbaik dunia apabila meledakkan empat gol sewaktu mengakhiri impian Arsenal dalam saingan Liga Juara Eropah di Nou Camp awal pagi tadi. Barcelona menang bergaya 4-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan itu.

Nicklas Bendtner memberi kejutan awal dari Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-18. Bagaimanapun, Messi hanya perlukan tiga minit sahaja untuk menyamakan kedudukan apabila mengambil kesempatan dari kealpaan Mikael Silvestre.

April 6, 2010

Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 06 Apr 2010

April 5, 2010

Manchester United Lemah Tanpa Rooney – Ancelotti.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendakwa yang Manchester United jauh lebih lemah tanpa kelibat Wayne Rooney tetapi mengakui yang ‘Red Devils’ tetap berpeluang melangkah ke separuh akhir Liga Juara Eropah.

Kecederaan buku lali bermakna penyerang United dan England itu terlepas aksi dalam perlawanan Chelsea-United hari Sabtu lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Ancelotti kini mendahului United dengan kelebihan dua mata dengan berbaki lima perlawanan.

April 4, 2010

EPL – Chelsea Atasi Manchester United Untuk Rampas Takhta Liga.

Gol kemenangan kontroversi jaringan Didier Drogba membolehkan Chelsea mengatasi Manchester United 2-1 di Old Trafford malam tadi dan mengembalikan kedudukan Chelsea selaku pendahulu liga setakat ini.

Sir Alex Ferguson dan pasukkannya merasakan segala usaha keras mereka lebur oleh jaringan Didier Drogba, yang jelas kelihatan berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima hantaran Salomon Kalou sebelum menjaringkan gol pada minit ke-78.

April 1, 2010

Liga Juara Eropah – Barcelona Dan Arsenal Terikat.

Cesc Fabregas menghidupkan impian Arsenal dalam saingan suku akhir Liga Juara Eropah setelah bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum mengikat Barcelona 2-2 di Stadium Emirates semalam.

Barcelona begitu menyerlah pada sebahagian besar babak pertama namun hanya berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan gol Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-46. Penyerang Sweden itu menggandakan kedudukan pada minit ke-59 bagi membolehkan kelab Sepanyol itu selesa mendahului dengan dua gol.

March 30, 2010

Jadual Perlawanan Suku Akhir Pertama Liga Juara Eropah.

Filed under: Antarabangsa, Berita Liga Juara Eropah, Pengumuman - 30 Mar 2010

March 28, 2010

EPL – Tanpa Rooney, Berbatov Menyerlah Bantu Kemenangan Manchester United.

Sir Alex Ferguson mempertaruhkan nasib pasukannya dengan mengenepikan Wayne Rooney dan Rio Ferguson namun Manchester United tetap menyerlah hasil sumbangan Dimitar Berbatov apabila menundukkan Bolton Wanderers 4-0 di Stadium Reebok semalam.

Ferguson mengakui yang dua pemain utamanya direhatkan untuk mengelakkan risiko kecederaan pada ketika khidmat mereka lebih dperlukan ketika menanti dua perlawanan penting minggu depan.

March 27, 2010

Spurs Sahkan Sandro Akan Perkuat Skuadnya.

Tottenham Hotspur mengumumkan yang mereka telah selesai menandatangani perjanjian untuk mendapatkan khidmat Sandro dari Internacional, dengan Harry Redknapp menggambarkan pemain tengah itu sebagai salah satu bakal bintang dari Brazil.

Spurs sudah lama mengidamkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu dan akhirnya berjaya mengikatnya selepas dia lulus ujian perubatan. Dia akan ke White Hart Lane sebaik Internacional menyempurnakan kempen Copa Libertadores yang dijangka tamat pada bulan Ogos nanti.

March 23, 2010

Liverpool Setuju Lepaskan Riera Ke CSKA Moscow.

Pemain tengah Liverpool, Albert Riera yang menggambarkan kelab itu sebagai ‘kapal yang hampur karam’, kini bersedia untuk berpindah ke CSKA Moskow dengan nilai 6 juta pound.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu kecewa kerana terpaksa menghabiskan masa di bangku simpanan ketika di Anfield. Dia bersedia untuk bermain di Rusia di mana pintu perpindahan pemain masih dibuka sehingga 8 April dalam usahanya meningkatkan peluang untuk bermain di Piala Dunia 2010 nanti.

March 22, 2010

EPL – Liverpool Tersungkur Kepada Manchester United.

Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menakluki semula takhta liga apabila menewaskan Liverpool 2-1 di Old Trafford semalam.

Park Ji-Sung muncul wira United apabila menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-60 sekaligus menutup kontroversi yang timbul dari gol penyamaan hasil jaringan penalti Wayne Rooney pada minit ke-12.

March 20, 2010

Undian Suku Akhir Liga Juara Eropah 2010.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Berita Liga Juara Eropah - 20 Mar 2010

Arsenal dan Barcelona bakal bertemu buat pertama kali sejak perlawanan akhir Liga Juara Eropah pada 2006 apabila mereka diundi bertemu di suku akhir.

Perlawanan kedua suku akhir nanti hanyalah beberapa hari sebelum Barca membuat perhitungan dalam pertembungan El-Clasico dengan Real Madrid di Bernabeu. Arsenal pula akan membuat perhitungan dengan musuh setempat, Tottenham Hotspur pada minggu yang sama.

March 16, 2010

EPL – Aquillani Menyinar, Liverpool Bersinar.

Pemain tengah, Alberto Aquillani akhirnya menemui semula sentuhan cemerlangnya untuk memenuhi tuntutan harga 17 juta pound apabila menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool ketika mereka menewaskan Portsmouth 4-1 di Anfield semalam.

Dibeli musim panas lalu, selepas pemergian Xavi Alonso ke Real Madrid, bergelut dengan prestasi sepanjang berada di England tetapi dia kini berjaya menambat hati semua orang pada kemunculan kelimanya dalam liga setakat ini.

March 15, 2010

Rooney Mengganas Lagi, United Rampas Takhta Liga.

Wayne Rooney menjadikan jumlah jaringan terkumpulnya kini mencecah angka 32 apabila menjaringkan dua gol ketika Manchester United menewaskan Fulham 3-0 di Old Trafford semalam sekaligus merampas semula takhta liga dari Chelsea.

Walaupun mereka melepaskan beberapa lagi peluang menambah jaringan, United tetap gagah dengan mengesahkan kedudukan selaku pendahulu liga pada ketika baki perlawanan cuma tinggal kepada lapan sebelum tamat musim ini.

March 11, 2010

Liga Juara Eropah – AC Milan Tersungkur Kepada Manchester United.

Wayne Rooney membantu Manchester United melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara Eropah selepas membenam cabaran AC Milan 4-0 di Old Trafford semalam.

Rooney menjaringkan satu gol pada setiap babak untuk membolehkannya mengumpul sejumlah 30 gol musim ini dan memadam sebarang harapan buat Milan yang memberikan peluang buat David Beckham bermain menentang bekas kelabnya itu dari mencatat kemenangan.

March 10, 2010

Liga Juara Eropah – Arsenal Belasah Porto Untuk Ke Suku Akhir.

Nicklas Bendtner mencatat jaringan hatrik ketika membantu Arsenal melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara Eropah selepas membelasah Porto 5-0 di Stadium Emirates semalam.

‘The Gunners’ tersungkur 1-2 dalam perlawanan pertama di tempat lawan dan terpaksa turun dalam perlawanan kedua itu tanpa ketua pasukannya, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan.

March 8, 2010

La Liga – Giliran Real Madrid Pula Mendaki Puncak.

Real Madrid merampas takhta liga apabila mencatat kemenangan dramatik saat akhir 3-2 ke atas Sevilla di Bernabeu semalam.

Rafael van der Vaart menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat dua minit sebelum perlawanan berakhir untuk membolehkan Real menamatkan perlawanan yang mencemaskan buat mereka setelah ketinggalan 0-2 pada satu ketika.

March 5, 2010

Sepanyol Bukti Kehebatan Atasi Perancis.

<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>

Sepanyol menunjukkan bukti mengapa mereka layak dicanang sebagai pasukan pilihan semasa Piala Dunia 2010 nanti selepas mengenepikan Perancis 2-0 dalam satu aksi persahabatan di Paris semalam untuk meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Juara Euro 2008 itu sememangnya berhak mengecapi kemenangan pertama ke atas jirannya di sebelah utara itu sejak 1968, terima kasih kepada gol babak pertama oleh David Villa dan Sergio Ramos.

March 4, 2010

England Menang Ke Atas Mesir Dalam Aksi Persahabatan.

John Terry mengenepikan perasaan diejek penyokong apabila membantu England menewaskan Mesir 3-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Mesir di Wembley semalam.

Dalam penampilan pertamanya selepas skandal asmaranya sehingga dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan England, Terry menjadi perhatian sepanjang perlawanan itu berlangsung.

March 3, 2010

Liverpool Sudah Bersedia Tawar Kontrak Baru Kepada Mascherano.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, kelab Liverpool - 03 Mar 2010

Liverpool dilaporkan sudah bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada Javier Mascherano dalam usaha memadam percubaan Barcelona untuk mendapatkan pemain itu pada musim panas nanti.

Mascherano sudah lama berada dalam senarai pemain yang dikehendaki oleh Pep Guardiola tetapi setakat ini Liverpool berjaya mengekalkan pemain itu di Merseyside.

March 2, 2010

Deco Mahu Kembali Bermain Di Brazil.

Filed under: Antarabangsa, Artikel, Pemain Deco, kelab Chelsea - 02 Mar 2010

Pemain tengah Chelsea, Deco mengakui yang dia menaruh harapan untuk meninggalkan kelab itu musim panas nanti dan kembali ke negara kelahirannya, Brazil untuk lebih dekat dengan anak-anaknya dan bermain dalam skuad utama kelab yang diwakilinya kelak.

Deco, yang mewakili Portugal selepas berpindah dari negaranya dan mendapatkan taraf kerakyatan, menyertai Chelsea dari Barcelona pada 2008 dengan mengikat kontrak selama tiga tahun.

Next Page »